Thursday, April 28, 2011

Bab 15

DAH lama si Am tu menyepi. Aku agak mungkin dia dah jumpa pasangan yang sesuai untuk dia kut. Bukannya nak kata aku rindu atau apa, tapi... Entah la. Susah aku nak sampaikan apa yang tengah bermain kat dalam kepala aku ni. Aku tengah kusut memikirkan hal semalam. Fitri..
Gerun pun ada la tengok muka Fitri semalam. Siapa la yang tak marahkan bila suami yang disayangi ada orang lain. Aku picit kepala aku. Tekak terasa kering pulak, aku bangun dari kerusi dan keluar dari bilik aku.
Ana waktu tu tengah sibuk menaip sesuatu, yang si Ima dengan Tyra pulak tengah bagi sepenuh perhatian kat televisyen. Aku geleng kepala. Aku buka peti ais yang berada berdekatan dengan Ana.
“Aik doktor.. Nampak lesu je?” Tegur Ana. Aku senyum.
“Tak la Ana. Pening sikit je..” Ana mengangguk-angguk, kemudian Ana pandang aku lantas tersenyum.
“Doktor ni demam kut?” Teka Ana. Aku pantas menggeleng. Tak adanya aku demam, aku letak tangan aku kat dahi aku. Ana ketawa.
“Tak la Ana.. Tak demam. Pandai-pandai je awak ni.” Lanjutku.  Ana berhenti menaip.
“Doktor ni bukan demam yang tu..” Ana berkias-kias. Aku mengerutkan dahi aku. Tak berapa nak faham dengan kata-kata Ana.
“Habis demam yang mana?” Aku tanya dia.
“Demam rindu. Rindu ehem-ehem..” Ana gelak. Aku mengetap bibir. Sengaja la si Ana ni nak kenakan aku!
“Mengarut la awak ni Ana.” Kataku.
Ana angkat kening dan mendekati aku. Dia buka peti ais dan keluarkan coklat Toblerone. Coklat tu kemudian dia serahkan pada aku.
“Nah.. Makan ni. Mesti doktor teringat Ahmad Shakir..” Ana senyum. Aku ambil coklat kat tangan Ana tu, selepas tu terus aku masuk dalam bilik aku semula. Muka aku dah merah ni. Mungkin betul jugak apa yang si Ana ni cakap.
Aku rasa setiap masa kut aku rindu si Shark ni. Dia ada je aku ceria. Dia ada je aku senyum sampai telinga. Kalau dia ada, cerah la hidup aku ni!
Telefon bimbit aku berdering. Aku capai telefon bimbit aku. Harap la si Shark call aku.
“Misha.” Aku terkedu sekejap dengar suara tu. Alahai.. Berhenti la dari kacau aku. Berhenti la dari buatkan hidup aku haru!
“Nak apa?” Kasar aku bertanya.
“Abang nak Misha.” Aku mengetap bibir.
“Misha dah cakap dengan Fitri fasal abang.” Aku sengaja menipu. Kedengaran Fiqroul ketawa di hujung talian.
“Misha takkan berani. Misha cuma cakap je.” Dia gelak.
Aku mengepal penumbuk. Kalau la si Fiqroul ni ada depan mata aku, dah lama aku bagi sebijik kat muka dia! Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah! Tak sudah-sudah nak kacau aku!
“Abang, tolong la.. Misha dah ada kekasih. Tolong jangan kacau Misha.” Aku berlembut dengannya.
“Baru kekasih.. Belum kahwin. Maknanya abang ada peluang.” Dia balas. Aku gigit bibir. Kenapa lelaki ni tak faham bahasa? Aku sudah hilang kesabaran, aku sudah tidak mampu bersabar!
Cara apa lagi yang boleh aku lakukan untuk memastikan lelaki ini dari berhenti menganggu hidup aku? Aku menutup talian. Dari terus bercakap dengan lelaki ini, lebih baik aku menyambung kerja aku.
