Wednesday, April 20, 2011

Bab 5


DOKTOR, patient yang nak buat pemeriksaan braces tu dah tunggu kat luar,” beritahu Ana pada aku.
Aku mengangguk-angguk. “Suruh dia tunggu lagi seminit. Awak suruh dia masuk dalam seminit lagi..” Arah aku.
Aku mengemas barang-barang aku yang berterabur di atas meja. Segera aku menapak ke bilik rawatan. Klinik pergigian aku ni baru je aku bukak selama dua tahun.. Syukur kepada Allah.. Semuanya berjalan dengan lancar.. Rezeki tak putus-putus datang..
Setibanya aku di bilik rawatan, mataku tertancap pada susuk tubuh seorang lelaki yang memakai baju kemeja yang berwarna kelabu. Dia tersenyum memandang aku, matanya juga berwarna kelabu.
Aku mengambil fail yang telah disediakan oleh pembantuku, Ana dan terus menyemak butir peribadinya. Lelaki itu hanya memandang aku tanpa berkerdip. Serta merta aku menjadi rimas.
So.. Encik Amirul Hazim..” Aku membacakan namanya. Dia mengangguk.
“Just call me Am..” Dia segera memintas. Garau suaranya. Aku tersenyum. Oh.. Am.. Nama bukan main panjang, tapi nak suruh panggil Am je? Pelik, pelik.. Aku terus semak maklumat dirinya lagi.
Baru aku perasan yang dia ni daripada tadi tak alihkan mata dia dari pandang aku. Aku pulak jadi bengang sendiri. Cukup-cukup la tu.. Dia bukan senyum dekat kau, kau jangan nak perasan la. Suara hati aku memintas.
“Okey Encik Am.. Saya kena check dulu whether you sesuai atau tak pakai braces ni..” Am mengangguk. Aku memintanya untuk duduk di atas kerusi yang dah sediakan. Lampu yang berada di sekeliling kerusi itu aku buka.
No.. Just Am.. Tak perlu encik.” Ujarnya. Aku hanya menurut.
Am tersenyum. “Lama tak?” soalnya. Aku menggeleng.
“Ana.. Tolong ambil mouth mirror tu..” Arah aku pada Ana yang sedang tercegat memandang aku. Dengan segera Ana mendapatkan mouth mirror yang dah aku susun siap-siap kat tepi meja aku.
Aku melihat tiada apa-apa yang kurang pada giginya. Semuanya sudah rata.. Putih bersih lagi.. Takkan dia mahu pakai pendakap gigi lagi? Giginya sudah rata.. Sama seperti Shark..
Shark.. Serta merta aku teringat akan lelaki itu. Sudah seminggu aku tidak dengar khabar berita dia. Nampaknya dia memang betul-betul merajuk dengan aku. Aku pun malas nak pujuk.. Biarlah dia.. Takkan aku nak ikut je apa yang dia kata?
Lagipun.. Dia siapa? Dia bukan sesiapa dalam hidup aku. Aku lebih suka orang ikut cakap aku. Jangan orang lain cuba paksa aku ikut kehendak diorang. Aku bukan perempuan yang macam lembu kena cucuk hidung. Ikut je kata..
“Saya rasa gigi awak ni dah tak perlu nak pakai pendakap..” Aku berterus terang. Memang inilah yang aku amalkan sejak dari dulu. Kalau agak-agak patient aku tu gigi dah elok, buat apa aku nak tipukan?
Aku ingat lagi mama aku pesan kat aku. “Jadi doktor gigi tu jadikan satu tanggungjawab.. Jujur dalam buat kerja.. Kalau rasa patient tu gigi dia okey, jangan nak pandai-pandai kata gigi dia rosak sebab nak untung.. Memang la kat dunia kita lepas, tapi kat akhirat?”
Kata-kata mama tu aku pegang sampai la sekarang. Berguna nasihat yang mama bagi kat aku tu. Am mengerutkan dahinya, mungkin pelik dengan kata-kata aku.
“Tapi saya rasa macam tak..” Keluhnya. Aku tersenyum di balik mask yang aku pakai. Giginya sudah cantik.. Di tambah lagi dengan gigi taringnya. Sungguh memikat..
“Awak rasa tak. Saya kata ya.. Dah kemas dah tu.” Aku memberitahunya. Dia bingkas bangun dan duduk di kerusi yang berada berdekatan dengan mejaku. Sarung tangan yang aku pakai segera aku buka.
“Tapi..” Am seakan tak berpuas hati. Aku ketawa.
