Tuesday, May 10, 2011

Bab 22

AKU bangun agak lewat hari ni. Mungkin sebab semalam hati dah senang. Siapa yang tak gembira bila ada yang cakap dia sayang dengan kita gila-gilakan? Mahunya tak aku senyum sampai telinga semalam. Tidur pun dalam senyuman je.
Tu belum campur tolak dengan mimpi indah tu! Bahagianya! Aku pandang wajah aku di hadapan cermin. Rambut aku yang kusut masai tu aku sikat. Kaki ni belum ada rasa nak melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Kantuk aku pun masih belum reda.
“Misha, ada orang datang ni,” suara Kak Kiah kedengaran dari tingkat bawah. Siapa pulak yang datang pagi-pagi macam ni? Eh, pagi ke? Dah pukul sebelas pagi.. Boleh la dikira pagi, walaupun tak berapa nak pagi!
“Sekejap!” Laungku pula. Aku capai telefon bimbit aku dan mendail nombor telefon milik Ana.
Pagi-pagi lagi aku dah disajikan dengan lagu nyanyian Taylor Swift dekat caller ringtones yang dipakai oleh Ana. Membuai-buai perasaan je. Aku senyum sendiri dan fikiran pun menerawang, teringat pada Shark!
“Assalamualaikum Ana!” Sapa aku sebaik saja Ana menjawab panggilan aku. Aku macam dengar Ana menguap. Aik, takkan baru bangun tidur jugak kut?
“Waalaikumusalam doktor.. Pagi-pagi call. Bukan tutup klinik ke hari ni?” Ana soal aku.
Aku tergelak. Dia ingat aku telefon dia sebab nak suruh buka klinik la tu! Aku tahu dia penat sebab dah lama jugak aku tak kasi dia dengan pekerja-pekerja lain yang rehat.
“Ni tak ikhlas la ni kerja dengan saya. Takut saya panggil la tu,” aku pura-pura merajuk.
“Eh, buka macam tu doktor.. Saya plan nak pergi rumah bakal mak mertua hari ni. Kalau doktor suruh buka klinik, alamatnya terpaksa saya batalkan.” Perlahan saja suara Ana.
“Ish! Tak cakap saya pun awak dah berpunya eh? Ni saya geram ni..” Aku pura-pura marah.
“Ala.. Mak saya yang carikan.. Kalau nak ikut saya, saya memang tak ada masa nak cari teman lelaki ni. Leceh la doktor.” Aku ketawa lagi mendengar keluhan yang terlepas dari bibir Ana.
“Pandai kata leceh, nasihat saya bukan main lagi. Dah macam gaya doktor cinta je.” Sejurus mendengar kata-kataku itu, Ana ketawa. Aku geleng kepala, macam-macam la si Ana ni.
“Saya nasihat orang pandai la, kalau untuk saya sendiri, memang fail!” Ana sambung ketawa.
“So, kena belajar dengan saya sebab saya dah lulus cemerlang..” Ana menjerit girang dekat corong telefon.
“Adakah doktor dengan Shark dah jadi?”
“Erm, entah..” Aku tersenyum-senyum depan cermin.
“Dah la tu! Malu-malu pulak! Congratz!! Makbul doa saya, lepas ni cepat-cepat kahwin ya?”
“Jauh lagi tu..”
“Dekat dah.. Eh, kenapa call saya ni?” Ana kembali soal aku.
“Saya nak belanja awak, Ima dengan Tyra makan hari ni. Memandangkan awak ada urusan lain, jadi terpaksa la saya cancelkan plan saya ni.” Kataku. Memang itu tujuan sebenar aku menelefon dia sekarang ni.
Tak salah kalau kadang-kadang luangkan waktu bersama-sama dengan pekerja aku. Diorang pun manusia jugak apa. Aku tak suka kalau ada yang suka membeza-bezakan seseorang tu dengan taraf. Orang kaya tak boleh kawan dengan orang miskin. Nonsense!
“Eh doktor! Saya pergi sekejap je.. Petang dah ada kat rumah. Jadi la.. Jangan la batalkan.” Suara Ana kedengaran merayu.
Aku ketawa. Mustahil si Ana ni nak menolak kalau aku dah pelawa dia keluar. Aku setuju dengan cadangan Ana. Dia kata dia balik rumah pukul empat petang. Maknanya ada dalam beberapa jam je lagi. Aku pesan kat dia supaya telefon dengan Ima dan Tyra.