Jika aku teruskan perbualan dengan dia, pasti kepala aku semakin kusut! Seeloknya aku meminta bantuan mama!
****
AKU tolak troli dengan perlahan. Dah lama aku tak jejakkan kaki kat Giant Hypermarket Tampoi ni. Hari ni perasaan rajin terasa menerpa kat diri aku.
Selama ni memang aku malas nak beli barang dapur. Selalunya Kak Kiah la yang pergi beli barang dapur. Nak buat perubahan sikit hari ni, merajinkan diri aku untuk beli barang dapur!
Aku ambil barang-barang yang banyak dah habis kat dapur tu dan masukkan ke dalam troli. Selesai kat bahagian biskut, aku tolak troli pergi kat bahagian ikan. Nasib baik la hari ni orang tak berapa ramai sangat kat Giant ni.
Kadang-kadang sampai aku pun malas nak tolak troli aku bila nampak ramai gila manusia yang tengah membeli. Aku ni cepat bosan bila nampak orang ramai berpusu-pusu kat satu tempat.
Bahu aku tiba-tiba disapa sewaktu aku tengah pilih ikan. Aku pusing belakang. Terkejut aku tengok Datin Sania yang anggun memakai baju kurung yang berwarna biru cair beserta beg tangan Louis Vuittonnya tu.
Dalam hati aku dah boleh agak dah berapa harga beg tangan yang dipakai oleh Datin Sania tu. Tu belum lagi tengok kasut apa yang dia pakai. Entah-entah pakai kasut Jimmy Choo. Pengsan la aku kalau nak membeli semua tu. Aku cuma mampu beli selipar jepun je..
“Misha, buat apa kat sini?” Tegur Datin Sania. Aku tersenyum. Sah-sah la aku datang sini sebab nak beli ikan, takkan nak beli tayar. Ya tak?
“Beli ikan mama.” Aku jawab jugak walaupun aku rasa Datin Sania dah tahu jawapan yang akan terbit kat bibir aku ni.
“Dah lama tak jumpa Misha.” Datin Sania bersuara. Aku mengangguk. Aku rasa tak la berapa lama. Baru minggu lepas tak silap aku dah jumpa dia.
“Bila nak datang rumah mama lagi?” Tambah Datin Sania lagi. Aku angkat bahu dan tersenyum. Belum ada jawapan untuk tu. Aku datang rumah Datin Sania hari tu pun sebab terpaksa.
“Kena tengok dulu la mama.. Misha sibuk dengan klinik.” Aku beri alasan. Kalau nak ikutkan, hari-hari boleh je aku lawat rumah Datin Sania ni. Tapi tak nak la aku.. Bukannya aku ada apa-apa hubungan dengan dia pun!
“Kahwin la cepat dengan Am, boleh la mama hari-hari berbual dengan Misha kat rumah tu.” Hampir terlepas plastik ikan yang telah ditimbang kat tangan aku ni.
“Ada jodoh, ada la mama..” Aku cakap dengan Datin Sania. Datin Sania mengeluh.
“Kalau boleh, cepat-cepat la.” Ujar Datin Sania lagi. Aku tarik senyuman manis. Sehabis manis dah tu senyuman aku, walaupun sebenarnya aku nak ukir senyuman pahit macam kopi!
“InsyaAllah.” Jawab aku.
Selepas berbual dengan Datin Sania, aku minta diri untuk bayar barang yang aku beli. Aku tak ada nampak pula kelibat Am dengan mama dia tu. Mungkin dia tak ikut mama dia kut. Biar la dia..
****
AKU buka bonet kereta aku dan masukkan semua barang-barang yang aku beli tadi cepat-cepat. Cuaca hari ni memang panas gila! Berpeluh-peluh aku menahan kepanasan! Semua barang yang ada dalam troli aku dah pindah masuk ke dalam kereta.
