Monday, April 18, 2011

Bab 3


SEAWAL jam sembilan pagi aku dah bersiap. Semalam aku dah janji dengan Shark pukul sepuluh. Sebenarnya memang aku boleh bangun lebih awal daripada tu.. Gaya macam aku tak biasa je bangun awal... Sengaja aku nak lepak dekat rumah dulu, tengok rancangan apa yang best..
Hari ni aku cuma berpenampilan biasa saja. Aku cuma mengenakan baju Dolce & Gabbana warna biru cair dengan seluar jeans.. Tudung yang aku pakai pun warna biru.. Memang warna kegemaran aku warna biru..
Ramai yang tanya dekat aku sampai nak bernanah telinga aku dengar soalan diorang. Asyik-asyik ulang soalan yang sama, soalan yang diorang dah tahu jawapannya apa. Relevan ke?
“Mimi, kenapa tak minat warna pink?” Itu antara contoh soalan yang selalu aku dapat. Kira tu dah macam frequently asked question la.. Nak je aku tulis besar-besar ‘kenapa aku tak minat’ dekat dahi diorang tu.
Alasan aku mudah je.. ‘Sebab warna pink lembut sangat.’
Tak hairan la kenapa kaum Hawa sekarang cukup mudah dibuli dan dianiaya.. Semuanya sebab warna pink kut? Entah la.. Itu berdasarkan teori aku sendiri je, tak tahu pulak pandangan orang lain. Tapi memang betul apa..
“Mimi, bangun awal-awal ni nak pergi mana?” soal mama kepada aku. Aku membetulkan tudungku di hadapan cermin yang terletak di ruang tamu. Keluasan rumahku memang tak dapat nak disangkal lagi, sehingga kadang-kadang aku rasa penat berjalan dalam rumah ni.
“Keluar sekejap.” Jawabku. Mama mengangguk-angguk. Mama sedang menghirup air kopi di tangannya dengan perlahan. Pandangan mataku mencerun.
“Mama.. Kenapa minum air tu lagi? Kan Mimi dah cakap..” Aku jadi bengang dengan sikap mama yang susah benar nak ikut apa yang aku suruh. Bukan apa.. Aku tak nak mama jatuh sakit lagi.
Doktor dah pesan yang mama tak boleh minum air kopi.. Sebagai anak, aku harus pastikan yang mama tak boleh sentuh walau sedikit pun air kopi!
“Mama minum sikit je.. Mimi jangan la gelabah.” Mama beri alasan. Aku menarik nafas dalam-dalam.
“Mananya Mimi tak gelabah kalau mama sakit lagi.” Aku memujuk mama dengan lembut. Bahu mama aku pegang, kopi yang berada di tangannya aku ambil.
“Mama kalau sayang anak-anak mama, mama tolong jangan minum lagi.. Okey?” lembut suaraku memujuk. Mama mengangguk. Aku tersenyum. Kali ini aku sudah berjaya membuatkan mama berhenti dari minum kopi!
“Anak mama yang sorang ni dah macam doktor je gayanya..” Mama tersenyum-senyum. Aku menggelengkan kepalaku.
“Memang la doktor. Haish mama ni..”
Memang aku seorang doktor pun, tapi aku cuma doktor gigi. Bukan doktor yang biasa berada di hospital tu. Kerja aku pun tak selalu full. Ada la jugak waktu nak bersantai dengan keluarga. Ada jugak waktu nak jenguk Along dengan isteri dia yang memang sporting gila tu!
“Gigi mama sakit ni.. Cuba betulkan..” Mama mengusik. Aku tergelak. Ada-ada saja mama ni.
“Kalau Mimi betulkan, terus hilang semua gigi mama ni..” Serius aku berkata. Sungguh.. Aku bahagia dengan kehidupan keluarga aku sekarang walaupun papa tak ada bersama-sama.