Setelah habis berbual-bual saja, aku tutup telefon bimbit aku. Kemudian aku menepuk dahi, hampir terlupa pula aku yang ada seseorang menunggu aku kat bawah. Mestinya orang tu dah tunggu aku lama.
Aku tahu macam mana perasaan kalau menunggu seseorang tu terlalu lama, mesti bosan. Silap-silap boleh terhambur kata-kata yang berbentuk makian dan cacian.
Aku pernah menunggu seseorang dengan lama. Tapi syukur kepada Allah kerana memberikan aku tahap kesabaran yang tinggi.
Aku masih mampu bersabar menunggu. Aku cuba berfikir positif mengapa seseorang tu lambat. Lebih baik begitukan? Sikap bersabar tu perlu ada kat dalam diri kita.
Tapi walau macam mana sekalipun, nak membuahkan perasaan sabar dalam diri tu memang payah. Ada je halangan yang menghalang kita. Apatah lagi dengan bisikan halus oleh syaitan yang sentiasa menyuruh manusia supaya sesat. Ada satu artikel dekat iluvislam yang aku baca, macam mana nak belajar bersabar. Menarik artikelnya!
Menurut artikel tu, sabar ialah perasaan atau tindakan yang tidak dapat didefinisikan secara nyata dan konkrit. Sabar ni lebih kepada abstrak. Boleh ke kita gambarkan sabar tu macam mana? Mesti tak..
Apa perasaan kita bila kita ditimpa masalah dan musibah, tetapi ada yang cakap dengan kita supaya kita bersabar. Relevan ke kita terima nasihat mereka tu supaya bersabar sedangkan kita tengah haru ditimpa masalah ni? Bergantung pada seseorang. Setiap ujian yang ALLAH beri berbeza-beza tertakluk pada kemampuan hamba-Nya.
Dalam surah Al-Baqarah pun ada dinyatakan tentang sikap bersabar ni. Allah tu Maha Penyayang. Setiap ujian yang kita alami tu ada hikmahnya. Ada sebab mengapa Allah turunkan ujian tu kat kita.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286
Kadang-kadang bermuhasabah diri lepas bangun tidur ni bagus jugak erk.. Dapat la meningkatkan perasaan cinta pada agama di samping menambah iman di dada. Aku senyum sendiri.
****
“Siapa Kak Kiah? Sorry late.. Misha kemas bilik tadi,” walhal aku bermenung dan berjeda di hadapan meja solek sebentar tadi. Kak Kiah mengangguk-angguk. Dia menuding ke arah taman mini yang berdekatan dengan gazebo yang dibina di kawasan rumah aku tu.
Ada seorang budak perempuan tengah tunggu aku. Aku intai-intai, siapa pula yang datang ni? Hari Ahad macam ni patutnya aku berehat, masa untuk aku enjoy sakan! Aku terus melangkah ke arah taman mini tu dengan langkah yang pantas.
“Eh! Fifi!” Separuh menjerit aku tatkala melihat Fifi yang sedang duduk menunggu aku sambil menghirup minuman. Dia meletakkan cawan yang dipegangnya di atas meja dan mendekati aku.
“Kak long!” Erk! Aku rasa macam telan pasir je waktu Fifi panggil aku dengan gelaran tu. Kenapa dia panggil aku Kak Long? Dah mula la kekonfiusan melanda diri aku ni!
Fifi peluk aku dan mencium pipi aku. Elok je dia cium, tak perasan ke yang aku masih berbaju tidur ni?
“Belum  mandi ni, boleh Fifi cium erk?” Kataku sambil ketawa.
“Tak kisah. Wangi ke busuk ke, tak peduli. I miss you! Kenapa lama tak datang rumah? Mummy tanya tentang Kak Long tau.” Kata Fifi sambil menarik muncung sedepa. Aku cubit pipinya yang lembut tu.
“Kak... Kak Long busy dengan kerja dik..” Jawabku, perlahan. Agak kekok untuk aku membahasakan diri aku sebagai Kak Long. Aku pun pelik kenapa Fifi panggil aku Kak Long, kira nama panggilan baru aku ni!
Fifi tersenyum.