Aku masuk dalam kereta dan hidupkan enjin. Air-cond aku buka semaksimumnya!
Debuk..
Bunyi pintu kereta aku dibuka. Aku pandang sebelah. Alangkah terkejutnya aku bila nampak Am tersengih-sengih sebelah aku. Ikut sesedap dia je masuk dalam kereta aku ni tanpa minta kebenaran!
“Hey! Siapa suruh masuk?” Aku marah dia. Am senyum.
“Tak ada siapa!” Jawab dia. Aku mendengus.
“Mimi nak balik ni.” Aku beritahu dia.
Am mengangguk. Aku ingat lepas dia angguk tu, dia nak keluar la dari kereta aku. tapi sangkaan aku meleset bila dia tetap dengan muka kacak dia tu tengok aku macam nak makan!
“Am!” Aku menjerit.
“Mimi tak rindu Am?” Dia tanya. Aku geleng. Dah la tengah panas ni.. Boleh pulak dia nak buat drama rindu rinduan ni! Haru betul la si Am ni!
“Am tanya lagi ni.. Mimi tak rindu Am?” Dia tanya lagi sekali. Kira nak minta kepastian la. Aku tetap dengan jawapan aku.
“Tak. Am.. Please, Mimi panas ni. Nak balik.” Aku merayu pada dia.
“Am rindu Mimi.. Miss you like crazy.” Kata dia. Aku tak jawab apa-apa.
“Sorry ganggu Mimi. Nanti Am call.”
Selepas lima minit aku diam, dia pun buka pintu kereta dan keluar dari kereta aku. Aku menarik nafas lega! Sekarang ni aku kena hati-hati sikit sebab aku tak nak la Along nampak lagi aku keluar dengan Am!
****
“AWALNYA balik.” Uda tegur aku. Aku letak barang-barang dapur yang aku beli dekat atas meja. Mood nak bergurau hari ni kurang sikit. Serius aku tak berapa nak sihat hari ni. Aku penat.. Penat!
“Masam je muka Misha.. Ada masalah ke?” Aida tegur aku. Aku geleng kepala. Bibir pun terasa berat je nak jawab. Jadi buat masa sekarang ni, hanya kepala aku je yang medium untuk aku sampaikan apa yang aku nak, dan apa yang aku tak nak.
Aida dan Uda berpandangan sesama sendiri. Mungkin diorang pelik tengok kelakuan aku yang tiba-tiba je membisu. Aku menaiki anak tangga dengan perasaan malas yang berganda-ganda!
Masuk je bilik aku, aku terus baring atas katil. Mungkin betul la apa si Ana tu cakap. Aku rasa macam nak demam ni. pening je kepala. Aku buka laci meja kecil yang berada berdekatan dengan katil aku.
Aku capai ubat dan tuang air masak yang memang aku sediakan kat tepi katil. Seeloknya sekarang ni aku rehatkan diri. Banyak masalah yang tengah melanda aku sekarang ni!
Telefon bimbit aku berdering. Aku tengah berkira-kira sama ada nak angkat ataupun nak biarkan dia terus berdering. Kalau aku biarkan, mesti kepala aku semakin kusut dan serabut!
“Hello.” Aku jawab dengan suara yang malas.
“Salam mana cik kak?” Suara Shark kedengaran di corong telefon. Aku jadi malu sendiri. Kadang-kadang aku boleh terlupa nak beri salam!
“Sorry.. Assalamualaikum.” Nada suara aku tetap sama macam tadi.
“Waalaikumuusalam. Awak okey ke?” Dia tanya aku. aku tak tahu nak cakap apa. Nak beritahu ke yang aku tak berapa nak sihat sekarang ni?
Kalau aku beritahu, nampak sangat yang aku nak raih simpati dari dia. Tapi kalau aku tak beritahu, aku dah dianggap menipu!
