Saturday, April 30, 2011

Bab 17

AKU ambil keputusan untuk duduk bersantai kat rumah hari ni. Nak berbual panjang dengan Uda, Along dan Aida. Aku tak tahu bila Uda mula kerja semula. Tak sempat aku nak tanya Shark semalam.
Macam mana aku nak tanya kalau sepanjang dalam kereta, aku asyik senyum je. Sungguh aku terharu dengan layanan yang diberi oleh keluarga Shark tu. Cuma agak menakutkan sikit la dengan layanan daddy Shark tu.
“Apa macam semalam Mimi?” Lamunan aku terhenti bila Aida menyapa aku dari belakang. Aku menarik senyuman manis.
“Okey je Aida.. Mummy dia gila punya sporting!” Aida teruja mendengar cerita yang aku sampaikan. Dia beri sepenuh perhatian dengan apa yang sedang aku katakan. Sesekali dia membetulkan rambutnya yang panjang mengurai itu.
“Daddy je macam mana?” Aida tanya aku. Aku gelak.
 Nak cakap jujur ke atau nak tipu dan puji daddy si Shark ni? Akhirnya aku ambil keputusan untuk cakap je benda yang benar. Nanti Aida mesti tahu jugak!
“Okey la.. Quite garang! Biasa la.. Professorkan.. Pensyarah lagi. Mananya tak garang.” Kataku diiringi tawa. Aida geleng kepala.
“Kenapa Along tu tak garang pun?” Aku membesarkan mata waktu Aida cakap macam tu. Dia kata Along tak garang? Sikit punya gigil lutut aku bila dia tenung aku dengan mata dia yang mengancam tu.
“Tak garang? Pergh! Along la orang paling garang dalam keluarga ni..” Aida tampak kurang bersetuju dengan cadangan aku.
“Aida tengok dia okey je..” Kata Aida lagi. Aku senyum. Baru la aku faham kenapa Aida cakap macam tu.
“Puan Aida oit.. Memang la Along tak garang dengan Aida. Isteri dia kan.. Takkan dia nak garang dengan isteri dia.. Nanti sure la Aida merajuk dengan dia kan?” Aida tersengih-sengih waktu aku cakap macam tu kat dia. Adoi la..
Aku tuang air teh yang dibuat oleh Aida. Hari ni sunyi lagi rumah aku. mama dah keluar dengan kawan-kawan dia seawal jam tujuh pagi lagi. Along kata, biarkan mama tenangkan fikiran. Mesti la bosan duduk rumah terperap je.
Aku dengan Uda dah tak boleh nak kata apa-apa lagi dah waktu Along cakap macam tu. Kalau dah Along yang bersuara, nak tegah lagi ke? Dia yang tua, mesti la boleh nilai mana yang baik, mana yang buruk.
“Shark tu comelkan?” Hampir tersedak air yang tengah aku minum waktu Aida cakap macam tu. Aida ni sengaja nak buat aku mati ke kat sini? Alahai..
“Okey la kut..” jawab aku, acuh tak acuh. Tapi dalam hati aku mesti la aku cakap yang betul punya. Yes! He is cute!
“Kalau tak cute, takkan Mimi pandang dia semacam je? Macam malu-malu kucing gitu..” Aida mengusik aku. laju saja tangan aku mencubit lengan Aida. Tak sangka pulak aku yang dia pasang mata tengok aku semalam!
“Mana ada Mimi pandang dia semacam! Pandai-pandai je kan?” Aku pura-pura marah. Tapi aku rasa, lakonan untuk marah ni tak menjadi sebab apa yang Aida cakap tu memang betul.
“Nak berdalih konon.”
“Eiii!! Aida ni saja je kan?” Aida ketawa. Aku mengetap bibir.
“Mimi sayang Shark tak?”
Aku pelik campur hairan campur tak faham.. Kenapa semua orang dalam rumah aku ni macam dah jatuh hati pada Shark? Dari mama, hingga la ke Kak Kiah! Semuanya terima je si Shark tu!
“Aida suka tengok Mimi dengan Shark?” Aku cuba tanya Aida. Cepat je si Aida ni mengangguk. Hampeh..
“For what reason?” Aku soal lagi.
“Actually Aida suka dengan si Shark tu sebab mama pernah cerita dengan Aida yang si Shark tu sopan je orangnya. Nampak ikhlas nak kenal dengan Mimi..” Itu sikap luaran dia. Mana la tahu dia ada keburukan jugak! Hati aku membentak.
