Tuesday, April 26, 2011

Bab 12


SHARK panggil aku waktu aku baru nak masuk rumah. aku telan liur. Dia nampak ke aku keluar dari kereta Am tadi? Aku berdoa je dalam hati. Minta-minta la dia tak nampak! Shark senyum tengok aku. Dia duduk dekat kawasan rehat yang mama bina berdekatan dengan gazebo.
Aku menapak menghampirinya. Sepanjang aku nak dekat dengan dia tu, sepanjang tu jugak la dada aku berdebar. Degupan jantung aku ni tak payah nak cerita lagi la.. Memang dah berdebar-debar tahap tak ingat!
“Dari mana?” Dia tanya aku. Tenang saja nadanya.
“Rumah kawan.” Aku jawab. Dia mengangguk. Tak ada pula tanya banyak-banyak.
“Awak dari mana?” Aku soal dia balik. Dia sengih.
“Dari Holland la.” Aku mengetap bibir. Aku tahu la dia baru balik dari sana, tak payah nak cakap pun aku tahu. Yang aku nak tahu sekarang, dia dari mana! Tiba-tiba je aku emo.
Shark tengok aku lama. Aku mula-mula tak perasan, tapi bila dah lama gila dia tengok aku, baru aku perasan yang dia tengah perhatikan aku dengan mata dia yang mengancam tu!
“Tengok saya kenapa?” Aku rasa tak selesa. Shark senyum sampai telinga.
“Saja je.. Rindu! Rindu! Rindu!” Kata dia sambil gelak. Aku mencebik.
“Eleh.. Rindu konon. Entah-entah dekat Holland sana jumpa awek cun.” Tiba-tiba aku cakap macam tu kat dia. Dahi Shark berkerut. Tapi lama-lama dia mengukir senyuman penuh makna.
“Cemburu ya?” Dia angkat kening. Aku mengeluh.
“Jangan nak perasan la.” Aku mencebik. Dia gelak.
“Orang cakap je.. Orang tau awak cemburu. Nah.. Ni hadiah untuk awak.” Dia hulurkan dua buah kotak warna pink kat aku. Aku tak tahu apa yang dia beri tu. Rasa macam nak bukak sekarang, tapi nanti nampak pula aku yang gelojoh. Macam tak pernah dapat hadiah.
“Banyaknya.. Sampai dua?” Aku terkejut.
“Sikit je. Untuk awak.. Orang sanggup korbankan segalanya. Hehehe.. Walau harus orang bergadai nyawa!” Sungguh-sungguh dia berkata. Aku senyum lebar. Gila punya semangat dia bercakap. Macam la aku ni cantik sangat macam bidadarikan?
“Ayat zaman Shakespeare yang awak cakap ni.” sindir aku.
“Eh.. Mana ada.. Ayat orang ni dari zaman Kesultanan Melayu Melaka tau! Jika begitu titah tuan puteri, maka izinkan hamba untuk menyunting tuan puteri sebagai isteri hamba.” Aku ketawa.
“Bahasa tak macam istana pun.” Aku komen.
“Memang la! Orang duduk istana moden.” Dia beri alasan.
Aku ketawa lagi. Memang sungguh.. Kalau aku dengan Shark, aku tak pernah nak paksa ketawa aku ni. kira natural la.. Tak ada aku pura-pura. Tapi bila aku dengan Am, aku akan pura-pura ketawa untuk ‘sedap’kan hati dia. Hebat tak aku buat comparison?
“Ya la sangat..” Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Otot-otot aku pun dah penat rasanya bila asyik senyum je. Tak apa la kan.. Senaman gitu.. Kalau nak harap aku pergi bersenam, jangan harap la aku nak pergi.
Hari-hari aku melangut je kat klinik. Tak pun kalau cuti, aku asyik buang masa aku depan televisyen, tengok cerita drama Melayu yang memang sangat tipikal dan klise tu. Memang penulis skrip dalam Malaysia ni tak ada cerita lain ke nak buat? Asyik-asyik kahwin kontrak, kahwin paksa, berebut harta. Aku rasa aku dah bosan dah dengan jalan cerita macam tu.