“Along kata dia akan kahwin dengan Kak Long dalam masa terdekat ni. Bila?” Teruja Fifi bertanya. Aku buat wajah terkejut. Biar betul Shark ni? Shark ni suka janji dengan adik dia la, aku takut nanti adik dia percaya bulat-bulat.
“Mana ada.. Abang Fifi dengan Kak Long tak ada apa-apa hubungan pun,” nafiku, persis gaya seorang artis yang menjawab soalan dari wartawan je.
“Eleh.. Tak nak mengaku konon. Macam la Along tak cerita dengan Fifi semalam.” Fifi menahan gelak. Aku mengetap bibir. Apa la yang si Shark ni ceritakan dekat adik dia. Aku mula rasa bengang, jangan dia cakap yang aku menangis sudah!
“Kak Long jangan risau sebab Along cerita sikit je. Dia happy semalam tau? Senyum je memanjang..” Bersungguh-sungguh Fifi bercerita sambil menarik ototnya untuk senyum. Aku mencebik.
“Ya la tu.”
“Fifi datang dengan siapa ni?” Soal aku.
“Sorang je.” Aku mengangkat kening.
“Ada apa-apa benda nak tanya ke?” Soal aku. Mesti ada sebab kenapa fifi datang jumpa aku ni. Takkan la dia suka-suka je datang sini dengan tak ada motif. Sorang-sorang pulak tu!
Fifi tersengih.
“Tolong ajarkan kimia.. Boleh?” Pintanya dengan wajah comel. Aku tersenyum. Ada hajat rupanya si Fifi ni. Aku ketawa.
“Boleh je. Tapi ada yang lupa sikit.. Tunggu Kak Long mandi jap. Okey?” Kataku padanya. Fifi mengangguk.
“Eh.. Lupa nak kasi. Ni Along suruh Kak Long pakai.” Dia serahkan kat aku seutas rantai yang disimpan di dalam sebuah kotak. Kotak itu lutsinar, jadi aku boleh nampak yang isi dalam kotak tu ialah rantai.
“Along mana?” Aku tanya Fifi.
“Kerja. Kali ni sebulan. Dia suruh pesan kat Kak Long yang lepas dia balik je, dia nak terus ajak kahwin. By hook or by crook.” Aku membuntangkan mataku saat Fifi berkata begitu. Rasa sebak dan sayu mulai menujah diri aku. Kenapa Shark tak cakap yang dia dah nak masuk kerja semula.
Aku pandang kawasan tempat letak kereta, kereta Uda pun tak ada! Semuanya tak nak bagitahu aku! Bengang, bengang! Sebulan baru la dia cuti semula? Baru je dia lafazkan kata cinta dia semalam, hari ni dia dah pergi kerja, tinggalkan aku semula! Kena tanggung rindu la aku! Tak sanggup!
“Ala.. Jangan rindu-rindu Along.. Sekejap je tu.” Fifi mengusik aku. Aku tarik senyuman tawar. Dia macam dapat baca je fikiran aku sekarang ni.
“Along kata kalau rindu dia, kena peluk bantal peluk.” Fifi ketawa. Aku pura-pura ketawa juga walaupun hati aku ni tengah sayu. Sedih sebab lepas ni aku kena tunggu lama untuk jumpa Shark semula. Rindu la aku dengan dia nanti!
“Kak Long naik dulu ey Fifi?” Aku tak ada benda lagi nak cakap. Terus aku naik tingkat atas, dengan niat dapat la aku menangis sekejap. Aku sebak sebab dia tak cakap dengan aku sendiri!
Aku tahu Fifi tercengang tengok aku. Aku tahu Fifi nampak aku tahan air mata. Tapi aku dah tak peduli semua tu. Biar la.. Aku tengah sedih ni! Diulang, aku tengah sedih!
****
AKU habis ajar Fifi pada jam satu tengahari. Aku terus ajak Fifi makan tengahari sekali kat rumah aku. Kesian aku tengok budak tu nak kena balik naik motor. Comel je vespa dia. Warna ungu!
Lepas habis je semua, Fifi terus minta diri nak balik. Aku angguk je sebab aku pun nak pergi rumah Aida lepas ni. Dari rumah Aida terus gerak pergi bandar, macam yang dirancangkan awal-awal.
“Kak Long jangan rindu Along sangat tau? Eheh..” Fifi tersenyum-senyum. Aku cubit pipi dia. Sempat lagi tu dia usik aku sebelum balik rumah. Aku angguk.
