Friday, April 22, 2011

Bab 9

MALANGNYA la nasib aku bila Uda balik waktu aku tengah syok berbual dengan Shark dekat luar rumah. Uda yang segak memakai baju Armani Exchange tu buat muka pelik bila nampak aku tengah berbual dengan Shark.
Kereta Nissan Fairladynya sengaja diberhentikan di hadapan rumah, Uda bukak pintu kereta dia. Aku dah cuak gila. Uda nak marah Shark ke? Jangan la.. Jangan la.. Aku cuma mampu berdoa je. Tengok dari riak wajah Uda, aku rasa Uda nak marah Shark.
“Siapa ni?” Shark yang tak nampak Uda ada belakang je macam terkejut je bila dengar suara Uda.
“Kawan Mimi,” Shark pusingkan badan dia dan hulurkan tangan. Spek mata hitam yang Uda pakai, Uda segera bukak.
“Shakir?” Uda soal Shark. Dahi aku dah berkerut. Uda kenal Shark ke? Shark senyum.
“Zaf?” Shark tanya Uda balik.
“Kecilnya dunia..” Kedengaran Uda ketawa.
Shark geleng kepala. Aku yang termangu kat tengah-tengah di antara Uda dengan Shark ni langsung tak diendahkan oleh mereka berdua. Cuba la kasi penjelasan sikit, apa yang tengah berlaku sekarang ni!
“Mimi, ni la captain Uda.” Uda memperkenalkan. Gigi aku macam nak retak semua bila Uda cakap macam tu. Kapten mana pulak yang Uda mengarut ni?
Captain apa?” Aku tanya. Shark tak bersuara langsung. Dia pandang aku dengan pandangan matanya yang memukau tu.
Captain kat tempat Uda kerja la.. Dia ni pilot.” Uda memberitahu.
Aku terkejut lagi. Hampagas punya Shark.. Punya la berahsia dia punya kerja, akhirnya baru aku dapat tahu yang dia ni juruterbang. Sama-sama bertugas dengan Uda lagi!
Aku pandang Shark, meminta dia menjelaskan satu persatu. Benar ke apa yang Uda cakap tu? Shark angguk.
“Masuk la jom Shark. Mimi, ajak Shark masuk.” Uda mempelawa. Aku angguk-angguk. Uda masuk balik ke dalam kereta dia dan terus parkir kereta kesayangan dia tu kat kawasan letak kereta.
Sementara Shark bawak masuk vespa dia ke dalam rumah aku, aku jeling dia dengan pandangan yang tajam. Rasa macam nak telan dia hidup-hidup sekarang ni. Dia tak pernah nak beritahu aku kerja apakan? Penat-penat aku fikir selama ni..
“Kenapa muka masam je Misha?” Soal Shark. Aku tak jawab soalan dia. Biar dia tahu yang aku tengah merajuk dengan dia!
“Misha.. Marah orang eh?”
Aku diam lagi. Biar.. Biar padan muka dia!
“Orang bukan tak nak beritahu.. Tapi orang rasa belum sesuai lagi nak beritahu awak.” Dia mengeluh. Dia letak vespa dia kat sebelah kereta dia. Uda pulak dah lama masuk rumah, tergesa-gesa betul.
“Bagus sangat sebab menipu.” Sinis aku berkata. Sekali lagi Shark mengeluh.
“Orang tak ada niat nak tipu awak pun.. Sumpah.” Dia angkat tangan dia. Aku ketawa terpaksa.
“Lelaki mana pernah jujur semua.. Semuanya penipu.” Jawab aku.
Wajah Shark tampak muram sejurus mendengar kata-kataku. Bisa sangat ke apa yang aku cakap tadi? Kadang-kadang aku sendiri pelik, macam mana aku boleh keluarkan perkataan yang berbisa macam tu. Haru la aku ni!
“Orang minta maaf..” Perlahan dia berkata. Aku pandang tempat lain.
“Masuk dalam.” Aku ajak dia.
Aku langsung tak balas kata-kata maaf yang dia ucapkan pada aku. Belum rasa nak memaafkan dia lagi. Dia tak ada buat salah, tapi aku rasa semacam je bila dia tak jujur dengan aku tentang kerja sebenar dia. Cikgu la konon.
