Tuesday, April 26, 2011

Bab 11

AM telefon aku tadi untuk ajak aku keluar makan tengahari dengan dia sama-sama. Aku pun setuju je dengan ajakan dia tu dan terus siap-siap kemas barang aku. Aku pesan kat Ana supaya tutup klinik awal sikit untuk petang ni.
Memandangkan hari ni tak banyak sangat yang buat appointment, jadi aku rasa elok la kalau aku bagi peluang sekali sekala kat pekerja aku tu untuk rehat. Mesti diorang nak keluar dan lepak dengan kawan-kawan diorang jugakkan?
Aku ni bukan la bos yang kejam sangat sampai tak kasi cuti langsung! Sebaik saja aku cakap tutup kedai, laju je si Tyra tu kemas barang. Bukan main bersemangat lagi kemas klinik dan susun semua barang dalam klinik. Aku senyum sendiri.
Sekarang aku dah siap kemas barang aku dan aku berada dalam kereta menunggu Am. Dia kata dia dalam perjalanan ke klinik aku.
 Aku tak tahu dia kerja apa, malas nak tanya. Malas nak ambil tahu. Tapi dia tu tak kerja pun tak apa, makan je duit mak bapak dia yang memang dah kaya tu. Aku dail nombor Am, dah lama benar aku tunggu dia ni. Batang hidungnya tak nampak-nampak lagi.
“Kat mana?” Aku tanya Am sebaik saja dia angkat telefon.
“Sekejap. Jammed ni. give me ten minutes.” Pinta Am. Aku akur. Faham la aku dengan keadaan dia sekarang. Dalam keadaan jalan sesak memang tak boleh nak buat apa dah.
Sementara menunggu Am, aku buka radio dan tukarkan ke frekuensi HotFM, frekuensi radio kegemaran aku. Waktu tu lagu dendangan Bruno Mars tengah bermain kat corong radio.

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone
So leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

