Wednesday, April 27, 2011

Bab 13


PAGI-PAGI lagi aku dah nak angin bila Fiqroul buat missed call sebanyak tujuh puluh kali kat aku! Cuba bayangkan! Siapa yang tak bengangkan? Daripada lepas Subuh, sampai la pukul lapan pagi. Aku nak angkat dia tutup. Bila aku telefon dia semula, dia tutup. Darah aku dah mendidih gila dah ni.
“Bangang betul la!” Maki aku dengan rengusan nafas yang kasar. Uda pandang aku.
“Kenapa ni Mimi? Marah semacam je?” Aku tuding jari kat iPhone aku. Uda geleng kepala.
“Dengan iPhone pun nak gaduh. Masalah la kau ni dik..” Uda geleng kepala lagi. Aku mengetap bibir. Aku bukan gaduh dengan iPhone aku! Uda ni salah faham la!
“Bukan dengan iPhone!” Aku mendengus kuat. Uda garu kepala dia.
“Dah tu?” Soalan yang pendek Uda tanya kat aku. Tapi entah kenapa aku rasa sakit hati bila Uda tanya soalan tu.
“Ada mamat sewel kacau!” Kata aku. Uda gelak kuat-kuat. Aku tak tahu apa yang lucunya dengan kata-kata aku ni. Uda ni aku rasa memang suka cabar mental dan fizikal aku la.
“Shark ke?”
Aku pandang Uda. Pernah ke aku kata Shark sewel? Sewel tak, sweet ada la! Kalau Shark, aku dah tak kisah sebab hati aku dah terpaut kat dia. Cuma tinggal aku je luahkan kat dia. Tapi tak mahu la awal-awal. Segan aku..
Aku geleng kepala. “Shark takkan buat macam tu!” Aku memprotes. Tanpa sedar aku tinggikan suara aku. Uda pandang aku. Mungkin terkejut dengan suara aku yang tiba-tiba je meninggi.
“ABC ke kau dik?” Tanya Uda.
“Orang bengang gila ni!” Uda ketawa. Pipi aku dia cubit. Ikut sedap rasa dia je cubit pipi aku. Memang sengaja tuang minyak kat kuali yang dah panas membara je aku rasa Uda ni!
“Jangan marah-marah. pagi-pagi macam ni cuma banyak istighfar sikit. Senyum selalu.. jangan pagi-pagi je nak emo.. Macam mana nak hadapi hari-hari yang mendatang dengan tenang dan tak ada rasa sangsi?” Aku tersedak sekejap bila dengar Uda cakap macam tu. Sumpah Uda cakap macam pakar motivasi! Penuh berhemah setiap tutur kata dia tu. Caya la Uda!
Perasaan marah tu tiba-tiba je lenyap dalam fikiran aku. Entah kenapa bibir aku rasa macam nak senyum  pulak. Macam nak ketawa pun ada jugak. Ni semua gara-gara Uda la ni! gila baik punya dia kasi ceramah kat aku!
“Ha... Tu kan comel je bila senyum. Baru la nampak sikit muka tu cantik. Baru la Uda bangga bila kenalkan Mimi dengan kawan-kawan Uda.” Dalam tutur kata dia yang berbaur nasihat, sempat lagi dia memuji dan mengutuk aku. Hampagas punya Uda!
“Selama ni memang Uda malu la kalau nak mengaku Mimi ni adik Uda?” Aku tarik wajah masam. Lupa sekejap dengan perangai Fiqroul yang sangat menyakitkan hati. Gila tak melepuh ke tangan dia buat missed call banyak kali?
Dia ni memang tahap dah melampau overboard aku rasa! Selagi tak beritahu pada Fitri, isteri dia, selagi tu perangai dia menjadi-jadi. Gatal gila.. Tak boleh ke fokus kat isteri dia je? Kenapa mesti nak kacau aku?
Aku dah ada Shark! Tiba-tiba aku terdetik pulak nak cakap macam tu. Aku sengih. Aku tak boleh nafikan lagi dah perasaan aku sekarang ni. mungkin Datin Sania suruh aku kenal dengan Am, beri peluang dekat Am, dan belajar mencintai Am. Tapi cinta tu tak boleh dipaksakan? Am pun tak ajar aku cara mencintai dia.
Bukan Am tak tahu yang aku ni gagal dalam subjek cinta. Aku tak pernah lulus! Cuma sekarang aku rasa cinta itu indah.. Itu pun sebab Shark! Sekarang diri aku macam dah berada di awang-awangan!
