Wednesday, April 27, 2011

Bab 14

ANA ketuk pintu aku sambil pegang fail kat tangan dia. Aku pandang Ana. Berkerut-kerut je dahi Ana aku tengok. Apa yang tengah bersarang kat kepala otak dia pun aku tak tahu.
“Kenapa Ana?” Aku tanya Ana. Buatnya dia beritahu berita buruk ke.. Seram la aku. Aku dah la tak sedap hati je dari tadi. Ana serahkan kad pengenalan seorang lelaki kat aku. Aku pandang muka lelaki tu.
“Shark!” Hampir menjerit aku tengok nama tu. Ahmad Shakir bin Prof Dato' Dr Ir Hj Ahmad Shakry. Gila punya panjang nama papa dia! Nak terbelit aku sebut!
“Doktor kenal dia ke?” Tanya Ana pada aku. Aku pantas mengangguk.
“Dia tak ada buat appointment langsung. Terus nak masuk jumpa doktor. Saya halang la dia.” Beritahu Ana. Aku angguk lagi. Memang tu prosedur klinik aku ni, aku memang dah pesan kat Ana supaya sekat sesiapa yang nak buat rawatan tanpa temujanji.
“Habis tu nak kasi dia masuk ke ni?” Aku angguk untuk kali ketiga. Shark datangkan? Takkan aku nak sekat dia dari masuk sini? Mana boleh!
“Okey..” Ana keluar semula. Kad pengenalan Shark aku pegang. Comel la dia ni.. Senyuman dia dalam kad pengenalan ni buatkan aku cair..  Hai.. Ilmu apa la yang si Shark ni guna!
****
“Ehem.. Ehem..” Shark berdehem dan bersembunyi di belakang pintu. Dia ingat aku tak perasan la tu dia masuk bilik aku tadi. Shark sengih.
“Tak payah la nak mengada-ngada sembunyi belakang tu.” Aku ketawa.
Shark garu-garu kepala dia. Baju yang ada vespa warna biru yang dia pakai sekarang ni betul-betul buatkan dia nampak kacak! Tapikan.. Dia ni kalau pakai apa-apa baju pun tetap nampak kacak!
“Ingat tak nampak..” Shark sengih. Aku jelir lidah kat dia.
“Suka sangat tunjuk lidah macam tu kat orang ek? Cium baru tahu!”
“Dalam sehari, tak sebut perkataan cium tu tak boleh ke?” Aku bagi amaran kat dia. Shark angkat kening.
“Tak boleh,” Shark duduk berhadapan dengan aku. Kad pengenalan dia aku masih pegang lagi.
“Comelkan muka orang masa dulu?” Aku angguk. Entah macam mana boleh ringan pulak kepala aku ni angguk. Dia senyum. Bangga la tu aku puji dia!
Bila aku tengok dia dah tersenyum-senyum, aku jeling dia. Tak boleh puji sikit, mula la nak kembang semangkuk tu.
“Dah.. Senyum pulak orang puji dia.”
“Bangga la. Bukan senang bibir awak tu nak puji orang lain. Nak ucap terima kasih apatah lagi.” Selamba badak dia kutuk aku. Aku mengetap bibir.
Dia diam. Aku diam. Aku pandang dia, dia pandang aku. Bila aku alihkan pandangan aku, dia tetap pandang aku. Aku bangun dari kerusi aku, dia tetap tak berganjak daripada pandang aku. Bahaya ni..
“Dah kenapa tengok lama-lama macam tu? Nak kena cucuk ke mata tu?” Aku jerkah dia. Dia senyum tenang je. Jerkahan aku macam kedengaran tenang je agaknya dekat telinga dia tu. Sebab dia boleh rileks je senyum tanpa berkerut-kerut dahi.
Aku rasa kalau aku buat macam tu kat sesetengah lelaki yang aku kenal, mesti diorang akan kata aku ni mengada-ngada. Tapi, aku tak peduli pun kalau diorang nak kata apa. Aku jadi diri aku sendiri. Aku tak hipokrit. So what?
“Sakit mata nanti.. Sakitnya jiwa menahan gelora rindu.” Shark kenyit sebelah mata dia kat aku. Aku jeling dia. Itu dah mula dia punya mood melankolik menyerang tu!