            Sungguh! Dengar lagu ni je dah buatkan aku rasa malas. Kepala pun rasa berat je, mata jadi mengantuk. Memang kena dengan tajuk lagunya. The Lazy Song! Sedang aku asyik melayan lagu dendangan Bruno Mars ni, pintu kereta aku kena ketuk. Aku terkejut.
            Am! Laju betul dia sampai.. Tadi kata jalan sesak! Tak sampai sepuluh minit! Aku buka pintu kereta dan keluar dari kereta. Am tampak segak dengan baju kemejanya yang berwarna putih dan memang kelihatan kacak pada pandangan mata aku.
            “Sekejapnya..” Kata aku. Am senyum saja.
“Tak nak bidadari tunggu musafir hina macam Am ni lama-lama.. Mimi tak boleh tinggal sorang-sorang, nanti ramai yang kejar Mimi.” Am berlawak. Aku paksa bibir aku untuk senyum. Lawak ke? Aku tak rasa lawak pun..
“Mengada la.. So, nak pergi mana ni?” Soal aku, terus padanya. Malas nak berbual lagi, sebab perut pun dah menjerit-jerit minta diisi. Tekak aku tak payah nak cerita lagi la, memang dah kering tahap nak kemarau aku rasa!
Am diam. Mungkin dia tengah fikir lokasi yang sesuai untuk makan tengahari. Kalau ikutkan hati, aku beli je mi Maggi yang dalam cawan tu lepas tu makan dalam klinik aku. Tak payah nak bazir duit aku, dengan bazir waktu. Cepat dan mudah!
Bukan la maksud aku kedekut sebab nak beli makanan pun berkira, tapi fikir logik la.. Kalau hari-hari asyik makan makanan yang mahal je, sampai bila nak simpan duit? Ada juga masa kena ikat perut.. Itu prinsip aku la. Lain orang lain pendapatnya sebab macam yang selalu kita dengar. ‘Rambut sama hitam, hati lain-lain.’
“Makan kat rumah Am nak?” Ajak Am. Aku telan liur. Biar betul si Am ni? gila ke nak ajak makan kat rumah dia? Sah-sah la aku kena menghadap mama dia sekali lagi. Mati aku.. mati..
Aku geleng.
Am mengeluh.
“Kenapa?” Aku tanya dia.
“Jom la.. Mama Am dah masakkan.”
Mama Am masak ke? Ke orang gaji dia yang masak? Kan selalunya orang yang banyak duit ni malas sikit nak masak, selalu upah orang lain untuk masakkan. Bila aku sedar yang aku pun dua kali lima, aku diam.
“Segan la. Makan dekat Pizza je la.” Aku ajak dia. Dia geleng. Wajahnya kelihatan serius. Memang dia paksa aku betul-betul untuk makan dengan rumah dia ni. aku tengok jam pada pergelangan tangan aku.
Dah pukul dua petang. Buat pertama kalinya, aku tutup klinik aku pada jam dua petang. Sangat la gempak.. Nasib baik la klinik tu klinik aku sendiri, jadi aku boleh buat ikut suka hati aku je.
“Pizza tak kenyang la Mimi.” Am mengeluh. Aku angkat kening sebelah. Tak kenyang ke? Kenapa selalu ni aku makan, kenyang je? Perut Am ni sah-sah la kena isi dengan banyak makanan. Kalau aku, makan sikit je dah kenyang. Jaga badan la katakan..
“Dengan Am je kut.. Mimi okey je dengan pizza..” Aku memprotes.
“Mimi tahu tak, tak elok makan fast food selalu.” Dia nasihat aku. Aku pandang dia. Kenapa tiba-tiba mood dia nak kasi ceramah dekat aku pulak ni?
Aku mengangguk. Aku tahu memang tak elok makan Pizza, KFC dan McD selalu. Tapi aku tak boleh nak hentikan serta merta habit aku tu. Macam orang lelaki la kalau diorang merokok. Nak ke diorang bila aku paksa diorang berhenti merokok tiba-tiba?
Mulut aku rasa gatal je nak tanya si Am ni merokok ke tak. Tapi kalau nak tengok dari bibir dia, memang merah.. Aku agak dia tak sentuh walau sebatang rokok pun. Ya la kan.. Semua lelaki sekarang mesti nak merokok. Aku tak tahu apa yang seronok dengan merokok tu. Asap sana, asap sini...
“Am merokok tak?” tanya aku tiba-tiba. Kalau dia jawab ya, memang siap la aku nak nasihatkan dia kaw-kaw punya. Macam-macam ayat dah tersusun dalam kepala otak aku ni. semuanya tinggal tunggu bibir aku je nak lepaskan!