“Tak berapa nak okey.” Jawab aku.
“Demam ke?” teka dia. Aku tak jawab.
“Tunggu orang datang rumah.” Hampir melompat aku atas katil bila dia kata dia nak datang rumah aku! Nak kena pancung dengan Along ke?
“Eh! Tak payah!” Aku pantas menegah. Shark mengeluh.
“Awak tak sihat tu. Orang risau.. Tunggu orang sampai.” Dia beritahu.
“Tak perlu la. Saya okey ni. dah makan ubat.”
“Jadi betul la demam ni?” Sudah! Aku dah ‘ter’beritahu dia yang aku memang tak sihat sekarang ni!
“Pening je. Migrain.”
“Tipu.. Orang nak call Zafri. Tunggu orang sampai sekejap lagi. Assalamualaikum.” Dia terus tutup talian. Aku picit lagi kepala aku. kenapa hari ni aku rasa lesu sangat? Sumpah aku tak mood nak bercakap dengan sesiapa hari ni.
Aku letak telefon aku kat tepi bantal. Niat aku nak lelapkan mata terbantut bila ada orang ketuk pintu bilik aku. Siapa pun yang masuk bilik aku kali ni memang aku tak layan, tak peduli lagi dah. Aku nak rehatkan badan aku je sekarang ni!
“Mimi?” Suara Along garau kedengaran.
“Mimi dengar tak ni Along panggil?” Aku berpaling. Along baru balik dari mengajar la tu.
“Ya Along.. Mimi dengar.” Lambat-lambat aku berkata.
“Mimi tak sihat ke?” Along merapati aku dan meletakkan tangannya pada dahi aku. Aku membiarkan saja Along memperlakukan aku seperti anak kecil. Along mengeluh.
“Dah makan ubat belum?” Tanya Along lagi. Aku mengangguk. Seketika kemudian, Along keluar dari bilik aku. aku sangkakan lepas ni dah boleh la aku relaks dan mimpi indah.
Rupanya belum lagi! Along masuk bilik aku dengan diiringi oleh Aida dan Uda. Semuanya berkumpul depan aku. Kali ni aku rasa tak selesa lagi dah! Tak boleh la aku macam ni..
“Adik Uda ni sakit ke?” Giliran Uda pula tanya. Aku tak jawab. Jawapan tu Uda boleh dapat daripada Along. Rasanya tak perlu la aku nak ulang semula jawapan yang sama berulang kali. Letih dah aku!
“Shark nak datang sini ke Uda?” Jantung aku hampir nak tercabut waktu Along sebut nama Shark tu. Along kenal Shark ke? Aku nampak Uda mengangguk. Aida senyum je pandang aku.
“Abang, biar Aida jaga Mimi dulu. Rasanya biar la abang dengan Zaf keluar dulu.” Aida macam tahu je apa yang tengah bermain kat kepala aku sekarang ni. Along dengan Uda mengangguk-angguk.
****
“MIMI ada masalah ke?” Soal Aida.
“Entah la Aida.. Sakit kepala ni fikirkan benda gila tu.” Aku mengeluh. Aku bangun dan bersandar pada katil. Aida tersenyum.
“Benda gila apa yang Mimi fikir tu? Tak nak share ke?” Aku senyum segaris. Nak beritahu Aida ke tentang perihal Fiqroul tu? Nak beritahu Aida ke tentang Am? Aku tanya diri aku sendiri.
Aku banyak simpan sendiri masalah aku. Mungkin sebab tu kut kepala otak aku ni asyik pening je. Mungkin dah tak boleh nak tampung masalah ni sorang diri. Aku perlukan teman untuk diajak berbual dan meluahkan apa yang terbuku kat dalam hati aku ni.
“Aida kenal Fiq?” Aku tanya Aida. Semestinya Aida kenal Fiqroul sebab apa yang aku tahu, Aida dengan Fitri ni rapat sangat setiap kali ada majlis.
