Tuesday, April 19, 2011

Bab 4

AKU pandang wajah Shark. Senyap saja dari tadi. Makanan yang ada di atas mejanya pun tak terusik. Hanya air je yang dia minum. Aku serta-merta rasa bersalah. Apa yang kau dah buat ni Misha?
“Shark?” aku panggil namanya. Dia angkat muka, straw yang berada di dalam gelas diputarkannya. Aku jadi resah. Kenapa la aku jahat sangat ni? Aku memarahi diriku sendiri. Disebabkan sikap aku, Shark sudah berjauh hati.
Shark melemparkan pandangannya ke arah lain. Aku nak angkat muka pun rasa serba salah. Jadi takut-takut pulak aku, walaupun aku tengok muka Shark tak ada riak pun nak marah-marah aku.
Entah apa yang tengah bermain dalam kepala Shark sekarang ni. Serius je gayanya. Aku mula cari akal, macam mana nak kembalikan mood Shark ni erk? Aku berdehem. Shark langsung tak layan.
“Shark..” Aku panggil lagi namanya, kali ni nada aku lebih lembut. Harap la dia terpujuk.
“Awak nak cakap apa? Dari tadi panggil nama orang..” Dia bersuara juga. Aku pantas menggeleng.
“Tak ada apa-apa.” Jawab aku sambil tersengih. Aku membetulkan tudung aku yang dah nampak serabut ni. Aku pandang Shark sekali lagi. Sungguh la.. Tak senang betul hati aku bila tengok dia macam ni.
“Jom balik..” Ajaknya, tiba-tiba. Aku tersentak. Aku mengerling pada jam di pergelangan tanganku. Aik? Awal lagi.. Takkan dah nak balik?
“Kata nak tengok wayang?” Aku mengingatkannya.
Sebenarnya aku belum ada feeling nak balik lagi. Aku rasa seronok keluar dengan Shark, tapi aku ni ego sikit.. Aku tak nak mengaku benda tu dengan Shark.. Teruk la kau Misha. Sekali lagi aku dimarahi oleh suara hati aku.
“Habis tu awak kata bosan keluar dengan orang.. Tak nak la nanti awak rasa stress je..” Sindirnya, kedengaran pedas saja butir bicaranya itu. Aku tahu dia kecil hati.
Tapi takkan la dia tak tahu yang aku sekadar bergurau dengan dia? Masa aku cakap dengan dia pun aku gelak-gelak. Susah la Shark ni. Hati tisu betul!
“Saya gurau je la. Tu pun nak ambik hati.. Macam perempuan la..” Selamba aku mengutuk dia. Dia mengeluh.
“Tak kisah la nak kata orang apa pun.” Perlahan dia menjawab.
Aku terkedu. Aduh Shark.. jangan la buat drama sebabak kat sini. Aku tak pandai betul la nak pujuk-pujuk orang. Kalau orang nak pujuk aku pun, aku rasa geli geleman je..
“Shark.. You look so handsome la..” Aku tersenyum-senyum memuji dia. Tapi memang betul pun. Baju yang dia pakai sekarang ni menunjukkan betapa machonya dia depan mata aku sekarang!
Tapi sayang la.. Macho-macho tapi merajuk.. Payah tu.. Sah la Shark ni anak bongsu dalam keluarga ni. Aku terus ‘lompat’ pada kesimpulan! Aku tengok Shark dah macam cacing kepanasan dah.
“Makanan tu makan la.. Tak elok tau.. Berapa ribu rakyat kat luar sana yang kebuluran. At least awak ada benda nak makan.” Aku memulangkan paku buah keras sembari tersenyum sinis.
Shark menarik wajah masam. Makanannya yang belum disentuh tu dicuit sedikit. Tengok macam terpaksa je. “The second best thing to do with your lips is smile.” Ucap aku padanya. Dia tarik senyuman plastik.
The first best thing to do with my lips is to kiss your lips.” Dia kata dengan selamba. Aku menjegilkan mataku. Berani betul dia cakap macam tu dengan aku! Memang nak kena pelempang. Shark ketawa.
“Orang gurau pun marah. Tahu la dalam hati tu tengah cuak sebab orang merajuk.. Kan?” Shark ketawa lagi. Aku mengetap bibir. Hampeh punya mamat.. Rupanya memang dia sengaja nak kenakan aku. Memang dia tahu aku tengah cuak sekarang ni.