“Dulu ya.. Tapi Am dah berhenti. Kenapa?” Aku lihat kereta yang lalu lalang dekat jalan dengan tanpa rasa minat. Dah sepuluh minit kami berbual sambil enjin kereta terbuka. Aku cepat-cepat tutup enjin kereta aku. Membazir minyak pulak nanti..
“Saja tanya. So.. Nak makan mana ni?” Aku tanya dia semula, berbalik kepada persoalan utama kenapa kami nak jumpa.
Am buat muka kucing. “Rumah mama Am okey? Please..” Pintanya. Aku dah tak boleh nak menolak lagi. Ikut je la. Cuba fikir positif sikit, sekurang-kurangnya hari ni aku tak ada keluarkan duit aku! Jimat..
Aku masuk semula dalam kereta. “Eh, nak pergi mana tu?” Am panggil aku.
“Rumah mama Am la.” Am geleng kepala.
“Naik kereta Am. Tinggalkan kereta Mimi kat sini. Nanti Am suruh driver Am hantar kereta Mimi balik rumah Mimi.” Arah Am. Aku terkedu. Laju je bibir dia tu bagi arahan. Dia tak tanya langsung kat aku, sama ada aku setuju ke tak kalau dia suruh driver dia bawa kereta aku tu.
“Jangan la tengok macam terkejut..”
“Memang terkejut. Tiba-tiba je.. Mimi nak drive sendiri la.” Aku membantah. Am memandang aku dengan tajam.
“Mimi, tak nak kan Am cium Mimi kat sini?” Am mengugut. Aku tersentak. Gila ke si Am ni? Dekat tempat-tempat awam ni dia nak buat macam tu? Memamg nak kena bakar la kereta dia ni!
“Am, Am nak Mimi lempang Am ke kat sini?” Aku ugut dia semula. Dia ingat dia je boleh ugut aku ke? Aku lagi boleh ugut dia macam-macam! Am ketawa.
“Mimi nak Am peluk Mimi kat sini? In front of hundred people here?” Cabar Am. Aku tengok Am dah mendekati aku, memang serius muka dia sekarang ni. aku dah takut.. Kalau buatnya dia peluk aku betul-betul?
Tak ke keluar dekat Berita Harian esok. ‘Misha Dipeluk oleh Lelaki.’ Aku terjeda. Tapi kemudian aku baru sedar yang aku ni bukan popular sampai ada orang nak keluarkan cerita tentang aku kat suratkhabar..
‘Sedar la Misha oi.. Kau tu Misha Zafrina, bukan Misha Omar okey?’ Suara hatiku ketawa mengejek aku.
“Ya la.. Am menang. Eii!!” Aku mendengus geram. Am ketawa dengan kuat. Seronok betul dia kenakan perasaan aku sekarang ni. dia tak tahu ke yang jantung aku dah berdegup kencang ni?
“Jom.. Masuk kereta Am.” Dia membuka pintu keretanya yang betul-betul berada di sebelah kereta aku.
Kereta dia yang warna kelabu dan ada dua tempat duduk dia tu aku tengok semacam je.. Kedekutnya la si Am ni. bila kereta untuk dua orang duduk je. Mana la puas nak jalan ramai-ramai. Tapi serius aku tak pernah nampak kereta macam ni.
****
DALAM kereta Am, aku banyak diam. Tak ada benda sangat aku nak borak dengan Am. Mulut pun rasa macam terkunci je. Wangian yang dia pakai tu betul-betul melemaskan aku! Memang menusuk hidung dan menikam jantung!
“Ni kereta awak ke?” Aku soal dia. Elok la kalau aku buka topik dulu. Dia pandang aku dan senyum. Cantik je cermin mata hitam Armani yang dia pakai. Mesti yang original punya.. Am mengangguk.
“Mesti mahalkan?” Aku tanya lagi.
Six hundred and sixty seven thousand dollar.” Selamba dia beritahu aku. Macam murah gila je dia sebut. Sedangkan aku kat sini macam nak tercabut mata bila dengar dia cakap angka sebenar kereta dia ni.
Harta mak bapak.. Biasa la. Dia tak payah fikir lagi nak cari duit macam mana. Dia kena fikir cara nak habiskan harta mak bapa dia je aku rasa. Senangkan hidup dia? Tak macam aku yang dah hilang kasih sayang bapa!
“Gila expensive.” Separuh menjerit aku.
“It’s a gift from someone. Really special.” Jawab dia, tulus. Aku  jadi sakit hati tiba-tiba bila dia kata macam tu.
“Girlfriend?” Am mengangguk. Rasa nak lempang Am boleh tak? Dia kata dia sayangkan aku, tapi dia dah teman wanita? Geramnya! Kiranya dia nak jadikan aku teman wanita nombor dua dia la? Macam tu?