Sedang aku asyik sibuk membebel pasal drama Melayu kat diri aku sendiri, tiba-tiba je aku dengar suara seseorang berdehem. Aku memalingkan badanku ke belakang. Aku tengok Uda tengah pandang aku semacam je.
“Ehem..”
“Sakit tekak ke Uda?” Uda geleng kepala.
“Dah tu?” Shark tengok je aku dengan Uda.
“Sakit mata tengok dua orang pasangan ni..” Usik Uda. Aku mendengus. Banyak la dia punya pasangan! Uda ni sah-sah la nak kena tolak ke dalam kolam ikan agaknya!
“Hai Zaf? Rindu Liya ke?” Shark mengusik Uda.
Uda senyum lebar. Aku tak rasa hairan la kalau Shark tahu pasal teman wanita Uda. Mereka sama-sama kawan, mesti banyak benda yang si Uda tu cerita pada Shark. Entah-entah aku tak pandai masak pun dia cerita jugak.. Haru la kalau macam tu!
“Rindu la jugak.. Bila la dia nak balik Malaysia ni. Aku rindu gila beb dengan dia!” Kata Uda lantas duduk bersebelahan dengan aku. Patut la aku tengok Shark duduk dekat luar ni macam tak ada apa-apa feel je. Rupanya dia tengah berbual dengan Uda rupanya.
“Sabar la Zaf.. Lagi setahun je kan?” Shark bersuara perlahan. Uda mengangguk lemah. Wajahnya tampak muram saja. Aku rasa nak gelak tiba-tiba bila tengok reaksi dia macam tu.
“Rindu sangat la tu konon buat muka macam tu Uda?” Aku mengajuk mimik muka Uda. Uda mengetap bibir. Pecah ketawa antara aku dan Shark. Aku tengok Uda dah bengang.
“Mimi ni memang nak kena dengan Uda ke?” Uda mengugut aku.
Aku menekup mulut. Serius tahap gaban dah muka Uda aku sekarang ni. nak angkat muka pun dah seram. Tapi tetap.. Kalau muka dia serius pun, muka dia tetap kacak! Well.. Abang siapakan?
“Muka Uda dah kacak gila dah tu. So, tak payah nak tarik muncung lagi.” Aku puji Uda dengan niat perasaan marah dia tu hilang! Macam biasa.. Uda sengih sambil garu-garu kepala. Senang je nak umpan Uda ni. Bila puji dia je, elok la tu dia punya marah.
“Malu la tu? Ya la Zaf.. Kau je hensem.” Shark bersuara.
Aku pandang Shark. Dia kecil hati ke bila aku puji Uda? Dia pun apa kurangnya? Bagi aku.. Kacak tu cuma subjektif, kekacakan seseorang tu takkan kekal lama. Bila dah tua nanti, sama juga muka berkedut dan ada uban. Kan?
“Awak pun kacak la.” Aku cepat-cepat puji Shark. Shark pura-pura tak dengar aku cakap.
“Mimi dah dapat hadiah dari Shark?” Uda tiba-tiba alih topik. 
Aku mengangguk. Aku siap hulurkan lagi kotak hadiah tu pada Uda. Uda pandang Shark dan senyum meleret. Shark angkat kening kat Uda. Ni apa punya bahasa isyarat la yang diorang pakai ni?
“Mimi tak nak bukak ke?” Tanya Uda. Aku geleng cepat-cepat. Tak nak la aku bukak sekarang.. Nanti bila dah sorang-sorang dalam bilik baru aku nak bukak! Masa tu baru la boleh nak feeling jiwang sikit!
“Dia sayang tu nak bukak Zaf.” Shark menambah. Aku mencebik.
“Sayang la sangatkan? Malam-malam peluk tu.” Shark angkat kening kat aku dan sengih nakal. Aku mendengus. Apa benda la Uda mengarut ni? aku tiba-tiba je rasa rindu dekat Angah. Angah ni lain perangai sikit.. Dia tegas, tapi kadang-kadang boleh la nak ajak bergurau dan berbual.
Status Angah? Dia single.. Belum double lagi. Dia pernah cerita kat aku yang dia pernah sukakan seorang lelaki ni, tapi lelaki tu tolak cinta dia.
