Friday, September 14, 2012

E-Novel Terbaru

Assalam. Dah lama tak update blog ni. Oh ya, FYI AASC masih lagi dalam proses editing. Editor masih lagi mengedit 'lompong-lompong' dalam AASC. Dan bagi saya, saya tak kisah semua tu.. Editor pun ada cakap, biar lambat asalkan bila keluar nanti karya AASC akan jadi hits. So howdy readers AASC? Dah lama tak nampakkan.. :)

Saya dah lama menyepi, since SPM.. But SPM dah habis, dan sekarang masuk zaman universiti pulak. So, saya ada buat enovel baru! :D InsyaALLAH, cerita ni baru sampai bab 8.. Mungkin tak sesantai AASC, tapi jalan cerita untuk enovel baru ni saya janjikan LAIN DARI YANG LAIN. Nak tahu apa yang lain? Kena follow dari awal..

Tajuk sementara yang saya beri, SAYANG TAK DIKENANG. Kalau ada suggestion lain selepas you guys baca dari bab 1-8, saya amat alu-alukan.. Ni cover untuk enovel tu..


Klik sini kalau nak baca.. And macam biasa, tinggalkan komen la ye supaya lebih cepat entri baru masuk! :D Saya lebih suka kalau ada yang tinggalkan jejak, semakin banyak semakin rajin saya nak update bab baru. ;) Thanks!





Tuesday, July 12, 2011

Video Promo!



Spread this video! ;) Jazakallahu khairan jazak! ;)

Bab 28


KEESOKAN HARINYA, aku menyuarakan hasrat hati Shark untuk memperisterikan aku itu kepada mama dan juga Angah serta keluarga yang lain, ketika kami bersarapan bersama-sama. Tiada riak kaget yang terpapar dari wajah mereka semua. Bahkan mama tidak henti-henti melafazkan kata syukur dengan berita yang baru sahaja aku sampaikan.
Gayanya seperti mereka sedang lama menunggu berita ini terungkap dari bibirku. Aku ketandusan kata setelah memberitahu akan hal sebenar itu. Sudahnya, sepanjang aku menikmati sarapan pagi, aku hanya berdiam diri ibarat pohon kaktus yang berdiri tegak di padang pasir!
Aku mencapai sosej yang sudah siap digoreng itu dan memasukkannya ke dalam mulutku menggunakan garfu yang dibeli oleh mama sewaktu bercuti dengan Along di Paris dahulu. Mama sudah menjelajah banyak tempat, cuma aku sahaja tidak berpeluang melancong ke banyak tempat seperti mama. Aku merungut sendirian di dalam hati.
Kentang goreng yang masih panas di atas meja itu aku capai dan masukkan ke dalam pingganku. Sarapan pagi untuk keluarga aku hari ini bertemakan dari negara barat. Tiada nasi untuk sarapan pagi ini.
Aku tidak begitu cerewet dalam memilih makanan, cuma kadang kala perutku ini tidak mampu menerima makanan yang terlalu ‘canggih’ dan ‘pelik’. Itulah dia kelemahan perut ‘secondhand’ macam aku ini.
“So, bila budak nama Shark tu nak datang sini?” Soal Angah, hanya Angah seorang sahaja yang belum melihat dan bertemu secara empat mata dengan Shark. Ahli keluarga aku yang lain, semuanya sudah berkenalan rapat dengan Shark.
Begitu juga sebaliknya, aku juga kini semakin rapat dengan mamanya yang aku panggil Umi itu. Semalam saja, sempat Shark membawaku singgah ke rumah Umi sebentar kerana menurutnya, Umi terlalu rindu padaku.
Kalau Umi sudah berasa begitu, apatah lagi aku yang setiap hari memikirkan tentang mereka sekeluarga. Kalau sudah jatuh hati pada anaknya, pasti juga jatuh hati pada keluarga dan juga orang tuanya. Bukan begitu?
“Dia kata, lepas dia dah settle semua kerja dekat training centre tu, dia terus datang.” Maksud ‘datang’ dalam butir kata Angah ialah meminang. Memang itu yang diberitahu oleh Shark beberapa hari ini.
Dia ditugaskan untuk melatih juruterbang baru untuk tempoh tiga bulan. Tempat latihan itu berada berdekatan dengan rumahnya, jadi tidaklah menbebankan dirinya kerana tempat latihan itu berada berdekatan dengan rumahnya sahaja. Dia boleh balik hari.
Senang juga hatiku tatkala mendengar yang dia akan bercuti dan berada di  atas‘tanah’ selama tiga bulan. Jika tidak, setiap sebulan atau dua minggu, atau mungkin tiga hari, pasti dia sudah bekerja semula dan mengembara di atas awan.