****
“LAMA kenal dengan adik aku Shark?” soal Uda kat ruang tamu.
Aku dengar setiap patah bicara Uda. Aku tengah tolong Kak Kiah siapkan minum petang. Jam dah menunjukkan ke pukul enam. Mama mesti sibuk dengan kerja persatuan dia lagi. Tak apa la.. Sekali sekala mungkin boleh..
“Baru je Zaf. Tak sampai sebulan pun.” Suara Shark kedengaran pula. Aku intai-intai dari dapur.
“Ada any relationship ke?” Uda tanya Shark. Aku rasa macam baling je cawan yang tengah aku pegang ni kat Uda daripada dapur. Ada ke patut tanya soalan macam tu kat Shark? Mesti la tak ada apa-apa!
Wajah Shark tampak tenang je membalas soalan Uda. “Belum lagi.. But akan ada nanti.” Yakin Shark menjawab. Aku telan liur. Kesat. Shark serius ke dengan kata-kata dia tu?
Uda ketawa.
“Cepat bertindak Shark.. Adik aku tu hot sikit. Maklum la.. Kau tengok je la abang dia.. Berapa ramai pramugari kejar aku.” Uda berlawak. Aku geleng kepala. Masuk lif tekan sendiri la si Uda ni.
Shark ketawa juga. “Go slow la Zaf. Mana boleh nak terus bertindak. Misha ni keras kepala sikit.” Aku gigit bawah bibir. Keras kepala dia kata aku? Amboi.. Sedapnya mulut bercakap.
Kalau ikutkan hati, nak je aku pergi belakang rumah aku, cabut cili dekat pokok tu lepas tu tenyeh dekat mulut Shark. Ikut sesedap rasa dia je kata aku ni keras kepala! Aku rasa aku dah lembut dah kepala aku ni! Boleh dia kata aku keras kepala? Alfonso betul!
****
“MIMI.. Dah siap. Apa yang duk intai-intai dari tadi tu?” Kak Kiah menegur aku.
Aku tersentak. Hish Kak Kiah ni! Potong stim betul la! Orang tengah syok dengar perbualan antara Uda dengan Shark ni! Boleh pulak potong line!
“Kak Kiah! Tunggu kejap.” Aku mendengus. Kak Kiah geleng kepala.
“Mimi suka dengan Shark ya?” Ni lagi sorang yang tanya soalan tu dekat aku. Aku rasa dalam rumah aku ni semuanya suka Shark. Bila diorang suka, diorang akan tanya aku..
“Mimi suka Shark?” Itu la frequently asked question dalam rumah ni! Sampai aku naik pening dan muak dah dengar soalan tu! Tak lalu lagi nak hadapi soalan tu!
“Suka sebagai kawan.” Aku jawab soalan Kak Kiah. Kak Kiah angkat kedua belah kening dia, macam tak percaya dengan apa yang aku cakap je gayanya.
“Kak Kiah tak rasa macam tu.” Kak Kiah kata.
“Apasal pulak?” Aku tak puas hati.
“Mimi suka dia kan?”
“Kan dah cakap tadi.. Suka sebagai kawan.” Aku ulang balik jawapan aku. Kak Kiah gelak.
Don’t lie.” Aku terkejut sekejap. Gila speaking Kak Kiah ni.
Speaking nampak?” Kak Kiah tersengih.
“Mimi suka dia. Kak Kiah nampak masa Mimi pandang dia. Kalau tak kenapa Mimi sibuk nak intai Zaf dengan Shark berbual? Tu kan hal lelaki.” Kak Kiah meneka. Aku kerut dahi.
“Saja-saja je. Tak boleh ke?” Aku tak rasa pun aku salah sebab aku intai Uda dengan Shark berbual.
“Mimi nak tahu dia suka Mimi ke tak kan?” Aku ketawa.
Tak payah Shark cakap pun aku dah tahu yang Shark sukakan aku. Eh.. Dah mula perasan dah aku ni. Entah la, mungkin Shark suka aku sebagai adik dia kut. Aku mana la tahu dia ada teman wanita ke belum.
Orang kacak macam dia mesti dah ada teman wanita. Kalau tak ada tu memang something wrong somewhere la tu.