 Agak sadis la masa aku dengar cerita Angah aku tu. Angah sampai sekarang tawar hati dengan mana-mana lelaki yang menawarkan cinta pada dia. Kadang-kadang kesian jugak tengok lelaki yang suka dengan Angah tu. Gara-gara peristiwa hitam Angah dulu, diorang jadi mangsa.
“Mimi rindu Angah.” Kata aku. Tanpa sedar aku cakap kuat-kuat. Shark dan Uda pandang aku dengan pelik. Mungkin terkejut dengan respons aku. Ya la kan.. Diorang sikit punya baik cerita fasal benda lain, yang aku pergi cerita benda lain. Tak ke lari dari topik tu?
“Angah sibuk study engineering kat Russia sana. Tersedak dia Mimi sebut nama dia.” Uda ketawa. Aku buat muka masam.
“Tahu la.. Rindu dia!” Aku jerit.
“Orang kan ada.” Shark menyampuk. Apa kena mengena dengan dia? Aku cakap aku rindu Angah, aku tak kata pun aku rindu dia.
“Entah.. Shark kan ada. Agak-agak rindu tu, peluk je Shark!” Uda siap bagi kebenaran lagi. Apa punya abang la uda ni! Elok je dia kasi lesen dekat Shark. Mambang tanah betul!
Shark gelak.
“Tak payah nak mengada.” Aku  jeling Shark. Shark ketawa lagi.
“Uda masuk dulu la. Penat ni.. Shark, jaga adik aku tu baik-baik. Kalau tak, dalam kapal terbang nanti aku tak nak kongsi apa-apa cerita lagi dengan kau!” Sempat Uda berpesan pada Shark sebelum dia menapak masuk ke dalam rumah.
Kalau tak menghadap Playstation 3 dia tu, mesti dia menghadap bantal dan buat tahi mata. Tu je la kerja Uda... Penatkan? Bila je boleh bermanja-manja dengan katil kesayangan dia tu?
Jadi tinggal la aku dengan Shark dekat halaman rumah. jam pun baru je menunjukkan ke pukul lima setengah petang. Apa aku nak berbual lagi dengan dia ek? Tapi bukan aku rindu dia ke? Patut tak aku cakap aku rindu dia? Segan pula tiba-tiba.
****
AKU duduk dekat gazebo pulak, rasa bosan je duduk dekat meja yang berdekatan dengan kolam ikan ni lama-lama. Duduk kat gazebo seronok sikit. Boleh duduk bersila. Ala-ala gadis desa terakhir la katakan..
Shark merebahkan tubuhnya pada gazebo. Dia langsung tak kisah ke kalau baju dia kotor kalau dia baring kat gazebo tu? Aku tengok Uda pun fikir dua kali setiap kali nak baring kat situ. Ni si Shark selamba je baring kat situ.
Tiba-tiba Shark mengeluh. Aku tengok dia. Kenapa pulak tiba-tiba mengeluh ni? Bukannya bagus sangat kalau selalu mengeluh..
“Nak tahu tak apa orang mimpi semalam?” Dia soal aku. Aku geleng kepala. Bukan hal aku kut nak tahu apa yang dia mimpi semalam. Cukup la jadi tatapan dia seorang je mimpi tu.
"Semalam orang peluk bantal dan mimpikan awak.. Orang harap suatu hari nanti, orang akan mimpikan bantal dan peluk awak... Hehe." Shark kawal senyuman dia dan pandang aku. Aku mencebik. Tak tanya pun dia beritahu jugak!
"Ada ke patut relatekan saya dengan bantal. Logik ke?" Shark angguk cepat-cepat.
"Logik sebab bantal tu wangi macam awak.. Orang dah semburkan perfume kat pillow tu.. So, feel macam awak la.." Jawab Shark.
"Gatal!" Aku memarahi dia. Shark tergelak-gelak.
"Sekali sekala tak apa..." Shark bangun dan duduk.
“Tak pernah jumpa orang gatal macam awak ni!” Aku sindir dia. Shark ketawa lagi.
Comel bila dia ketawa.. Ada lesung pipit. Bau perfume yang dia pakai tu pun memang buatkan aku rasa tenang je. Rasa macam nak peluk dia, boleh? Mula la datang kesengalan aku ni.