Ana yang sekadar memerhati daripada tadi dah kemas barang-barang dan keluar dari bilik pemeriksaan. Mungkin dia tak mahu tahu apa yang aku nak bincang dengan Am agaknya. Tambahan lagi, kaunter tak ada orang jaga. Nanti susah pulak..
Aku tengok pada jam di dinding. Waktu beroperasi dah tamat, sepatutnya aku memang kena tutup klinik ni sekarang. Perut aku pun dah lapar, sedari tadi asyik memainkan lagu Grenade.
“So.. Kalau dah tak ada apa-apa lagi, saya rasa elok la Am balik dulu. Lagi pun, klinik ni dah nak tutup.” Kata aku, penuh sopan. Am senyum segaris. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang sedang bermain di mindanya.
Dia seperti mahu mengatakan sesuatu, tapi bibirnya aku lihat seolah-olah berat hendak berkata. Wajahnya berkerut-kerut. Aku rasa dia ni kacukan Korea. Muka pun dah macam cina.. Ni lagi sorang spesies yang sama macam Shark...
Awek mesti duduk keliling pinggang. Percaya la cakap aku.. Lelaki macam ni memang tak boleh jadi suami! Makan hati je selalu sebab perempuan lain suka pandang. Bahaya kau ni Misha.. Dah fikir fasal suami. Suara hati aku berdetik.
Aku ketawa, tiba-tiba. Dahi Am berkerut. “Kenapa doktor?” soal Am. Aku menggeleng. Gila la.. Macam mana boleh ketawa tiba-tiba ni? Kan aku sendiri dah bengang.. Haila Misha..
“Kalau saya nak buat whitening boleh?” soal dia. Aku dah agak. Mesti dia ada benda nak tanya lagi. Aku menyemak lagi kadnya. Aku menggeleng.
“Gigi awak dah cukup putih...” Kata aku.
Am mengeluh. Aku sendiri tak faham kenapa la dia nak susahkan diri dia datang sini. Sedangkan kalau dia tengok sendiri dekat cermin, dia dah boleh nampak yang gigi dia tu berseri. Bercahaya macam berlian!
“Doktor tipu saya ya?” Dia seakan tak berpuas hati. Aku ketawa. Mask yang aku pakai segera aku buka, rimas pula rasanya pakai lama-lama.. Am memandang aku dengan tajam.
“Buat apa saya nak tipu awak.. Kalau boleh saya lagi nak untung.. Boleh je saya pasang braces tu, tapi gigi awak dah elok dah tu. Nak buat whitening pun boleh.. Tapi saya tak nak la tipu patient saya.. Faham?” Panjang lebar aku berkata.
Am tersenyum. Aik.. Senyum pulak? Tadi bukan main komplen.. Cakap aku tipu dia la.. Itu la.. Siap mengeluh lagi. Ingat aku nak sangat ke tipu dia? Pesakit aku yang lain tak ada pun macam ni sebelum ni..
Then apa yang boleh buatkan saya datang sini doktor?” Dia bertanya lagi. Aku agak blur dengan soalan yang dia tanya ni. Apa sebenarnya yang dia maksudkan?
“Maksud Am?” Aku angkat kening. Dia ketawa.
“Tak payah la angkat kening macam tu.. Seram saya.” Am ketawa lagi.
Aku membetulkan semula kening aku. Teruk sangat ke muka aku bila aku angkat kening? Bukan sorang dua yang cakap macam ni. Kalau termasuk Am, dah hampir sepuluh orang cakap benda yang sama dengan aku!
Okay, okay..”
“Maksud saya.. Selain gigi, tak ada rawatan lain ke yang doktor buat?” soal Am. Aku geleng kepala. Dah sah-sah la aku tulis besar-besar kat depan tu yang klinik aku ni klinik gigi. Takkan klinik mata pulak kan? Rawat orang yang rabun macam Am ni..
“Kan dah buat signboard. Tak baca ke?” Kata aku, aku menulis sesuatu pada kertas laporan giginya. Am tersengih.
“Baca.. Tapi tak ada rawatan istimewa?” soal Am lagi. Haish.. Aku mula dah rasa panas ni, walaupun aku dah bukak alat penghawa dingin, aku rasa panas.. Panas! Tak faham bahasa lagi? Nak aku cakap bahasa Urdu?
“Encik Amirul Hazim... Sudah saya katakan sebentar tadi bahawa klinik saya ini hanya menawarkan rawatan untuk gigi sahaja. Tidakkah encik mengerti dengan kata-kata saya ini?” Aku berkata dengan menggunakan bahasa baku. Biar dia rasa macam mana perasaan aku sekarang.