Along sekarang kerja sebagai pensyarah di universiti tempatan yang berdekatan, Angah pulak tengah kejar gelaran Ir.. Dia dah jadi doktor pun, sekarang tengah belajar engineering pulak.. Minat Angah ni memang pelik sikit. Memang lepas ni nama dia bertukar ke Dr Ir Adra la nampaknya.
Siapa kata perempuan tak boleh jadi engineer kan? Memang aku tabik spring dekat Angah sebab berani sahut cabaran! Kepalanya memang bergeliga.. Aku tak dapat nafikan tu. Tu satu cerita, Uda pulak memang dari dulu nak jadi pramugara.. Alhamdulillah.. Tercapai jugak cita-citanya. Semuanya berkat doa mama..
“Mama..” Aku bersuara, kopi yang berada di tanganku tadi segera aku letakkan di atas meja.
“Kenapa?” Soal mama.
Aku rasa berat hati nak cakap. Nak cakap atau nak pendam? Nanti kalau aku cakap, aku takut mama kecil hati. Tapi ni untuk kepentingan keluarga kami jugak.. Kalau aku tak bersuara, tentu mama tak akan sedar perkara ni..
“Mama boleh tak kurangkan sikit aktiviti dengan Datin-Datin semua tu?” pintaku. Mama ternyata tidak terkejut seperti apa yang aku sangkakan. Mama tersenyum saja. Garisan kedut di wajahnya mengamit jiwaku.
“Mama cuba ya sayang.. Ni je cara mama nak hilangkan rasa bosan. Anak-anak mama semua sibuk.” Aku tersentak dengan kata-kata mama itu. Memang lewat kebelakangan ni aku jarang luangkan waktu dengan mama.
Kalau dulu, setiap hari ahad pasti aku bawak mama pusing kawasan Johor Bahru ni. Tak kisah la mana-mana tempat pun, tapi sekarang ni keadaan tak mengizinkan. Kerja yang banyak kat klinik aku tu membataskan aku meluangkan masa dengan mama.
“Maafkan Mimi mama..” ucapku. Mama tersenyum saja. Tiada langsung riak marah di wajahnya yang masih tampak muda walau ada sedikit garisan kedut di wajahnya. Bahkan mama masih lagi sihat dan boleh memandu kereta. Syukur ke hadrat Allah..
“Mama tak marah Mimi.. Mama faham anak-anak mama sibuk..” Mama memelukku erat. Tiba-tiba saja aku tersentak dengan bunyi loceng yang berdentang lantang. Dari dapur, Kak Kiah terkocoh-kocoh berlari.
Sudah lama Kak Kiah berkhidmat dengan keluarga aku, khabarnya, sejak papa tinggalkan mama, Kak Kiah la orang yang banyak membantu. Mujur la mama ada syarikatnya sendiri, tidaklah terlalu berharap pada papa sepenuhnya.
“Ma.. Syarikat mama sekarang siapa yang handle?” soal aku.
“Siapa lagi? Mama suruh abang Fiqroul uruskan.. Mama nak suruh Along, Along tak nak.. Suruh Angah, lagi la dia tak nak.. Uda pun sama je.. Mimi? Pun sama je..” Mama mengeluh. Aku ketawa mendengar bebelan mama.
“Dah tak minat ma.. Nak buat macam mana.” Aku sebolehnya memberikan alasan yang munasabah.
“Minat tu boleh datang kemudian..” Kata mama lagi. Aku tersenyum.
Kak Kiah datang ke ruang tamu dengan nafas tercungap-cungap. Ni tak lain mesti Kak Kiah berlari ni.
Kan aku dah kata tadi, Kak Kiah pun boleh semput disebabkan rumah aku ni. Besar dah kalahkan istana.. Aku rasa ada baiknya satu hari nanti aku kecilkan rumah ni. Eh.. Boleh ke? Atau setidaknya aku jual rumah ni.. Pun tak boleh.. Rumah ni rumah pusaka..
“Kenapa ni Kak Kiah? Gaya macam kena kejar dengan puntianak je.” Selorohku. Kak Kiah geleng kepala.