“Husband Fitri?” Aida meminta kepastian. Aku mengangguk.
“Dia teruk, Aida.” Itu je yang mampu keluar dari bibir aku. Dahi Aida berkerut-kerut. Maksud kata-kata aku tu kurang jelas baginya. Dia tak berapa nak faham dengan apa yang aku sampaikan.
“Kenapa Mimi cakap macam tu?” Aida bertanya. Aku mengeluh.
“Dia ganggu Mimi. Dia minta Mimi untuk jadi kekasih dia.” Sebaik saja aku menghabiskan ayat terakhir aku tu, Aida dah kaku.
“Serius ke Mimi?” Aku mengiakan.
“Dah beritahu Fitri?” Tanya Aida.
“Belum. Waktu nak beritahu Fitri, Fitri pun ada benda nak beritahu Mimi. Waktu tu Fitri kata dia nak cari siapa yang suami dia gilakan tu. Kira dia memang marah gila la sebab suami dia asyik abaikan dia je..” Aku beritahu semua cerita pada Aida. Aida geleng kepala.
“Mimi tak layan diakan?”
“Tak langsung.”
“Bagus. Nanti Aida tolong jelaskan semua benda pada Fitri. Untuk sementara waktu ni, Mimi simpan mesej yang Fiq hantar. Kena ajar sikit orang macam ni..” Tegas Aida. Aku rasa lapang sikit sekarang ni.
“Thanks Aida.” Ucap aku. aida mengelus rambut aku dan tersenyum.
“No need Mimi. Aida akan tolong Mimi selagi Aida mampu.” Jawab Aida lagi.
 Aku rasa bersyukur sangat sebab dah ada orang tawarkan diri untuk bantu aku. Sekurang-kurangnya tak ada la aku bersendirian. Aida keluar dari bilik aku selepas aku cakap dengan dia yang aku dah baik.
****
~TURUN bawah sekarang.
Tu mesej dari Shark. Aku buka langsir tingkap aku. aku tak nampak pun vespa dia. Mana dia?
Daripada tadi aku tak sempat nak mandi lagi. Aku capai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Mandi ala kadar je. Tak nak la nampak teruk kat hadapan Shark nanti. Kena sentiasa berpenampilan kemas!
Sepuluh minit berikutnya, aku turun bawah. Tak sempat aku nak sembur minyak wangi lagi kat badan aku. Along dengan Aida yang tengah mesra berpelukan sambil tengok televisyen tu pandang aku dengan tiba-tiba.
“Sihat je Mimi? Dah baik ke?” Soal Along. Aku tersengih. Tak ada la baik sangat, tapi masih boleh lagi nak bangun dan menghadap ikan jerung aku tu! Aida cubit pipi Along, nampak mesra je diorang suami isteri.
Tiba-tiba aku pun rasa nak kahwin. Boleh ke? Aku ketawa sendiri.
“Dah okey sikit Along.. Tadi Aida tolong kasi ubat.” Along pandang Aida sebaik saja aku cakap macam tu. Aida kenyit mata kat aku.
“Apa sayang dah bagi kat dia tu?” Tanya Along pada Aida.
“Mana ada apa-apa abang. Aida beri dia ciuman sayang je kat dahi dia.” Aida berdalih. Along tarik wajah masam.
“Dengan dia je kasi? Abang mana?” Aku jadi seronok pula melihat kemesraan antara Along dengan Aida. Agak-agak nanti kalau aku kahwin, macam tu jugak tak?
“Malam nanti..” Jawab Aida sambil senyum meleret. Aku gelak.
“Along dengan Aida ni buat Mimi rasa nak kahwin je la!” Aida ketawa dengar kata-kata aku.
“Bagus la macam tu. Tak perlu lagi Along nak bimbang tentang keselamatan Mimi.” Along menyokong. Aku menelan air liur. Cakap ikut sedap gigi je aku ni. dengan siapa aku nak kahwin pun aku tak tahu.