“Dah la Kak Kiah. Mimi angkat air ni dulu pergi depan. Kering pulak tekak..” Belum aku habiskan ayat aku tu, Kak Kiah menyampuk.
“Kering pulak tekak cik abang sayang tu.” Usik Kak Kiah. Aku mengetap bibir. Kaki usik betul la Kak Kiah ni!
****
“MINUM dulu..” Aku letakkan air yang dah siap dibancuh tu kat atas meja. Uda pandang aku dari atas ke bawah.
“Mimi dah mandi ke belum?” Tiba-tiba je Uda soal aku macam tu. Aku geleng kepala.
“Patut la busuk je!” Aku jadi bengang dengan kata-kata Uda. Dah la dia cakap depan Shark! Tak guna betul la Uda ni! Memang saja la tu nak kenakan aku depan Shark!
Aku tak layan kata-kata Uda. Aku tengok Shark tengah tahan diri nak senyum. Itu pakat nak gelakkan aku la tu. Uda gelak-gelak. Lepas letak air je aku tak buang masa lagi. Terus aku naik atas dan masuk bilik.
Biar la Uda layan si Shark tu! Bengang aku.. Uda ni memang nak sangat aku mengadu kat teman wanita dia kat London tu tentang perangai nakal dia ni! Geramnya!!
Aku capai tuala dalam almari dan terus mandi. Memang daripada tadi aku nak mandi cepat, badan aku pun dah rasa panas gila ni. Cuma tadi sebab Shark datang, aku tangguhkan dulu waktu mandi aku.
Kalau tak, selalunya aku mandi dulu selepas balik kerja. Alang-alang Uda dah tegur aku busuk, aku nak sembur banyak-banyak minyak wangi aku. Biar Uda pengsan!
Selepas mandi je aku terus capai baju yang aku dah siap-siap letak atas katil tadi. Aku rasa Shark dah balik. Lama jugak aku mandi. Hampir setengah jam! Dia pun mesti dah naik bosan menunggu aku agaknya.
Aku capai minyak wangi jenama Nina Ricci kat atas meja solek. Lepas tu aku sembur-sembur kat baju aku. Biar bau yang aku pakai ni buat Uda rasa lain macam. Ni la jenama minyak wangi yang paling digemari oleh bekas teman wanita Uda!
Uda ni tak payah cerita la dia punya stok. Memang setiap sebulan je dia tukar-tukar teman wanita macam tukar baju je. Senang je dia dapat teman wanita baru. Tapi semuanya tak bertahan.
Dalam tempoh beberapa tahun ni, Uda cuma setia dekat seorang je perempuan. Liya Zafrina.. Nama pun nak dekat sama dengan aku. Cuma nama depan je lain sikit. Liya ni sebaya dengan aku tapi duduk kat London sana.
Dia sambung belajar lagi. Khabarnya tengah belajar untuk jadi neurologist.. Gila punya pandaikan? Aku cuma mampu berdoa yang Uda akan kekal dengan Liya ni. Tak payah la nak tukar-tukar pasangan lagi. Tak bagus dilihat orang!
****
AKU turun dengan langkah yang perlahan. Uda senyum je pandang aku. Shark masih ada lagi. Dia tengah minum air yang aku hidangkan tadi. Kenapa Shark tak balik lagi? Soalan tu aku tak dijawab oleh sesiapa sebab aku tanya diri aku sendiri.
“Wanginya..” Uda bersuara. Aku mencebik. Tadi kata aku busuk, sekarang kata wangi pulak. Ya la kan.. Dah mandi, mesti la wangi.
Shark kenyit mata dekat aku. Mujur la Uda tak perasan. Kalau tak nanti aku takut Uda buat gosip baru pulak dekat mama. Nanti dia mesti hebohkan dekat Angah dengan Along! Kalau sampai Along dengan Angah tahu, lagi la teruk!