Aku hirup minuman aku yang dah tinggal separuh tu dengan perasaan geram. Hati pun rasa panas je. Terbakar.. Macam kena panggang dah rasa.
“Nasib baik la saya ni baik.. Kalau tak.. Dah lama saya cucuk garfu ni dekat mata awak.. Awak tahu?” ujarku dengan riak geram. Dia ketawa.
“Kalau awak cucuk mata orang, macam mana awak nak tengok mata orang? Awak kan suka mata orang.. Ehehe..” Ada sesuatu yang memeranjatkan aku disini. Masuk kali ni, dah berapa kali dia baca fikiran aku. Semuanya tepat-tepat je!
“Jangan perasan la.” Aku tersenyum mengejek. Shark cuma tunjuk giginya yang putih saja kat aku. Aku mengelamun sebentar, orang ramai yang datang ke restoran tu aku tak ambil peduli langsung.
Shark pula sedang menikmati makanannya, biar dia menjamu selera dahulu. Terasa seronok pula kenakan dia sebentar tadi. Memulangkan paku buah keras! Apa Shark ingat dia sorang je ke yang pandai beri nasihat?
“Misha.. Awak kerja apa?” Soal Shark, tiba-tiba. Aku angkat sebelah keningku. Perlu ke nak ambil tahu?
“Kenapa tanya?” Aku menyoalnya semula. Soalan berbalas soalan.
“Sebab mulut orang ni nak tanya..” Dia tersenyum meleret. Ha.. Tengok tu.. Sekali lagi aku dengar jawapan nakal dari bibir dia. Memang haru betul la Shark ni!
“Kerja tanam anggur je..” Aku jawab, acuh tak acuh. Dia tersenyum dan geleng kepala.
“Perempuan cantik macam awak patutnya tanam strawberi..” Dia bersuara.
Aku mengerutkan dahiku. Ada kena mengena ke? Kata-katanya itu aku abaikan. Aku mengeluarkan buku nota kecil dari beg tanganku. Shark hanya memandang.
“Awak kerja apa?” Aku soal dia pula. Tak adil la kan.. Dia tanya aku, aku kena la tanya dia balik. Baru fair and square!
“Orang kerja cikgu..” Aku mengangguk-angguk. Tak nampak gaya macam cikgu pun. Aku menggumam sendiri.
“Ajar subjek apa?” Aku soal dia lagi. Dia tersenyum-senyum.
“Subjek cinta.. Nak suruh orang ajar awak tak?” Berderau darahku seketika. Apa la si Shark ni mengarut! Dalam tempoh masa sejam, tak boleh ke dia berhenti mengarut? Ada je benda yang dia nak cakap..
Tapi kalau dia diam pun aku rasa aneh jugak. Biar la dia macam ni.. Daripada tadi.. Lebih baik sekarang. Senyuman terukir di bibirnya. Ada benda yang aku nak tanya dia daripada tadi, tapi asyik lupa je.. Maklum la.. Memori ada berapa gigabyte je..
Shark tergelak-gelak melihat wajah serius aku. “Suka la orang tengok muka awak macam tu..”
“Macam apa?” Aku kurang faham. Apa yang aku tahu, si Shark ni suka betul guna bahasa yang berkias-kias.
“Macam nenek saya!” usiknya lagi. Aku rasa geram je dengan si Shark ni. Kalau la dia betul-betul ikan, memang dah aku masak dia ni! Suka betul usik aku! Geram.. Geram..
“Peduli apa..”
“Orang peduli.. Comel sangat..” Shark senyum meleret. Aku menjelingnya tajam.
“Baru orang ingat! Tadi awak mengaku yang orang ni bakal suami awak kan? Awak tahu tak.. Bangga tau orang time awak cakap macam tu..” Shark mendabik dada. Aku mencebik.
Eleh..Baru aku cakap sikit dah nak bangga. Macam la aku ni Ratu Cantik ke nak bangga-bangga.
Aku perempuan biasa je.. Muka pun tak adalah lawa sangat.. Tapi kalau nak suruh bandingkan dengan kawan-kawan aku.. Mesti la aku cakap aku lawa.. Takkan aku nak puji orang lain kut? Puji diri sendiri kan lebih baik..
“Lupakan je perkara tadi.” Aku mengingatkan dia. Dia mengeluh. Ada alur kecewa pada riak wajahnya. Ya ke kecewa? Pandai-pandai saja aku buat kesimpulan. Entah-entah dia sengaja buat begitu.