“Hug me if you want.” Kata dia tiba-tiba. Ni yang aku lemah ni. dah lama rasanya dia tak buat macam ni. dia ulang balik sikap misteri dia yang suka membaca fikiran orang lain. Tapi, apa yang dibacanya tu asyik betul je! Mananya aku tak seram!
“Busuk..” Aku berdalih. Shark gelak.
“Kalau wangi tu kata je. Tak payah hipokrit dengan orang. Orang tahu..” Dengan satu nafas je Shark cakap. Aku memang terasa sentap sikit la waktu dia cakap macam tu. Tapi bila aku fikir balik, memang salah aku pun.. Aku gedik sangat kut.. Entah la..
“Jangan nak ambil hati apa yang orang cakap tau.. Orang gurau je.” Sambung Shark lagi. Aku mengangguk.
“Eh.. Dah pukul enam. Lama jugak kita berbual ni.” Shark tiba-tiba tengok jam dia.
Aku pun sama tengok jam aku. Betul la apa yang dia cakap tu. Dah pukul enam. Tu tak lain tu mesti nak balik la tu. Mesti takut mummy dia marah! Aku buat andaian sendiri.
“Ya.. Balik la sana. Takut kena marah la tu.” Dingin saja suara aku. Shark senyum.
“Marah orang ke?” Aku geleng kepala. Tak marah.. Sentap sikit dengan kata-kata dia yang aku rasa agak tajam bak belati yang menikam!
“Nanti risau mummy sana. Baik balik awal.” Aku mengarahkan dia balik awal. Dia mencebik saja.
“Jangan la marah.. Orang balik la ni.. Senyum sikit.. Macam ni.” Dia siap buat demostrasi macam mana nak senyum lagi kat aku. Bagus tak Shark ni? Ni la ikon Senyum 2011!
“Dah.” Aku tarik otot-otot kat muka aku ni untuk senyum. Shark sengih puas tengok aku senyum. Gila betul...
****
AKU baring kat katil aku sambil membelek-belek hadiah yang Shark bagi kat aku tadi. Banyak betul hadiah yang dia beri kat aku. Keychain teddy bear tu pun masih ada lagi. Memang kerja dia kasi aku hadiah je la!
Aku buka kotak yang warna merah jambu tu dengan perasaan yang berdebar-debar. Entah apa la agaknya yang dia berikan? Selalunya lelaki ni susah pilih barangan yang sesuai untuk perempuan sikit. Nanti ada juga Shark belikan kat aku barang bukan-bukan!
Mata aku membulat tengok dua belas bunga mawar merah. Tapi satu je aku pelik. Kenapa satu tangkai dari dua belas bunga mawar merah tu bunga plastik?
Aku mula ragu-ragu. Mungkin dia salah beri kut? Entah la.. Cepat-cepat aku simpan bunga tu dalam pasu bunga aku yang memang dah lama aku beli tapi aku tak pernah isi bunga pun dalam tu. Bagus tak?
Aku buka pula kotak kedua. Kali ni aku dah boleh agak apa isi dalamnya. Mesti la bunga jugak! Tapi bunga tulip! Cantik bunga ni. Aku suka.. Serius aku suka! Susah sikit nak dapat tulip kat Malaysia ni, kena betul-betul cari. Kalau dekat Holland lain la. Itu syurga tulip tu!
Aku keluarkan kad yang ada dilampirkan sekali bersama-sama dengan hadiah bunga tulip tu. Cantik tulisannya. Mesti tulisan tangan Shark.
Late night passion begins with endless days full of dreams
Upon waking, you vision the deepest hue of a red tulip closed tight from a lonely night
The sun is rising and the tulip awakens for a new beginning
A fleeting kiss of softness caresses the petals
The stem stands tall reaching for a graze of sensual warmth
Pressure given activates the opening of the tulip petals for foreplay
Gently, a whisper of innocent suggestions breeze by placing a captivating kiss on a single petal
An offering from the tulip brings it into its full bloom
