HARI ni aku rasa agak serabut sikit kepala. Tak tahu kenapa, tapi aku asyik pening je. Ada sejambak bunga ros kat dalam bilik rawatan aku. Aku tak tahu siapa yang hantar. Bosan gila beberapa hari ni sebab Uda dah masuk kerja.
Automatik la kalau Uda kerja, Shark pun kerja jugak. Diorang kerja dalam satu department. Tak ada la yang nak kacau aku.. Maka sunyi sepi la kejap kehidupan aku ni. Balik cepat la Uda!
Uda kata kat aku minggu lepas yang dia pergi Holland selama dua minggu. Alahai.. Lamanya. Rindu la aku dekat abang aku tu.. Dan jugak dekat Shark!
“Doktor, mama kepada Encik Amirul Hazim yang nak buat rawatan gigi tu dah tunggu dekat luar.” Ana memberitahu aku. Hari ni Ana nampak cantik dengan memakai baju kurung Kedah warna merah jambu.
“Sekarang ke?” Perasaan malas menerpa diri aku. Aku pandang Ana dengan lesu. Ana mengangguk.
“Tak boleh postpone?” Aku tanya Ana. Ana pantas menggeleng.
“Dari minggu lepas ni postpone. Dah masuk dua kali...” kata Ana.
Aku mengeluh. Bila waktu mama Am nak buat rawatan je aku tangguhkan, orang lain nak buat rawatan aku tak tangguh pun. Berat sebelah tak aku?
Aku dah tak tahu nak elak macam mana lagi. Nampaknya hari ni terpaksa la aku rawat mama Am tu. Harap la tak garang macam singa. Kalau garang, aku terus cabut semua gigi dia. Gila punya kejam tak aku? Aku gelak sendiri.
“Ketawa pulak doktor ni.” tegur Ana. Aku segera memandang Ana. Dia nampak ke aku ketawa?
“Ya la.. Suruh dia masuk sekarang.” Arah aku. Ana mengangguk.
“NI la doktor Misha ya?”Aku mengangguk. Dah sah-sah la dalam klinik ni aku sorang je doktor giginya. Siapa lagi yang jadi doktor. Wanita yang berpakaian seperti golongan elit tu pandang aku kemudian tersenyum.
“Duduk dulu, datin.” Aku suruh dia duduk.
“Tak payah nak datin-datin. Panggil je mama.” Mama Am atau yang lebih terkenal dengan nama Datin Sania segera berkata. Aku tersedak kejap. Mama? Buat apa panggil mama? Aku soal diri aku.
Aku senyum kelat.
“Ya mama.” Aku cakap jugak, berat bibir aku waktu nak menuturkan panggilan tu. Datin Sania senyum. Peramah orangnya. Tak ada la sombong macam sesetengah datin yang aku kenal. Sombong dan berlagak diva je.
“Boleh mama panggil doktor Misha je?” pinta Datin Sania. Aku segera mengangguk.
Aku sebenarnya tak berapa kisah sangat kalau orang nak panggil aku apa pun. Jangan orang panggil aku beruk sudah, kalau tu memang aku mengamuk!
“Whitening yea?” Aku soal dia selepas dia duduk di atas kerusi rawatan.
Datin Sania mengangguk. Dengan hanya memakai shawl yang berwarna biru, Datin Sania tampak anggun sekali, walaupun umurnya sudah mencecah lima puluhan! Wajahnya ada mirip Am.
“Jom, kita pergi situ.” Aku tuding jari aku pada tempat yang sepatutnya. Datin Sania akur. Aku segera memanggil Tyra untuk membantu aku.
****
“OKEY?” Aku tunjuk cermin kat Datin Sania selepas aku buat rawatan kat gigi dia. Dia tengok cermin tu kemudian sengih.
“Perfect!” kata Datin Sania. Aku tersenyum puas. Senang hati dengan kerja yang aku buat! Setiap benda yang aku buat kat pesakit aku, mesti aku akan rasa puas hati!
“Nanti make sure mama jaga gigi tu untuk elakkan gigi jadi teruk semula.” Aku beri nasihat sambil menulis sesuatu pada buku laporan giginya. Datin Sania mengiakan.