Shark tak ada nak cakap pun dia nak kahwin dengan aku. Dia cuma kata dia sayang aku, dia cinta aku. Tapi sejauh mana cinta dan sayang dia pada aku tu?
“Dia dah ada ikan jerung nak jaga dia la Along.” Uda tiba-tiba menyampuk sambil meneguk sedikit air kat tangan dia tu. Aku jeling Uda. Ni hal Shark tadi mesti Uda yang beritahu! Hampagas betul Uda ni!
Aida dengan Along gelak dengar kata-kata Uda. “Jerung mana  ni Uda?” Along tanya. Uda pandang aku. aku bagi isyarat amaran melalui mata.
“Nanti Along tahu sendiri. Tak nampak ke dia dah sihat tu? Tu nak jumpa jerung dia la tu.” Uda mengusik aku lagi. Aku mendengus.  Dalam sehari, mesti dia nak kacau aku. kalau tak kacau tu, maknanya ada yang tak kena pada Uda la tu!
****
“LAMANYA turun? Make up ke?” Tegur Shark di hadapan kereta Bugatti Veyron dia tu. Nak terkeluar biji mata aku tengok kereta yang dia pakai. Selama ni aku tak pernah nampak pun dia bawa kereta besar-besar. Selama ni aku tak pernah nampak dia bawa kereta mahal-mahal.
“Cantik kereta.” Puji aku.
“Orang tanya lain, dia jawab lain.” Keluh Shark. Aku tersenyum.
“Dah baik ke demam?” Shark tanya aku.
“Tak demam la. Migrain je.” Kata aku. Shark mengangguk. Dia diam.
“Jom..” Kata dia tiba-tiba. Aku pandang Shark dengan seribu pertanyaan.
“Pergi mana?”
“Jumpa mummy.” Tiba-tiba kaki aku mengigil waktu dia kata macam tu. Gila ke nak bawa aku jumpa mummy dia? Sumpah aku belum sedia! Sumpah aku tak ada keyakinan nak jumpa mummy Shark lagi!
“Tak nak la.” Aku cepat-cepat jawab. Shark merenung aku dengan tajam.
“Ikut.” Paksa dia.
“Tak nak.”
“Ikut.”
“Tak nak.”
“Tak nak.”
“Ikut.” Umpan mengena. Taktik yang Shark guna ni memang klise, tapi aku boleh terkena pulak dengan taktik dia ni. Aiseh.. Shark senyum meleret pandang aku.
“Tak boleh nak pergi.. Nanti Along marah.” Aku kasi alasan.
“Pergi la Mimi.” Along tiba-tiba bersuara. Aku genggam penumbuk aku. kenapa la Shark tak cakap yang Along, Aida dengan Uda berdiri kat belakang aku? bengang tahap overboard dah aku ni!
Aku pusing badang aku perlahan-lahan. Uda tengah tahan gelak. Aida pulak tersenyum-senyum. Shark dengan gaya selamba dia mendekati Along dan bersalam dengan Along.
“Ni la jerung tu Uda?” Kata Along lantas tersenyum.
“Shark..” Gelak Uda. Muka aku dah merah gila ni. Mesti Along dengan Uda nampak perangai aku yang macam budak-budak tadi. Bengang campur malu!
“Thanks Zaf.” Shark kenyit mata kat Uda.
“Ucapkan terima kasih kat Along Rayqal yang beri lampu hijau kat kau Shark.” Uda bersuara. Along pandang Uda semacam je.
“Jaga Mimi baik-baik Shark. Jangan balik lambat.” Pesan Along. Shark angguk. aku berdiri macam orang bodoh kat tengah-tengah ni. Aida banyak diam je kat dalam pelukan Along.
“Kalau boleh cakap dengan mummy kau tu.. Suruh dia bawa rombongan meminang cepat-cepat... Aku nak rasa nasi minyak.” Uda ketawa.
“Uda tu yang patut kahwin dulu. Sibuk ke Misha buat apa?” kata Along. Uda garu-garu kepala dia. Pecah ketawa.