“Malas nak rindu dia. Dia tak rindu Kak Long.” Aku pura-pura tunjuk rasa sebak walaupun sebenarnya aku tengah rindu Shark macam nak gila sekarang ni. Aku nak Shark ada kat sisi aku sekarang ni!
“Dia tampal gambar Kak Long tau dekat bilik dia.” Kata Fifi. Wajahku membahang. Biar betul Shark ni? Fifi ketawa sejurus melihat ekspresi aneh aku.
“Fifi menipu je ni..” Aku bisik kat aku sendiri. Fifi gelak sakan.
Kalau dia dah gelak tu maknanya dia dengar la apa yang tengah aku bisik tu. Aku tepuk mulut aku sendiri, macam mana la boleh cakap kuat-kuat ni!
“Okey la Kak Long, Fifi balik dulu. Thanks sebab tolong ajarkan Kimia tu. Love you!” Fifi peluk aku sambil cium pipi aku. Aku tersenyum saja, sejurus itu Fifi menghidupkan vespanya dan berlalu pergi. Aku geleng kepala. Abang adik sama je suka naik vespa.
****
Aku pusing-pusing kat kawasan City Square ni dah dekat sepuluh kali. Bosannya la menunggu Ima, Tyra dengan Ana datang. Ana cakap dia dah dalam perjalanan datang sini. Aku tunggu je la dengan sabar. Kan aku dah cakap, aku ni penyabar orangnya? Ehehe..
Waktu aku tengah duduk sorang-sorang kat Secret Recipe, tiba-tiba je aku rasa ada orang sentuh bahu aku. Berderau darah aku tengok muka mamat ni! Aku ingat dia ni dah pupus sebab dah lama tak dengar cerita dia, sekarang dia muncul balik? Dia nak apa sebenarnya ni? Aku mula rasa tak senang hati.
“Misha buat apa sorang-sorang kat sini?” Tegur Fiqroul dengan senyuman di bibirnya.
Kalau perempuan lain mungkin la akan anggap senyuman tu senyuman paling menawan dekat alam semesta ni! Kalau bagi aku, tu la senyuman paling karat yang pernah aku nampak!
“Now what?” Aku tanya dia sembari mengangkat sebelah kening aku. Fiqroul dengan tiba-tiba memegang tangan aku, aku menepis cepat-cepat. Ikut lemak dia je pegang tangan aku dekat depan orang ramai ni. Berani betul!
“Don’t touch me..” Aku marah dia. Dia degil, dia pegang jugak tangan aku.
PANGG!
Entah macam-mana aku rasa pipi aku terasa panas. Eh, kenapa pulak ni? Aku pandang tepi, wajah Fiqroul dah cuak. Yang ada kat sebelah Fiqroul pulak si Fitri dengan perutnya yang dah semakin membesar.
Aku mula rasa bengang, kenapa pulak Fitri tiba-tiba nak lempang aku? Apa salah aku? Apa yang aku dah buat? Fitri pandang aku dengan renungan yang tajam. Macam nak bunuh aku sekarang je!
Mata-mata yang ada kat Secret Recipe tu tak payah cerita la, semuanya pandang aku. Macam semuanya tak pernah tengok orang kena lempang. Nak ajak aku lempang orang yang tengok aku tu sorang-sorang.
“Asal ni Fit?” Aku cuba perlahankan suara aku. Fitri tersenyum sinis.
“So ni la yang Mimi nak cakapkan? Mimi sebenarnya ada hubungan dengan abang Fiq. Kan?” Fifi terus-terusan menyalahkan aku. Aku angkat kening, aku agak wayar kat dalam kepala Fitri ni dah putus la! Kenapa la tiba-tiba dia nak marah melulu macam tu?
Hanya sebab suami dia pegang tangan aku? Hello? Aku tepis okey? Aku tak ingin pun nak pegang tangan suami dia tu. Kalau tangan Shark tu tak apa la jugak! Ni tangan suami orang, buat apa? Aku bukan macam tu! Aku masih ada harga diri!
“Listen Fit.. Dengar penjelasan..” Fitri menghalang aku dari berkata-kata.
“Dah, Fit tak nak dengar semuanya. Cukup Mimi.. Bagus la selama ni Mimi tikam Fit dari belakang. Bagus.. I love it so much. Thanks sebab dah hancurkan rumahtangga Fit. I owe you a lot.. A lot sayang!” Penuh sinis kata-kata yang dilontarkan oleh Fitri. Aku termangu sendiri.