Sedang aku menulis, tiba-tiba saja Datin Sania memegang tangan aku. Aku terkejut. Aku pandang wajah Datin Sania.
“Misha, mama nak jadikan Misha menantu mama.” Tiba-tiba Datin Sania berkata. Aku dah terkejut macam orang gila. Biar betul Datin Sania ni? Out of the blue! Macam kilat yang tiba-tiba keluar je!
“Err...” Aku kehilangan kata. Tak tahu nak jawab apa. Betul-betul tak ada satu perkataan yang terlintas pun dalam kepala aku sekarang ni. Apa aku nak jawab ni!
“Mama tak desak Misha.. Misha kahwin dulu dengan Am. Kenal hati budi masing-masing dulu selepas kahwin. Boleh?” pinta Datin Sania lagi. Aku rasa tahap darah aku dah mendidih gila sekarang ni!
Ada ke patut soal kahwin buat main-main? Lepas kahwin baru kenal hati budi masing-masing? Sumpah aku tak boleh nak terima! Lagipun, dah terang-terang perangai si Am tu suka sangat mendesak. Kenal aku tak lama, terus bawak mama dia jumpa aku. Tak ke kerja sewel namanya tu?
“Am dah lama sukakan Misha. Dari dulu dia perhatikan Misha. Dia dah kenal Misha lama.” Beritahu Datin Sania lagi. Aku angkat kening. Kenal aku lama? Aku tak kenal dia pun, macam mana dia boleh kenal aku?
Sangat la tak logik. Nampak sangat ada unsur-unsur penipuan di dalam setiap kata-kata Datin Sania. Sungguh aku tak boleh nak terima dan masuk dalam kepala otak! Aku hanya senyum plastik.
“Misha tak kenal dia pun mama.” Jawab aku, berterus terang. Datin Sania mengeluh.
“Mungkin Misha lupa.” Kata Datin Sania. Aku pantas menggeleng. Memori aku ni kuat, aku boleh ingat semua orang yang pernah aku kenal. Syukur kepada Allah kerana bagi aku memori yang kuat.
“Misha tak boleh terima permintaan mama tu.” Aku cakap lagi. Datin Sania pandang aku. Ini rupanya modal Am ya? Pura-pura hantar mama dia untuk buat rawatan gigi, lepas tu suruh mama dia cakap benda ni kat aku? Taktik basi la!
“Kenapa tak boleh? Sebab Misha tak cintakan Am?”
“Misha dah ada kekasih. Dah nak kahwin pun mama.” Ujar aku lagi. Dalam hati aku cuma mampu berdoa. Ya Allah, ampunkan la dosa hambamu ini yang terpaksa menipu!
Terlalu awal sangat kalau nak fikir pasal kahwin ni, sumpah aku belum fikir lagi pasal benda ni. Calon pun tak ada, macam mana nak kahwin. Ya tak? Dalam kepala aku ni asyik fikir kerja je..
Datin Sania tampak tenang saja mendengar kata-kata aku.
“Sure ke Misha? Mama tak rasa Misha ada calon.” Kali ni aku pulak yang macam terkejut. Pandai-pandai je aku kata tak ada calon! Eh.. Tapi betul juga kata-kata Datin Sania tu. Aku mula fikir..
“Ada.” Dan saat ini hanya nama dan wajah Shark saja yang sedang bermain di fikiran. Tak ada orang lain.
“Tak tipu mama?” Datin Sania mendesak.
Aku geleng. Kalau aku tipu pun untuk kebaikan aku sendiri.Tak nak la aku dengan Am. Perangai Am masa mula-mula jumpa aku pun dah teruk tahap nak gila, kalau dia buat perangai sopan sikit, baru la hati aku boleh tertambat!
“Mama tahu Misha tipu. Tak apa. Misha fikir dulu. Kalau apa-apa Misha terus contact mama. Ni mama tinggalkan nombor peribadi mama pada Misha.” Datin Sania hulurkan sekeping kad pada aku.
Aku cuma pandang kad tu tanpa ada rasa minat. “Okey.”