“Puntianak apa.. Kak Kiah kena kejar kucing tadi..” jawab Kak Kiah. Pecah ketawa. Aku tertawa. Kak Kiah memang takutkan kucing, ada saja kucing, memang dia tak boleh duduk diam.
Katanya kucing itu menggerunkan.. Bagi aku, binatang kesayangan Rasullulah ni comel saja. Sampai kadang-kadang boleh jadi peneman aku untuk tidur. Kak Kiah, Kak Kiah..
“Siapa datang tu?” soal mama. Dahi Kak Kiah berkerut-kerut, cuba mengingati barangkali..
“Katanya kawan Misha. Nama dia Kak Kiah tak ingat..” Mama segera memandang aku. Dari riak mama, aku sudah dapat agak mama mahu aku menjelaskan siapa yang Kak Kiah maksudkan.
“Shark la tu..” Aku terus buat kesimpulan. Mama mengangguk. Tipu la kalau mama tak kenal Shark.. Semalam bersungguh mama kasi kebenaran kat Shark, sampai berikan nombor aku pada Shark..
“Shark yang semalam tu?” Mama meminta kepastian. Aku angguk.
“Baik budaknya..” Aku angkat kening. Mana mama tahu yang Shark tu baik? Mama ni pandai-pandai je!
“Mana mama tahu dia baik?” soal aku pada mama. Mama ketawa.
“Mama tahu la.. Gaya dia cakap dengan mama tu lembut je. Mesti dia orang yang baik-baik..” kata mama lagi. Aku mencebik. Ya la sangat..
“Mama nilai dia dari suara nak buat apa?” Aku masih tak puas hati. Ada ke mama kata Shark baik? Aku sendiri kenal Shark tak sampai sehari.. Tak boleh lagi nak kata Shark ni baik ke jahat..
Tapi dari apa yang aku lihat, Shark ni macam gaya Romeo je. Entah la.. Aku nak tengok macam mana keadaan Shark hari ni.. Biasanya kalau Romeo ni, dia suka senyum-senyum.
“Tak kisah la.. Ajak Shark tu masuk dulu Kiah..” Mama meminta Kak Kiah mengajak Shark masuk ke dalam rumah. Aku menelan liur. Perlu ke mama nak ajak Shark masuk? Takut pulak aku perangai gila Shark naik..
Nanti macam-macam jawapan yang keluar dari mulut dia tu bila mama tanya soalan. “Nak ajak masuk ke mama?” Aku kurang setuju.
“Ajak la.. Mama nak kenal..” Pinta mama. Aku mendengus. Mama dah kasi arahan, tak boleh nak lawan...
****
“DUDUK Shark..” Pelawa mama dengan ramah. Amboi.. Bukan main mesra lagi mama layan Shark? Sampai aku yang berada kat sebelah mama ni, mama macam tak nampak.. Shark tersenyum memandang aku. Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain.
“Terima kasih auntie..” ujar Shark sambil tersenyum. Senyuman itu yang buatkan jantung aku berdegup. Senyuman itu yang mengusik jiwa perempuanku. Dan senyuman itu la yang membuatkan aku resah!
Shark pandang aku dengan sengih nakal. Aku menjelingnya tajam. Mama bagi isyarat pada aku supaya pergi ambil minuman. Dengan langkah malas, aku melangkah ke dapur. Sempat lagi aku pandang Shark yang dah tersengih-sengih tengok aku kena paksa pergi dapur.. Hish!
Dari dapur, aku mengintai mama dengan Shark. Entah apa yang dibualkan oleh mama dengan Shark agaknya. Mesti berbual pasal aku! Aku mula perasan sendiri.
“Kak Kiah, air ni biar saya je yang angkat.” Aku menawarkan diri aku. Cepat dan pantas betul Kak Kiah ni buat air.. Kalau nak tunggu aku, memang ambil masa yang lama la nak bancuh air..
Sebab tu aku suka minum air minuman yang dah siap tu. Tuang je serbuk dalam cawan, lepas tu tambah air. Nak lagi mantap, tambah je ais. Tak perlu nak letak gula la, susu la.. Leceh kan tu?