“I’m just feel weird sebab Along tak bantah pun keluar dengan dia. Bukan ke Along marah kalau Mimi keluar dengan lelaki?” Aku cuba tanya Aida. Mesti la Aida ada jawapan untuk tu. Aida gelak kecil.
“Uda la yang beria-ia yakinkan Along. Kan Uda tu kawan dengan Shark.” Aida menjelaskan. Aku mengangguk. Uda tu memang, kalau dia yang cakap, mesti la Along percaya!
Tapi aku rasa, hubungan aku dengan Shark ni macam direstui keluarga je sebab semua keluarga aku ni suka dengan Shark. Sama macam keluarga Shark terima aku. Siap peluk cium aku lagi. Tergamam aku dua minit!
“Along bagi lesen la tu?” Aku tanya lagi. Aida angguk sambil kunyah biskut kering yang dihidangkan kat dalam pinggan. Aku tengok jam kat tangan aku. Uda ni mesti belum bangun lagi.
Jangan harap la dia nak bangun selagi mama tak kejut dia, kalau aku kejutkan pun, confirm dia tak bangun! Liat gila dia tu!
“Along dah bincang dengan mama semalam.. Waktu Mimi pergi rumah Shark tu..” Aku pandang wajah Aida, tepat sembilan puluh darjah!
“Bincang apa tu Aida?” Berdebar-debar rasa hati aku.
“Berkaitan perkahwinan Mimi..”
Nasib baik la aku boleh fikir dengan waras lagi, kalau tak, mesti aku dah tumpahkan air teh dalam cawan yang aku pegang ni. Aku sangat terkejut dengan kata-kata Aida!
Caught up between two , dont know who to choose, its between the one I love and the one thats right.
Terperangkap sekejap aku dengan kata-kata Aida tu. Perlu tak aku tanya lagi? Atau aku mendiamkan diri? Tapi hati aku ni meronta-ronta nak tahu!
“Mama kata dia nak jumpa mummy Shark dalam masa terdekat.” Aida melanjutkan bicaranya tanpa aku tanya. Aku rasakan dunia ni macam berhenti berputar. Mungkin macam berita gembira, tapi macam berita buruk jugak!
Aku tak rasa aku dah sedia nak bergelar isteri orang. Banyak tanggungjawab yang aku kena pikul. Aku kena pastikan rumahtangga dalam keadaan yang harmoni. Apa yang berlaku kat mama betul-betul buat aku takut untuk melangkah ke alam perkahwinan.
“Aida..” Terketar-ketar aku menuturkan. Aida memandang aku dengan hairan.
“Mimi kenapa?” Soal Aida.
“Mimi tak sedia.”
“Tak sedia apa?”
“Tak sedia untuk kahwin.” Aida senyum segaris lantas menggelengkan kepalanya. Dia menarik nafas dalam-dalam.
“Mimi, kalau nak ditanya pada semua wanita yang ada kat bumi ni, mesti semua akan cakap diorang tak sedia. Macam Aida jugak dulu.. Aida tak sedia lagi waktu Along propose Aida. Macam-macam alasan Aida beri kat Along.” Jelas Aida menuturkan. Aku tarik senyuman hambar.
Aku tahu Aida tak tipu aku dengan kata-kata dia tu. Aku tahu Aida berkata benar, tapi Aida lain.. Dia boleh biasakan diri di alam rumahtangga selepas tu. Tengok saja ku, sikap aku yang masih lagi panas baran. Kadang kala marah-marah tak menentu, boleh ke aku kawal sikap ni lepas kahwin nanti?
Kalau aku cakap, aku boleh ubah sikap aku ni mungkin ramai yang akan percaya. Tapi sulit untuk aku kerana melaksanakan sesuatu tu lebih susah dari melafazkan. Aku betul-betul buntu!
Angin pagi yang bersemilir lembut menerbangkan guraian rambutku. Memang agak sejuk dan dingin cuaca pada pagi-pagi begini sebab embun pun masih lagi menitis di hujung daun.
 Tapi kedinginan yang mencengkam badan aku ni masih belum mampu untuk sejukkan hati aku yang sedang resah memikirkan masalah yang datang bertimpa-timpa.
“Mimi takut nanti Mimi jadi isteri yang teruk..” Aku lebih suka berfikir yang negatif dari berfikir yang positif dahulu. Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Aku lebih kurang macam tu jugak la.