****
KATA-KATA Datin Sania sebentar tadi betul-betul buat kepala aku ni bercelaru. Semua benda dah tak boleh nak fikir dengan betul dah rasanya. Asyik fikir je kata-kata Datin Sania tu. Kenapa la si Am tu teruk sangat?
Perlu ke dia nak beritahu mama dia? Sampai mama dia datang mendesak aku? Leceh la kalau dah libatkan mama dia.. Aku capai telefon bimbit aku. Klinik aku baru saja ditutup dua puluh minit lepas.
Dan sekarang aku berada di Starbucks Coffee di City Square. Aku memang dah tak tahu nak pergi mana lagi dah. Ni je la lokasi yang paling dekat dengan klinik aku. Nak balik rumah terus, memang aku tak ada mood.
Aku cari nombor Am. Aku rasa aku kena jumpa Am secepatnya. Aku kena beritahu Am yang aku tak ada perasaan langsung dekat dia. Aku tak kenal dia, dan dia tak kenal aku. Mungkin dia silap orang.
Mungkin dia sukakan orang yang mukanya sama macam aku. Aku yakin perkara tu. Aku kena jelaskan pada Am yang aku dah ada kekasih. Sama macam aku jelaskan pada Fiqroul!
“Assalamualaikum.” Sapa aku sebaik saja Am menjawab panggilan aku.
“Waalaikumusalam.” Jawab Am.
“Kat mana tu?” Aku tanya dia.
“Rumah. Kenapa Mimi?”
“I want to meet you, now.” Arah aku.
Macam tergesa-gesa je gaya aku sekarang ni. memang dah tahap kritikal dah aku rasa keadaan aku sekarang ni. Selagi aku tak cakap kat Am supaya berhenti kacau aku, selagi tu aku rasa tak tenang.
“Where?” Am menyoal lagi.
“Starbucks. CS.” Sebaik saja aku beritahu dia, aku terus tutup talian. Aku tak kira, walau macam mana sekalipun, dia kena datang sini untuk jumpa dengan aku. Aku nak selesaikan semua benda hari ni jugak!
****
“MIMI?” Tegur Am.
Am memakai baju kemeja yang berwarna biru muda dengan seluar jeans berwarna hitam. Nampak segak dengan kulitnya yang putih melepak itu, juga dengan raut wajahnya yang iras-iras Daniel Henney.
“Ha Am.. Duduk.” Aku pelawa dia duduk.
Nampaknya dia tak ambil masa yang lama pun nak datang sini. Mesti sekarang ni jalan tak sesak. Am tersenyum. Nampak manis pulak dia hari ni kat pandangan aku. Entah kenapa..
“Ada benda penting ke Mimi?” tanya Am. Panggilan Mimi yang diucapkan oleh Am tu dah tak diendahkan lagi. Biar la.. Asalkan dia bahagia.
“Ya.. Soal hidup dan mati.” Aku menjawab. Dahi Am berkerut. Riak wajahnya memaparkan yang dia sangat terkejut dengan kata-kata aku sekarang ni. jangankan dia yang terkejut, aku yang berkata ni pun dah rasa macam ada dalam drama je.
Cuma tak ada kamera. Skrip aku olah sendiri. Aku kena main dengan emosi sekarang ni. Aku mesti pastikan yang Am percaya dengan lakonan aku!
“Seriusnya?” Dia gelak. Aku tak ada feeling langsung nak senyum, mahupun ketawa sekarang ni. Aku pandang wajah Am dengan muka ketat. Serta merta senyuman di bibir Am pudar. Dia pandang aku.
“Okey. So cerita..”
“Why Am hantar mama Am pada Mimi?” Aku dah ter’bahasa’kan diri aku Mimi. Am senyum.
“Dah agak dah.” Katanya. Aku angkat kening. Apa yang dah agak? Bukan tu jawapan yang aku nak daripada dia.
Aku nak dia jawab soalan aku, kenapa dia hantar mama dia jumpa aku? Kedatangan mama dia tadi betul-betul buatkan aku jadi tak keruan. Aku rasa macam kena kongkong sekarang ni!
“Maksud Am?”