“Kata sakit gigi?” Aku menyoal dia.
“Memang la. Dah tak sakit dah ni.” Shark siap tayang gigi dia depan mata aku. Sah-sah la dia memang tak sakitkan? Memang sengaja cari point je.
“Sebenarnya tak sakitkan?” Shark pantas menggeleng. Tapi riak muka dia tu dah jelas memaparkan yang dia berbohong. Dia nak tipu orang yang selalu menipu! Memang tak jadi la..
“Sakit la.. Awak mana tahu orang sakit. Ni.. Kat sini.” Dia letakkan tangan dia kat dada dia. Aku gelak.
“Sakit jantung la ni?” Aku meneka. Shark geleng.
“Jantung ni sakit kerana tiada penghuni. Minta seseorang untuk dihuni.. Nak suruh orang depan mata ni huni, hurm.. Nampaknya hanya dalam mimpi..” Berirama pulak kata-kata Shark ni.
“Siapa yang awak maksudkan?” Aku buat-buat tak faham. Dalam hati ni dah macam ada mercun berdentum dah, dum sana, dum sini. Berbunga riang la! Shark angkat kening dia.
“Sendiri mau ingat la..” Dia sengih-sengih.
“Saya tak faham ni. Cuba jelaskan sikit.”
Aku tarik keluar satu dokumen perubatan dari kabinet fail. Dia tengok aku. Sebenarnya aku tak ada motif pun keluarkan dokumen ni, saja suka-suka sebab nak coverina dari terus pandang muka dia.
“Kura-kura dalam perahu, takkan tak tahu?” Shark keluarkan pantun dua kerat dia.
“Sungguh tak tahu..” Konon-konon jujur la aku cakap, walhal aku dah banyak minta ampun pada Tuhan ni sebab banyak sangat menipu hari ni.
“Wahai Tunku Misha Zafrina Tunku Hazami.. Usah la kamu menipu hamba yang kerdil ini.” Tersentap sikit aku waktu dia cakap nama penuh aku.
Tak silap aku, memang keluarga aku dah lama tak gunakan pangkalan nama Tunku tu kat kad pengenalan. Gara-gara nak lupakan sejarah lama, mama nekad tukar identiti keluarga. Tu yang jadi macam tu.
Tak sangka si Shark ni boleh tahu. Aku letak balik dokumen yang aku pegang tadi. Shark dah senyum memanjang je tengok muka blur aku.
“Terkejut tak?” Tanya dia. Aku tak menjawab.
“Nak tahu macam mana orang boleh tahu?” Dia soal aku. Aku tak jawab jugak.
“Fiqroul.”
Sejurus nama lelaki tu disebut oleh Shark, aku rasa macam ada renjatan elektrik menyerang aku. Serius la aku alergik dengar nama mamat tu. Tak boleh la aku nak dengar nama Fiqroul ni. Sakit hati je rasa.
Aku duduk semula kat kerusi aku. Daripada tadi aku dah macam cacing kepanasan. Gerak sana, gerak sini. Si Shark steady je duduk kat tempat yang sama. Siap boleh conteng kertas kosong yang ada kat atas meja aku lagi.
“Tunku Fiqroul Ashaari.” Dia sebut nama penuh lelaki yang aku alergik gila tu.
“Enough la cakap fasal dia.” Aku dah rasa jemu pulak bila Shark asyik sebut nama Fiqroul je! Tak ada orang lain ke Shark nak sebut?
“Dia skandal awak ke?” Soalan berbisa yang baik punya keluar dari mulut Shark.
Aku pandang Shark dengan renungan yang tajam. Lama aku pandang dia macam tu. Aku nak dia tahu yang kata-kata tadi tu buatkan hati aku ni mendidih.
“Cakap ikut sedap gigi... Malas la nak layan awak ni!” Aku mendengus. Dia dah cuak tengok mood aku berubah.
“Ala.. jangan la marah. orang gurau je!” Dia minta maaf. Aku tak layan dia langsung. Aku hantar mesej kat Ana, suruh dia hantar coklat Toblerone dekat aku sekarang. Aku suruh hantar dua.