Thursday, June 9, 2011

Bab 27


SIAP saja kerja di klinik, aku terus bergegas untuk balik semula ke rumah. Memang agak meletihkan jugak hari ni. tapi bila mengingatkan semula janji Shark yang nak datang rumah petang ni, segala rasa penat tu macam hilang serta merta.
“Misha, awak nak terus balik ke?” Soal Hadif sebaik saja aku bukak pintu kereta. Aku letakkan beg aku dalam kereta. Kemudian aku pandang dia yang tengah hidupkan enjin kereta dia tu.
Aah. Kenapa?” Dia mendekati aku dan menyeluk poketnya.
“Nah..” Dia hulurkan sebiji gula-gula Cadbury. Aku mengerutkan dahi aku. Kenapa pulak si Hadif ni tiba-tiba kasi gula kat aku? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba je kasi gula.. Sawan ke apa?
“Apa ni?” aku tanya dia, walaupun aku dah tahu itu gula. Dia buat muka.
“Takkan gula-gula ni pun tak pernah makan?” tanyanya. Aku mengetap bibir. Dia ketawa dan meminta diri.
“Makan la gula tu. Saya dah jampi, nanti awak akan terbayang dan teringat  je kat saya.” Kata dia sambil ketawa panjang. Aku geleng kepala dan masuk semula ke dalam kereta aku.
Cuaca hari ni panas sungguh! Walaupun dah bukak aircond, tapi bahang tu masih lagi terasa. Berpeluh-peluh aku menahan kepanasan. Aku undurkan kereta aku dengan perlahan-lahan.
Geram aku dengan sesetengah pemandu kereta yang buatkan jalan raya ni macam diorang punya. Langsung tak tahu adab! Kadang-kadang sampai dia sekat laluan aku untuk keluar. Mananya tak bengangkan?
Kita hidup ni kena la saling bertolak ansur. Dan tak boleh la asyik nak pentingkan diri sendiri je. Kalau sekali dua tu mungkin boleh maafkan lagi, tapi kalau dah banyak kali? Siapa yang tak panaskan?
Haila Misha.. Membebel pulak kau tengah panas-panas ni. walaupun jam dah menunjukkan ke pukul lima petang, tapi aku masih lagi terasa panas dan berbahang. Matahari pun masih lagi tegak kat atas kepala.
Aku bukak radio dan tukarkan ke frekuensi kegemaran aku. selalunya petang-petang macam ni, aku kena sedia hadapi kesesakan nak balik ke rumah. jalan yang menghala nak balik rumah aku tu selalu je sesak.
Dan untuk mengatasi perasaan bosan sepanjang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tu, aku selalu dengar celoteh DJ yang bertugas tak pun dengar lagu-lagu yang tangkap syahdu tu!
Aku memecut kereta milik aku dengan laju, membelah jalanraya. Perut aku tiba-tiba terasa lapar. Nak beli pisang goreng takut dah tutup pulak... Sebab pisang goreng kat depan sekolah tu memang laku.
Jadi, nak tak nak.. Terpaksa la aku makan kat rumah. Tak apa la Misha, bersabar la. Makan je la apa yang ada kat rumah tu. Suara hati aku memujuk aku.
****

Wednesday, May 18, 2011

Pemberitahuan

Salam silaturahim dan salam sejahtera untuk semua pembaca yang membaca Ajarkan Aku Subjek Cinta dari awal hingga bab terkini. :) Saya nak beritahu yang manuskrip ni akan saya berhenti untuk siarkan kerana saya sedang berusaha menyiapkan manuskrip ini untuk dihantar ke versi cetak. :) InsyaAllah, kalau ada rezeki, adalah di rak-rak kedai buku. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Dan terima kasih juga sebab baca & komen. ;) Dalam masa kurang sebulan je blog ni dah terima 20k views dengan 1400 komen. ;) Mungkin akan ada enovel lain yang ganti enovel ni. :) Mungkin PDC (Perintah Diktator Cinta) atau mungkin juga JAPC (Jom Ambil Peperiksaan Cinta!) Apa2 pun, terima kasih sekali lagi. ;) 

Oh ya, syarikat mana akan saya hantar? Biarlah rahsia. Tapi ada dua kemungkinan je. Sama ada Jemari Seni atau Kaki Novel. :) Tunggu je ya! :D