Aida masih belum jelaskan dengan Fitri lagi ke? Aku mula rasa tak sedap hati. Sekarang Fitri dah anggap aku ni perosak rumah tangga dia. Aku pandang Fiqroul. Dia dengan muka selamba dia boleh buat tak tahu je.
Langsung tak kejar isteri dia yang dah berlalu pergi dengan dua orang anak dia. Aku mula rasa cemas.
“Abang Fiq, pergi la pujuk dorang!”
“Tak nak.. Abang nak Mimi..” Dia masih buat perangai bodohnya tu! Aku mengetap bibir.
You’re such a jerk! Stupid guys!” Hamunku, ini la pertama kali aku lontarkan kata-kata kesat pada Fiqroul. Fiqroul termangu. Sebelum berlalu pergi dari Secret Recipe, aku sempat kasi hadiah istimewa kat Fiqroul. Biar dia rasa apa yang aku rasa!
Di sebabkan tindakan dia yang tak masuk akal tu, aku dah terjebak dengan masalah rumahtangga dia walaupun aku tak ada kaitan langsung! Logik tak kalau aku simbah asid dekat Fiqroul dengan kepekatan yang paling tinggi? Argh! Aku sakit kepala!
****
“Doktor, kenapa nampak lain je muka?” Tegur Ana sebaik saja sampai. Aku sekarang tengah layan perasaan aku sendiri. Aku tengah fikir masalah yang tengah melanda aku. Cepat atau lambat, mesti ada yang hebohkan tentang aku dan Fiqroul.
Semuanya tak tahu kisah yang sebenar, hanya aku dan Aida. Aku rasa macam nak jumpa Aida sekarang, tapi aku dah janji dengan Ana, Ima dan Tyra untuk keluar sama-sama. Jadi terpaksa aku jumpa Aida esok je.
Aku cuma mampu berdoa supaya keadaan Fitri selamat. Aku tak nak dia dalam keadaan kacau. Dia tengah mengandung, dan pastinya perkara tadi tu membebani kepala dia. Aku rasa bersalah sekali lagi. Ya Allah, aku ke yang bersalah dalam hal ni?
Apa yang Fiqroul nak sebenarnya? Dia dah ada segala-galanya. Dia dah ada isteri yang penyayang, dia dah ada anak yang comel. Semuanya sudah sempurna, tapi kenapa dia tak puas dengan apa yang dia ada tu? Aku mulai kusut.
“Saya okey je Ana.. Wayang pukul berapa ni?” Tanya aku pada Ana. Ima tengah pilih novel bahasa Inggeris dekat rak yang berdekatan dengan tempat aku sekarang ni. Yang Tyra pulak pergi cari komik.
“Lagi sejam. Ada masalah ke?” Ana tak puas hati dengan jawapan aku tadi. Aku tarik senyuman skeptik. Ana dah banyak bantu aku. Aku tak nak kepala otak dia terganggu lagi dengan masalah yang kian datang bertimpa-timpa kat aku ni.
Nak diluah takut nanti mengaibkan keluarga sendiri, ya la.. Fiqroul tu ada saudara aku. Kalau tak diluah, aku pulak yang sakit kepala. Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Kenapa la aku jadi mangsa keadaan ni.
“Tak ada Ana. Pening sikit..” Ana mengangguk-angguk. Mungkin dia mulai mengerti dengan kata-kataku yang acuh tak acuh tu.
Lepas pergi je kat kedai buku, Ana dengan Ima dan Tyra serta aku bergerak ke Baskin Robbins. Macam yang aku janji, aku belanja diorang semua. Bukannya selalu, sekali sekala.
Lokasi seterusnya pulak pergi tengok wayang. Dan sepanjang tu jugak la aku asyik diam je. Ana faham dengan keadaan aku. Dia cakap dengan aku, kalau aku dah sedia nak kongsi masalah, cakap je dengan dia.
Tengok la nanti, mungkin aku sedia nak kongsi sama-sama dengan dia. Biarlah sekarang ni hanya aku dengan Aida je tahu. Ya Aida! Aku kena jumpa dia. Dia je yang boleh berhubung dengan Fitri!
Aku sayangkan Fitri macam aku sayangkan kakak aku sendiri. Melukakan hati dia sama la macam aku lukakan hati Angah. Dan sememangnya aku tak sanggup nak lukakan hati insan yang aku sayang. Tak mungkin sanggup dan tak akan pernah!