“Am dah agak Mimi akan tanya Am pasal tu.” Tenang saja Am menjawab. Aku tarik senyuman kelat. Senyuman tanpa gula.
“Dah tu?”
“Sumpah Am tak tahu langsung pasal tu Mimi. To be honest, I respect your decision. Am tak tahu langsung mama Am akan cakap macam tu kat Mimi.” Dia bercakap dengan suara yang perlahan.
Aku rasa lain macam masa Am cakap. Kenapa dia ni nampak lain hari ni? Kenapa macam tak mula-mula dia jumpa aku dulu? Waktu yang dia dengan selamba badaknya pegang tangan aku. Aku memang trauma la bila ingatkan balik kejadian tu!
“Pandai Am bohong.” Sinis aku berkata. Am mengeluh.
Dia memandang aku dengan pandangan yang redup. Aku jadi terpujuk dengan renungan mata dia tu. Macam ada sesuatu pada anak matanya itu. Perasaan sayang yang cukup tebal dalam diri dia. Aku dapat lihat semua tu daripada mata dia.
“Am tak bohong Mimi. Am cakap jujur. Sumpah..” Dia berani bersumpah. Sudahnya aku dah tak tahu nak kata apa. Sejauh mana keikhlasan hati lelaki di hadapan aku ni menyayangi aku?
Perlu ke aku terima dia sebagai suami aku? Kata-kata Datin Sania tadi kedengaran penuh mengharap. Sanggup ke aku kecewakan hati orang tua tu? Aku rasa aku perlu mengenali Am dengan lebih dekat.
‘Macam mana dengan Shark?’ Suara hatiku berbunyi. Aku tersenyum sendiri. Shark? Lelaki itu sedikit sebanyak membuatkan hati aku yang rawan menjadi tenang, perasaan gundah menjadi girang. Dalam erti kata lain, dia la yang membuatkan aku ceria.
Tapi kami belum mengesahkan apa-apa. Rasanya tak salah jika aku menilai Am pula. Semuanya aku anggap kawan saja. Tak lebih dari tu. Seperti yang aku kata tadi, belum tiba masanya untuk aku mencari kekasih.
Aku tahu aku perlu mencari cinta, aku tahu aku perlu mendirikan rumahtangga. Tapi apa yang aku tak tahu ialah siapa jodohku? Biarkan masa yang menentukan. Aku rasa aku perlu beri Am peluang..
“Maafkan mama Am, Mimi. Am mengaku yang Am ada cerita pasal Mimi dengan mama. Am cerita dekat mama yang Am sukakan Mimi. Tapi Am tak sangka yang mama cakap macam tu Mimi.” Am mengeluh lagi.
Mungkin dia terasa malu dengan sikap mamanya itu. Aku senyum lagi. Nak buat macam mana lagikan? Benda dah berlaku pun. lagipun, Datin Sania tak mendesak aku untuk terima anak dia sebagai suami aku.
Datin Sania cakap dengan elok. Aku rasa tak ada yang salah dengan Datin Sania. Cuma sikapnya yang terburu-buru tu saja yang buatkan aku rasa tak senang hati. Kusut nak fikirkan pasal kahwin ni.
“Mama Am tak salah pun. Tak apa la.” Aku jawab. Am pandang aku. Macam ada cahaya kat wajah dia tu.
“Mimi tak marahkan Am?” Aku geleng kepala. Tak ada niat nak marah sesiapa pun dalam hal ni. Tujuan asal aku nak jumpa Am terhapus macam tu je. Aku batalkan.
“Kita kawan ya Am?” Aku senyum pada dia. Am angkat wajahnya.
“Kawan je?” Dia seakan-akan tak berpuas hati.
“For now.. Mimi nak kenal hati budi Am dulu.” Jujur aku jawab.
Kalau kena dengan gayanya, nampaknya aku boleh jatuh hati kat Am ni. dia tak la seteruk mana. Mungkin ada yang anggap Am ni teruk.. Tapi di setiap sikap yang buruk tu kan ada yang baiknya.
“So.. Am ada chance la ni?” Am sengih. Aku jungkit bahu. Am tersenyum manis.