Sudah la perut dah berbunyi, hati pulak menggelegak. Tiba-tiba aku teringat kat Shark lagi... Tak ada orang lain lagi yang suka kacau aku selain Shark, tapi Am ni pun boleh tahan loyar buruknya. Nasib la tak jadi buat pemasangan pendakap gigi Am ni.. Kalau tak, lagi kerap la dia datang sini!
“Saya nak buat rawatan hati doktor Misha.” Aku tarik nafas panjang-panjang. Tu maksudnya aku tengah cuba sedaya upaya kawal kemarahan aku. Sabar Misha.. Sabar..
Told you already yang saya tak buat rawatan tu.”
“Tak apa la.. Tengok doktor pun rasanya dah terubat dah hati ni.” Aku menelan liur. Lain macam je ayatnya. Aku cuba fahami apa yang dia maksudkan. Oh no! Takkan dia ni....
Nonsense Am.. Dah.. Saya nak tutup klinik ni..” Aku malas mahu melayan. Aku segera bangun dari kerusi dan keluar dari bilik pemeriksaan. Am hanya membuntuti langkahku.
Aku mengarahkan Ana untuk mengemas bilik pemeriksaan dan memintanya untuk buka klinik lebih awal esok kerana esok lebih ramai yang akan datang untuk membuat pemeriksaan gigi. Ana sekadar mengangguk.
****
AM masih lagi mengikuti aku sampai ke kedai makan. Aku malas nak naik kereta, lagipun kedai makan yang selalu aku singgah tu tak ada la jauh mana dengan klinik aku. Daripada tadi, dia follow je aku. Aku langsung tak perasan.
Sebaik saja aku duduk, pelayan restoran tu datang mengambil pesanan. Aku hanya memesan nasi lemak ayam dan air jus tembikai. Tekak ni terasa nak makan nasi lemak pulak, maklum la.. Selama ni asyik makan spaghetti je time sarapan. Bila lagi nak rasa nasi lemak kan?
Dengan tiba-tiba Am terus duduk di hadapan aku. Aku mengurut-urut dadaku. Aku terkejut tak ingat dunia! Gila ke dia ni? Kalau la aku ada penyakit jantung, mesti aku dah mati kat sini. Sia-sia je Shark rindu aku..
Eh.. Shark lagi! Misha, dah berapa kali kau sebut nama Shark hari ni? Suara hatiku menyoal. Aku tersenyum sendiri. Aku rindu Shark ke? Ya kut.. Entah.. Malas la nak fikir!
“Boleh tak saya join sekali, doktor?” Am bertanya.
Aku mengangguk dan tersenyum. Takkan aku nak kata tak bolehkan? Bukan aku punya restoran aku nak kata tak boleh. Am tersengih. Rambutnya yang spiky sikit tu tetap terpacak walaupun kipas kat restoran ni laju berpusing.
“So.. Doktor dah order makanan?” soal dia. Aku mengangguk. Malas aku nak jawab panjang-panjang. Buat isyarat je sudah.. Ni la spesies tak reti bahasa..
Am bangun dan menuju ke kaunter, aku malas nak ambil tahu kenapa dia pergi kaunter tu. Aku keluarkan telefon aku dan mendail-dail nombor Shark. Macam tak percaya je aku rendahkan ego aku dan telefon dia.
Lama aku menunggu, tiada jawapan. Akhirnya aku mengalah. Mungkin Shark dah marah gila dengan aku kut? Sampai buang nombor aku.. Padan la muka aku.
Am kembali dengan menatang dulang yang berisi dua jus tembikai dan dua nasi lemak ayam. Aku terkedu. Sejak bila aku order dua makanan ni? Aku tak kebulur sampai makan dua nasi.
“Banyaknya.. Saya order satu je la Am.” Aku cakap kat dia lepas dia letak dulang tu atas meja. Dia tersengih lagi. Asyik sengih-sengih je dari tadi. Mentang-mentang aku cakap gigi dia dah elok, bantai senyum je la dari tadi dia ni.
“Memang la.. Saya punya lagi satu tu.” Kata dia pula.
Aik? Makanan sama?” Aku meminta kepastian. Dia mengangguk.
“Biar betul?”
“Betul..” Yakin dia berkata.
O..kay.” aku dah tak tahu nak cakap apa. Mungkin memang betul dia nak makan makanan tu, atau mungkin dia sengaja pesan makanan yang sama dengan aku. Tak mencederakan aku pun kalau dia makan makanan yang sama dengan aku.