Sampai la dekat rumah Datin Sania, aku membisu. Aku tak tahu apa motif aku diam. Mungkin nak tunjuk kat dia aku cemburu dengan kata-kata dia tadi?
Tapikan.. Aku kata aku tak suka dia. Aku cuma suka dia sebagai kawan je. Aku rasa aku ni dah macam lalang je. Bila dengan Shark, aku nak senangkan hati dia. Bila dengan Am, aku lupa Shark. Terukkah aku?
****
“EH, Misha.. Mari jemput masuk.” Pelawa Datin Sania pada aku. Aku senyum nipis. Jangan Datin Sania tanya aku soalan bukan-bukan lagi sudah la. Aku dah tak lalu nak menjawab soalan-soalan cepumas lagi. Sudah la tu..
“Thanks mama..” Jawab aku. Serta merta Am memandang aku. Seulas senyuman terukir di bibirnya. Aku tak tahu apa yang buatkan dia senyum lebar macam tu sekali.
“Mama?” Am macam tak percaya.
Aku angkat kening. Apa yang pelik sangat kalau aku panggil mama dia dengan panggilan ‘mama’? itukan permintaan Datin Sania sendiri. Kalau tak, aku rela panggil Auntie je.
“Nampaknya Mimi dah sedia nak jadi isteri Am la ni?” Am tersenyum-senyum.
Aku makin tak faham. Apa la yang si Am ni nak takrifkan daripada kata-kata dia tu? Dia cakap tak pernah nak direct to the point. Perlu ke ada maksud tersirat?
“Maksud Am?” Datin Sania hanya senyum melihat perbualan aku dan Am.
“Ya la.. Maksud Am.. Mimi dah panggil mama Am dengan panggilan mama. Mesti la Mimi tengah praktis macam mana nak jadi wife Am kan?” Am sengih lagi.
Dalam hati aku, nak je aku cakap ‘perasan’! tapi disebabkan Datin Sania tengah perhatikan, jadi aku cuma senyum je. Mengiakan tidak, menidakkan pun tidak. Kira jawapan kat tengah-tengah la. Kalau tak tahu, lu fikir la sendiri.
“Dah la tu Am.. Sudah-sudah mengusik Mimi. Mari masuk dalam..” Pelawa Datin Sania. Aku mengangguk.
 Sepanjang mengiringi aku masuk ke dalam, senyuman tak pernah lekang di bibir Am. Apa yang buatkan dia senyum sampai telinga, aku masih tak tahu. Dia siap kenyit dekat aku lagi!
****
“MAMA masak asam pedas ikan merah.. Sedap ni!” puji Am. Datin Sania senyum saja. Aku pusing-pusing tengok siapa lagi ada dalam rumah Am ni. Kut-kut ada papa dia ke, naya je aku nak menghadap papa dia pulak. Mimpi ngeri la aku jawabnya..
“Am ni suka asam pedas Mimi.” Beritahu Datin Sania tanpa aku minta untuk dia beritahu.
Aku teringin je cakap ‘Ada saya kisah?’ takut pulak nanti dia label aku sebagai seorang yang kurang ajar dan tak ada adab. Kesian kat mama aku yang dah penat-penat didik aku untuk hormat orang yang lebih tua. Tak nak la aku calit arang kat muka mama aku!
“Ya ke?” Aku pura-pura terkejut. Seulas senyuman plastik aku ukirkan. Am senyum meleret.
“Mimi belajar la macam mana nak masak macam mama ni.” pinta Am. Aku angkat kening. Kenapa pulak aku mesti nak belajar? Apa motif?
“Untuk apa?”
“Senang kalau dah kahwin nanti.” Aku hampir terbatuk bila dengar Am cakap macam tu. Gila punya jawapan la si Am ni kasi. Mengigil lutut aku dengar.
Datin Sania tersenyum-senyum.
“Oh.. Okey.” Aku malas nak tanya soalan lagi. Jawab je la. Perut aku pun dah berbunyi. Aku agak si Am ni suka sangat la bazir waktu. Dari tadi banyak betul celoteh dia.
Makanan yang dihidangkan begitu banyak sekali. Sampaikan bila aku tengok je aku dah rasa kenyang. Belum lagi aku jamah lagi tu. Aku pandang makanan kat meja makan jati tu dengan mata yang membulat.
“Duduk Mimi..” Pelawa Datin Sania. Aku duduk berhadapan dengan Datin Sania dan bersebelahan dengan Am.
“Orang gaji masak semua ni? Banyaknya mama..” kata aku. Datin Sania menggeleng.
“Bukan orang gaji..” Datin Sania senyum, memaparkan lesung pipit di pipinya itu.