“Ala... Kenapa tak betul-betul?” tanyanya. Aku jungkit bahu. Entah.. Aku tak pandai la nak bercinta-cinta ni.. Semua lelaki yang aku kenal, aku anggap kawan.. Tak lebih daripada tu.
Belum tiba masanya lagi nak fikirkan fasal lelaki. Apa yang penting sekarang ialah masa depan aku.. Aku kena pastikan hidup aku stabil dahulu baru la aku boleh fikir soal kahwin. Sebab aku sedar, tanggungjawab aku akan lebih besar selepas ni.
“Saya tak pandai la bercinta-cinta ni..” Aku berterus terang. Shark sengih nakal. Makanan di dalam pinggannya sudah habis dimakan. Memang dia ni jenis menghargai rezeki yang Allah bagi la..
“Kalau tak pandai.. Orang boleh ajar.. Nak?” Dia mempelawa dirinya. Aku mencebik.
“Terima kasih je la.. Tak mahu la saya.. Biar saya belajar sendiri subjek cinta tu. Tak payah ajar.” Aku menolak pelawaannya. Dia mendengus. Nampak sangat tak puas hati dengan jawapan aku tadi.
“Kalau fail subjek tu jangan kecewa ya.” Dia mengingatkan aku. Aku mengerutkan dahiku. Apa maksudnya? Tak faham..
****
GILA punya seronok la cerita tadi tu..” Bersungguh-sungguh aku berkata. Shark menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya.
“Dah pukul sembilan malam. Nak balik ke?” Aku mengangguk. Mesti la nak balik. Nak tunggu apa lagi kan? Takkan nak duduk tercongok lagi kat sini? Tak ada faedah pun!
Popcorn yang masih ada bakinya aku kunyah dengan perlahan-lahan. Shark tampak letih sekali. Aku belum tahu lagi apa pekerjaan sebenarnya. Aku tak yakin yang dia seorang cikgu. Dia tipu aku.. Aku tahu tu..
“Tengok bintang dulu nak?” ajaknya. Aku berfikir. Kalau aku ikut.. Nanti pukul berapa aku nak balik? Kan tak elok anak dara balik lewat malam. Aku tak nak la timbul tanggapan yang buruk tentang aku.
Lebih baik aku berjaga-jaga daripada nama baik keluarga aku tercemar. Tak nak la nanti mama dapat malu! Sudah la aku anak perempuan bongsu!
“Balik pukul berapa?” Aku menyoalnya terlebih dahulu. Kalau pulang lewat sangat, memang aku tak pergi la jawabnya..
“Secepat yang boleh la..” Dia berjanji. Aku berfikir lagi. Macam mana ya? Akhirnya aku setuju dengan ajakan dia tu. Biar la.. Sekali sekala tengok bintang apa salahnya. Dan sepanjang aku keluar dengan Shark ni, tak ada pun dia ambil kesempatan nak pegang tangan aku atau apa.
Cuma aku je yang pegang tangan dia. Ni semua sebab Fiqroul! Aku memang tak boleh nak buat apa lagi waktu tu. Kalau aku tak buat macam tu dekat Shark, aku yakin lepas ni Fiqroul akan ganggu aku!
Aku memakai topi keledar. Vespa Shark membelah jalanraya dengan kelajuan yang sederhana. Haruman yang dipakai oleh Shark membuatkan aku jadi sesak tiba-tiba. Baunya sangat memikat!
Mujur saja akal aku masih waras, kalau tidak, aku tentu dah memeluknya sekarang ni. Tapi aku masih waras. Aku masih dapat bezakan, yang mana dosa, yang mana pahala. Yang mana benar, yang mana salah.. Aku tahu perkara tu.
“Awak..” Suaranya berbunyi. Bunyi angin membuatkan suaranya terputus-putus. Aku tidak menyahut. Biar dia menunggang motorsikal dengan selamat dahulu. Tak mahu aku menganggu konsentrasinya..
****
“ORANG panggil awak tadi, awak diam je kan?” Bebelnya. Aku pandang dia dengan seribu pertanyaan. Bilanya dia panggil aku?
“Bila awak panggil saya?” Soal aku padanya. Dia mengeluh.
“Masa kat atas vespa tadi.” Dia mengingatkan. Aku baru teringat. Oh!