Aku menatang dulang yang dah siap dengan air tu ke ruang tamu. Waktu tu aku tengok Shark tergelak-gelak dengar cerita mama. Apa la yang mama sedang bualkan dengan Shark tu. Aku sempat jeling sekilas pada Shark yang memakai baju tshirt berwarna biru dengan corak abstrak, serta seluar jeans Levis. Tubuhnya yang tegap tu jelas terserlah dengan memakai baju tu.
Baru aku sedar.. Dia pakai baju biru, aku pakai baju biru! Macam mana boleh sama ni? Ni yang aku rasa macam nak naik bilik dan tukar baju.. Aku langsung tak bagitahu dia apa-apa tentang apa yang aku nak pakai hari ni. Ke mama yang bagitahu?
“Minum air ni Shark..” pelawa aku, senyuman plastik aku ukir dan lemparkan padanya. Shark tersengih memandang aku.
“Sedap air ni..” Puji Shark. Aku memusingkan bebola mataku ke atas. Nampak sangat tipunya.. Belum rasa air tu dah kata sedap.. Ni memang sengaja nak ambil hati aku. Macam la aku tak tahu..
“Sedap ke? Macam tawar je..” Aku bersuara pula. Shark segera menggeleng.
“Betul.. Manis airnya.. Macam muka Misha.. Manis dipandang.” Selamba Shark memuji aku di hadapan mama. Berani tahap dewa betul! Mama tersenyum memandang aku yang sedang kawal malu ni. Membahang wajah aku!
“Tak agak-agak komennya.. Muka Mimi yang kelat ni dia kata manis mama?” Aku pandang wajah mama. Mama ketawa.
“Mimi?” Dahi Shark berkerut. Alamak! Macam mana boleh terlepas panggilan manja aku kat rumah ni!
“Tu panggilan manja dia Shark..” Mama menjelaskan. Aku mencebik. Mama ni laju je ceritakan semua benda kat Shark. Aku kenal Shark tu baru je sehari. Gaya macam aku kenal Shark setahun je..
“Macam awak jugak.. Shakir.. Shark.” Aku tak mahu kalah. Shark pun ada panggilan manja! Bukan aku seorang! Shark tersenyum manis.
“Tapi nama panggilan orang tak berapa manja..” Shark jawab dengan senyuman yang masih mekar di bibirnya yang merah itu. Mama menggelengkan kepalanya. Dejavu di antara aku dan Shark!
“Minum air tu habis Shark.. Dah dekat pukul sepuluh ni.” Mama mempelawa Shark lagi. Shark mengangguk saja. Aku lihat jam di tangan. Lelaki ni datang lebih awal dari yang dia janji.
Beberapa belas minit kemudian, aku dan Shark keluar dari rumah. Mama sempat berpesan kepada aku supaya menjaga batas pergaulan antara aku dan Shark. Aku mengangguk saja. Lagi pula, aku dan Shark tiada hubungan apa-apa. Cuma sekadar kawan biasa.
****
AKU pandang vespa di hadapan mata aku dengan tak percaya. Shark nak bawa aku keluar dengan vespa ke? Aduhai..
“Awak nak ajak saya pakai vespa ni ke?” aku soal Shark, ragu-ragu. Shark angguk dengan senyuman di bibir.
“Kenapa? Awak malu ke?” Sinis Shark bertanya. Aku mengetap bibir. Bukan begitu maksud aku, tapi.. Vespa? Rasa macam nak gugur je jantung aku. Aku paling tak suka naik motor, sebab tu la aku beli kereta.. Kalau aku suka naik motor, dah lama aku naik motor..
Vespa yang berwarna biru tu aku tengok lagi. Dah la aku pakai baju biru, dia pakai warna biru.. Sekarang vespa ni pun warna biru.. Memang gaya dah macam sepasang kekasih dah ni. Shark pandang aku.