“Mimi ni kira tak yakin pada diri sendiri la ni..” Aida ketawa mendengar kata-kata aku. Aku mencebik. Adakah apa yang aku cakap sebentar tadi kedengaran lucu? Aida mendekati aku dan meletakkan tangan aku pada dada aku.
“Mimi kena percaya pada hati. Cinta yang ikhlas tu datang dari hati. Mimi akan jadi isteri yang baik. Aida percaya tu..” Aida tersenyum. Aku tersentuh seketika. Benarkah?
“Banyak tanggungjawab yang kena galas nanti Aida..” Aku mengeluh.
“Nak tahu apa tanggungjawabnya yang sebenar tak Mimi?” Aida angkat kening. Aku pantas mengangguk. Mesti la nak!
“Dalam sesebuah rumahtangga,isteri tu kena sentiasa taat pada suami dan jaga maruah suami mereka selama mana suam kita tu tak suruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama. Kalau Mimi tak percaya dengan apa yang Aida cakap ni, cuba Mimi fahamkan hadis yang bermaksud, ‘andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka’”. Aku tergamam sebentar sewaktu Aida membacakan hadis itu kepada aku.
Aida ni hafal ke? Tabik spring kat dia la. Tak sia-sia Along sayang gila-gila kat Aida! Memang seorang isteri yang mithali la Aida ni!
“Tapi tu salah satu je tau Mimi.. Kalau Mimi nak tahu apa tanggungjawabnya lagi, Mimi kena la kahwin.” Aida angkat kening lantas ketawa. Aku melemparkan pandangan aku ke arah sebuah pohon yang rendang di halaman rumah aku. Taat setia.. Kedengaran macam senang, tapi.. Aku melepaskan keluhan kasar.
****
“SERONOKNYA berbual? Tak kejut abang pun ea?” Suara Along kedengaran di belakang aku. Aku memalingkan wajah aku. along masih lagi memakai baju tidur. Mesti la belum mandi tu!
“Bukan tak nak kejut. Tengok abang tidur syok sangat. Kalah budak kecil.” Along tersenyum dan menyerlahkan lesung pipitnya. Dia lantas duduk di sebelah Aida yang tengah tuang air tu.
Selamba je Along cium pipi Aida depan mata aku. aku tergamam sekejap. Tapi aku tak berapa nak kisah sebab diorang dah kahwinkan? Dah nak ada anak pun.. Apa nak hairan? Nanti kau kahwin pun macam tu la Misha! Suara hatiku menjerit.
“Tak mandi pun sibuk nak cium-cium..” Kata aku dengan perlahan. Tapi Along dapat dengar apa yang aku cakap. Dia pandang aku.
“Mimi jealous la tu kan? Sebab Along dah lama tak cium Mimi kan?” Aku geleng kepala dan menjelirkan lidahku. Memang dulu Along selalu cium dahi aku kalau nak pergi jauh atau pergi mana-mana.
Tapi semenjak aku dah besar sikit ni, aku dah tak berapa nak selesa dengan apa yang Along buat tu. Maklum la, usia pun dah meningkat. Faham-faham saja la.
“Tak nak la. Tak malu la Along ni.”
Ni waktu Along boleh diajak bergurau. Ada waktunya dia serius. Ada masanya dia boleh bergurau. Aku memang suka dengan Along waktu dia boleh bergurau ni.. Tapi waktu dia tengah serius tu, memang aku tak berani nak angkat muka la!
“Along okey je.. Oh yea Mimi.. Nanti minta Shark datang. Petang ni kalau boleh..” Aku menaikkan sebelah kening aku.
“Tak payah nak angkat kening macam Ziana Zain pulak. Suruh je Shark datang. Along nak bincang sesuatu dengan dia.” Tambah Along lagi.
“Apa maksud Along dengan sesuatu tu?” Aku tanya Along. Along ketawa dan mencubit pipi Aida.
“Sayang tak beritahu Mimi ke?” Aida mengangguk. Aku senyum skeptik.
Erkkk! Fasal kahwin tu ke?” Membuntang luas mataku.
Along mengangguk. Aku telan liur lagi. Tapi aku cuba fikir positif. Kalau aku kahwin dengan Shark, maknanya aku boleh elakkan diri dari Fiqroul dan Am! Tapi.. Aku rasa macam kesian dekat Am. Aku tak suka dekat dia, tapi serius aku tak pandai nak kecewakan hati orang lain.