bersambung

48 comments:

  1. Fiqroul bengong! Geramnya!!!!! Tak pasal2 Fitri marah kat Misha! Argh! D:

    ReplyDelete
  2. haish,,fiqroul ney sbok je,,,miang btol,,
    ksian kt misha,,da lha kne tnggung rndu kt shark,,pas2 kne lempang dgn fitri plak,,ish3,,

    ReplyDelete
  3. ppe ntah si fiqroul tu...
    eiiii geramnye!!!!

    ReplyDelete
  4. fitri p0m satu hal cemburu buta aje!! xsiasat dulu maen lempang jerrr.....cian misha
    ala shark xde lak nk tolong misha...
    semakin best lak cite nie...

    ReplyDelete
  5. hhhhaaaiiiiiiyaaaa,,,
    fiqroul nii!! sengal r!!!
    bengong!!!! jaatt!!!! gatal!!! miang!!!!
    huh,,geramm,,gerammm~~~

    ReplyDelete
  6. pang??! klaw la shark ade mse tu , msti jd dushh kat muke fiqroul plak .. HAHA
    fitri tu msti pembawakan anak tuh ;)

    ReplyDelete
  7. ee,, benci aku dengan si fiqroul ni.. kejar2 Misha buat pe.. dah la isteri dy tengah mengandung tu, ish x sayang bini betul..

    tension aku tengok Misha tension.. aishh!

    ReplyDelete
  8. haish...mnyampah + meluat ngan fiqroul...rse nk shoot je.....hmmm...sush2 terjebk ngan cnta laki org.....huhuh...next bab,,:p

    ReplyDelete
  9. kenapalah perempuan yg dah kahwin suka salahkan prmpuan lain klu suami dia yg mmg gatal? adoi la. buta mata hati betul T_T(emo je rasa)

    Fit tu kan dah tahu suami dia mcm mana.

    ReplyDelete
  10. cm2la...ad selitkn islamik..hu3..
    lps ni..islamik..thumbs up la..hu3~

    ReplyDelete
  11. nor farhana md isaMay 10, 2011 at 8:10 AM

    rasa cm nk campak ja fiqroul kt tengah laut.. biaq jerung makan..

    ReplyDelete
  12. duhhh..
    fiqroul ni mmg mntk kaki btul lah..
    aiyyoooo..
    nk lg..nk lg..
    hehe :)

    ReplyDelete
  13. ish..ish..ish...x patut tol si fitri tu..lempang misha sesdap mkan nasi lemak je...tanya la misha tu betul ker x ada hbungan ngan fiqroul tu...si fiqroul tu pon...memang sengaja...bukan patut kene simbah asid...patut kene ikat dia kat kayu pancang...pastu kita pakat ramai2...baling jer batu kat dia tu...ag best...nk ag tmbah perisa...kita simbah la dia apa yg patut kat dia...huhu(idea kejam giler...).... *slumber_girl*

    ReplyDelete
  14. bodoh btol Fiqroul nie....tu lar jenis manusia yg x reti nk brsyukur...dh dpt mcm2 benda,,tp masih x puas ngn apa yg ada ....grrr!!

    ReplyDelete
  15. ksian mimi kne tmpr...fiqroul jhat!!xske3!!huhu..fitri ni plak, ske2 je nk tmpr org..slidik la dlu..ish!.xpe, lmbt2 nti msti fitri tau laki dia 2 y gatal n tgiler2 kn mimi 2..huh!

    *HOLLAND*

    ReplyDelete
  16. huhuu..siannye misha..kene PANGG...
    x gune pnye fiqroul....
    grrr!!!geramnye!!!
    shark~~~bile nk blik..sbln pegi...rindula..huhuu...sian misha taw...

    ReplyDelete
  17. Sangat tak suka dengan fiqroul! Rasa nak tampar dia laju laju je. Ishk. Kesian Misha~

    ReplyDelete
  18. pergh... mmg ptut dipatah riukkan aje si Fiqroul tu. boleh pulak buat tak tahu... geram sungguhlah!