Cinta pandang pertama memang indah ke? Aku kenal Shark masa mula-mula dia halang laluan aku kat tandas awam. Dan macam ada jodoh pulak bila beg aku kena ragut dan Shark yang tolong dapatkan semula beg aku tu!
Kira ada hikmah la kenapa beg aku kena ragutkan? Beg kena ragut, hati aku pun kena ragut... Tapi memang serius la.. Masa mula-mula nampak Shark ni, aku dah rasa lain macam. Dia ada cara dia sendiri macam mana nak pikat hati aku.
Senyuman dia yang menawan. Kata-kata dia yang berhemah. Memang dia ni spesies lelaki jiwang la kut! Tapi aku kisah apa kalau orang semua nak kata dia jiwang ke.. Romantik ngada-ngada la.. Ada aku peduli? Dia romantik dengan aku je.. Tak kisah la dengan orang lain. Emosi pulak aku pagi-pagi macam ni..
“Gerak meja makan sana.” Uda picit hidung aku. Aku menepis. Dia buat aku macam budak kecik la Uda ni. memang daripada kecil aku rapat dengan Uda. Tak hairan la kalau aku keluar dengan Uda berdua-duaan, diorang anggap aku dengan Uda ni pasangan kekasih!
Gempak tak? Aku tahan gelak je masa kami dua beradik buat tempahan kek untuk mama. Ada ke patut orang kat kedai kek tu cakap macam ni, ‘mak isteri encik ni suka flavour apa.’  Apa ke punya pelik la soalan tu. Aku tahan gelak je waktu tu.
Uda masa tu selamba je. Langsung tak terkejut. Mana taknya, dia peluk bahu aku waktu nak tempah kek tu. Mana la orang kat kedai kek tu tak salah anggap. Kalau nak gelakkan orang tu rasa macam tak patut la pulak.. Jadi aku tahan je gelak sampai la masuk dalam kereta! Sadis!
****
BAU sarapan pagi hari ni betul-betul buat aku terliur. Niat nak makan roti hari ni terpaksa aku batalkan dulu sebab tak mampu nak lawan nafsu makan aku yang tiba-tiba hadir membuak-buak macam nafas kuda je!
Hari ni boleh pulak Kak Kiah masak macam-macam. Walhal nak sarapan je pun..
“Banyak betul masak?” Tegur aku. Mama yang tengah baca suratkhabar dekat meja makan aku dekati. Pipi mama aku kucup. Ciuman di pagi hari. Uda pun tak lepas buat benda yang sama.
Kena la tu. Aku cium pipi kanan, Uda cium pipi kiri. Mama tersenyum saja melihat tingkah aku dan Uda. Aku tak boleh bayangkan la macam mana kalau Angah dengan Along ada sekali.
Mesti lagi gila sebab Along ni memang manja tahap tak hengat dengan mama! Kalau boleh sehari nak berkepit je dengan mama. Dah ada isteri pun masih manja dengan mama. Kelakar aku tengok si Along ni kadang-kadang.
“Kak Kiah masak semua ni sebab hari ni Along dengan isteri dia nak datang sini. Bermalam kat sini kut.” Beritahu mama selepas aku duduk di sebelah dia.
Aku mengangguk. Dah lama rasanya Along tak jenguk mama. Maklum la.. Pensyarah macam dia tu ada je kerjanya. Nak berjumpa dengan adik beradik sendiri pun nak curi masa!
“Whoa!! Lontong la.. Favourite Uda tu! Thanks Kak Kiah!” Uda bersorak girang bila nampak makanan kegemaran dia kat atas meja. Aku geleng kepala. Mama tersenyum.
“Jarang dapat makan macam ni kan?” Mama tiba-tiba bersuara. Aku yang tengah tuang air teh ke dalam cawan Uda tersentak sekejap. Kenapa mamam cakap macam tu? Macam berjauh hati je mama hari ni.
“Mama rindu Angah, Along, Uda, Mimi.. Kumpul sama-sama..” Mama bersuara lagi. Aku pandang Uda, Uda pandang aku. Aku tengok Uda dah angkat bahu. Sah la dia tak tahu apa yang tengah berlaku sekarang ni!
“Semua sibukkan mama..” Aku senyum pahit. Memang tu pun hakikat yang sebenarnya sekarang ni. masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Semua ada komitmen. Bukan macam dulu. Mama mengeluh.