Along ni garang sikit.. Tapi nasib baik la Angah open minded. Cuma kadang-kadang je dia tegas sedikit. Biasa la.. Umur pun dah meningkat, mesti la kena tegas dalam apa-apa juga perkara. Kan?
“Busuk la Uda. Uda dah mandi belum?” Aku tegur Uda. Uda tergelak-gelak. Happy go lucky Uda aku sorang ni.
“Belum. Uda tunggu Liya mandikan Uda.” Aku mencerunkan kening aku.
“Gatal gila.” Aku ulang balik kata-kata yang aku cakap dekat Shark tadi. Shark pandang aku.
“Dengan Liya sorang je!
Jawapan yang sama. Sama macam Shark bagi tadi. Memang la aku rasa lelaki suka sangat jawab soalan dengan kata-kata yang sama. Dah boleh agak. Klise sangat jawapan dia.
“Kenapa tengok orang macam tu?” Soal Shark pada aku. Uda geleng kepala.
“Uda naik mandi dulu. Tadi kata Uda busuk. Mimi layan la Shark ni dulu. Kalau boleh bincang sikit bila Shark boleh hantar rombongan meminang.” Uda bangun dari kerusi dan berlalu menaiki anak tangga.
Sempat lagi tu Uda nak usik! Sebelum naik tangga, Uda pusing belakang. “Perfume Mimi macam bau perfume bangkai ayam je.” Usik Uda lagi. Aku jeling Uda. Uda naik tangga dengan tawanya yang panjang.
Shark pandang aku.
Aku pandang Shark.
Sepi seketika.
Hilang kata-kata nak bercakap. Kepala otak aku pun tak ada langsung ayat nak cakap. Buntu.. Gila buntu kepala ni. Dah tepu ni!
“Orang suka perfume tu.” Shark bersuara.
Perfume mana?” Aku soal dia balik.
“Yang awak pakai tu.”
“Kan Uda saya cakap yang perfume ni bau bangkai ayam.” Shark ketawa. Ketawa yang menyenangkan hati aku. Aku sangat-sangat la suka bila dia ketawa macam tu!
“Uda awak lain. Dia taste lain.” Jawab Shark.
“Maksud awak, Uda saya taste tinggi. Awak taste low? Saya ni teruk la?" Aku tanya Shark. Shark cepat-cepat geleng.
“Bukan tu maksud orang.”
“Habis tu?”
“Uda awak tu kan dia pelik sikit. Dah biasa bau macam-macam. Bau bangkai ayam pun dia kata wangi. Sebab deria bau dia dah rosak.” Aku gelak dengar kata-kata Shark. Pandai betul Shark ni buat aku ketawa dan tersenyum.
“Pandainya buat kesimpulan.” Aku puji dia.
“Sikit la.”
“Dah lama kerja sebagai pilot?” Aku soal dia. Nak jugak tahu tentang kerja dia ni. Shark angguk.
“Tak lama jugak. Baru tiga tahun.” Jawab Shark. Aku angguk. Mesti Shark seronok dengan kerja dia..
“Best tak?” Shark angguk.
“Sangat best. Kalau minat, semuanya best awak. Cuba awak bayangkan kalau awak suruh orang buat kerja yang orang tak minat macam tangkap cicak ke..” Shark berkata lagi.
Dahi aku berkerut. Apa kena mengena dengan tangkap cicak? Aku tak faham. Blur..
“Cuba la tangkap cicak. Best tu..” Aku cabar dia. Wajah dia dah lain.
“Tak nak la.” Cepat dia menjawab.
“Kenapa?” Aku soal dia. Soalan tahap zoo punya aku tanya.
“Geli.” Pendek je jawapannya. Aku ketawa. Lelaki macho macam Shark ni pun geli dengan cicak ke? Aku rasa macam nak gelang guling-guling je kat lantai ni. Tapi aku fikir lagi, tak baik ketawakan orang. Jadi aku tahan je ketawa aku.
“Gelak la kalau nak gelak.” Shark berkata.
“Tak la.” Aku cuba menafikan. Walaupun sebenarnya aku tengah kawal diri aku daripada ketawa sekarang ni.
“Awak kerja apa?” Aku diam.
“Tak nak beritahu?”
“Doktor.” Aku menjawab jugak akhirnya.