bersambung~

54 comments:

  1. hehe,,,suke dgn wtak aida 2,,,:)
    fiq mmg truk lha,,ish3,,,
    misha & shark so sweet,,^^

    ReplyDelete
  2. wan ttbe rase mcm nk kwin jugak ar sha ! haha
    sgt comellll along dgn aida <3
    n wan sure shark dgn misha pasti ++ comel bile jd suami istri awwwwww ~ ;D
    *idea yg sgt2 mntap (:

    ReplyDelete
  3. bugatti veyron???uhuk3... bilar lar boleh naik...ngan shark plak tu >.<

    ReplyDelete
  4. padan muka Uda! Kenakan Misha lagi. Haha :D
    Shark bila nak hantar rombongan kahwin ni?? Sian Misha kena layan Fiqroul yang gatal tu!

    ReplyDelete
  5. sweetnyee along n aida!!!
    rse mcm nk kawen plk,,huhu
    ttbe,,adehhh,,

    ReplyDelete
  6. hahaha...ikut tak nak ikut tak nak...
    shark!!cpt2 mminang mimi..
    nnt am kebas..fiq bleh blah laa

    ReplyDelete
  7. ala bestnyer..part kete2 nie memg x thn la...sume kete diorg pkai fuhhh..bkn men ag...huhuh...cpt2 la misha ngan jerung dia 2....hahaa..next bab..:p

    ReplyDelete
  8. best3..Misha demam rindu Jerung dy..
    nak sambung lagi..kekeke
    x sabar nk bca..

    ReplyDelete
  9. yezza....hahhaha...sporting gak along si msha nie..hehe...best2

    ReplyDelete
  10. hehehe...best sgt...
    lpas2 exam nie lyn nvel plak memg mahsyuk...
    go shark go....huhuhu
    pinang je si misha 2 trus

    ReplyDelete
  11. bes2x...
    nk lg...

    ReplyDelete
  12. wahh..demam rndu da...
    cpat2 lah shark kawen dgn misha..
    x sbr nk rse nasi mnyak dyorg nie...hahaha...
    ;)

    ReplyDelete
  13. best3...cepat2 sambung,,hehehehe

    ReplyDelete
  14. owhhhh...bestnyaaaa....daa pegi jumpa mummy...padan muka si am..ingat dia je bley gna mama dia..shark pom ad mummy dia laaa...hhihii..
    hope mummy shark suka kat misha.....wink3~~~

    ReplyDelete
  15. heeee..suke shark.xsuke fiq and am.shuuh2..g men jaoh2..jgn kaco mimi da ;)

    ReplyDelete
  16. yesssss! hubungan cinta yang direstui. bagus2. Am, jangan harap nak potong line. eheh, watak Fiqroul tu mmmg menyampah btl. Bila lah nak kena ajr tu, tak sabo!

    ReplyDelete
  17. eloklah 2..
    cepat2 lah dorg ni kawen..

    ReplyDelete
  18. wah ~ besh besh besh :)
    ta sbr na tgok rombngan meminang dtg uma misha :)
    hee ^_^

    ReplyDelete
  19. kawen cepat2 ngan misha tu shark......

    ReplyDelete
  20. sy nk shark pliz..:)

    ReplyDelete
  21. uwaa...naper cpat sgt jer abis bab ni..nk entry bru ag...dah ketagih citer shark+misha nie...sah x leh tido mlm ni...oikir reaksi mak shark kat misha..mesti sporting gila...cam anak yer...pergh..kete mewah tu...nasib baik penak naik kete BMW 4 Series...merasa la gak kan...huhu...

    ReplyDelete
  22. rasenye mcm si am je hero.. mmmm.. x mau la.. nk shark...