“Entah bila la lagi dapat kumpul ramai-ramai. Tunggu mama mati agaknya.” Mama mengeluh sekali lagi.
 Aku jeling mama tajam. Uda macam nak tersembur air yang dia tengah minum tu. Spontan, kami berdua merenung mama. Kata-kata mama sebentar tadi benar-benar buatkan aku dilanda resah!
“Mama!” Serentak aku dan Uda bercakap. Mama macam pura-pura tak dengar yang aku dengan Uda tengah panggil dia sekarang ni.
“Betulkan mama cakap? Agaknya time tu la baru semua kumpul ramai-ramai.. Baca Yassin untuk mama.” Perlahan mama berkata. Entah kenapa aku rasa sebak bila dengar mama cakap macam tu.
Aku tak nak mama tinggalkan aku. Aku sayang mama.. Mama la yang dah membesarkan kami adik beradik dengan penuh kasih sayang. Mama sentiasa ada saat kami susah. Mana mungkin aku lupakan pengorbanan mama yang berkepul-kepul tu?
“Mama please.. Uda tak ada mood la kalau mama cakap macam ni.” Uda mengeluh. Mama senyum tawar.
“Mama sayang anak-anak mama..” Kata mama. Tiba-tiba saja loceng rumah berbunyi. Macam biasa jugak.. Kak Kiah akan terkocoh-kocoh berlari.
Aku diam. Uda pun dah tak ada benda nak cakap. Dia makan je makanan dia tanpa angkat muka. Mama macam dah faham dengan keadaan Uda dengan aku yang tiba-tiba je diam.
“Mama!” Sapa Along yang segak memakai baju kot dia tu. Pagi betul Along sampai rumah mama. Tak kerja dia hari ni? kalau macam aku lain la.. Aku buka klinik pukul sembilan setengah pagi. Uda pulak cuti hari ni.
Seronokkan jadi pramugara? Sekejap terbang, sekejap cuti. Hidup di awangan, memerhati awan yang bergombol-gombol. Asyik melihat burung yang berterbangan. Ada masa nanti aku nak tanya kat Shark la tentang pengalaman dia jadi juruterbang..
“Mama sihat?” Along mencium tangan mama dan memeluk mama dengan erat. Macam yang aku cakap tadi. Along memang manja gila dengan mama. Mama senyum dan angguk. Aida yang tengah perhatikan Along dengan mama terus mendekati aku.
Aku dengan Aida ni jarak umurnya cuma setahun je. Kenapa aku tak panggil dia Kak Long? Ada sebabnya.. Tapi bukan sebab aku kurang ajar atau tak ada adab tau! Dia yang tak nak aku panggil dia kakak.
Dia kata dah rasa macam formal sangat kalau nak ber’akak-akak’ ni. cukup la kalau setakat panggil nama je. Dia tak kisah pun. Along mula-mula macam nak terkeluar biji mata bila dia dengar aku panggil nama isteri dia.
Tapi setelah Aida jelaskan pada Along, baru la Along faham. Nak buat macam manakan? Aku okey je.. Kalau panggil orang lain akak ni, dapat la aku feeling diri aku ni muda.. Macam baru nak ambil SPM je rasanya. Teheee...
“Duduk la Aida.” Aku pelawa Aida duduk sebelah kiri aku. Aida mengangguk. Along leraikan pelukannya pada mama. Dia pandang aku dengan Uda yang macam ada mid-life crisis sekarang ni.
“Ni kenapa semua muka ketat je ni?” Tegur Along. Aku dengan Uda angkat bahu serentak. Nanti mama cerita la tu pada Along sekejap lagi.
“Makan la Along.. Aida..” Pelawa Kak Kiah. Along mengangguk dan duduk di sebelah Uda. Aku tengok dahi Aida berkerut je pandang riak wajah aku dengan Uda yang memang serius gila..
Aku ni jarang nak buat muka serius. Kalau aku buat muka serius pun bila aku betul-betul tengah bosan dan stress!
“Sekejap lagi Along nak cakap personally dengan Mimi.” Tegas je nada Along. Uda pandang aku. Aku mengangguk.
****
“HARI tu Along nampak Mimi dengan lelaki. Siapa lelaki tu?” Tanya Along.