Kalau aku tak beritahu dia pun, mesti nanti Uda beritahu dia. Uda tu kan kepoh sikit. Banyak la benda dia akan beritahu Shark nanti. Jangan dia beritahu perkara yang memalukan aku sudah! Tak sanggup la aku!
“Hebat.” Puji dia.
“Doktor gigi je.” Cepat-cepat aku jawab.
Even doktor gigi sekali pun, tetap hebat okey.” Aku mengiakan saja kata-kata dia tu. Layankan je la labu..
Shark tengok jam dia. Dah lama jugak dia kat sini. Dah nak masuk waktu maghrib pun.
“Nak balik ke?” Aku soal dia.
“Halau ke?” Aku ketawa.
“Tak la. Dah nak maghrib..” Aku beritahu dia. Dia angguk.
“Orang tumpang solat ni kat sini boleh? Takut nanti jalan jammed bila nak balik rumah orang tu.” Dia meminta izin. Aku angguk saja. Kasi je la dia solat kat sini. Tak rugi apa-apa pun.
****
SELESAI je solat Maghrib berjemaah dengan Shark dan Uda, Shark meminta diri untuk balik.
“Balik dah Shark?” Uda soal Shark.
“Lewat dah ni.” kata Shark. Uda angguk.
“Anak mummy la katakan.. Takut mummy dia marah la tu.” Shark tersengih bila dengar Uda cakap macam tu. Mesti si Shark ni anak manja. Getus aku dalam hati. Kalau tak kenapa perangai dia manja je dengan aku!
“Tu la aku cakap. Kahwin je la cepat dengan adik aku ni. Tak payah balik rumah kau lagi. Balik bilik je.” Uda usik aku lagi. Aku dah tak boleh tahan. Segera lengan Uda aku cubit. Uda mengaduh kesakitan.
“Aduh.. Kau tengok Shark? Jaga-jaga la kau dengan dia nanti. Memang lebam la badan kau nanti bila dengan si Misha ni.”
Uda tergelak-gelak. Shark turut tak lepas peluang untuk ketawa. Aku sorang je yang tarik muka masam sekarang ni. Tak suka langsung dengan lawak tu! Hampagas betul Uda!
“Pandai la aku uruskan.” Shark menjawab sambil kenyit mata kat aku. Pecah ketawa lagi. Dua lelaki kat hadapan aku ni memang kerjanya mengusik aku je.
Dalam sehari kalau tak usik aku rasa tak sah kut. Tapi aku suka jugak sebenarnya sebab diorang ni kan jarang-jarang ada kat tanah. Asyik sibuk dekat awan je..
Next flight bila?” Aku cuba matikan topik yang tengah diorang bualkan ni. Shark dan Uda berpandangan sesama sendiri.
Maybe lusa.” Jawab Shark.
“Mana?” Aku tanya lagi.
Holland.” Shark dan Uda jawab serentak. Kemudian mereka sama-sama ketawa.
“Mimi nak kirim apa-apa ke dengan Shark?” Uda tanya aku. Aku geleng kepala.
“Belikan je la si Mimi ni bunga tulip Shark.” Uda mencadangkan. Aku dongak kepala tengok Uda. Pandai-pandai je si Uda ni!
The day began as limitless dreams,” Shark tersenyum. Apa maksud Shark?
Gently, a whisper of innocent suggestions breeze by placing a captivating kiss on a single petal. An offering from the tulip brings it into its full bloom? Huh?” kata Uda pula. Aku kerut dahi lagi. Apa la diorang tengah bahas sekarang ni?
Shark ketawa. “Ingat kau ek.”
Uda dabik dada. “Zafri ni!”
Mereka sama-sama ketawa.
The sun is rising and the tulip awakens for a new beginning. A fleeting kiss of softness caresses the petals.” Shark senyum meleret sambil dia cakap. Uda ketawa.
“Dah la tu Shark. Muka pelik dah si Mimi ni.” Uda geleng kepala. Bagus sebab Uda dah nampak muka pelik aku. Kalau tak, entah apa lagi yang diorang nak merapu.
“Mimi akan tahu nanti apa yang kami tengah cakap.” Uda kenyit mata. Shark senyum juga. Ah.. Apa-apa je la!