    ReplyDelete
  23. am tu mcm2 tau je misha ingt kt die.. terus muncul.. hihi...
    harap2 aida cpt2 bgtau fitri psl so fiq yg gatal miang tu...

    hope nnt bile misha g jmpe mummy shark tu, mummy shark suke misha... jgn la ade konflik keluarga plak nnt.. huhu...

    ReplyDelete
  24. wahh! sweet.. along dah kasi green light.. x lame dahh tuu.. hik3

    ReplyDelete
  25. 1 x best=best!
    2 x best=best!best!
    3 x best=best!best!best!
    4 x best=best!best!best!best!
    5 x best=best!best!best!best!best!

    ReplyDelete
  26. npe semua org cair dgn shark ni...smpai Along misha pun bgi greenlight ni...plik2..

    ReplyDelete
  27. ade watak named aida! yippie! lagi best nk baca. haha.

    ReplyDelete
  28. nak kawiiinnnnnn jugak......huhu...sgt2 romantik....tlg lah wahai inchik writer sy da tak tahan angau da nie...rase cam nak jer cri shark lam dunia realiti.....

    ReplyDelete
  29. hatiku berbunga2 sja...alahai~ =) *big smile*

    ReplyDelete
  30. wah sume ske shark... cpt le meminang misha... ;)

    ReplyDelete
  31. huhu,,, bnci tgk fiqroul,,,cpt2 lar aida g taw kt fitri 2 psl suami dye yg gtl thp gaban 2,,,x ske tgk am 2,,, ske tgk shark,,,huhu,,,sweetnyer,,,cpt2 lar msok meminang ye shark,,along pn da bg green light 2,,,

    ReplyDelete
  32. love it so much ..... nak lagi harap2 x de org lain rampas MIMI dari SHARK ....
    shark nye pon bila nak dtg meminang ... memetik bunga ditaman. huhuhu I'll be always supporting you
    chio ! chio !

    ReplyDelete
  33. shark pki bugatti veyron.. klazz.. hahaxD
    cpt2 laa shark pinang misha <3
    along dgn aida sweet laa..

    ReplyDelete
  34. giler ko .. kete2 dlm cer nie bkn men gempak !.. nie yg uad aq nak cri laki ade kete camnie nie .. hahahaha .. hhmmm .. i hate u FIQROUL !!! i hate u !! u xhargai cinta fitri .. kecian fitri .. T_T! hope u sedar satu hari nnt .. am .. ttbe rasa kecian lak at dy .. shark ! terbaek !! dpt restu ngn along g tu .. lampu hija0 !! hahaha .. ada slah taip a0 ! .. hope lbh berhati2 .. and keep it up ! .. aja aja fighting ! chaiy0k !!! peace ! 9JJ !

    ReplyDelete
  35. ekeke..jerung owez make me fall in love..wee~~

    ReplyDelete
  36. wah...so prihatin...ade ke org mcm shark sekarang ni...hehehehehe

    ReplyDelete
  37. family yg saling melengkapi..along yang tegas..uda yang sengal..aida yg memahami..hohoh..suker3

    ReplyDelete
  38. yeyeh..shark2..sy jtuh cnta kat awk...aduyai

    ReplyDelete
  39. ble nk tngu misha ngan shark ni nikah ni!! excited daaa...
    tp pengacau ttp ad..huh! khidpn cm2laaa....hurmmm..

    ReplyDelete
  40. yeah,,,hai along... haha tetibe,,, laju2 ~~~~>>

    ReplyDelete
  41. sweet la shark tu... mkin lame mkin suke kat die... cpat la shark minang si misha.... tp geram gak ngan si fiqroul tu.. x phm bhasa lgsng....

    ReplyDelete
  42. loooiikkkesss !! aww .. sweett sesgt2 !! hahahaha >.<

    ReplyDelete
  43. such a sweet couple ever..love them..misha n shark..jeles2 ngn misha..huhu..^_^

    ReplyDelete
  44. aduhh...jgn la pggil mama am tu mama..kang klu shark dgr x ke salah fhm nnt..huhuhu

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.