“Dah tu?” Hari ni aku banyak soal sikit.
“Mama la masak.” Am menyampuk. Aku tengok Datin Sania. Datin Sania mengangguk dan senyum. Macam tak percaya. Biar betul?
Pandangan aku tu dah jelas menunjukkan yang aku kurang yakin dengan apa yang dikatakan oleh Am. Am pandang aku, tepat sembilan puluh darjah ke mata aku.
 “Tak percaya lagi? Kan tadi Am ada cakap yang mama masak... Lupa la tu?” Gelak Am. Wajah aku membahang. Ya ke Am ada cakap? Aku tak beri konsentrasi kut.. Entah la.. Abaikan je la!
“Habis maid mana?” Aku tanya.
“Mama tak pakai maid..” jawab Datin Sania. Sekali lagi aku rasa terkejut. Kenapa tak pakai pembantu rumah? rumah si Am ni aku tengok sikit punya besar, pun tak pakai pembantu rumah?
“Dah la Mimi.. Makan dulu. Ke Mimi nak jadi maid sini?” Usik Am. Aku jeling dia dengan tajam. Am ketawa.
“I’m just joking.. Kalau Mimi jadi pun, bukan jadi maid... Jadi my housewifes.” Am angkat kening dan senyum.
“Jemput makan Mimi..”
****
NIAT nak balik rumah pukul tiga petang terbantut bila Am ajak berbual dengan mama dia. Terpaksa la aku korbankan waktu aku selama dua jam.
Si Am ni pun sama.. Keluar rehat, terus tak masuk kerja. Sah-sah la dia ni kerja sendirikan? Kalau tak, takkan dia boleh ikut sesedap dia je keluar rehat, terus tak masuk kerja balik. Aku lompat terus pada kesimpulan.
Sekarang aku dalam perjalanan balik semula ke rumah aku. Am macam biasa.. Bila dalam kereta dia je, dia pakai spek mata hitam dia. Memang dah jelas gila la dia punya tahap kekacakan tu. Dengan kulit yang putih dan hidung yang mancung.. Aku tak boleh nak tipu yang si Am ni memang ada daya penarik yang kuat. A force to attract women..
“Apa nama kereta ni?” Aku tanya Am. Macam minat pulak dengan kereta yang dia pakai ni. am ketawa.
“Tiba-tiba tanya.. Kenapa? Masih fikir siapa yang beri kereta ni pada Am?” Am gelak lagi. Aku mendengus. Mamat ni gila punya perasan la. Aku tanya je pun. Bukan nak suruh dia fikir lain!
Bila dia lihat muka aku dah masam je, terus dia jawab. “Pagani Zonda.”
Aku terlopong. Pagani Zonda? Kenapa aku tak pernah dengar nama kereta ni? seumur hidup aku, aku cuma tahu dalam sepuluh je nama kereta.
Itu pun sebab Uda.. Uda yang gila kereta! Tak hairan la sebab apa Uda suka kereta, dia jumpa Liya pun masa dia ambil lesen kereta dulu. Romantik tak?
“Tak pernah dengar pun.” kata aku. Am geleng kepala.
“Jarang ada.. Susah nak jumpa.”
“Kira limited edition la ya?”
Am angguk.
“Mesti mahal..” Am pandang aku. Nasib baik sekarang tengah lampu merah, kalau tak aku rasa kereta ni dah kemana agaknya.
“Kan dah cakap tadi.” Aku pegang kepala aku. Ha’ah la! Dia dah cakap tadi. 600k.
“Kereta lima terpantas dalam dunia.” Am menambah.
“Really?” Aku berminat nak tahu.
“Yup.. This car is produced by a small independent company in Italy. It promises to delivery a top speed at 215 mph and it can reach 0 to 60 dalam masa tiga perpuluhan lima saat. Yet, it is listed as the fifth fastest car in the world and seventh most expensive car in the world.” Aku ternganga dengar penjelasan Am. Dia ni aku rasa dah boleh apply untuk jadi promoter kereta la. Gila punya laju dia cakap!
Aku angguk je kepala. Kira okey la tu aku kasi tindak balas dengan apa yang dia cakap. Am senyum segaris.
“Okey! Dah sampai..” Dia menghentikan kereta dia depan rumah aku. Aku macam nak pengsan bila nampak vespa milik Shark depan rumah aku. Alamak! Shark ada kat rumah aku ke? Mati aku kalau dia nampak! Mati!!!
Thanks!” Aku cepat-cepat buka pintu kereta dan tinggalkan Am. Aku harap Shark tak nampak aku keluar dengan Am tadi! Aku tak nak dia salah anggap hubungan aku dengan Am.