Lain la kalau dia kata dia nak kongsi satu pinggan dengan aku! Itu memang haru! Sah la aku lari dari restoran ni kalau dia cakap macam tu. Sakit otak la patient aku yang sorang ni.
****
“NAK balik?” soal Am pada aku setelah aku mengelap bibirku. Aku mengangguk. Memang aku nak balik pun, apa kaitan dengan dia?
“Yup.. Nak tanya apa lagi?” Aku kurang senang. Rasa tak sedap je keluar dengan Am ni. Beza perasaannya masa keluar dengan Shark. Entah la.. Mungkin Shark pandai ambil hati aku kut..
“Sebenarnya.. Am sengaja datang klinik doktor..” Am membuat pengakuan. Aku yang pada mulanya tak berapa nak endah dengan apa yang dia cakap tiba-tiba berminat.
“Maksud Am?”
“Am sengaja datang klinik tu sebab nak jumpa doktor.” Aku tersedak. Nasib baik la air yang tengah aku minum ni tak tersembur ke wajah Am yang putih tu. Kalau tak.. Sia-sia je! Ada ke patut cakap macam tu?
Aku ketawa. Kononnya lucu la apa yang dia cakap tu, tapi sebenarnya tak rasa kelakar langsung. Lagi buat aku bertambah bengang campur malu ada la. Dalam beberapa hari ni aku asyik jumpa lelaki yang senget je. Entah kenapa la.. Cubaan betul!
“Jumpa saya buat apa?” soal aku. Aku bukan artis pun sampai nak datang klinik tu semata-mata nak jumpa aku!
“Sebab doktor dah panah hati saya.” Sekali lagi aku tersedak. Disebabkan tu jugak, terbatuk-batuk aku. Gila la Am ni, aku rasa kalau aku dengar lagi beberapa patah perkataan dari dia, aku dah mati kat sini. Baik la aku angkat kaki dan berambus!
Aku bangun dan capai beg tangan aku, dengan spontan dia memegang tangan aku. Aku terjeda. Beraninya dia pegang tangan aku! Shark pun tak berani buat macam tu! Argh!! Shark lagi! Dah tak boleh kira dah hari ni aku sebut nama Shark!
Shark! I need you here!
“Sekejap la doktor.. Jangan ambil hati. Am jujur ni.. At least bagi Am peluang untuk kenal doktor.” Rayunya, penuh mengharap. Aku mengeluh. Aku cuba melepaskan tangan aku dari genggaman tangannya. Ternyata aku gagal.
I won’t let you go.” Serius dia berkata. Sumpah aku takut dengan kata-kata dia tu. Kenapa la aku kena buat macam ni! Kalau aku tahu la perangai Am ni macam ni, aku tak layan dia berbual tadi!
“Gila ke Am?” lantang aku berkata. Hilang sudah kesabaran aku.
“Ya.. Gilakan awak! Awak tak pernah nak layan saya selama ni.” Dia mengeluh. Mujur la orang yang datang kat restoran ni tak tengok aku dengan Am. Kalau tak, sah-sah diorang ingat aku dengan Am ni tengah berlakon drama baru terbitan TV3.
Seriously.. Kita tak pernah jumpa okey! Baru tadi jumpa..” Aku memprotes. Dia ketawa.
“Itu kata awak.. Kita dah jumpa banyak kali. Nampaknya doktor macam awak pun cepat lupa jugak ya?” sindirnya, sinis. Aku mengetap bibir. Ikut suka hati dia je sindir aku macam tu! Aku mendengus geram.
“Doktor pun manusia okey!” Aku membantah.
“Ya.. Am pun manusia! Am ada hati dan perasaan. Jadi, tolong la faham perasaan Am sekarang!” Dia berkata dengan perlahan, tapi tegas saja nadanya. Apa yang perlu aku faham tentang perasaan dia?
Perlu ke aku nak faham perasaan dia? Sepatutnya aku kena faham perasaan Shark.. Aku dah kecilkan hati Shark.. Sah la Misha.. Kau suka Shark, sampai Am yang ada depan mata ni pun kau nak bandingkan dengan Shark!
Diam! Aku memarahi suara hati aku.
Give me time.. Saya penat ni..” Aku memberi alasan dan tersenyum.
I love it when your smile touches mine.” Ucap Am. Aku melangkah ke kaunter. Kata-katanya itu terngiang-ngiang di cuping telingaku.