Memang sengaja aku mesej Ana, malas nak guna interkom. Nanti Shark dengar aku suruh hantar Toblerone.
“Awak... Jangan la marah.” Dia pujuk aku.
Pintu bilik aku terkuak. Ana masuk dengan membawa dua coklat Toblerone. Coklat tu diletakkan di atas meja aku. Shark tak berkerdip memandang aku dan Ana, silih berganti.
“Siapa tu awak coklat tu?” Shark tiba-tiba bersuara. Ana cepat-cepat keluar dari bilik aku.
“Nak satu.. Boleh?” Pinta Shark, seakan anak kecil. Aku geleng.
“Kalau awak tak suka Fiqroul, awak suka siapa?” Shark bangkit balik isu tadi. Aku geram betul la!
“Suka awak!” Tiba-tiba terpacul pula aku cakap macam tu! Muka aku dah membahang! Panas.. Panas.. Panas!! Malu.. Macam mana nak atasi ni? Tolong la aku!
Shark senyum meleret.
“Confirm ea?” Dia senyum lagi. Lesung pipitnya terserlah. Aku pusing tempat lain. Coklat Toblerone tu aku serah kat dia satu. Rasa malu campur bengang je nak angkat muka sekarang ni.
Entah apa la yang tengah bermain kat kepala Shark ni bila aku cakap macam tu. Jantung aku macam nak tercabut dah ni!
“Jangan risau la..”
“Risau apa?” Aku tanya dia. Yang ni aku kurang faham.
“Jangan risau sebab orang pun suka awak.”  Kata dia sambil tersenyum lebar. Aku mencebik. Lelaki ni senang je nak menipu perempuan, dia cakap je dia suka.. Tapi nanti dah lama-lama terus jadi benci! Masak sangat dah aku!
Nasib baik la perangai Along dengan Uda tak macam tu! Minta dijauhkan la! Selamatkan la Along dan Udaku ya Allah! Aku berdoa dalam hati.
“Orang jujur ni. Awak tahu orang jujurkan?” Tiba-tiba je dia cakap macam tu. Tapi memang kena kut dengan situasi sekarang sebab aku sekarang ni meragui perasaan suka dia tu kat aku.
“Entah la.. Makan la tu.”
“Nak dengar puisi orang tulis tak?” Mata aku membulat. Dia ni sasterawan ke apa? Asyik tulis puisi je! Semuanya yang buatkan aku cair pulak tu. Semuanya menusuk jiwa!
“Makan tu dulu.” Aku ulang. Dia mengeluh.
“Nak dengar tak?” Dia tanya aku.
“Kalau tak nak dengar, orang tetap nak bacakan jugak!” kata dia. Kertas yang dia conteng tadi, dia ambil dan letak di hadapan dia.
“Andai ditakdirkan daku seorang arkitek. Kan ku hulurkan sebuah senibina.. Tiada yang terindah selain istana cintamu..” Perlahan saja suaranya. Kata-kata tu je dah mampu nak menyentap perasaan wanitaku ni ke alam fantasi.
Aku pasang telinga walaupun tadi aku macam tak bagi respons bila dia tanya aku, sama ada aku nak dengar dia baca puisi untuk aku tak. Untuk aku ke? Entah la.. Entah-entah puisi ni dia cipta untuk teman wanita dia ke.. Mana la tahu.
“Andai tertakdir aku diri seorang doktor. Pasti ku sematkan dalam benak. Tiada sakit yang terparah selain penyakit cintamu...” Kata-kata Shark kali ni buat aku senyum sekejap. Aku doktor, jadi terdetik la sikit rasa bangga dalam diri aku ni.
Shark sambung lagi. Serius je muka dia waktu baca puisi ni. “Andai ku ditakdirkan seorang pengemis, tiada kan ada pengemis yang terhina..Melainkan untuk mengemis cintamu..” Tolong la Shark. Tolong.. Tolong jangan buat air mata aku menitis kat sini.
Nanti si Ana, Ima, dan Tyra tu fikir Shark buat bukan-bukan pulak dekat aku sampai aku menangis. Padahal aku menangis sebab terharu gila walaupun aku tahu puisi ni bukan untuk aku yang pastinya.