“Malu ke awak? Kalau malu, orang balik ambil kereta..” Perlahan saja nadanya, seakan berkecil hati. Kerana tidak mahu menyusahkannya, aku setuju saja naik vespa ni. Lagi pun, tak ada la buruk sangat vespa ni..
“Tak payah la.. Naik vespa ni je.” Ujarku sembari tersenyum. Shark tersenyum girang.
“Jom..” Dia serahkan helmet pada aku dan menghidupkan vespanya itu.
****
“BARU orang perasan yang kita pakai baju sama hari ni.. Hehehe.” Shark tersengih-sengih. Novel yang sedang aku pegang, aku letak kembali di rak. Wajahnya aku pandang dengan kosong.
“Tak sengaja je..” Jawab aku, aku kembali mengambil novel yang aku letak tadi.
Nak beli ke tak nak erk novel ni? Aku berkira-kira sendiri. Tapi tu la yang aku tak suka dengan novel melayu sekarang, banyak yang merapu.. kadang-kadang aku baca separuh je dah bosan. Macam mana tu? Nak suruh pulangkan balik duit aku, memang jangan harap la dapat..
“Tak kisah la.. Tak sengaja ke.. Sengaja ke.. Janji orang suka..” Dia jawab lagi. Aku pandang Shark. Eh.. Melebih-lebih pulak Shark ni. Suka kenapa pulak?
“Jangan la pandang orang macam tu awak.” Pintanya dengan suara yang lembut. Aku angkat kening. Aik? Pandang dia pun tak boleh?
“Kalau pandang pun salah, baik la awak pergi kunci badan awak tu dekat almari..” Sindirku. Dia ketawa.
“Bukan tu maksud orang..”
“Habis tu?”
“Gaya awak pandang orang tu buatkan hati orang ni lemah tau.. Nanti awak yang susah.. Orang pengsan kat sini.. Sama nak angkat? Ke awak nak buat CPR?” Usiknya. Aku jeling dia dengan tajam.
“Tolong la.. Sah-sah la kalau awak pengsan, saya tinggalkan macam tu je.” Selamba aku berkata. Biar dia rasakan. Dari tadi tak habis-habis perasan si Shark ni! Shark menjuihkan bibirnya.
“Sampainya hati..”
Shark mengusap-usap lehernya dengan perlahan. Aku menjelirkan lidahku padanya. Biar la dia nak cakap apa pun.. Orang perahsantan ni kita kena layan dia dengan buruk sikit. Tak boleh nak kasi manja-manja!
Hampir terkeluar biji mata aku melihat seseorang yang berada di kedai buku ini. aduh! Kenapa mesti jumpa dia lagi? Dia ni tak ada kerja ke? Shark yang berada di sebelahku masih mengusap-usap lehernya.
“Mimi!” Aku menelan liur.. Ah sudah! Dia dah nampak aku!
****
Quite suprising to see you here..” Fiqroul tersenyum memandang aku. Entah mana datangnya semangat aku, aku terus mengenggam erat jari-jemari Shark. Shark tampak tenang saja. Fiqroul mengetap bibir. Aku perasan perkara itu.
Yeah.. Me too.” Tanpa nada aku membalas. Genggaman tanganku pada jari jemari Shark bertambah erat. Terasa selamat diriku ketika ini.
Fiqroul memang mempunyai wajah yang kacak.. Itu aku tak dapat nafikan.. Tapi apa yang menggusarkan aku sekarang ini, dia menggunakan kekacakannya itu untuk menggoda hatiku! Adakah dia rasa dia akan berjaya? Jangan harap!
Aku dan Fitri, isteri kepada Fiqroul sudah lama mengenali antara satu sama lain. Agak sebak dadaku apabila mengetahui Fiqroul membelakangi isterinya. Fitri seorang isteri yang baik!
“Oh.. Lupa nak kenalkan..” Aku pura-pura lupa. Fiqroul senyum tawar. Rasakan! Kalau sudah berkahwin, buat saja cara sudah berkahwin, jangan nak jadi lelaki buaya!