    ReplyDelete
  19. cian misha kan..x patut btul fiqroul tu

    ReplyDelete
  20. isshh..macamane bleh jadik mcm ni??ni yg aku xpuas hati nik..ade plak si misha yg kne tampar..patutnyer si fiqroul tuh yg kne tempeleng..eshh..angin btoll..==S

    ReplyDelete
  21. sengal la si fiq ni....eeee..geram je..cpt2la shark balik..pah2 kawin dgn mimi tu hehe... -fy-

    ReplyDelete
  22. gila la fiq ni..sakit jiwa betol..pergi balik ospital la awk..
    tp shark?? keja?? baru je porpose misha,huhuhu...

    ReplyDelete
  23. Kenapa jd mcm ni?!!!! haishhh, makin benci pulak kt fiqroul ni. tembak kang mati x sempat tobat. Haishhhhhh! geramnye !!!!

    ReplyDelete
  24. emmm..asal lmbt sgt shark blik?rindu lah..
    ishhh..benci ngn fiqroul..mcm org yg xde perasaan..kesian misha yg kne tanggung akibat prangai fiq..

    ReplyDelete
  25. ei.bencinye kt fiqroul 2..menyampah gile2 kt die..sian kt miasha

    ReplyDelete
  26. nyampah + meluat + benci tol le kt fiqroul... xfhm bahasa tol le...dh org ckp xnk lg xnk fhm... shark cpt le blk cian misha...

    ReplyDelete
  27. first skali, Tetibe je kak long, haha,, kompem kekok nak mati pasal dia bongsu. then, okey la, jap agi shark balik, kena kawen terus, then bapak giler sengal fiqroul. ade jugak lelakimcm tu T_T aku buat gulai lemak jugak dia tuh. haih.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. tetibe jer fifi pnggil kak long, gler tekezut.. huhu.. lagi satu bengong pnyer fiqroul! x psal2 misha kene lempang! haisy.. cian misha..

    ReplyDelete
  30. ase nak lempang je si fiqroul tuhhh...bengong punya laki kaloo laa shark ad mse tuhh naseb misha akn terbel xdaa nak kena ngn si fitri tuhh...kecian kat misha...shark balik cepat!!!!

    ReplyDelete
  31. aishh. nape la si fitri tuh p lempang misha .. ta patut betol la.. padahal fiq yg buat pragai.. misha yang kena... kecian mishaa..

    ReplyDelete
  32. ahh~ sekarang dalam keadaan bersalah sebab tak bgtaw fitri sal fiqroul tu. :P alahai,sian misha.. da ar shark tade,dilanda dilema lagi. ;(

    ReplyDelete
  33. 1
    best sangat sangat tapi boring lah bab nie... xde shark :D nak bab2 romantik boleh ?? hehehe

    ~miss_BZ body~

    ReplyDelete
  34. adehdehdeh...
    bengong btol si fiqroul tue....eiiii geram
    gile lah...huh >.< grrrr

    ReplyDelete
  35. bodoh punya fiqroul tu.. gatal sngat..dh ada bini sila pduli bini aje.. ni gatal lgi nak kacau misha..

    ReplyDelete
  36. geramnya dgn fiqroul 2..xabis2 dgn prgai gilabayang,gatal,bodoh dy 2..huh..bnciii..kesian misha..

    ReplyDelete
  37. cian mimi...da la tsyg gi sebln...nie fitri kasi adiah lg...huhuhu sodehnye

    ReplyDelete
  38. bagus.. ada tazkirah lg bab ni..hihi
    okey.. tapi.x dapat feel la.xda shakir kot..
    tetiba fitri datang.. hhmm.. apa perasaan dia,klu dimasukkn sikit ok. wanita mana yg x terluka bila suami beralih kasih.
    gud luck sts~~ ;) ;)

    ReplyDelete
  39. eii!!!!geramnyelah ngan si fiqroul 2...menyibuk jer..
    cian kat wife die...

    ReplyDelete
  40. bodohnya Fiqroul . dah bini dia lari , kejar la.. terang lagi bsuluh misha taknak dia . paksa juga.. eee... shark, kehadiran anda amat d perlukan .

    ReplyDelete
  41. benci dgn fiqroul!!!! dh kawen 2 sudah la!!! x pyh nk menggatal dgn anak dara org!!! jaga bini tu je!!! kesian kat fitri... x patot die bwt centu... BENCI!!! BENCI!!!! BENCI!!!!

    ReplyDelete
  42. aduss.. sakitnye kena tampar..
    cian misha.. xpsl2 jd mangsa keadaan....

    ReplyDelete
  43. fiqroul tu mykitkn ati btul la..

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.