“Kenapa?” Aku terus menyoal dia. Dia senyum.
“Orang rasa senang bila awak duduk belakang.. Mesti awak curi-curi cium bau orang kan?” Macam ada petir yang menyambar jantung aku, aku terkejut. Ni dah masuk berapa kali dia meneka. Memang semua telahan dia benar belaka!
Aku pantas menggeleng. Gila ke nak mengaku? Malu la aku kalau mengaku. Jadi nak elakkan aku dari rasa malu, aku berbohong. Tak salahkan? Berbohong untuk menjaga air muka aku.
Aku meletakkan topi keledar di atas vespa. Shark mengajak aku duduk di batu yang berdekatan dengan pantai tu. Aku menurut saja. Memang indah suasana pada malam ni.
“Cantik kan bintang malam ni?” Dia bersuara. Aku mengangguk. Bersinar.. Memang hobi aku tengok bintang.. Waktu aku tengah sedih, memang aku akan curahkan perasaan aku pada bintang.
Bila aku sedang gembira, aku akan tengok bintang jugak.. Pada bintang la aku mengadu. Kalau aku tengok bintang je, aku rasa tenang. Aku rasa terpujuk.. Bintang yang menyinari malam yang kelam.
“Awak selalu datang sini ke?” soal aku padanya. Dia mengangguk.
“Tak la selalu. Bila stress je.. Datang la..” aku mengangguk. Nampak gayanya, hobi Shark pun lebih kurang sama je macam aku.
“Habis tu sekarang tengah stress la ni?” Aku menguji dia. Dia mengangguk. Stress kenapa pulak? Sebab aku ke?
“Orang stress gila sebab awak tak nak terima orang jadi kekasih awak..” Aku terbatuk-batuk. Gila betul la si Shark ni. Kalau sehari aku dengan dia, aku rasa senang je aku check in masuk Hospital Tampoi tu..
Mental dan fizikal aku asyik kena dera je. Shark ketawa.
“Cakap sikit batuk.. Cakap sikit batuk.. Cubalah waktu orang cakap tu, awak bagi hadiah cium kat pipi orang..” Kata Shark sambil menjeling manja pada aku.
Serta merta aku mencubit lengan dia. Kenal pun entah berapa hari, tiba-tiba nak suruh aku cium dia? Ingat aku ni perempuan murahan ke apa? Shark mengaduh.
“Sakit la.” Rintih Shark. Aku tersenyum mengejek.
“Padan la muka tu. You deserve it. Gatal.. Semua lelaki memang gatal erk?” Tercetus juga soalan itu dibibir aku. Walau sedaya upaya aku menahan, tapi nampaknya masih keluar juga. Nak buat macam mana.. Tak sengaja!
Shark mengeluh. Hilang kata-kata ke? Tadi bukan main lagi dia mengusik aku dengan ayat-ayat piawai Romeo dia tu. Takkan sekarang dah tak ada ayat tu? Lenyap macam tu je?
“Tak semua..” Jawab Shark. Aku memandangnya sinis.
“Habis tu? Awak termasuk ke dalam golongan yang gatal tu?” Aku terus bertanya. Shark ketawa.
“Orang kategori lain. Orang kategori gatal dengan awak sorang je.” Berani dia menjawab. Aku mencebik. Ya la sangat.. Entah-entah, kat belakang aku, entah berapa pulak perempuan yang dia rayu.
Tapi biar la dia.. Yang aku nak cemburu buat apakan? Tak ada faedah! Dia bukannya siapa-siapa dalam hati aku. Buat apa aku nak cemburu? Buang masa saja.
“Sama je semua.. gatal.” Selamba aku mengutuk. Dia senyum. Tak ada langsung riak nak marah. Daripada tadi asyik senyum je.. Senyuman yang menggoda!
“Tak sama.. Orang gatal sebab ada sebab.. Awak tak tahu..” Keluhnya.
Aku menjeling dia. Mengeluh pulak sekarang? Mesti ada benda yang tengah bersarang dalam kepala otaknya sekarang ni. Dahi pun jelas berkerut-kerut, walaupun malam. Shark tiba-tiba saja bangun.
“Cuba awak tengok bintang tu..” Shark menuding jarinya pada bintang yang bertemaram di dada langit. Aku menurut saja. Kenapa? Tak ada apa pun yang istimewa dengan bintang tu.. Biasa je..