“Along dah lama nak tengok Mimi naik atas pelamin.” Kata Along.
“Kenapa Mimi? Angah kan boleh, Uda kan boleh!” Aku membantah. Tak setuju langsung dengan apa yang direncanakan oleh Along.
“Uda tu tunggu Liya habiskan pengajian kat luar negara sana. Angah pun sibuk dengan studi dia. Cuma Mimi je sekarang yang nampak dah stabil, dah boleh buka klinik sendiri lagi.” Kata Along lagi. Aku mendengus. Tak masuk akal!
Ada unsur diskriminasi di sini! Aku rasa macam tak adil je! Kenapa Along tak paksa Angah habiskan studi dia cepat-cepat? Kan lebih elok kalau adik beradik tu kahwin ikut susunan. Along kahwin dulu, selepas tu Angah, Uda, dan yang terakhir baru la aku!
“So, petang ni suruh Shark datang ya.” Along bangun dari kerusi dan menghadiahkan ciuman pada pipi isterinya itu.
“Abang nak mandi dulu.”
****
AKU keluarkan serbuk Nescafe kat atas almari dapur dan bancuh air Nescafe. Aku keluarkan telefon bimbit aku. tiba-tiba terasa nak telefon Shark pula. Aku tunggu dia angkat panggilan, seminit, dua minit. Dia tak angkat.
Mungkin tidur lagi. Aku agak je la. Aku cuba telefon sekali lagi. Dia tetap tak angkat. Ke mana la Shark ni! Jam dah pukul sebelas pagi. Along dengan Aida keluar pergi jumpa kawan dia dekat Melaka. Sebab tu la Along tak kerja hari ni.
Uda masih belum lagi. Atau mungkin dia dah bangun dan duduk melangut kat depan televisyen dalam bilik dia tu dan menghadap permainan kegemaran dia tu. Dia kan tak pernah kenal erti bosan dan jemu!
Terasa bosan pulak sebab dah tak ada benda nak buat. Terdetik rasa menyesal sebab ambil keputusan untuk bersantai bagaikan puteri raja kat rumah hari ni. sama je datangnya.. Aku tetap kebosanan di rumah! Haila..
Tiba-tiba aku teringat yang perfume aku tu dah nak habis, elok la kalau aku pergi beli cepat-cepat sebelum kontang. Nanti aku jugak yang susah. Risau pun ada sekarang ni sebab Shark tak angkat panggilan aku. Apa la yang dia buat sekarang ni!
Selesai bancuh air Nescafe tu, aku terus letakkan air yang dah siap aku bancuh tu dalam peti ais. Malas aku nak letak ais, biar air tu sejuk sendiri nanti. Lagipun, tak elok kalau selalu minum ais ni.
Aku naik ke tingkat atas dengan perlahan-lahan. Sampai saja di bilik aku, aku membuka almari dan mengeluarkan baju kemeja Vintage. Pergi beli perfume tu dekat kawasan Angsana cukup la. Malas nak bazirkan minyak pergi ke City Square.
Lagi pula aku nak beli satu barang saja, jadi tak perlu la aku nak bazirkan waktu memandu sampai ke City Square sana. Kalau dekat kawasan Angsana ni dekat sikit.
Selepas tukar baju, aku capai beg tangan aku dan kunci kereta. Laju saja aku menuruni anak tangga. Tapi sewaktu aku nak memulas tombol pintu, aku dengar Uda memanggil nama aku.
“Pergi mana Mimi?” Soal Uda. Aku menarik senyuman segaris.
“Keluar sekejap.”
“Dengan Shark ke?” Soal Uda. Aku geleng kepala. Apa pulak dengan Shark? Shark tak jawab pun panggilan aku, sedangkan Along nak jumpa dengan dia petang ni. risau pulak nanti Along marah.
Mesti nanti Along cakap yang aku tak beritahu Shark. Sedangkan Shark yang tak jawab panggilan aku. penat sangat agaknya Shark tu. Tak pun dia tengah sibuk layan keluarga dia.
Dia pun jarang-jarang ada kat rumah, mesti la nak luangkan masa dengan keluarga dia. Aku cuba fikir benda yang baik. Tak mungkin la dia sengaja abaikan panggilan aku. Sebab selalunya dia la orang yang paling cepat angkat panggilan aku!
“Habis dengan siapa?” Uda tanya. Dengan mata yang kuyu, baju singlet dia dan juga boxer, Uda pandang aku. Tidur je Uda ni!