Aku senyap. Uda ada depan aku sekarang ni. Nak ke aku cakap yang mamat tu Shark? Seram sejuk pulak rasanya. Kalau dengan Uda aku tak berapa gerun sangat, tapi berhadapan dengan Along ni la yang buatkan aku lemah lutut.
Renungan mata Along yang buatkan aku jadi seram! Uda pandang aku. Dia macam nak cakap sesuatu, tapi tak tercakap rasanya. Ya la kan.. Takkan nak menyampuk waktu abang sulung tengah bersuara?
Kami tiga beradik sekarang ada dekat kawasan gazebo. Aida tengah layan mama berbual. Baru la aku tahu kenapa Along bermalam kat sini malam ni.
Semuanya sebab Aida dah berbadan dua! Syukur la! Aku rasa gembira bila dapat tahu yang aku akan jadi mak cik tak lama lagi.. Mak cik? Euwww... Tuanya..
“Siapa Mimi? Along tanya ni?” Along ulang suara. Aku mengeluh.
“Kawan Mimi.” Jawab aku. Tapi memang betul kawan pun. aku pelik juga kenapa jantung aku berdegup waktu Along tanya soalan tu.
Really kawan?” Along minta kepastian. Aku mengangguk. Along pandang Uda.
“Betul Uda?” Uda jungkit bahu.
“Bila ni Along?” Uda tanya Along.
“Semalam.” Uda angguk. Aku telan liur.
“Along nampak dekat kawasan klinik Mimi. Malu Along dengan kawan-kawan Along.. Tak nak diorang cerita bukan-bukan fasal Mimi.” Kata Along. Aku tak berani nak angkat muka lagi. Suara Along sekarang ni perlahan, tapi aku dapat rasa ada ketegasan dalam setiap kata-kata dia tu.
Uda pulak dah tercengang. Mungkin dia tengah hairan. Mungkin jugak dia ingat aku keluar dengan Shark. Tapi semalam aku cuma berbual dengan Shark dekat kawasan rumah aku je! Aku tahu lepas ni Uda akan asak minda aku dengan macam-macam soalan. Siap sedia saja la!
“Kalau kawan, bagus.. Kalau kawan istimewa, Mimi suruh lelaki tu datang rumah. lamar Mimi, kita orang Melayu ada adat.” Selamba je aku  kena nasihat hari ni. tak fasal-fasal kena marah dengan Along hari ni.
“Nanti pandai la Uda uruskan dia, Along.” Uda cuba mempertahankan aku. Along mengangguk-angguk. setiap kali Uda cakap, mesti Along setuju sebab diorang berdua je adik beradik lelaki dalam keluarga aku ni. Kira hero la!
Aku tengok jam pada tangan aku. “Alamak Uda, Along.. Dah sembilan setengah.. Mimi kena pergi kerja dulu.” Aku meminta diri. Uda tahan gelak. Uda tahu yang aku tengah mengelak daripada terus dibebel oleh Along.
Along pandang aku. “Alasan la tu kan?”
Aku geleng.
“Tak la.. Tak baik tau Along. Kesian baby dalam perut Puan Aida tu dapat papa garang macam Along.” Sempat lagi aku sindir Along.
 Aku salam tangan Uda dengan Along dan masuk ke dalam rumah. Uda geleng kepala.
****
“DOKTOR, ni ada bunga lagi.” Aku tersentak waktu Ana serahkan sejambak bunga ros dekat atas meja aku. Ni la yang aku rimas ni. Sudah dua hari aku dapat bunga ros, aku bukannya nak buat kebun bunga ros pun dekat klinik aku ni!
Si Fiqroul kut yang kasi bunga-bunga ni? Aku agak la..
“Buang la semua bunga ni Ana.” Arah aku. Mata Ana membulat memandang aku.
“Biar betul? Kesian lelaki tu!” Aku pandang Ana.
“Ana tahu ke siapa yang beri bunga ni?” Ana cuma mampu geleng kepala. Aku gelak kecil.
“Sebab tu la saya suruh buang. Tak nak la terima bunga daripada lelaki pengecut.. Kalau rasa dia nak beri bunga ni pada saya. Suruh dia serahkan sendiri!” Agak kerek kata-kata aku. Aku yakin, kalau Uda dengar aku cakap macam ni.. Confirm dia bantai gelakkan aku!
Mata Ana terkebil-kebil memandang aku. Berbisa sangat agaknya kata-kata aku tadi. Aku pun rasa kata-kata aku sebentar tadi melampau. Macam la aku ni bidadari dari kayangankan?