Anticipation.
Trembling releases moisture due to contact
It has begun
Slowly time collaborates with passion to allow dancing to commence
Apart they stand trying to determine the rhythm and recognizing who is the leader
Closer they move, effortlessly they sway until their limbs become entangled
The day began as limitless dreams
Aku jadi terharu dengan apa yang ditulis oleh Shark ni. Gila punya romantik la dia ni. Memang patut betul dia digilai oleh ramai perempuan! Aku senyum sendiri dah ni. Mananya la tak bangga, bila Shark sanggup buatkan puisi ni khas untuk aku. Rasa air mata nak tumpah.
Aku rasa pintu hati aku dah terbuka sikit untuk Shark. Untuk hari ni, Shark dah ajar aku satu subtopik dalam subjek cinta.
Dan aku sangat teruja untuk belajar bab yang seterusnya. Adakah apa yang akan diajar oleh nanti Shark akan lebih bermakna dan buatkan aku rasa di awang-awangan?
Pintu bilik aku diketuk.
“Mimi!” Jerit Uda. Aku cepat-cepat sembunyi kad ucapan yang Shark beri aku tu.
“Tak payah nak sembunyi la dik.. Uda dah tahu fasal puisi tulip tu. Uda ada masa Shark buat puisi tu.” Uda menjelaskan.
Aku pandang Uda. Ya ke? Kadang-kadang Uda ni suka guna macam-macam taktik untuk pastikan aku beritahu rahsia aku. Bahaya Uda ni.. Bahaya..
“Tak percaya la tu. Tengok muka Uda yang suci ni.. Cuba tengok. Pernah ke Uda tipu Mimi sebelum ni? Tak pernahkan? Uda siap ingat lagi few lines dr puisi tu.” Uda bersungguh-sungguh menjelaskan.
“Whatever la Uda.” Jawab aku. Uda geleng kepala.
“Keras kepala betul budak ni.” dengus Uda. Aku mengejek Uda.
“Biar la.”
“Suka la tu dapat hadiah? Eleh.. Terima kasih la sikit kat Uda sebab tolong Shark tu..” Aku jeling Uda. Kenapa nak terima kasih kat dia? Sah-sah la Uda tolong tak ikhlaskan?
“Tolong apa?” Aku tanya Uda. Uda jungkit bahu. Aku gigit bibir bawah. Tadi beria-ia buat aku rasa nak tahu.
“Ada la.. Hal lelaki,” jawab Uda. Aku mendengus.
“Alasan tipikal! Malas nak kawan Uda.”
“Eleh.. Macam budak-budak. Sedar diri sikit.. Tak lama nak jadi mak orang dah,” usik Uda lagi.
“Uda tu pun sama. Sudah-sudah usik Mimi. Nak jadi bapak orang dah!” Aku lawan balik cakap Uda. Asyik dia je kenakan aku! Tak adil la macam ni!
“Memang la jadi bapak orang.. Takkan bapak hantu.” Uda loyar buruk. Aku geram je dengar jawapan ‘bijak’ daripada Uda aku yang terchenta tu!
“Tidur la Mimi. Tengok tulip tu dan ingat Shark.. He’s really love you..” Uda kata kat aku. Muka Uda memang serius sekarang. Tu maksudnya dia beritahu sesuatu perkara tu dengan bersungguh-sungguh. Aku angguk je.
“Dia loyal Mimi. Bertuah Mimi tau..” Uda beri nasihat lagi. Aku cebik bibir. Uda ni dah macam apa je kasi nasihat banyak-banyak. Aku nak tidur je pun..
“Selamat malam.” Uda terus tutup lampu bilik aku walaupun aku tak suruh dia tutup. Selepas tutup lampu je, aku terus rasa mengantuk. Hari ni memenatkan kut.. Tapi sebelum aku tidur, aku capai iPod aku dan pasang lagu Selamat Malam dendangan Faizal Tahir.
Faham-faham je la kan? Aku nak feeling yang Shark ada kat sebelah aku ni. Oh ya.. Minat aku untuk terus belajar subjek cinta dari Shark dah mula mekar. Harap-harap dia terus gigih ajar aku! Chaiyok! Aja-aja fighting!
bersambung....