“Mimi sorang je. Yang Uda seksi semacam ni kenapa?” Aku tahan gelak. Uda menggaru-garu kepala dia. Masih sempat lagi ukir senyuman manis.
“Uda baru bangun tidur la.. Memang seksi macam ni.” Sempat dia berlawak. Aku geleng kepala lantas meletakkan tanganku pada hidung.
“Busuk la Uda. Pergi mandi cepat, sebelum Mimi beritahu kat Liya. Sia-sia je Uda jadi bujang trang tang tang.” Aku usik Uda. Uda mencebik.
“Mimi nak pergi mana tu?”
“Cari perfume..” Cepat aku beritahu. Aku ambil kasut aku dekat rak dan buka pintu. Uda masih lagi kaku kat tepi tangga.
“Kirim boleh tak?” Aku pandang Uda.
“Mimi pergi Angsana je tau.” Uda mengangguk-angguk. “Kirim apa?” Aku menyambung bicaraku.
“Carikan movie baru.. Haunted Changi.” Aku buat riak pelik waktu Uda sebut nama filem tu. Ada pernah keluar ke? Kenapa aku tak pernah nampak posternya?
“Mana ada kedai movie kat Angsana.” Aku tipu Uda. Sebenarnya malas nak melangkah ke tingkat bawah sekali. Aku parkirkan kereta aku pun dekat kawasan kedai minyak wangi tu.
Leceh nak letakkan kereta aku kat bawah, nak kena naik eskalator lagi. Sangat buang masa dan tenaga aku!
“Macam la Uda ni tak pernah pergi Angsana. Nak menipu pun agak-agak la.” Uda jeling aku. Aku ketawa. Boleh kantoi pulak!
“Ya la.. Nanti Mimi cari. Tak janji tau. Tajuk cerita pun pelik semacam.” Aku geleng kepala, selesai saja bercakap dengan Uda, aku terus melangkah ke kereta aku. enjin kereta dihidupkan, lantas aku memecut laju meninggalkan kawasan perumahanku.
****
Aku dah dapat minyak wangi yang aku nak. Sekarang aku tengah nak cari cerita yang Uda pesan kat aku tadi.
Penat aku turun eskalator, walaupun eskalator tu gerak sendiri, aku rasa macam leceh je. Jadi aku gagahkan diri aku, turun dan melangkah ke tingkat bawah sambil eskalator tu bergerak macam biasa.
Sampai di hadapan kedai tu, aku terus melilau mencari cerita yang disebut oleh Uda tadi. Sempat aku jeling kat album terbaru Taylor Swift. Album pertama penyanyi bergenre country ni dah aku miliki kat rumah.
Laju saja tangan aku ambil album Taylor Swift yang baru tu. Sebab aku pernah dengar satu single dalam album tu. Back To December.. Lagu yang menyentuh hati, betul-betul boleh menguji perasaan. Nasib baik la aku ni jenis yang kedekut air mata. Kalau tak, memang berjuraian la air mata aku keluar setiap kali dengar lagu Taylor Swift.
Aku pusing belakang, macam tahu-tahu je aku sedang cari cerita yang Uda suruh beli tu. Elok je cerita tu tersusun kemas. Aku terus ambil dan pergi kat kaunter. Selepas buat pembayaran, aku terus melangkah keluar dan menuju ke Mc Donalds.
Jantung aku hampir gugur sebentar bila memerhatikan seorang lelaki yang aku kenali sedang berjalan mesra dengan seorang perempuan yang begitu cantik parasnya. Aku pandang sekali lagi. Mungkin aku sedang bermimpi, atau imaginasi aku saja. Sebab sekarang memang aku tengah teringatkan dia. Mana la tahu, mainan perasaan aku je.
Sah! Memang sah.. Itu dia. Elok je perempuan yang ada kat sebelah dia tu peluk pinggang dia. Hati aku rasa dibakar, disiat-siat dengan parang yang tajam. Aku rasa sakit hati dengan apa yang aku lihat!
Sabar Misha.. Sabar.. Suara hatiku memujuk aku supaya bersabar. Air mata aku bagaikan mahu tumpah, siapa perempuan tu? Kenapa dia nampak mesra je dengan Shark? Kenapa dia peluk Shark? Kenapa? Kenapa Shark tak halang pun perempuan tu dari peluk dia? Pelbagai soalan menujah minda aku.
“Misha..” Seseorang menyapaku dari belakang. Aduhai.. Kenapa dia mesti datang waktu sekarang ni? Aku mengetap bibir.
bersambung