“Letak kat luar je la doktor..” Saran Ana. Aku jungkit bahu.
“Suka hati awak la. Janji jangan letak dalam bilik ni.” Tegasku. Ana mengangguk dan membawa bunga-bunga yang berada atas meja aku ni keluar. Baru la sedap sikit mata aku nak pandang meja aku ni. Kalau tak, sakit je mata aku ni..
Setelah Ana keluar saja dari bilik, aku pandang resume beberapa orang doktor yang nak minta kerja kat sini. Aku ada sebarkan iklan untuk cari pasangan untuk sama-sama usahakan klinik ni.
Serius aku tak larat uruskan klinik ni sorang-sorang. Sehari je berjela-jela aku kena hadap pesakit. Oleh sebab tu la aku cari ‘kawan’ untuk bantu aku.
 Alhamdullilah jugak.. Respons yang diterima banyak juga.. Sekarang aku tengah kusut nak pilih siapa yang paling sesuai untuk kerja di klinik ni.
Bayangkan je la.. Ada dua puluh orang yang memohon. Pening sikit kepala aku nak pilih. Dan kebanyakannya lelaki la yang memohon. Ada beberapa orang je perempuan yang minta kerja kat sini.
Pen yang berada di tangan aku, aku putarkan. Reject, reject, reject...
Gaya macam senang je pilihkan? Tapi aku sekarang ni dah macam nak pecah kepala otak. Aku tak nak biased..
Memang aku pilih yang terbaik dari yang terbaik. Orang yang boleh bekerja dengan bersungguh-sungguh. Boleh dipercayai untuk sama-sama uruskan klinik ni. Susah senang hadapi bersama.
Telefon bimbit aku berdering. Aku segera angkat.
“Misha.. Mana tu?” Suara Shark kedengaran di corong telefon. Aku senyum. Baru tadi aku terfikir nak telefon dia, nampaknya dia dah telefon aku dulu.
“Kat tempat kerja..” Aku beritahu dia. Shark diam.
“Rindu orang tak?” Soalan yang wajib dia tanya aku. Aku mengangguk. Bukan dia nampak pun aku angguk. Biar la dia tak tahu. Aku sorang je tahu!
“Diam je? Rindu tak ni?”
“Tak.” Aku jawab sambil mengangguk. Tipu-tipu sikit tak salahkan?
“Orang sakit gigi ni..” Tiba-tiba je Shark cakap macam tu kat aku. Aku gelak.
“Dah tu? Pergi la beli ubat.” Aku bagi saranan kat dia. Shark mengeluh.
“Orang nak awak rawatkan.”
“Mengada! Saya tak pandai.” aku bagi alasan. Shark tak tahu pun apa pekerjaan aku sekarang ni. hari tu aku cakap dengan dia, aku tanam anggur. Tapi kantoi dengan dia..
“Doktor gigi yang cantik macam awak ni mesti tahu.” Kata dia.
Aku senyum. Maknanya dia dah tahu la apa pekerjaan aku sekarang ni? adil la kut.. Sama-sama sembunyikan pekerjaan sebenar. Tapi Shark lagi best, elok je dia kata dia cikgu.. Tapi sebenarnya dia juruterbang.
Tapi memang dia boleh jadi cikgu pun.. Cikgu cinta. Ajar aku cinta!
“Boleh tak ni?” Shark tanya. Agak lama aku mendiamkan diri.
“Boleh blah..”
“Sampainya hatimu.. Buatku tertunggu-tunggu..” Shark menyanyikan sedikit rangkap lagu Jangan Menangis Sayang. Aku ketawa. Boleh tahan sedap suara Shark. Lain kali boleh la dia teman aku pergi melalak kat Neway Karaoke!
“Datang la klinik kalau sakit gigi.” Aku arah dia. Dia dekat corong telefon dah bersorak.
Yeay! Orang datang sekarang tau?” Dia minta kepastian. Lambat-lambat aku jawab.
“Ya.. Tadi kata sakit gigi. Siap boleh jerit lagi tu.. Maknanya tak sakit la tu.” Aku sindir dia. Dia diam je. Lepas beri salam kat dia, aku tutup talian. Shark nak datang sini.. Jangan tanya aku macam mana jantung aku berdegup sekarang. Dan semestinya aku dah tersenyum lebar ni. Kira hujan bunga dalam hati aku ni la. Lalalala..
bersambung 