55 comments:

  1. waaaaa...suke3...
    mmg romantik abes la shark nie...
    sng nk jtuh cnta kt dia...
    tp knp misha mcm tu...
    skjap dgn shark,skjap dgn am..
    hurmmmm.......

    ReplyDelete
  2. dengan shark senyuman misha xpenah pudar....huhu romantik la shark....sape yg misha pilih sbnarnye nie....am ke shark???

    ReplyDelete
  3. hahahaaa. nice. =)
    btw, ada typo nama tang shark nak balik rumah tu. sepatutnya shark, tp jadi Am.
    =D

    ReplyDelete
  4. so sweet.....romantic tol...ske... :)

    ReplyDelete
  5. huhu,,, bez2... ske ble shark dah der,,, untong btol misha kn...

    ReplyDelete
  6. heeee...romantik nye shark..jatoh hati lah cm ni.. *idong berdarah*

    ReplyDelete
  7. done~
    eh eh,, jap.,, ape aku buat kat sini???
    exammm!!!,,grrrr~

    ReplyDelete
  8. lagi rajin bce novel ni dr bace buku.. haha...
    btw, i love shark..
    can i have his number? haha...

    ReplyDelete
  9. yezz!!
    misha da jtuh aty ngn shark...
    xsaba nk bce bab 13...

    ReplyDelete
  10. waaaaa....sgt gula r...huhuh..mcm mne part shark tibe am plak yg senyum???huhuh...next bab....

    ReplyDelete
  11. alahai best nye misha dpt hadiah mcm 2... trus berbunga-bunga hati... haish... ^_^

    ReplyDelete
  12. Sweet habes si Shark ni. Suke la suke la ! xD

    ReplyDelete
  13. wahhhh!!!! suke3!! tak sangke shark seromantik itu..

    rugi nyer tak bace semalam bab 12 niyh.. kalu tak leh mimpikan shark.. hik3

    ReplyDelete
  14. hehehehe seronoknya ade p'samaan sama ngan misya...i like bunga tulip to...hehehehehe bl la nk dpt bunga tulip mcm misya :)

    ReplyDelete
  15. Xda part Am laa dalam bab ni, bole laa tahan.
    Hehe..Shark ni sweet talker tul. Jeles dengan si Misha tu. Nak Shark jugak! Haha.. Uda dia cool. ;)

    ReplyDelete
  16. sweet..x sgke shark bleh romantik smpai cm 2..

    ReplyDelete
  17. waaaaaaaa....bestnya hehe...nk mimi dgn shark..xnk dgn am..tp nape ek..am dgn mimi mcm ada history sbb am ckp..maybe mimi xingt..nnt tg ingtan mimi pulih skit..mcm ada kisah silam je 2org ni hehe...go shark&mimi...

    ReplyDelete
  18. suke3...
    can't wait chap 13..
    hehehe..thumbs up writer..

    ReplyDelete
  19. yeahhhh~~~bestnya jadi mimi nihh...so teruskan cite sal misha ngn shark tau..xmo ad si am tuhhhhh.....xsuka ngn dia....bila misha ngn shark saya suka...wink3~~~

    ReplyDelete
  20. sgt sgt sweet !!
    best best ~
    sporting gile uda ~
    nk abg mcm uda *ttbe haha
    cpt2 smbungannya >>>

    ReplyDelete
  21. serious sy cair macam lilin la ngn shark ni... tp dea loyal ngn mimi je,huhuhuhu...