74 comments:

  1. alaaaaa...da elok2 along nk bg green light..
    tetibe mcm tu plk..
    apesal dgn shark nih?
    xmo lh cmni...
    nk misha kawen dgn shark....
    :(

    ReplyDelete
  2. oohhh..npe ngn shark 2..sye da terpikat dgn awk,awk buat hal pulak..hesh..
    hm..spe yg dtg tegur misha 2?am ke? huuu T_____T

    ReplyDelete
  3. hrmm.. benci ngan shark

    ReplyDelete
  4. aik.. lom ape2 shark dh ade awek lain lak?

    ReplyDelete
  5. Siapa ekk dgn shark...
    Shark jgn buat hal sudahlah..
    Cian misha..;-(

    ReplyDelete
  6. shark ada org lain ke??? misha dgn shark or Am?.... kalau am pun ok gak...

    ReplyDelete
  7. hah??ngan sape tu...ala shark nie! sape lak yea yg mai tang tu....am ke fiqroul ea....?? cepat kawenkan misha ngan shark, tamo misha kawen ngan owg laen....

    ReplyDelete
  8. alaaa...kembar shark je tuh.

    ReplyDelete
  9. OMG....kalo den yg kne pn memg sdih...wlpn x dgr ag prkra sbnr...huhuh...shark ngan sape agknyer???kan???next bab...:p...best la lau dpt uda...:p

    ReplyDelete
  10. ish!!pompuan mna plak tu???
    hrap2 la bkan skandal shark..hehe
    best!!smbung2..

    ReplyDelete
  11. errrk~
    npe shark bley ad dgn pmpuan len??
    ksian misha....

    ReplyDelete
  12. adui na~ ksain misha.. la apasal lak mcm tu shark tu? dygaan btul la.. along dia bgi green light.. msti jdi merah blik la lepas ni.. tkde msalah dlm crita..tk rsa trcabar la nak bca kn~ heheh cpat2 smbung.. =)

    ReplyDelete
  13. best la :) tp npe Shark buat hal lak ? aigOo =.='

    ReplyDelete
  14. First time baca best la cite nie... :)

    ReplyDelete
  15. adoi...
    apasal plaklah si Shark nih..
    sapew yg tegur tu huh?? Am ke Fiqroul??

    ReplyDelete
  16. wahh..siapakah perempuan tu??
    Shark nak buat Misha cemburu ke? Huhu..

    ReplyDelete
  17. alorhh!! ish nape nih...hmmm...cian kat misha...