“Sayang.. Ni abang saudara I.. Fiqroul.. Abang Fiq.. Ni my future husband, Shakir, or Shark..” Aku memperkenalkan Shark pada Fiqroul. Laju saja ayat itu terbit dari bibir aku. Ah.. Pedulikan apa Shark nak kata lepas ni, yang penting aku nak selamatkan diri aku!
Biar lepas ni Fiqroul berhenti ganggu hidup aku! Aku tak nak dilabel sebagai perampas suami orang! Sungguh hina gelaran tu! Kalau dapat gelaran proffesor ke, datin ke, nak la jugak..
“Oh.. nice to meet you, Fiq..” Shark bersuara. Suaranya yang garau itu kedengaran lembut di telingaku. Aku memandang wajah Fiqroul yang sedang menahan amarah di dada.
“Kak Fit mana?” Soal aku. Fiqroul menuding jarinya pada satu sudut di bahagian novel bahasa Inggeris. Aku mengangguk-angguk.
“Abang Fiq dengan Shark berbual la dulu ya? Misha nak jumpa kak Fit sekejap.” Aku meminta diri. Terasa rindu pula berjumpa dengan anak-anak Fiqroul dan Fitri. Mereka comel-comel belaka. Petah berbicara lagi.
Shark dan Fiqroul aku tinggalkan begitu saja. Dengan segera aku mengatur langkah, menuju ke arah Fitri yang sedang membelek novel kegemarannya.
****
“LAPARNYA...” Shark memegang perutnya. Aku mencebik. Baru jalan sikit dah lapar. Apa la... Macam tak makan sepuluh hari je gayanya..
“Eleh.. Baru sikit dah lapar.” Ujarku, sinis. Shark pandang aku tepat-tepat.
“Sikit apanya.. Naik lenguh kaki orang ni tau..” Dia membela dirinya.
Aku ketawa. Kalau dengan Shark, memang susah aku nak menang. Ada saja yang dia bahaskan, semua benda dia nak menang. Ambil la kalau nak menang sangat! Dengusku..
“Kaki second-hand..” Ejekku.
“Biar la.. Jom la makan..” Rayunya, seakan anak kecil. Aku suka melihat keadaannya begitu, persis anak kecil saja. Aku menggeleng-geleng.
“Sekejap lagi baru makan.. Saya nak pergi kedai kasut tu jap.” Shark mengeluh. Memang nampak lapar benar saja gayanya. Terdetik rasa kasihan dalam diri aku.
Aku memang tak boleh nak tengok orang lain macam tu.. Mula la aku rasa kesian.. Mula la aku lemah. Tu la kelemahan aku.. Orang merayu sikit je aku dah lemah. Sampai kadang-kadang Uda marah aku sebab sikap aku ni.
“Ya la. Jom pergi makan dulu. Susah la jalan dengan awak ni. Lain kali jangan ajak saya keluar..” Rungutku. Dia tersenyum.
“Awak menyesal ke keluar dengan orang?” Dia tanya soalan cepumas.
“Memang.. Bosan..” Aku jawab dengan pantas. Wajahnya bertukar muram. Terasakah dengan kata-kataku itu? Masakan..
“Orang tahu orang tak best macam abang Fiqroul awak tu..” Nadanya berkecil hati. Aku hampir tergelak. Agak pelik bila aku lihat orang lelaki merajuk. Dengarnya, kalau lelaki merajuk, susah nak pujuk.. Sejauh manakah kebenaran itu?
Eii.. Please la jangan sebut nama dia depan saya. Allergic la!” Dia senyum tawar. Senyuman yang dipaksa. Hilang sudah kemanisan pada senyumannya itu.
Okay.” Sepatah dia menjawab. Kemudian dia diam. Merajukkah Shark?
‘Itu la Misha.. Kau buat lagi dia sakit hati. Sebenarnya kau sukakan keluar dengan dia? At least kau rasa tenang dan selamat. Kau memang hipokrit la Misha!’ suara hatiku berbunyi. Aku jadi tak keruan. Salah aku ke?
‘Memang! Memang salah kau!’ Sekali lagi suara hatiku berbunyi..
Alahai Shark..