Bab 26


SEBULAN dah berlalu. Shark masih tak ada khabar berita. Dua minggu lepas Uda dah masuk kerja. Uda pesan kat aku, dia memang tak tahu bila Shark masuk kerja sebab dia memang dah minta dekat ketua dia cuti untuk beberapa hari.
Kata Uda, mungkin Shark betul-betul dah masuk kerja. Aku mengiakan saja. Malas la lagi nak fikir. Perihal Am pun masih bermain kat kepala aku. Semua orang salahkan aku. Along salahkan aku.. Angah salahkan aku.. Cuma Uda je tak salahkan aku.
Dia cakap dah takdir aku jumpa dengan Am. Mungkin jugak Allah nak suruh mama dengan papa berbaik semula. Akibat kes bulan lepas tu, aku tak dilayan langsung oleh Along, Angah dengan mama kat dalam rumah. Sedih hati aku. Cuma Uda je yang layan aku.
Dan hari ni aku tengah termenung lagi kat dalam klinik aku. hari ni jadual kerja aku tak la padat sangat. Sejak Hadif dah kerja sama-sama kat sini, kurang sikit beban aku.
“Termenung je Misha? Ada masalah ke?” Soal Hadif. Terkejut aku. Tiba-tiba je dia masuk. Aku pantas menggeleng.
“Tak ada masalah pun. Dah siap ke kerja?” Aku tanya Hadif. Hadif mengangguk-angguk dan tersenyum manis. Aku membalas senyumannya.
“Dah siap lama dah.. Pintu terbukak pun awak tak perasan ya?” Hadif ketawa. Aku ketawa juga. Tak perasan pulak pintu terbuka, maklum la. Layan perasaan.. Heh.
“Lunch jom?” Hadif mengajak aku. Aku mengangguk. Boleh juga. Perut pun tengah lapar ni. Elok la kalau aku isi perut aku yang dah berkeroncong ni. Hadif mengukir senyuman.
“Saya tunggu kat luar okey?”
“Okey.”
****

Monday, May 16, 2011

Bab 25

UDA dah balik semalam. Tapi Angah tak ikut sama. Aku pun tak tanya dia banyak soalan. Waktu aku nampak je Uda kat ruang tamu, aku terus melangkah masuk ke dalam bilik. Malas nak berbual. Hati masih lagi sakit. Sengaja je nak kenakan aku. ingat aku budak-budak lagi ke nak main-mainkan macam tu?
Hari ni aku tak tahu nak buat apa. Dari tadi aku cuma termenung je. Aku dah tutup telefon bimbit aku, tak nak terima apa-apa panggilan dari sesiapa pun. atau dalam istilah lain, aku nak bersendiri tanpa ada gangguan. Titik!
Pintu bilik aku diketuk perlahan. Aku cepat-cepat bangun dan duduk di atas katil. Patung yang diberikan oleh Am beberapa hari lepas aku letak kat tepi.
Sebaik saja pintu bilik terkuak, kelihatan sosok tubuh mama yang anggun mengenakan pakaian yang pernah dipakainya sewaktu majlis pernikahan Along dulu.
Mama memang tahu hari ni Am nak datang meminang. Mama pun rasa berdebar juga sebab mama tak pernah jumpa langsung dengan Am. Aku pun jarang bercerita sangat tentang Am pada mama.
“Mimi, kenapa termenung je?” Soal mama pada aku.
Aku senyum saja. Tak tahu nak balas apa. Memang hari ni bosan gila. Hari bosan sedunia agaknya. Aku picit kepala aku, mama terus duduk di sebelah aku sambil memegang bahu aku.

Sunday, May 15, 2011

Bab 24

SUDAH dua hari Hadif memulakan tugasnya dekat klinik aku. Aku rasa tak ada apa yang kurang pun dengan diri dia tu. Dia lakukan kerja pun tak ada la teruk sangat. Sebelum ni dia pernah kerja dekat Kuala Lumpur, tapi tak tahu la.. Mungkin sekarang dia kerja dekat Johor Bahru sebab balik kampung halaman kut.
Berita tentang Angah dengan Uda pun senyap macam tu je. Tu bukan nak buat suprise kat mama, tu namanya sengaja nak bercuti. Saja la tu cari alasan. Shark pun entah ke mana, sah-sah la dia belum masuk kerja lagi sebab Uda pun tak masuk kerja lagi.
Aku geram sebab dia tak beritahu aku apa-apa. Selepas peristiwa malam ‘luahkan perasaan’ tu, dia terus senyap. Tak beritahu aku apa-apa. Ke dia menyesal dengan tindakan dia tu?