“Am akan cuba kejar hati Mimi tu! Percaya cakap Am ni!” Bersungguh-sungguh Am berkata. Aku geleng kepala. Lelaki ni memang mudah tabur janji, tapi waktu nak tepati tu yang selalu mereka lupa.
“Jangan tabur janji Am.” Aku bagi nasihat.
“Ini Amirul Hazim.. Am tak akan mungkir janji!” Yakin sekali dia berkata. Aku cuma mampu mengiakan saja. Dah dia bersungguh-sungguh cakap macam tu. Takkan aku nak kata dia menipu lagikan? Memang sangat la kejam!
“Okey. Kita tengok..” Aku senyum. Am senyum meleret memandang aku.
****
AKU duduk di gazebo dan perhatikan ikan yang berenang dengan tenang kat dalam kolam ikan tu. Aku buat keputusan yang bijak tak bila aku cakap dengan Am petang tadi? Aku tertanya-tanya sendiri.
Aku beri makanan pada ikan yang sedang berenang dengan tenang kat dalam air. Mudahnya la jadi ikan. Tak payah nak fikir benda-benda macam ni. Aku segera istighfar.. Gaya aku sekarang ni macam tak bersyukur je dengan apa yang Allah dah cipta.
‘Misha! Kau dah curang dengan Shark!’ suara hatiku mendesak. Aku mengeluh.
‘Aku dengan Shark tak ada apa-apa hubungan!’ Aku membentak, keras.
‘Tapi kau tahu dia sukakan kau! Kau kejam sebab tak beri dia peluang untuk jadi kekasih kau!’ bentak suara hati aku. Aku merintih. Gila punya aku berperang dengan perasaan malam-malam macam ni.
‘Aku bagi dia peluang untuk kenali hati budi masing-masing dulu. Sama macam aku buat dekat Am.’ Aku membidas semula kata hatiku.
‘Kau tamak Misha! Kau mahukan dua-dua! Shark sayang dengan kau! Sanggup kau?’ Aku makin serabut dengan pertanyaan dari suara hati aku.
“Diam!” Aku menjerit.
bersambung
Oh tidak! Am sudah beraksi!
ReplyDeletepilih shark yea misha....am tu tolak tepi...hehe
ReplyDeleteshark lbeyh bek dr am...
ReplyDeletehehe^^
haishhh...
ReplyDeletehonestly lbh suka shark dgn mimi..
shark tu mcm tulus je.
bahasa pn org-awk
(cm sy dgn someone..hoho)
alalaaaa....xmo misha ngn am....
ReplyDeletenak shark je......knapa laaa ada si am nihhh~~~~xsukaaaaaa.....mama si am pom xsuka....jgn laa misha terjatuh hati kat am...misha stay kat shark tau.....
huwaaaa,, Am dah potong lines.. kesian kat Shark.. mesti sedih giler bile dy balik nnti..
ReplyDeletemama Am pun satu la.. nak usha misha pun tak kene tempat..
Am lak buat muke macho nyer.. misha, jangan tertarik! hik3
alamak...
ReplyDeleteam da bwk mak dia la.....
nk lagi incik writer~~~
pndek sgt...
ape ke bebalnye si misha ni. buat org marah je. dh tau shark tu suke kt die separuh mati, yg dia pegi bg chance kat am tu ape hal! ni buat org x sabar nk tunggu bab 11 ni. cpt2 skit smbung :D
ReplyDeletemama am cool laa. suka la kat mama dia. hehe ;)
ReplyDeletenak mimi dengan shark! Xnak orang lain! ;P
tahniah shah!..sebab da berjaya create watak am ngan baik...orang mmg suker die...huk3..adeh...
ReplyDeleteadui..aku pun keliru nak pilih yg mna.. heheh pusing2.. kalau tk mcm ni je la shah..sya pilih shark..tetap shark.hahah (perasaan pulak aku ni)
ReplyDeletekenapa misha ni? macam lalang pulak! akak rasa dah nak nangis ler masa mama am suruh dia kawen dgn am. tidakkkkk!