So?” Soal aku. Dia ketawa.
“Awak la bintang tu malam ni.. Orang rasa nak miliki awak macam bulan miliki bintang.. Awak sentiasa pagari hidup saya dengan sinar awak tu..” Aku menelan liur. Mak aih.. Ayat dia.. Menggerunkan betul..
“Shark.. Saya rasa awak demam ni.” Aku ketawa. Dia pantas menggeleng.
“Orang demam cinta ni awak..” Aku gelak sarkastik. Cinta? Apa tu cinta? Kenapa semua orang suka sangat cakap cinta ni? Penting ke cinta tu? Ada apa dengan cinta? Aku menyoal diri aku sendiri.
Aku tahu aku tak dapat jawab soalan tu sebab aku tak pernah bercinta.. Well... Mungkin pernah masa aku sekolah dulu. Tapi tu semua cinta monyetkan? Tak ada fikir benda lain lagi masa tu sebab kawan-kawan semua bercinta, jadi nak rasa jugak macam mana ada couple.. Aku pun bedal sekali.. Tapi keadaan sekarang ni dah berbeza.. dah dewasa sikit kan? Mesti la fikir cinta ni untuk terus sampai ke jinjang pelamin..
“Orang kadang-kadang rasa cemburu tau..” Dia bersuara lagi. Aku jadi hairan. Cemburu kenapa pula? Tak ada angin, tak ada ribut. Kenapa nak cemburu?
“Sebab?” Aku tanya dia. Dia ketawa.
“Cemburu dengan bekas-bekas teman lelaki awak la.” Kata Shark lagi. Aku tak dapat menyembunyikan senyuman aku. Ada ada saja si Shark ni..
“Saya tak pernah ada teman lelaki..” Shark terbatuk.
“Eh! Siapa cakap tak ada?” Laju saja Shark memintas. Shark tersengih.
“Saya cakap la.. Diri saya sendiri..” Aku membidas kata-katanya tadi. Dia angkat kening.
“Habis orang ni apa? Kan orang ni future husband awak macam awak cakap dengan abang tett awak tu!”
Shark senyum meleret. Alahai.. Kenapa dia suka sangat senyum begitu? Aku tak boleh nak tengok lagi senyuman dia tu.. Bibir merah macam pakai lipstik je. Senyuman memikat..
“Awak tu kawan la.. Tolong la.. Tadi tu saya berlakon je okay?” Aku mengingatkan dia.
“Tak kisah la.. Lama-lama berlakon.. Nanti jadi kenyataan. Kan?” Bersungguh-sungguh dia berkata. Dia kembali duduk di sebelah aku. Aku pura-pura tak dengar apa yang dia sedang cakap.
Setelah lama berdiam diri, aku mula rasa rimas. Kesejukan pun dah mula mencengkam... Rasanya lebih elok aku balik rumah sekarang ni, besok aku kena uruskan klien yang nak pasang braces. Memang kerja sibuk sikit la esok..
Tambah-tambah lagi dua pembantu aku cuti.. Hanya ada satu pembantu je yang dapat tolong aku dekat klinik esok. Memang pembantu aku yang sorang tu aku kasi gaji lebih la.. Rezeki dia..
“Saya nak balik dulu..” Aku ajak dia. Dia tampak terkejut.
“Dah nak balik ke? Ala..” Dia mengeluh.
“Kan dah lama kita keluar.. Cukup la tu.” Aku memprotes. Dia menggeleng. Eh..Berani pula dia melawan ya?
“Orang belum puas lagi.. Nanti esok orang dah busy.. Kalau orang rindu awak macam mana?” Shark tak puas hati.
Aku angkat bahu. Mana la aku tahu.. Tu masalah dia.. Siapa suruh dia rindu aku? Aku tak suruh pun.. Tapi kalau dia nak rindu jugak.. Apa salahnya. Aku tersenyum sendiri.
“Nanti boleh datang sini lagi..” Aku memujuknya. Dia menarik wajah masam.
“Nanti tu takut orang sibuk..”
“Itu masalah awak.. Bukan masalah saya..” Ujar aku pula. Dia mengeluh. Sudahnya dia diam saja sepanjang malam tu. Dia hantar aku balik rumah pun tak cakap apa-apa. Aku pun malas nak cakap lagi dah.
Biar la dia.. Kalau dia rasa dia nak jumpa aku lagi, dia boleh telefon aku. Atau datang je rumah aku. InsyaAllah aku tak halau kalau mood aku tengah baik..
bersambung!