bersambung

57 comments:

  1. Nak Shark! Fiqroul, jaga je Fitri! Jangan kacau Misha.Misha untuk Shark je :D Hehehe..

    ReplyDelete
  2. hehe mmg sweet tol shark ni... fiqroul 2 menyemak je... ske part misha knl kn shark kt fiqroul... hehehe... ^_^

    ReplyDelete
  3. kacau btol lar Fiqroul tu..menyampah !! huhu

    ReplyDelete
  4. sgt2 gula la nek vespa....kelaz gi tu...hahaha....cpt2 la couple ea...hahah..next bab ble ea???huhuh...:p

    ReplyDelete
  5. adesss.. manje lah pulak si shark nii.. but, i like his character.. ^_^

    ReplyDelete
  6. aaaaaaaaaaaaaa...manis macam gula-gula kapas la si shark ni. bawak vespa. cumel!

    fiqroul, awk tu laki orang tolonglah sedar sikit ya. anak nk masuk 3 kan, bwk2 la cermin kan diri.(oh, emo)

    akk dpt bygkan shark tu kelaparan...aish, misha. kamon. dah suka ngaku je la :p

    ReplyDelete
  7. bju same biru...vespa p0m biru gak...huhu i like vespa =)

    ReplyDelete
  8. hahaha .. padan muka fiqroul !!! aq sokong misha !! .. naceb la dy dpt isteri yg baik .. FITRI .. hahahaha ... (i hope .. satu hari nnt .. aq xdpt la llk yg hip0krit cam fiqroul 2 .. ) ngee ..~~

    0ke .. k0 nye jln cite mmg best .. aq xdpt byg pe yg berlku seterusnya .. dan siapa sbnrnya .. shark tu .. soo ... aja aja fighting ! ;)

    ReplyDelete
  9. semakin surunuk. . .
    jln cite ta bosan pon. . .
    tp sal novel melayu maken mengarot2 2 sgt2 stuju.
    lagik 1 jalan cite hampir sama. . :)

    ReplyDelete
  10. misha mmg ank yg baek..gud2...
    i like guy yg mnje cm shark tuu...
    and the best part is mse misha n shark jmpe fiqroul...
    tp ape lh yg d bualkan dyorg erk??

    ReplyDelete
  11. X suka fiqroul!! pergi main jauh-jauh laa. ishk..

    ReplyDelete
  12. Fiqroul - racun perosak =="

    x suke fiqroul. ade bini nk menggatai lg. jeles misha dgn shark la tu.

    ReplyDelete
  13. gler sweet shark..hak3..comei (+_+)..angau jap..hahha

    ReplyDelete
  14. sha , part yg "sama nk angkat" uh mcm weird ja .. mybe typo error kot .. "sapa nk agkat" kn sha ;P
    nyway,suke gelaran 'org' yg shark gune .. nmpk sweet ja (: *waiting 4 bab4 ^^

    ReplyDelete
  15. alahai sibuk la fiqroul nih!!!
    cpt smbg wazrul..
    makin best ...:)
    (sy da komen..sila jgn remove..tq..^^,)

    ReplyDelete
  16. arap2 nti misha n shark couple...so sweet..

    ReplyDelete
  17. hahahaha...nak shark ngn misha k!!!!!....
    padan muka si fiqroul tuhhhhh....ngeh3~

    ReplyDelete
  18. best3...shark merajuk...msti cmel mke die merajuk...hahaha...x sbr nk tgu smbngn

    ReplyDelete
  19. shark is so damn sweet... sngt la best misha dpt!!!

    ReplyDelete
  20. ooohh..best r cite ni..
    watak shark makes me smile alone!!
    oh no!!
    xsbr nk tggu next chaptr

    ReplyDelete
  21. bez!!!
    fiqroul ney mmg sah miang...
    ptotny dy kne bsyukur dpt istri cm FITRI...
    pape pn...
    shark n misha mmg sweet=)
    <3 it..

    ReplyDelete
  22. eeeiiii
    bncii fiqroul,,
    dah ade istri jge laa baik2,,
    gatal!! nyampahh,,
    <geramm ngn fiq!!! huhu

    ReplyDelete
  23. fiqroul nyibuk jer.. shuh3..
    comel jer shark merajuk..
    haha xD

    ReplyDelete
  24. shark tuu sweet tw ..adess . n misha tu dh mcm mle ske kt dy je . okai ! bab 4 akn dtg sy bce..
    yg pntg ! sy suke gle dgn wtk shark !

    ReplyDelete
  25. watak shark tu cute..x suka ngan fiqroul.. x suka org yg x hargai apa yg ada dpan mata

    ReplyDelete
  26. hahaha p dating naek vespa... kaler baju pon same ngn vespa... sweet je..

    ReplyDelete
  27. hahaha p dating naek vespa... kaler baju pon same ngn vespa... sweet je..

    ReplyDelete
  28. comel je naik vespa.. ~ >_<

    ReplyDelete
  29. hu hu hu..laki kalo majuk mmg susah nk pujuk,,kn4?