    ReplyDelete
  18. zafri! gi mandi! *tetiba
    omo! shark! Sape pmpuan tu? :(
    am kot yg tegur dia...

    ReplyDelete
  19. saspen la...
    x sabar nak smbung baca....

    ReplyDelete
  20. ase last2 misha ngan am kot.
    HAHA.tol x?

    ReplyDelete
  21. buat suspens je dah x sabar2 nak bace N3 baru ... SHARK jahat dia curang lelaki tak guna.... but I still love him harap2 mase shark nampak misha , MISHA dgn AM .... biar dia pon cemburu .. baru fair and square kan ? nak N3 ter baru I can't wait 4 it

    ReplyDelete
  22. sape dgn shark tu.. saspen plak.. shark tolong laa jgn kecewakn misha.. huuu.. ):

    ReplyDelete
  23. knapa jd camni lak..shark kuar gan sapa siap peluk2 lg..nak shark gan misha..
    bwu ja dpt restu dua2..

    ReplyDelete
  24. nape plak shark jd cam 2..xske3..huhuhu

    ReplyDelete
  25. alahai....shark!!!
    Jgn buat hal laa...
    Ksian misha tu...
    Hummm...ke planduk 2srupa...

    ReplyDelete
  26. erh shark,jgn la buat misha camtu.
    Katakan sallah fhm saje

    ReplyDelete
  27. spe yg sapa misha tu???buat suspen je..huhu

    ReplyDelete
  28. Ouh yeah ending yg penuh panasaran ! Bab 18 bab 18 uhuuuuu (:
    err shark msti lps rindu dgn adik agkat dia tu , relax misha haha :D

    ReplyDelete
  29. owh !! saper plak ngn shark tu??!! kesian kat misha.. T.T
    dh lar siap peluk2 pinggang lg....nie byg buat x sabar2 nk tunggu bab 18 nie.. :D

    ReplyDelete
  30. amboi, suspen giler..cepat2, tak sabar mao tau samabungan ni..

    ReplyDelete
  31. hatoi,,,cpt2,,, nk bab yg ke 18,,,,

    ReplyDelete
  32. huhuhu..ni dh suspen dh ni huhu..ntah2 tu kazen shark ke hehehe...mst fiq yg tgur mimi tu sbb am pggl mimi..bkn misha hehee..waaa...tlg la shark jgn main2 huhu...

    ReplyDelete
  33. arghh... shark ni bg sape plak pelok pinggang die?
    jeles ni... hihi..
    rasanya tu fiqroul..
    hbs la kantoi yg sblom ni misha kenalkn shark tu bf die...
    shark, u better have good explanation for this...
    cepat la smbung.. xmau misha sedih2...

    ReplyDelete
  34. ala shark ngn spe tu??hrp2 bkn la shark nyer skandal..nak misya ngn shark gak..
    tgk2 shark n uda berpakat nk suh misha cemburu.huhu
    spe la yg tgr misha tu??
    cpt la smbg..x sbr nk tggu..

    ReplyDelete
  35. best sgt.cpt la smbg.huhu

    ReplyDelete
  36. 1 !!
    tapi takmo la shark tuh maen kayu tiga..
    kcian kat misha :) sambong la cepat eyk, hehe

    ReplyDelete
  37. xske konflikkkk! uuuuuu
    tp sgt ske shark ng mimi...

    ReplyDelete
  38. hailaaaaa,,,
    spe plk girls ngn shark tu,,
    adehh,,sdey..sdey,,
    x mau laa curang ni,,
    sian misha,,,
    ntah2 girls tu adik shark je kot,,huhu

    ReplyDelete
  39. konferm slah paham ... MISHA da pndi jelez2 .. hehehe .. dy da mula jelez at SHARK .. so sweet .. hhmm .. ko nie bagus arkk ... da bnyk impr0ve .. hope everyday ko impr0ve g .. 0ke ?? hope lbh berhati2 ngn ayat .. and typing ! aja aja fighting ! chaiy0k2 .. saranghaeyo !

    ReplyDelete
  40. tu diaa konflik dah mai...OK arr tu.misha pun prnah kuar ngn am x gtau shark. adil la tu.kekadang mmg bagus tuk mimi nmpk shark ngn girl lain.xder la dier aser comfortable sngt ingt dia blh mcm2 ngan shark. lu x, asyik pike am jgk.