bersambung~

53 comments:

  1. liya zafrina???uhuk3...rasa mcm prnh dgr je nama tu...hahahahahaahaha...x aci btol !!

    ReplyDelete
  2. haha..apa laa yang dorang cakap kan tu??
    nak tau juga! ;)

    ReplyDelete
  3. tulip?? holland??
    i likeeee!!!!!
    downg ckp pe tu??
    puisi ke??
    excited dh nii nk thu,,ehheh

    ReplyDelete
  4. haha..da agk da pilot..i like.. ;)
    tp x sgka ley knl ngn uda..
    hahaa..ape diorg ckp?
    plik smcm je...
    next chpter pleaseeeeee.... :)

    ReplyDelete
  5. aww best ada abg mcm uda haha
    best best ~
    *wait 4 bab 10 .. go sha (:

    ReplyDelete
  6. liya zafrina????
    aiseyh!! untung lha en...

    ReplyDelete
  7. wahhhh . hoye2 ! sukeeee pilot ! suke2! pilot tu hebat ! ptotla dy bz . n xde msee . nk bab 10 !

    ReplyDelete
  8. Waaaaaaa! Nak jerit kuat2! Haha..ehem2, mula2 nak cakap TQ sebab ambik nama kak lily ;) terharu gila! :')

    Emi : jangan jeles! :P
    Dsyaleeza : ye, dia mmg bertuah ;) *Gurau je. Haha..

    Shah, betullah kak lily teka sebelum ni. Shark mmg pilot! ;) Best!

    ReplyDelete
  9. Kak Kiah! I Love You ahahah. wah! PILOT! pilot yang master dalam subjek CINTA ahahaha. akak suka watak Kak Kiah, Shark, Misha dengan Uda sangat-sangat :D

    ReplyDelete
  10. walawei pilot 2 beb...hahaha...doc vs pilot...perhhhh....best2,,,next bab...:p

    ReplyDelete
  11. akhirnye taw gk spe shark... hehehe sorang pilot sorang doktor... nice.. ;)

    ReplyDelete
  12. <<<<senyum je memanjang..huahaha

    ReplyDelete
  13. eeeeeeeee !! bestnyeww !! PILOT tuhhh !! bapak diaa .. grrr !! hahahaha ... comel jerr kje pilot .. baik lakk tuhh .. mmg untung r misha nie lau dia gan sharkk !! NAK LAGIKKKKKKKKKKK :)

    ReplyDelete
  14. shark a pilot?? hebat2.....
    ngan uda plak tu.....huhu....lg2....

    ReplyDelete
  15. wow . shark pilot ? wah , semakin best la pulak crita ni . x sabar nak baca next chapter . sweet je . skrg dah tau serba sedikit pasal Shark . tunggu pasal Am lagi lah .

    ReplyDelete
  16. wawawawa~~si shark ni pilot upannya....perfect match laaaa...sorg pilot...sorg doktor.....
    i loike laaa.....arap2 diorg kapel n kawen trusssss laaa......wink3~~~

    ReplyDelete
  17. pilot. pakej romeo la tu. sng nak ngorat si Misha. hahahaha xDDD

    suke chapter ni. post nct chapter cpt!