ReplyDeleteowh, Shark tolong Shark. bertindak cepat!
oyeahh....cite nie makin lame makin rumit..huh..sibok je si am tuh..ish2...
ReplyDeleteei,,, bnci tgk am 2,,, yg misha 2 pn 1 hal,,, yg pgy ckp mcm 2 kt am 2 wt per? x sygkn kt shark ker? tmak lar misha ny,,,
ReplyDeletepliss2..cpat wat smbungan nye..bab 11 pliss en writer..xsbr nyee...
ReplyDeletebtw..more happy if misha wif shark..shukee dye...suwiitt lbih dr gulagula..hehehe...
eee !! benci r kat datin tuhh ,, SEMAKK jerr !! mishaaaaaaa paling terukk ! np mesty bg peluang kt org lain ,, sian sharkk !! tp xpew sharkk ,, MIMI kt sini ad lagi !! wakakakaka :P .. terusssskannn shahh !! bg penangan sikit kt misha tuhh ,, biar dia taww sape shark ,, biar shark baik gan dia , tp shark x berhak dipermain2kan mcm tuhh .. huhh !!
ReplyDeletewaaaa...am sudh memulakan step dia...jge misha...shark pe cer plak t....OMG pening jd misha...huhuhu...next bab.:p
ReplyDeleteape yg dh jd?? x ske nye... shark blk le cpt... xnk am nk shark... =(
ReplyDeletehaish,bunuh kang am nie!
ReplyDeletekacau je
mcm mne nyh ap pilihan misha..
ReplyDeleteshark or am ??
eh..ape jnis laki am nie?
ReplyDeletemne aci pkai mama dia sbg snjata nk pikat misha..
sesuka ati je nk misha jd mnantu dia...
alahai shark...cepatlah balik...
jgn smpi misha kne kbas dgn am sudah...
cpat2 next chap..xsbr nyee...
ReplyDeleteAM ?? nie g sorg .. misteri guy .. ttbe mak dy dtg nak melamar misha .. kalo aq la... aq da blsh da si am tu .. ttbe jee .. uad org ssh .. hhmm .. tpi kan .. kesian lak at am tu .. i think la .. apa yg misha uad tu ade btolnye gak .. c0z dy beri peluang tuk kedua2nye memikat ati dy .. naseb la siapa yg berjaya .. but .. i h0pe la ..SHARK .. xta0 knp .. c0z .. xknl shark yg sbnrnye lagi !.. hehehe .. misha dilanda perasaan .. ssh2 .. hmm .. anyway .. go0d job SHAH ! .. uad g better !! cahiy0k2 !! aja aja fighting !! saranghae SHARK !!
ReplyDeletehmm . ttp ske shark . sntiasa ske shark . xmo am ..xmooo . xkrela dy baik mne pn . ank org kya ke . prdna mntri kee.. ttp nk shark . cool la dy jd pilott
ReplyDeletesy baru nak mula baca...hehe
ReplyDelete*new reader ^____^
xnk am.. nak shark.. xP
ReplyDeletetak suka AM ! eeee . potong line Shark la . Mimi MESTI dgn shark . tapi , still tertanya-tanya . mcm mana Am kenal dgn Mimi? kan dia cakap dah lama kenal mimi. ??????
ReplyDeleteIsh.. x baek la kutuk2 Am... Die mane tau mimi suke kat shark... dahtu kan die cakap die dah lame suke kat mimi.. shark baru je sebulan kenal mimi... Biar la diorang bersaing ngan adil.. jgn la bias sebab kite kenal shark dulu sebelum am.. May the best man win yooo... Tapi Fiq tu memang nak kene cepuk... gatal...
ReplyDeletePape pon en3 ni kire best la... Mantap...
haha "diam" ta bleh blah :D
ReplyDeletesha ! hope sha dpt jdkn ia sebuah buku then jual , sure rmai beli lalalala ;P
bab 11 afta dis ~
plez...jgn bgi misha rpat sgt dkt am..x ske2 ..cian shark nati..
ReplyDeleteam mesti kawan sepermainan misha an. tu dia boleh kenal misha n berkenan ngan misha. :)
ReplyDeletealaa..xnk Am .nk Shark!