Saturday, May 14, 2011

Bab 23


AIDA sampai rumah mama dah tengah malam. Aku waktu tu baru je sampai dari bandar. Along pun ada sekali. Aida beri alasan baik punya dengan Along.
            Aida cakap yang dia mabuk duduk rumah sorang-sorang. Jadi Aida nak ajak Along tinggal dekat rumah mama untuk sementara waktu. Mujur la Along tak banyak bunyi. Ikut je apa yang isteri dia cakap.
Ya la, isteri dia tengah mengandungkan. Mesti la sayang lebih. Macam mana kalau aku nanti erk? Adakah Shark akan layan aku macam tu jugak? Eh, mula dah aku merapu ni! Jauh berfikir. Kahwin pun belum lagi!
“Misha, Aida minta maaf sangat-sangat. Aida lupa tentang hal tu..” Berulang-ulang kali dia minta maaf dekat aku. aku pandang wajah Aida dengan diiringi senyuman. Aku tak berapa kisah sangat, tapi kalau dah jadi teruk macam ni, aku mula rasa tak sedap hati.
Aku tak salahkan Aida sebab ni memang salah aku sendiri. Sepatutnya dari dulu lagi aku uruskan sendiri. Cuma aku berlagak yang aku ni boleh kawal sendiri masalah aku, sedangkan aku tak boleh!
“Tak apa Aida, dah berlalu pun. sekarang kita kena fikir macam mana nak jelaskan semua benda tu kat Fitri.” Keluhku. Aida pegang pipi aku. dia seka air mata aku yang dah jatuh.
Aku memang tak boleh la, nama je aku ni rock, tapi kalau bab-bab macam ni, memang aku sensitif sangat. Aku rasa macam dah sakitkan hati semua kaum wanita je. Sebab dulu aku sampai menangis waktu mama ceritakan pengalaman dia waktu ditinggalkan dulu.
Aku sedih dengan keadaan Fitri. Aku tak sangka yang aku dah lukakan hati dia. Teruknya aku! Teruk! Teruk!

Tuesday, May 10, 2011

Bab 22

AKU bangun agak lewat hari ni. Mungkin sebab semalam hati dah senang. Siapa yang tak gembira bila ada yang cakap dia sayang dengan kita gila-gilakan? Mahunya tak aku senyum sampai telinga semalam. Tidur pun dalam senyuman je.
Tu belum campur tolak dengan mimpi indah tu! Bahagianya! Aku pandang wajah aku di hadapan cermin. Rambut aku yang kusut masai tu aku sikat. Kaki ni belum ada rasa nak melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Kantuk aku pun masih belum reda.
“Misha, ada orang datang ni,” suara Kak Kiah kedengaran dari tingkat bawah. Siapa pulak yang datang pagi-pagi macam ni? Eh, pagi ke? Dah pukul sebelas pagi.. Boleh la dikira pagi, walaupun tak berapa nak pagi!
“Sekejap!” Laungku pula. Aku capai telefon bimbit aku dan mendail nombor telefon milik Ana.
Pagi-pagi lagi aku dah disajikan dengan lagu nyanyian Taylor Swift dekat caller ringtones yang dipakai oleh Ana. Membuai-buai perasaan je. Aku senyum sendiri dan fikiran pun menerawang, teringat pada Shark!
“Assalamualaikum Ana!” Sapa aku sebaik saja Ana menjawab panggilan aku. Aku macam dengar Ana menguap. Aik, takkan baru bangun tidur jugak kut?
“Waalaikumusalam doktor.. Pagi-pagi call. Bukan tutup klinik ke hari ni?” Ana soal aku.
Aku tergelak. Dia ingat aku telefon dia sebab nak suruh buka klinik la tu! Aku tahu dia penat sebab dah lama jugak aku tak kasi dia dengan pekerja-pekerja lain yang rehat.
“Ni tak ikhlas la ni kerja dengan saya. Takut saya panggil la tu,” aku pura-pura merajuk.
“Eh, buka macam tu doktor.. Saya plan nak pergi rumah bakal mak mertua hari ni. Kalau doktor suruh buka klinik, alamatnya terpaksa saya batalkan.” Perlahan saja suara Ana.
“Ish! Tak cakap saya pun awak dah berpunya eh? Ni saya geram ni..” Aku pura-pura marah.