    ReplyDelete
  41. best gle la cte ni...
    jgn la shark tu curang lak ngan misha..
    cpt2..nak tau smbngan camne!!!!

    ReplyDelete
  42. haha...misha dah gabra...mesti shark ngan sepupu rapat dia ker...biasa citer camnni kan...and yg tegur misha tu...am kot....hopefully....hehe...ada konflik cam ni...baru mkin menarik...kalu x...cam flat jer citer ni...x sabar nk tau citer selanjut yer...kene bli ag coklat Tobleront ag ni....wat stok masa bca AASC nie...huhu....

    ReplyDelete
  43. alaa asal ni? ish please bg ending misha ngan shark :D hehehe

    ReplyDelete
  44. uwaa..unsur2 cmburu dlm diri misha sudah tkuar..
    cite sudah makin mnarik..
    pandai penulis mainkn emosi kami..
    (puji sbb nk tshirt free)

    ReplyDelete
  45. shark biarkn ppuan pelok dia..
    tolak 1 mrkh..:(

    ReplyDelete
  46. Erk... Nak komen ape ek.. semua ayat orang len dah kebas.. hehe...

    Hah.. dah tau....

    Suspen,suspen,suspen.... <-- ok la tu kan....

    ReplyDelete
  47. Shark main kayu 3 4 5 6 7?! Kuranghajar!

    ReplyDelete
  48. nor farhana md isaMay 1, 2011 at 9:33 AM

    ala, shark gn spa??
    x sabaq nk tau..

    ReplyDelete
  49. adoii,,sape pulak pempuan tuhhh....huhuhu,,xbestla camni

    ReplyDelete
  50. sape ngan shark 2...
    tdaaaakkkkk!!!!!
    erm misha sbr2...
    jgn cpt slh sgke...

    ReplyDelete
  51. AAIIISSHH..SAPE NGAN SHARK 2...XSHUKE OKEH..PLOK2 PINGGANG BAGAI..+___+

    ReplyDelete
  52. pehhh..suspen tol la..agk2 sape la y brani pluk si jrung ku syg 2 kn..huhu..arap2 2 bkn shark la..mybe kmbar shark kot..ermm..pe2 pn..relax ea mimi..

    ReplyDelete
  53. tlg la wat bab18 dgn cpt ye...xsbo nk tau cte slanjutnye,,,huhu

    ReplyDelete
  54. alahaii..uat suspen plak dh.smbung cpt2.! =D

    ReplyDelete
  55. alahai spe plak ngn shark 2... haish... cpt le smbg ye... dh xsbo nk taw ni...

    ReplyDelete
  56. sapa ngan shark n sapa perempuan 2??????

    ReplyDelete
  57. hadoyyy..knapa ni shark cmni plak..cian kat misha....sapa plak pompuan ngn shark tuhh??

    ReplyDelete
  58. knpa tbe shark jd cm 2?? kecian misha..:(

    ReplyDelete
  59. aper semua nie shark???...STRESSSS!!!

    ReplyDelete
  60. ok, tenang2. mungkin perempuan yang memeluk shah tu adik dia ke akak dia ke tenang misha. eehe...kalau saya pun jadi misha mesti dah menangis jugak T_T

    ReplyDelete
  61. hoho.sy dh dpt agak ape yg akn erjadi slps ini..ehehe

    ReplyDelete
  62. xkn shark kot...oohhh NOOO...=(

    ReplyDelete
  63. haha...jeles plak misha ni..tnda +ve...bguihhhh...hahahha..shark2..

    ReplyDelete
  64. sape pulak yang dataang,,,cool lah along,,same je ngan along haku,, haha tetibe

    ReplyDelete
  65. alaha shark ni knp!
    goreng bt smbal bru tau!

    ReplyDelete
  66. sape pompuan tu??? shark curang ke??? TAK MUNGKIN!!!! please biar am yg dtg......

    ReplyDelete
  67. makk aiii..xkan shark curang kowt?ishh..xmgkin2..

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.