48 comments:

  1. xsabr nk tunggu shark g jmpa doktor gigi ksyangan dia..hahha

    ReplyDelete
  2. bes nyer..sweet jer tgk misha ngn shark..nk diorg berdua..hrp2 cpt la shark g merisik misha tu..hehe

    ReplyDelete
  3. huhu best2... shark nk jmpe misha... sdih plak mama misha ckp mcm 2...

    ReplyDelete
  4. ala gulanyer...kalo cm 2 ari2 la si shark sggup skit gigi...hahaha....fiqroul 2 memg x phm bhasa....next bab..:p...best2...cpt2

    ReplyDelete
  5. ape la fiqroul tu...asyik gangu misha ajer....isteri kat umah tu nk campak mane...dok gngu anak dara owg lak.....wah hujan bunga ea misha....like2...

    ReplyDelete
  6. yipeee....hehe..best2..suke mimi dgn shark...romantik la shark tu hehe...xmao am dgn si fiqroul pnyibuk tu...mimi,shark <3

    ReplyDelete
  7. garangnya along misha! takut~
    nasib baik uda dia cool. ;)
    Shark sakit gigi ke sakit rindu? hehehe..

    ReplyDelete
  8. Pendeknye. nak shark lg. sweet giler la die. smbung cpt ! xD

    ReplyDelete
  9. haha....sengal je misha...
    rseny shark ta sket gygy kowt...
    sje jek crik alsn nk jmpe misha....
    mst uda yg gtw shark misha kje ape...
    heeehe,,,nk lg=)

    ReplyDelete
  10. hehehee..shark dgn misha. sweet je. err, ketegasan along dah tgk. ketegasan angah pulak nak tunggu :D

    ReplyDelete
  11. Hahaha..sweet je diorg! :D Gambar watak2 dah bertambah! Yay!

    ReplyDelete
  12. YAY!!Shark!!!tak payah la buat cerite pasal am tu..

    ReplyDelete
  13. wahhh!!
    cpat laa shark jmpe mishaaa!!!
    mstiii sweett jek nnti,,ehehhehe

    ReplyDelete
  14. best2!!hehe..
    sweet je shark tu...

    smbung2..~~~

    ReplyDelete
  15. best laa...okey...
    Xsbr tnggu smbungnnya nnt plak....=)

    ReplyDelete
  16. wahh!!! Misha puji shark sweeet? wahh! cam x caye aje... nampaknya Misha dah boleh terima shark,, hoyeyyyy!!!