BERSAMBUNG..

56 comments:

  1. Am ni pun tak kurangnya hebatnya nak dibandingkan dengan Shark. Shark dah ada pesaing!

    ReplyDelete
  2. am???
    misterii jg laa am ni kann
    mcm shark jgk,,hurmm,,
    papepun,,ok laa,,
    <>xsmpat jd first lg,huhu

    ReplyDelete
  3. am cbe potong line shark....heee xske2....nk shark....

    ReplyDelete
  4. alaaa,,, nak sharkk... shark jangan la ngajuk lame2.. adesss... x best2.. nak shark jugakkk!!!

    ReplyDelete
  5. uhhhh nasib baik Am tak payah pakai braces. rasa getah yang utk buat acuan gigi tu(lupa nama dia) buat akk mual sampai hari ni.

    aha! Amirul Hazim ni nampaknya adalah Ryzal Jaafar :p tersedak akk bila baca bahagian yang si Am macam kacukan korea. heeeee.

    ReplyDelete
  6. orang nak shark..x moo am =(

    ReplyDelete
  7. opss..x abes lg suspen si shark,da wujud si am nie plak...
    pe2 pun,shark lg sweet kot.. ;)

    ReplyDelete
  8. shark brapa hari nk merajuk? >_< okeh, Am,, buatkan citer lebih interesting. hoho,,

    misha suka shark dahhh~

    ReplyDelete
  9. Am mcm sebok je. Hensem hensem jugak si Am tu. Tapi mau Shark jugekkkk~

    ReplyDelete
  10. am?? pergh semcm je perangai... shark jgn le majuk lg cian misha...

    ReplyDelete
  11. incik shark!!!
    pesal majok lame2..kn rival anda suda msok line...
    nxt plezz..hehehe

    ReplyDelete
  12. am ske mendesak btw romantic tuh..

    ReplyDelete
  13. sapa pula adam nie..x nak la..nk shark..bila shark nak datang..huhu

    ReplyDelete
  14. huahaha..mne shark??am is saiko..kui4

    ReplyDelete
  15. wow...am...i like rmbut dia....huhu...best2...mkin berblit2 n mstri cite nie....:p

    ReplyDelete
  16. adess!!!
    shark mjok...
    am plak msok line...
    misha ney mmg tol2 hot lha!!
    hee

    ReplyDelete
  17. ramai terpikat kat misha ni erkk ?? nk smart2 ja sume (:

    ReplyDelete
  18. oh2...ramai nye peminat misha...
    makin teruja nk baca...biarla misha dgn shark..
    eheh blm ape2 lg kn..
    tp bab seterusnya esok la smbg bc..ngantuk da ni..sok nk keje..huhu

    ReplyDelete
  19. shark jgn r majok.. huhu xnk am!!