“Andai ku ditakdirkan seorang guru, tiada subjek yang mampu aku ajar selain subjek cintamu.. Malahan aku pasti mengajar kamu bagaimana cara menjadi pencinta sejati.” Okey. Part ni sweet. Aku senyum sekejap.
Aku baru je nak buka mulut, nak komen puisi yang dia buat tu. Tapi nampaknya tak habis lagi la..
“Dan...Andai tabib menjadi cita yang tidak diduga..Kan kuakui tiada penawar yang utuh mujarab. Selain pertemuan denganmu duhai kasih..” Indah dan terpesona aku mendengar alunan aksara kata yang dituturkan oleh Shark ni. Jiwa seni. Itu yang mampu aku takrifkan tentang diri Shark ni.
“Tapi awak bukan semua tu. Awak seorang juruterbang.” Aku komen. Dia gelak.
“Orang juruterbang mengembara awan mencari cinta sejati yang pasti sukar ditemui kerana cinta itu bersembunyi di negara sendiri.” Dia berkias. Aku senyum. Tak tahu nak balas apa yang dia cakap tu.
“Takkan hati tak pernah terpaut dan tersangkut pada si gadis yang berada di lapangan terbang?” Aku cuba umpan dia. Dia pantas geleng.
“Semuanya tak ikut kriteria. Semuanya sekadar memandang rupa.” Protes dia. Aku ketawa. Biasa la tu.. Sekarang ni, manusia suka sangat cari pasangan yang ada rupa, berharta. Tapi bagi aku la kan.. Adakah semua benda-benda tu menjaminkan kebahagiaan?
Belum pasti.
Ya.
Belum pasti.
“Tambahan pula, hati ni dah suka dan terlanjur sayang pada seseorang yang sangat keras kepala dan ego.” Dia kata lagi. Aku angguk.
“Kesian perempuan tu.” Sambung aku.
“Too bad sebab perempuan tu awak.” Dia terus cakap. Tak ada nak simpan-simpan!
“Really? Mengejutkan.”
Aku buat-buat terkejut. Cepat la Ana masuk dalam tolong aku.. Aku merayu sangat Ana masuk sini dan beritahu ada pesakit yang nak buat rawatan gigi.
“I love you Misha. Susah sangat ke untuk awak faham?” Dia mengeluh. Aku jadi berdebar sekejap. Shark ni dah mula serius gila ni.
Aku tak pernah nampak dia serius. Ni pertama kali kut. Lagi-lagi bila dia sebut fasal cinta. Berderau la darah aku. Coklat yang ada kat tangan aku dah habis. Shark baru je sentuh sikit coklat dia tu.
“Saya tak faham tentang cinta. I’m noob at it. Teach me.” Pintaku sambil tersenyum.
“Maksudnya nak guide how to love someone?” Dia tanya balik. Aku mengangguk. Lebih kurang macam tu la.
“If possible.” Datar nadaku. Dia senyum.
“Kalau macam tu yang awak minta.. Orang akan pastikan awak faham tentang cinta. Subjek cinta..” Shark kenyit sebelah mata dia. Aku senyum.
****
LAMA jugak Shark lepak dekat klinik aku. Mula-mula dia tak nak balik. Tapi disebabkan dah ada pesakit time tu, jadi terpaksa la dia melangkah pergi dengan langkah yang berat. Kesian aku tengok dia.
Habis je waktu beroperasi, aku terus pandu kereta aku laju menuju ke rumah sepupu aku. Aku nak jumpa isteri Fiqroul. Aku nak ceritakan semuanya kepada Fitri. Biar Fitri tahu yang suami dia tu miang overdose!
Lagu yang tengah dimainkan dekat radio ialah lagu Atas Nama Cinta dendangan Rossa. Aku rasa lagu ni dah macam kena je dengan aku sekarang ni.
Aku rasa terbelenggu dalam ikatan tanpa cinta dengan Shark. Aku rasa tak boleh nak gembira bila dengan Am. Aku cuma boleh capai kegembiraan yang tak dibuat-buat bila aku bersama dengan Shark.