    ReplyDelete
  30. kli kite ni mama misha
    kite terus kawen kan misha n shark
    (komen gaya cam da anak je )

    ReplyDelete
  31. padan muka si fiqroul tu!!
    dorang berdua ni memang cute...

    ReplyDelete
  32. lelaki cam Fiqroul la yg paling saya benci.. dah ada isteri dan anak, nak kejar gak perempuan len.. adoi... >:(

    ReplyDelete
  33. erkk .. mey kann .. kadang2 kann .. rasa cam shark tuh laki yg jenis "lembut" lakk .. haha .. c0z cara pertuturan dia tuhh x melambagkan yg dia nie cm laki yg gentle ?

    ReplyDelete
  34. hehehehe padan muka ngan fiq 2...gatal sgt

    ReplyDelete
  35. cane awk blh dpt idea tlis cite mcm nie....sgt2 jeles dgn kamu...huhuhu...sweet kan shark 2...suh r dia msuk mminang sy konpem x tlak...huhuhu...

    ReplyDelete
  36. hahaha..best la..fiqroul tu mngacau je..tp bgus jgk kasi jeles dia...hehehe

    ReplyDelete
  37. huhu,,, mkin membuak-buak nk taw pe yg slnjutnyer,,,

    ReplyDelete
  38. terlalu banyak penggunaan titik. ada beberapa kesalahan penggunaan imbuhan contohnya mengamit, penggunaan sebenar adalah imbuhan 'meng' - menggamit. ada juga kesalahan ejaan, suprise - surprise. banyak juga penggunaan bahasa pasar, bawak - bawa.

    Keep on writing.. =)

    ReplyDelete
  39. classic cgt dtg jmput awek ngan vespa..hehehe...suwwiittt la shark 2...adore him tetiba..keh3..
    p/s : pink 2 lembut sgt ke...

    ReplyDelete
  40. masih wonder la pasal shark ni..
    where he come from?? jatuh dr langit ke pe??
    n y y y kena ada fiq tu..sibuk je lah org nk date,huhuhu...

    ReplyDelete
  41. Fiqroul is so annoyed ! ! !

    ReplyDelete
  42. hahaha.. kak kiah takut kucing same mcm orang...
    misha ego...
    fiqroul tu dasar lelaki hampeh.. xcukup 1...
    shark jgak yg sweet..
    tp cian shark majuk.. misha cepat pujuk....

    ReplyDelete
  43. oh man! mmg btol2 sweet la shark ni

    ReplyDelete
  44. hehehe..owg un ska wana biru..
    vespa biru,bju shark gan misha un biru..
    serasi bersama..

    x suka fiqroul..mnymph gila.,dh da isteri un gatal lg..

    ReplyDelete
  45. "...Entah mana datangnya semangat aku, aku terus mengenggam erat jari-jemari Shark. Shark tampak tenang saja..."
    bleh plak ek dr ade smgt nk pgg si SHARK tu..ha3..=)

    ReplyDelete
  46. bestla...padan muka fiqroul

    ReplyDelete
  47. nek vespa...sweet je..
    lps ni nek mini cooper..perghh..lgi laa..
    thumbs up writer..

    ReplyDelete
  48. best..
    cm cumel je sume biru..
    haha..
    sy juga pencinta warna biru...
    ngeeee~~~ :D

    ReplyDelete
  49. shark is so cute.... merajuk konon.... ^^

    ReplyDelete
  50. fiqroul menganggu ketenyeraman misya .

    ReplyDelete
  51. love is in the air...
    tp terlalu cptla perasaan tu..senang2 je misha tu kuar ngan org yg dia br kenal. in real life skrg ni mcm tu ke. nampak muda mudi skrg ni terlalu mudah sgt. nasib baik ini hy cerita, but if so, akak tak pikir ianya suatu yg baik. nape Wazrul tak selitkan pergaulan islamik dlm bab ni. naik vespa tu..4 sure dok rapatkan? leh ke? sesuai ke? amar makruf nahi mungkar ye dik..

    Kak Rose

    ReplyDelete
  52. kenapa masih ada lelaki mcm fiq tu?haih..best sambung baca lagi!

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.