57 comments:

  1. Shark!!! Arrghh..suka dia! :D Ajarkan saya subjek cinta tu! :D Ngeh ngeh! *tetiba.

    ReplyDelete
  2. alahai sweet nye shark ble majuk ngn misha... haish rse mcm jth cnta plak ngn shark... hehehe..;P

    ReplyDelete
  3. hua3...shark bez giler..
    ada lg x laki cm 2 skunk???

    ReplyDelete
  4. comel2...ske ngan shark...agk2 shark 2 keje ape ek...

    ReplyDelete
  5. ala gulenyer shark.....byla kasmani like this...misha ego tggi sgt...hihih...next bab..:p

    ReplyDelete
  6. haha...
    sweet lha shark ney...
    misha suke sgt mendere prsaan shark..
    law da suke 2 ngaku je lha..^_^

    ReplyDelete
  7. alahaiiii!!
    ape ke sweettttt sgtttt crete nii!!
    besttt laa,,
    klakar glerr,,,
    shark!!!! love u!!!!
    huhu ttbe,,adehhh,,

    ReplyDelete
  8. shark merajuk lawak laa. ;)
    comel jee..cikgu cinta ni.

    ReplyDelete
  9. wow, romantik gak si shark ni..thums up!

    ReplyDelete
  10. mcm mana subjek cinta nie ye..haha..mesti shark ni kenal misya lama dah kan...x sabar nk tahu ^-^

    ReplyDelete
  11. romantik lar shark nie...suker sgt2 >.<

    ReplyDelete
  12. ayat power betul....besh2....ajarkan aku subjek cinta lebih lagi yea....^__^

    ReplyDelete
  13. nampaknya naluri dia orang betul-betul kuat. akak rasa, memang dia orang akan terus bersama walaupun ada halangan. sebab dia orang tahu isi hati masing-masing. tak sangka, puitis jugak Shark.

    ReplyDelete
  14. shayer aser shayer da jatoh cinta dengan shark..huk3

    ReplyDelete
  15. Uiii ahli nujum ke shark ni??? Pndai btol bace ape yg Misha fikir

    ReplyDelete
  16. kehkehkeh,,Misha dah nak cair, Shark cikgu cinta yang berjaya, Haha

    ReplyDelete
  17. ehem . bkn je ckgu cnta yg brjya . tp pnulisnnya jge ckgu cnta yg brjya . coz dy yg reka . ekeke . ok . sy dh hbis bab 4 . ready ntok bab 5 . so . ble ? td suruh sgt .

    ReplyDelete
  18. nmpknyee smua org da jth hti ngn ckgu shark nie ! uitt . bhye3! ksian misya . kang melepas. ekekek

    ReplyDelete
  19. haha .. comelnya crite ni ..bak kate dc penulisnya mmg ckgu cnta yg sukses ar :D

    ReplyDelete
  20. wahhhh. . .
    mao blaja jugak lah subjek cinte tuh. . .:))

    ReplyDelete
  21. alaaa....so sweetttt....i loike~~~ cara shark ckp tuu comey sgt!!!!..terpikat tau....hahaaha

    misha pom sama...malu tapi mahu....hohoho..wink3~~~

    ReplyDelete
  22. Shark romeo kelas satu derrr. Sukesuke!~ ^^

    ReplyDelete
  23. suka....sbb lisa jadi misha....huhu

    ReplyDelete
  24. alahai..kalo la shark ade dpan mate,da lame nk gi ngorat nih...
    ahhaaa..tp knp suspen sgt job shark tuu...??

    ReplyDelete
  25. shark mulut cam gula-gula.saje nk buat pmpn CAIRRR.HAHA

    ReplyDelete
  26. ayokkk..nk tau shark keja ape..cpt shah..ehehe

    ReplyDelete
  27. wahahaha..best la cter nie..
    nk lagi!!!
    da terjtuh cinta ngan snyuman mr.shark...huhuhu

    ReplyDelete
  28. klu jd mak misha:
    kite reject la
    cz bawak anak dara blk lambat

    ReplyDelete
  29. wow berani nye shark trs ajak kapel..
    shark da kenal misha lama ke...