Dia sangat pandai mengusik. Dia sangat pandai buat lawak. Dalam erti kata lain, dia pandai semua la! Agak berlebihan tak aku memuji dia? Biasa la kan.. Kalau orang dah angau, memang macam ni. Faham-faham je la.. Ehehehe.
Aku parking kat depan rumah Fitri, Fitri tengah main dengan anak kembar dia yang dua orang tu dekat taman kecil yang dibina dekat kawasan rumah dia.
Aku tekan loceng. Fitri nampak kelibat aku melalui pintu pagar. Dia senyum sebaik saja nampak aku di sebalik pintu pagar.
“Mimi.. Lama tak datang sini.” Tegur Fitri. Lama ke? Bukan memang aku tak pernah pergi rumah dia ke? Ada kut.. Tapi dalam mimpi je la aku pergi rumah ni.
Setahu aku, aku memang susah sikit nak jejak kaki kat rumah orang lain ni. kalau nak tunggu aku jejak kaki kat rumah diorang, kena tunggu time raya la. Baru la waktu tu kaki aku ringan nak melawat.
“Sihat Fit?” Soal aku. Fitri mengangguk. Perut pun dah membesar. Anak ketigakan..
“Mimi dari mana?” Fitri menjenguk-jenguk luar rumah dia. Yang ada cuma kereta aku je.
“Dari klinik.”
“Jom masuk.” Fitri mempelawa aku masuk ke dalam rumah dia. Aku mengangguk.
****
“Duduk la.” Aku ikut apa yang disuruh oleh Fitri. Memang dah macam budak kecik dah aku sekarang ni. bila orang suruh duduk, aku duduk. Bila orang suruh minum, baru aku minum.
“Mimi ada benda nak cakap dengan Fit ni.” Aku malas lama-lama kat rumah Fiqroul ni. nanti balik pulak mamat tu, tak nak la aku jumpa dengan dia. Bahaya woo..
Fitri senyum. Dia tuang air Nescafe yang dia buat tu atas meja. Rumahnya boleh tahan besar. Ada empat orang je duduk dalam ni. kurang la sikit kebosanan Fitri bila ada dua orang si cilik yang temankan dia.
“Fit pun ada benda nak cakap dengan Mimi.”
Aku terkejut.
“Penting?”
“Sikit..” Jawab Fitri. Aku fikir dulu.
Siapa nak cakap dulu ni? Nak suruh Fitri cakap dulu ke? Atau nak suruh aku cakap dulu? Pening dah kepala aku ni.
“Fit cakap dulu la.” Akhirnya aku mengalah. Sama juga nanti jalannya. Aku akan cakap, jadi aku kena fokuskan sepenuh perhatian pada kata-kata Fitri ni.
“Tolong terima Fiqroul.” Pendek je kata-kata dia tu, tapi hati aku macam kena rejam dengan belati. Sakitnya..
Kenapa sampai macam ni sekali? Fiqroul sakitkan hati Fitri ke? Kalau tak cakap pun aku dah tahu macam mana perangai Fiqroul tu. Aku kenal dia bukan setahun dua. Dari kecil aku kenal dia. Semua benda tentang dia ada dalam poket seluar aku!
“Mimi. Dengar tak ni?” Aku tersentak dari lamunan. Berangan rupanya aku.
“Apa Fit cakap tadi?” Fitri geleng kepala.
“Fit nak minta tolong Mimi intipkan perempuan mana yang dah buatkan abang Fiq jatuh hati.” Aku angkat kening dan dalam masa yang sama, aku telan liur. Kesat!
“Bukan Fit ke?” Fitri menggeleng.
“Dulu mungkin ya. Tapi sekarang dia asyik cari fasal je. Sakit hati kadang-kadang.” Keluh Fitri. Aku tarik senyuman.
“InsyaAllah nanti Mimi tolong.”
“So, Mimi nak cakap apa?”
Bila ingatkan balik permintaan Fitri tadi, aku rasa baik la aku batalkan saja niat aku nak mengadu kat Fitri. Tak silap-silap aku kena pelangkung dengan si Fitri ni.
“Tak payah la.” Aku kata.
Fuhh!
 bersambung~