    ReplyDelete
  17. cepatlaaaahhhhh shark datang jumpe misha ye....soo sweeet...hohohoho....
    jauhkan misha dari am n fiqroul tuul...baru chantekk camtu...wink3~~~

    ReplyDelete
  18. fiqroul mmg nak kene nie .. iee .. geramnya !! nak pulas telinga dy ! hhmm.. sape erk yg bagi bunga tu ? fiqroul ke ?? rasanya bukan .. hhmm .. shark ? c0mel2 !! along ? garangnya . tpi best la ! UDA ? sporting gilak !!! hehehe .. siapa yg bakal jadi partner MISHA ? hehehehehehe ..bab kali nie ... misteri sikit ...... hehe like2 !! teruskan lagi .. chaiy0k2 !! aja aja fighting ! saranghae SHARK ! for UDA peace ^_^ ! fiqroul siap la nnt ! FITRI pulas telinga tu ! hehehe .. (asal komen aq kali nie macam gedik je erk ??? )

    ReplyDelete
  19. erkk,,kan dh terkantoi Am n Misha ngan Along tu..hahah...x sabar nk tunggu bab 14 !!

    ReplyDelete
  20. comel la shark ni..rse nk cobet2 jek pipi die..haha
    hm..npe along misha 2 cm garang sgt..i pulak yg rse gerun..muahahaha

    ReplyDelete
  21. nak abg macam uda...sporting gileerrr...

    ReplyDelete
  22. best2...smabung lg....nk shark n misha...

    ReplyDelete
  23. alalala misha..u oredy fall in love wif shark..juz admit it..wee~~
    likelike...^__^

    ReplyDelete
  24. Shark is the best from the 3 guys , dahlah gentleman , handsome , caring ... huh dah jatuh cinta ngan watak shark nie.... huh opss terlebihlah pulak mengarang comment nye JUZ WISHING ALL THE BEST jangan pernah berhenti menulis ...

    ReplyDelete
  25. menyampah ngan fiqroul tu asyik ganggu misha jew....
    shark ada jew alasan yg leh wat die jmpe misha

    - popcorn_qzx @ yahoo.com -

    ReplyDelete
  26. so great n sweet:)
    dah msuk mode senyum sorang2..
    x sabar nak bca next chap lak..
    hehehe..

    ReplyDelete
  27. hatoi,,, ibu anis plik aw tgok anis mghdp kmputer ny n snyum sorg2,,, bez sgt lar cter ny... :)
    ske3,,,

    ReplyDelete
  28. lebih ar fiqroul tuh .. haizz
    shark oh shark !! grr XD
    next2 ~~

    ReplyDelete
  29. yeahh !! sy skitt gg nieee... mkn toblerone bnyk sngtt . sbb gilekn cteerr nie :p
    writterr .. ajrkn sy subjek cntaaaa . sy failed.

    ReplyDelete
  30. hihi shark2.. mcm btul je sakit gg ek.. tak sabar la nak thu siapa pilihan mimi ni.. kalau aku msti shark aku ilih.hahahha

    ReplyDelete
  31. sweetnyelah...
    bilelah Misya nk ngaku ni..

    ReplyDelete
  32. adeh..jtuh ati ngn shark..wat sy ingatkn sum1

    ReplyDelete
  33. shark sayang gile kat misyaa. sweet nye =)

    ReplyDelete
  34. huishhh...jgn mangkuk tu dtg skali dh la yer.

    ReplyDelete
  35. aman sikit bce n3 ni sbb AM xwujud...yey!

    ReplyDelete
  36. hehehehe...hader2 je la shark nie :P

    ReplyDelete
  37. said..........
    besh!!!!xsabar nak bc yg strusnyaaa..:D

    ReplyDelete
  38. spe x ska owg yg d'skai dtg cm2...hu3...
    manja btui shark...
    "owg skit gg ni" hahhahahhaa...xleh imagine mka llaki ble ckp cm2..
    mka gedik nye kua...

    ReplyDelete
  39. >_< (xleh taip byk2>>laju u ke bab next~

    ReplyDelete
  40. comel la shark... pntg ade mase je mesti nk jumpe si misha.... jgn tetibe am dtg skali at the same time sudah....

    ReplyDelete
  41. sweet arr shark n misha nyh..

    ReplyDelete
  42. yeyyyhhh !! sukesukesuke >.<

    ReplyDelete
  43. sgt2 sukela...shark!~~happy family!~~

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.