ReplyDeleteno!jgn pilih am....huhuhu
ReplyDeleteshark vs am!!!
ReplyDeletegeram btol ngn misha nie...pilih jer lar shark tu......tp klu misha x nk shark,,pesan kat dye bg shark tu kat sy >.<
ReplyDeletehahaha...selamba je mama am lamar misha..bt then both of them seem nice...pening misha..jd rebutan ramai.."when we r single no one notice, bt when we r taken everyone chased for us.."hehehe
ReplyDeletenak misha ngan shark!!!!
ReplyDeletepliss,,,
mishaaaa,,kne plih shark gak,,
x kire,,huhu,,<<amaran ni,,ahhaha
pape pun, thumbs up!!
cayok2,,
am's mom sporting glerrr..tp nk misha ngn shark jgk!!!!!
ReplyDeleteala,how can it come out like this?? y sama??
ReplyDeletecan't wait nxt chaptr...xsbr3..
ReplyDeletebtw,Am misteri laaa...owh sweetnye shark..romantik abis..
semuanye misteri...
ReplyDeletedh mcm cite conan..
tp i likeee...
cepat la smbg writer..
xsabar nk merungkai kemisterian yg melanda ni...
smpai ayat pon dh mcm shinichi... haha...
heee. . .
ReplyDeletegoing 2 luv am. . .
okay la am ngan misha. . .
hope character misha x mcm lalang sgt ye. . .
misha da mcm main2 kn pasaan am ngan shark. . .
eh, am macam best apeeee.
ReplyDeleteisk3.
mimi p wat solat sunat istikarah ye.....cari masalah sungguh si misha ni
ReplyDeletehehehehehe...misya still pkir pasal shark if am dh luahkan perasaan...jodoh misya mesti ngan shark,mereka sgt sepadan bagai pinang dibelah dua...hehehehehehehe
ReplyDeleteoh wazrul shah ! thank yooooouuu very much because open your blog for public ! what a nice story you have ! keep going on this field , I'm pretty sure you can stand same level with other writer . nd please , tak payahlah nak private - private .
ReplyDelete~ pssst , boleh tutup tak lagu tu ? saya tak boleh la nak fokus on your work . (^.^)v . jgn marah ye ? ~
sape am????
ReplyDeleteada ke sejarah antara mereka dulu......
oucH! sape am??wondering..la..la..la..
ReplyDeletesape taw??tell me!!
misha! dun u dare trima proposal mak am..
i'm very46 not agree!!
ala...xmoo la misha ngn am
ReplyDeletenk misha ngn shark jgk!!!
xmo la am 2..nk shark..die sweet..
ReplyDeleteseriously am???
ReplyDeletex sesuai langsung ngan mimi...
shark balik la awl...
`ter` lebih plak...hehehe
x sabar nk tunggu smbgngan nye...
ReplyDeleteshark!!!!!
ReplyDeletebalik cpt,emergency ni..
nnti misha kna kbs dgn am..
tak nak!!!
x mo la misha ngan am...
ReplyDeleteske misha ngan shark lg...
oh my..tersuka am pulak...
ReplyDeletelah2 banyak pulak halangan misha ngan shark ni..
siapakah yg berjaya nnt???
tak naklah Am...
ReplyDeletenak Shark..:)
ahh!! misha!! which onE?
ReplyDeleteshark or am??
betol kate vanilla_ice..dh separuh gile si shark meng'shark'kan diri utk si misha..tahu2 si misha bukak offer kat Am plak..kecian kat shark..=(
ReplyDeletexptot2...mimi gle kuasa...
ReplyDeletemimi knl k arm??
hisyy..
ReplyDeleteape ni bg chance kat am pulak ni?
xde2..
misha ngn shark je..
huuuu~~
misha dh bg peluang kat am.... bgus2... tp ksian plak kat shark... x sbar nk tau nnt misha pilih sape...
ReplyDeleteuntungla mimi ade am n shark!!! jelesnya..hehe..:D
ReplyDeletela misha..napa bg harapn kt am, sian die..shark pun sian jgk..huhuhu
ReplyDelete