    ReplyDelete
  18. long n3..n i loikee...
    nk lagi plezz..hehee

    ReplyDelete
  19. sangat suke tulip. . .
    bunga y sgt simple. . .:))
    gud choice

    ReplyDelete
  20. wow! shark pilot.. hebat3.. i likee..
    next chapter, please.. hik3

    ReplyDelete
  21. wah~bgusnye shark kejanya pilot.. kerjaya yg sya memng fav btul2.huhu tk than ni dh tergoda sesangat kat shark ni..kena trnsfom jdi jaws jap ar....hihihi

    ReplyDelete
  22. finally,,, pilot rpenyer shark 2,,, huhu,,, knl ngn uda misha plk 2,,, trok lar misha asyik kne usik jer,,, btw,,, bez sgt cter ny,,,,:)

    ReplyDelete
  23. tulip ?? holland??
    ap diowg ckp tuh??

    ReplyDelete
  24. akhirnya ... rahsia perkejaan SHARK terbongkar .. and .. hE is PILOT ?? oh no .... mmg SHARK nie llk idaman aq r ... pilot tu ... nak jdikan abg angkt r .. suka plus++ .. hehe .. hhmm.. UDA .. jaat asyk kenekan MISHA .. but .. dri situ nampk sgt hbgn kekeluargaan yg kuat .. 0ke .. noe komen tuk ko .. ayat 0ke .. but mantopkan lagi .. 0ke ?? spya lebh hebat !! chaiy0k2 !! aja aja fighting ! keep it up ! :)

    ReplyDelete
  25. fie pun sme ;lmbt bce cam aku,, haha,,sepp dik!!!

    okeh,.,. nk g bce next~~~~>>>

    ReplyDelete
  26. knplah shark 2 perfect sangat??tergoda rasanya..haha

    ReplyDelete
  27. w'pon tau shark tu pilot tp nk tau jgak cmne die dr awal bole tau psl misha..
    siap bole call mama misha lg..
    cepat la ungkai.. orang nk tau...
    n psl am tu xyah la..
    xsuke die...
    kuat mendesak..

    ReplyDelete
  28. erm..erm..
    penah ku dengar ayat2 itu...

    ReplyDelete
  29. nissan fairlady!!!
    wah!!!!

    ( >_< )

    ReplyDelete
  30. pilot memg ckp pakej ke?hndsome,baik,kelakar n so on..
    i thimk a in our true world kan..xwujud pilot cmni kan???
    but anyway..like shark vm..!!

    ReplyDelete
  31. hahaha..credit 1 point la kat shark...
    uda da bgu green lite da 2~

    ReplyDelete
  32. wahhh..shark pilot.sye suke sgt laki keje pilot nih..heheh

    ReplyDelete
  33. hehehe..pakej lengkp..pilot tuhh..
    nanak shark=pilot..kekeke...
    Misha tggu ap lg..kahwin trus dh dpt green light dr uda..

    ReplyDelete
  34. trjwb sudh pkrjn shark...
    ske2

    ReplyDelete
  35. owh...pilot rupenye..
    lawaklah dorg ni...

    ReplyDelete
  36. ape yg dorg dok ckp tu??mcm xfaham je..=%

    ReplyDelete
  37. w0WW!! b'puitis kata2 nye..
    shark ngan uda...

    ReplyDelete
  38. gila laa~ mmg best kut mamat ni.. adehh~~ takleh nak stop senyum dah... tolong!

    ReplyDelete
  39. perghhh..
    pilot upenye..
    wahhhh...
    kak kiah mmg dahsat..
    speaking beb..
    ngeeee~~~

    ReplyDelete
  40. shark tu pilot rupe nye...... wow, x sangka.....

    ReplyDelete
  41. wah..x bleh blah btul..pilot tu..patut la hndsome..heheh..pilot naik vespa..cool sei

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.