54 comments:

  1. sudah parahhh
    misha, lain kali kamu yg ckp dulu
    kan da parah

    ReplyDelete
  2. Alamak, macam mana ni?? Bukan si Misha ke perempuan yang Fiqroul jatuh hati..Aiyok.. Haha :D

    Ingatkan Shark sakit gigi betul-betul. Rupanya sakit lain. Hehe. So sweet ;)

    ReplyDelete
  3. shark vs mimi sgt sesuai heheheh...teman sokong....dh de konflik plak...

    ReplyDelete
  4. waaa...misha da ckp suke kt shark la....

    ReplyDelete
  5. shark sgt2 gula....waaaa...nsb x misha yg story dlu...parah dh misha....misha ptt kick je si fiqroul 2...hahha...shark memg sesuai ngan misha....i like....hahah...next bab..:p

    ReplyDelete
  6. hee :) bez la AASC nih . .
    haih , kang da ad konflik . .
    tp tape , konflik mmg prlu , kalo ta , mdatar jer cter tuh , kan ? ^_^
    i prefer misha ngn shark ! XD

    ReplyDelete
  7. so sweet bl shark baca kan puisi kat misya...n misya dh suka kt shark...sweet nya...

    ReplyDelete
  8. sweetnye shark...hehe
    best la AASC ni..smbung2!!!

    ReplyDelete
  9. oohh tidakk...apa nk jadi nie...fiqroul 2 betol2 wat org geram la..
    n shark as owez...sweett as lollipop...hehehe...

    ReplyDelete
  10. alahai...sweet nye shark...
    tp bnci lh dgn fiqroul tu...
    ntah ape2...
    grrr~

    ReplyDelete
  11. amboihhh nama bapak si shark tuu.....panjang nyee!!!!!....tapi si shark nihh mmg sweet~~hohohohoo...

    ReplyDelete
  12. Suka puisi Shark! Kita pulak yg dah cair! Hahaha..

    ReplyDelete
  13. alamak! masalah baru dah datang.. hancur.. katakan tidakkk!!!!

    ReplyDelete
  14. pergh mkin parah ni... ske sgt shark dh bgtaw misha... ;)

    ReplyDelete
  15. I LOVE IT !! especially part yg puisi tu .... jiwang habes... :D bila nak tambah N3 baru erk dah tak sabar dah.... harap harap Mimi terima Shark bukan Am ... Shark romantik habis , ada tak lelaki mcm tu wujud kat dunia yg nyata nie ? kalau ada harap2 dapat jumpa dia

    ReplyDelete
  16. apsal ayat dia boleh wat saya cair macam lilin...thniah writer...

    ReplyDelete
  17. lalalalaaa...baguih la puisi shark tu..
    sweet gler...
    Oh3...msalah lain plak nk tmbul..
    Humm..

    ReplyDelete
  18. OMG!!! SO SWEETT!!!
    alahaii npee romantikk sgtt ayat shark nii,,
    siyess dh cairrr glerrrr daa nii,,
    helpp,,help,,helpp,,
    to writter aka shah>>
    siyess cairr ssgggtt ngn ayat shah,,terbaikk laa!!!mcm xcye u can create such a nice word like thiss,,seriuos i'm melttt!!! helpp!!! =p

    ReplyDelete
  19. jgn la pasni misha smpai kena tuduh jd perosak rumahtangga si fiqroul xgune tu..
    benci btol ngn fiqroul tu...
    uda kena tlg shark ngn misha...

    ReplyDelete
  20. suka puisi tu...
    stu karya yg sweet giler..
    hebat la writer a.k.a shah coz dpt fikir gempak mcm ni..congrats ye..

    continue plzzz..hehehehe..

    ReplyDelete
  21. misha time shark eh....suke2....shark memang mamat jiwang!

    ReplyDelete
  22. hate faqroul,,,
    ske misha n shark,,,
    cmel2 jer,,,
    n also love puisi 2,,, ske sgt2,,, hehe

    ReplyDelete
  23. shark & misha mmg ssuai,,,
    fiq mmg da mlampau,,seb bek misha ta ckp dlu,,
    law ta,,,mmg hncus lha,,huuu
    am xromntik cm shark,,,hehe=)

    ReplyDelete
  24. oitt....grrr...skru longgar kot si fiq tuh....

    ReplyDelete
  25. berharap sgt shark baca puisi gitu gakk kat sy >.<

    ReplyDelete
  26. kesiannya fit. gila jahat gatal kejam dan tak guna punya fiqroul. adeh! benci dekat am, benci lagi dekat dia.

    misha, tolong bertindak dgn bijak.