    ReplyDelete
  22. waaa..sweet nyeh.! suke ngn shark..=D

    ReplyDelete
  23. best 1000000X
    (^_^)<3 <3

    ReplyDelete
  24. perh ... serius .. i luv SHARK so much !!! aq nak dy !! dy pki spek x ?? hehehe .. if dy pki spek lagi encem and smart ... hehe .. hope dpt abg cam dy ... nak cri abg angkt cam dy la .. hehehe .. hmm .. ko mmg pndi uad owg 'touch' ngn puisi2 romantik nie .. tu kelebihan tu .. hehe .. but .. i hope dlm bab seterusnya .. ada kelainan sikit .. 0ke ? chaiy0k2 .. aja aja fighting ! uad yg lagi baik and lagi gempak !! hope ada unsur funny and romantik lagi best !! uad aq gelak terbahak2 .. cheese ... v

    ReplyDelete
  25. alahai,,romantik nyer shark..
    huhu

    ReplyDelete
  26. hwaaaaaa;'(
    i fall in love with u
    SHARk!!!!!
    adehh,,cam ner,,huhu,,
    mishaaaa,,,plihh shark!!!!
    so sweeeetttttt....alahaiii

    ReplyDelete
  27. Sweetnya Shark! Suka! Suka! Suka! :D

    ReplyDelete
  28. like like like.....=)
    lps am,shark plak....
    Adoi...2 2 sweet nih...
    Tp shark gud3 lg...

    ReplyDelete
  29. xnk watak am dh..nnt kacau je...hahahaha

    ReplyDelete
  30. yeay! betul la kot akk rasa, orang yang boleh kita ketawa adalah org yg buat kita rs bahagia. bsr kemungkinan dia lah boleh jadi psgn kite.

    hug me if you want! :D i love this sentence very much!

    ReplyDelete
  31. nk jugak roses ngan tulip dr shark !! >.<

    ReplyDelete
  32. romantiknye shark tuh.. hehe,
    psgn yg sangat bhgia klo shark dan mimi bersatu.. hik2 :)

    ReplyDelete
  33. sgt romantik...
    ske shark...

    ReplyDelete
  34. hohoho..nk bunga tulip jgak!

    ReplyDelete
  35. wah!! romintaknye Shark..
    btol ckp uda tu..
    Shark really love Misya

    ReplyDelete
  36. bunga plastik?? mcm dlm novel adam dan hawa jerr.. xD

    ReplyDelete
  37. banyak hero.. ditanya mana pilihan,
    nk shakir juga blh x?? hihi.. share cikgu cinta ngn misha..
    sgt tkesan ngan cara shakir..ayat2 dia.. terawang2 kejap.
    am spe ye? ex schoolmate? rasa dah lama kenal je,jgn am kacau misha.. sibuk aje dia..haha..
    susunan ayat cerita bagus.. selitkn byk lg info..
    gud luck sts ;) ;)

    ReplyDelete
  38. super mr. Romantik btol la...
    terase seperti di kayangan.. :)

    ReplyDelete
  39. go...go...go...shark go....hehehehe

    ReplyDelete
  40. inilah part yg orang tunggu2..huk3..my shark!!..ngeh3..windu sungguh orang kat dia..aigooo..huhuhu..nape orang aser shark sangat2 sweet erk??

    ReplyDelete
  41. gila romantik si shark ni kalah si am..=)
    kalu mcm tu, nk jgk bljr subjek cinta dgn shark..bleh??

    ReplyDelete
  42. w0w!! romantik seyhhhh....xtaw nk type ap daaa...
    klh btui ngan ayt2 tu...hu3~

    ReplyDelete
  43. nak ckgu cinta mcm Shark boleh?? huhu :)

    ReplyDelete
  44. huuuuu~~~
    speechless...
    ahaha..
    best2..
    dh la misha,ngn shark je okeh?

    ReplyDelete
  45. shark mmg romantik.... boleh jatuh hati kat die....

    ReplyDelete
  46. sweet =) fallen in lup sudeyy . hahaha :P

    ReplyDelete
  47. mcm novel Adam 7 Hawa pulak, ada bunga plastik

    ReplyDelete
  48. really really LOVE with SHARK!!~~

    ReplyDelete
  49. satu bunga plastik sbb bunga tu x kan layu 'i love you' waa..romantik gler tu..

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.