    ReplyDelete
  20. aishh???saper plak am nie???mystery btol..huhu

    ReplyDelete
  21. adoi...penyebok btollah si Am nih..
    at least...die buat misya sedar yg die suka kat Shark

    ReplyDelete
  22. Dennis Oh~ haha
    sesuai sangat ngan Am
    :)

    ReplyDelete
  23. huhu scarynye am ni...cpt la shark dtg

    ReplyDelete
  24. hahahaha .. asal aq nak gelak ?? ntah.. haha ..
    SHARK .. mystery guy .. sknk + g sowg mystery guy ... aishhh .. penink la si MISHA nie ... if dy kne uad plhn nnt but xtao nak plh yg mne .. g tao aq .. aq akn plhkan .. hahahaha ....
    soo ... keseluruhannya .. bagus .. ada peningkatan .. and .. usaha lagi .. chaiy0k2 !! aja aja fighting ! :)

    ReplyDelete
  25. sape plak si am nihh!!!!..hadoyyy..jgn laa..bagi laa misha ngn shark...xmo am....huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  26. sape am ni???
    mnyibok betul..sian kt shark..wondering la pulak..
    nape shark x pick up phone ah???
    i'm wondering...next chapter!!

    ReplyDelete
  27. o'ohhh .. dr mna lak dtg am nie ? tetibe jer ? pelik lerr .. cm magic lakk dorg dua nie dtg .. haha ..

    ReplyDelete
  28. whose Am...rase cm ade kena mngena ngan shark jer...kan bgus wak2 mimi ckp nak shark , shark muncul...huhuhu...

    ReplyDelete
  29. hatoi,,, am da msok line,,, mne shark ny,,, dye x rndu kt misha ker? huhu, mkin mncabar cter ny,,,

    ReplyDelete
  30. am lgi misteri kalo nk bnding ngan shark msa memula nk ngorat misha..hmm...

    ReplyDelete
  31. npe sy rse shark and am is the same person...like double personalites(make own assumption)...hahahaha..(^,^)

    ReplyDelete
  32. am mcm shark..tp shark lg bestttt^^

    ReplyDelete
  33. shark sibuk sgt ke smpai xleh nk contact misha?? tgk am dah kacau..adush...

    ReplyDelete
  34. atoiii.. nape semua watak lelaki dalam ni penuh misteri..??? huhu..
    kena pggil detective conan tolong siasat ni.. hoho...

    ReplyDelete
  35. wawawa...xsuke sgt bab ni...sbb xde shark~

    ReplyDelete
  36. blh thn jugak am nie,tp still suka shark lbih lg..am 2 physco ckit..menyeramkn...

    shark mna???

    ReplyDelete
  37. eh.spe am 2?xnk la die..nk shark ;)

    ReplyDelete
  38. whre is shark???
    jan merajuk la shark...
    dun wan Am!! nak Shark...
    ::)

    ReplyDelete
  39. urm...tkut nye klu jpe org cam am nie...
    ek shark ade pesaing...
    tp ske misha ngan shark...

    ReplyDelete
  40. am??hurm,,,xsuka cara dia terlalu memaksa,,,shark!! where r u,,,persaingan semakin sengit,,,huhu shark2...

    ReplyDelete
  41. nk shark jugak..hahahaha...

    ReplyDelete
  42. shark>> mengade!!

    ayt xlengkap kat sini - "told you already yang tak rawatan tu"

    ReplyDelete
  43. Mcm psyco je si am tu... tkotnye...

    ReplyDelete
  44. shark or am??
    but..urmm..
    pyscho..totally..gle la am tu..t'lalu m'dsak..
    Pnh jmpa k ngan misha?? pelikk.

    ReplyDelete
  45. ade jgk lelaki mcm tu zaman skrg ek??

    ReplyDelete
  46. kmna shark mghglang...nmpknya shark dah ada pesaing tuk dptkan aty mesha...wow!menarikk..LIKE...

    ReplyDelete
  47. mak aihhh...
    am pulak..
    ceittt..
    sy vote utk shark..
    ngeeee~~~

    ReplyDelete
  48. akhirnya kluar gak am..... huhuhu.... bermula la cinta 3 segi lpas ni....

    ReplyDelete
  49. hmm..getting more interesting..
    confusepun ada gak..
    keep reading..

    Kak Rose

    ReplyDelete
  50. wah..dh kluar watak baru ni..

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.