    ReplyDelete
  30. wahh!!shark memang cute...
    sweet!!!!!!!sangat!!!!!:)

    ReplyDelete
  31. Shark tu cam gula2 la.. nama je brutal, sweet abisan^^
    suka3

    ReplyDelete
  32. oh no !! my kaka !!! Lisa Surihani !! .. bergabung dgn my brother ... Sharnaaz .. sgt gempak !!! .. hahahahaha .. perangai shark dlm cite nie .. sgt2 .. unik .. penuh misteri .. kata ganti diri 'orang' tu .. sgt sweet laa .. k0 kene mantopkan lagi ... nie da oke .. tpi ko leh mantopkan lagi .. supaya jln cite nie .. lagi gempak !! .. xsaba nak ta0 siapa sbnr2nye SHARK ! nama yg misteri dan llk yg misteri .. hehehe .. so ... aja aja fighting2 !! chaiy0k !! uad lagi gempak 0ke ?? always behind u .. ;)

    ReplyDelete
  33. auchh .. nk cikgu ajar subjek cinta satuuuuuuuu !! adew x ?? hahahha .. comell larhhhh ... grr .. grr .. geramn nyewwwwwwwww :)

    ReplyDelete
  34. sy pon nak blajar gak subject cinta ngan shark...huhuhu...

    ReplyDelete
  35. teringin nk tgk snyuman shark 2,,, huhu,,,so sweet lar,, comel2 jer,,, ske pmpuan cm misha 2,,, brhty-hty n sygkn fmily dyer,,,:)

    ReplyDelete
  36. en shark..nk tgk bintang jgak bleh..;)

    ReplyDelete
  37. baru sempat baca smpai bab 4..
    dari permulaan, sangat menarik..
    pjalanan cerita best, watak2 menyerlah.
    susunan ayat pun, suka aje bila baca.
    cinta selintas kesan ke mimi n shark ni??
    romanik aje,nama shakir mcm nama i aje. hihi..
    well done.. gud luck sts
    ;) ;)

    ReplyDelete
  38. watak shark ni macam someone i know..
    tp shark ni mcm sweet lg la plk,huhuhu...

    ReplyDelete
  39. aiseyman...
    xsabar nk merungkai misteri..
    sje je kn nk wt orang tertanya2 n nk terus membaca...
    pandai die wt taktik ye...
    i want shark.. =)

    ReplyDelete
  40. best nyer!!!!!!! bace smbl senyum n gelak sorang2 ni

    ReplyDelete
  41. so3 sweetttt~~~~
    cute la shark...fall in love..:)
    *sengih sorang2..

    ReplyDelete
  42. sweet la shark ni...
    really2 like him...
    ^^

    ReplyDelete
  43. haha...shark2..ego btui mimi tu...
    knala sba kalo nk tackel..

    ReplyDelete
  44. 1 komen : Mgkin ade kesalahan ejaan kat cni. "Cemburu dengan bekas-belas teman lelaki awak" - bekas-bekas ke shah?

    ReplyDelete
  45. oh god... bru start bca n satu je yg ada dalam otak skrg ni... -> KENAPA SHARK TU COMEL SANGAT??!

    uwaa~ cair~

    ReplyDelete
  46. isyy..
    shark ni keje ape sbnrnye??
    huhu..
    curious sgguh la..

    ReplyDelete
  47. sape shark ni sbnrnye??? dh la org nye pn sweet sgt2.... mcm hensem je orgnye (mmg hensem pn kn....)

    ReplyDelete
  48. nk blajar sbjek cnta dgn shark jgk....hehe...

    ReplyDelete
  49. salam..misteri btlla shark ni? siapa ye dia yg sebenarnya??
    tak sabar nak tahu.. sebab dia ada mention nanti dia akan sibuk sangat. keje apa yg sibuk sesangat tu sampai takleh nak lepaskan di misha. hmm..
    good job dik Wazrul.

    Kak Rose

    ReplyDelete
  50. shark ni keje ap agknye..mcm dh lame jek knl misha..

    ReplyDelete
  51. best!sape shark ni??

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.