    ReplyDelete
  27. misha n shark...hehehe best...
    akhirnya misha mengaku ske kat shark...
    next bab

    ReplyDelete
  28. semakin sawan aku trhdp shark ni kerh kerh :
    misha nk shark , melepas lah den ! haha

    ReplyDelete
  29. Sweetnyer Shark ! xD Mne la nk jmpe laki mcm ni~

    ReplyDelete
  30. sweet kowt part nie ... shark and misha . so sweet .. aq bawu past tg0k SHARNAAZ berlak0n tadi dlm cer express dania .. hehehe .. shark c0mel laa !! hehehe .. tapi an .. napa misha xckp je at FITRI tu pacal FIQROUL tu ?? aishh.. leh lak xjadi .. takowt kowt .... kecian fitri .. aq memahaminya .. hehehehe .. hope fiqroul berubah la .. ada anak kembar come mcm FITRI .. puwn nak cari len g ?? aishh .. hope sgt berubah .. hope shark and misha together2 .. hehehe .. xsaba menanti .. hehehe.. chaiy0k2 .. aja aja fighting ! .. uad yg terbaik ! if ade pe2 pr0b .. juz call me ! ;)

    ReplyDelete
  31. Sweet giler shark neh.. X padan lansung ngan nama die yg ganas tuh.. Hehe..

    ReplyDelete
  32. gambar shark n de personality mcm tak kene la...heheheh

    ReplyDelete
  33. ush~ gila btul c.faqrul tu.. gedik btul mamat sengal kpala otak dia.jgn kasi chance c.faqrol ambik mimi.. biar kantoi prangai dia dpan fitri..geram sesangat!!!!!

    ReplyDelete
  34. hish...memang penyibuklah si Fiqroul 2..
    cian kat wife die...

    ReplyDelete
  35. nsb baik mimi x ckp dulu..klu x...mati mimi..hahaa

    ReplyDelete
  36. huhu...betul2 tersentuh ngan puisi yg shark cakap tu...terasa macm dia ckap betul2 ngan kita plak...ahhh...i'm falling in love ngan shark ni...so sweet n romantik....mlm ni gerenti x leh tido la...menitik tau air mata bca puisi tu...betul2 menusuk hati la...gud job,syah...

    ReplyDelete
  37. ngeh4..best siot

    ReplyDelete
  38. knp la xterus terang jerrr.ish!!

    ReplyDelete
  39. Ahmad Shakir bin Prof Dato' Dr Ir Hj Ahmad Shakry ...
    nm penuh shark kt ic..
    xtau lak kt ic leh tulis "prof","dato","dr","ir" sume..dpt sume pgkat 2 sblm shark 12thun ke?? (thinking)

    papepn mmg best!!
    1 x best=best!
    2 x best=best!best!
    3 x best=best!best!best!
    4 x best=best!best!best!best!
    5 x best=best!best!best!best!best!

    ReplyDelete
  40. npe misha xckp trus kt fitri..geram btol...jujur je...senang ckit..padan muka fiqroul tu...hehe..emo jap..

    ReplyDelete
  41. cakap jer lah...menyampah gila dah ngan si fiqroul tuh....hampeh tul...

    ReplyDelete
  42. sweet giler shark neh...melting skjap

    ReplyDelete
  43. suke time part shark bace puisi tu..
    sweet glerr...

    ReplyDelete
  44. shark sangat romantik! ..bisa cair kalo trusan cam nie..hohoho

    ReplyDelete
  45. said...
    puisi yg menarikk....msty misha cair pnya...hebat laa pnulis nvel ni..LIKE!!!!!

    ReplyDelete
  46. fuyoo!! b'madah pujangga...wanita mne x cair cenggitu....

    ReplyDelete
  47. kehkehkeh,, there u go,,subject cinta coming!!

    ReplyDelete
  48. aaahhhh..
    sudahh...
    masak la misha kalu fitri ni tau..
    mangai..
    duhhhh...berjiwa seni btul la shark nih..
    i like~~~
    ngehehe.. :D

    ReplyDelete
  49. naye misha klau si fit tau.... cepat2 la misha kawen je dgn shark tu... x de dh fiqroul nk kacau... klau x pn, kte bakor je si fiqroul tu... XD

    ReplyDelete
  50. grr ~ ckp jelaa mimi yg fiqroul kcau ko .. adess .. awat lh nk lmbat2 kann kebenarn tuhh ? hikhik :P

    ReplyDelete
  51. benci gler ar ngn fiqroul..sibuklah dia tu..and shark..bestnya..romantik gler ar..bestnyala dpt pakwe cm dia..bhagianya la dunia..ngee..^_^

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.