61 comments:

  1. hohohoho! kantoi misha kantoi~ adeh! akak tengah lapar lagi baca pasal lauk asam pedas plak :p

    err...sama mmg alahan dengan AM ni sangat2. SHARK pelissss ahaha.

    ReplyDelete
  2. giler hebat keta dia..erm mcm mnunjuk2 pun de gak si am nie..hahaha...jgn mrah..

    ReplyDelete
  3. perhh wey .. pagani zonda ?? giler gmpak ko .. maju da dlm bab2 kete nie ... haha .. tpi aq still ngn mercedez BENZ .. hahaha !! AM tu mcm sombunk puwn ade erk ?? angkuh sikit la ... dri cara dy berckp tu .. xbpe suka . hehhe .. hhmm .. aq suka la MISHA nie .. suka gilak ! .. aq rasa mcm pendek skit la bab 11 nie .. pnjg kan la skit .. xsempat nk feel da abeh .. hehe .. 0ke2 ..pe2 puwn .. chaiy0k2 .. aja aja fighting ! hope ade konflik yg gempak and meletop !!! ;)

    ReplyDelete
  4. oohh tidaaakkk..hope shark xnmpk..tp tp....ase cm nmpk je..=_______='

    kete apa c am gna..xpnh dgr pn..mhl glr...5trpntas di dnia??peerrgghh...

    ReplyDelete
  5. misha!!!jgn menggatal ngan am bole x?!
    kan da ade shark!*muke x puas ati*...
    tgok..kn da kantoi nie...
    writer..post la cpt2...x sabar nk tgk reaksi shark nie...huhuhu~~~

    ReplyDelete
  6. ala mcm ni...mesti kantoi ngan shark..harap2 shark x nmpk...

    ReplyDelete
  7. suka ngan shark..am tolak tepi hahahaha

    ReplyDelete
  8. macam berlagak plak Am ni..btw i luv shark....

    ReplyDelete
  9. huhu..jganlah bg shark nmpak..mesti dia jelez nnt

    ReplyDelete
  10. haha..
    am such a jerk!
    mnyibok je..
    xsuka2

    ReplyDelete
  11. nak tanye skit..nape am nmpak lgi ensem dri shark??tp pape pun,ensem is subjective :-)

    ReplyDelete
  12. alahai...dlm dilema plak misha nnt...
    Hope3 dia plih shark...
    Tp am pun not bad jgk...
    =)....tggu bab12 plak..huhu

    ReplyDelete
  13. ahahaha. . .
    makin sweet lah cite neh. . .
    nak tao sal shark lah. . .baru nmpk name dye da abeh da cite. . .:)

    ReplyDelete
  14. abeh ko misha.....try to focus on shark jela....no need lyn owg len...hish misha nie!! buat owg panas aje....cian shark taw,

    ReplyDelete
  15. hmm,,misha nih,, aku ketuk baru tahu,,, suka2 ikot am balik umah.. haih..opss,, aku online hari ni,, esok exam,, wahahaha

    ReplyDelete
  16. misya pilih shark laaa

    ReplyDelete
  17. pengakuan tertutup. asal ckp dalam hati je? haha.

    ReplyDelete
  18. argh!!! tasuke tasuke tasuke!!!!
    nape am ske mndesak ni??? kesian misha rse serba salah. make a wise choice misha!! huhu cpt la blik shark...

    ReplyDelete
  19. haha...kantoi mission dgn shark...
    misha mst plih shark tok ajakn dy subjek cinte..
    nope am...^^

    ReplyDelete
  20. best2....adoiyai kantoi sudh kua ngan am..cane???huhhu..part kete 2 memg x thn "pagani zonda"...terbek...huhuh..next bab..:p

    ReplyDelete
  21. haiya...hrap2 misha x t'kantoi ngan si shark tuh..huhu

    ReplyDelete
  22. wuuuu~
    xsuke la am 2...
    isk..xmo la...

    ReplyDelete
  23. huhuhuhu..knapa mcm nihh~~misha jgn laa berubah...kesian kat shark tuhh....adoyyy..apasal plak si am nihh keluar..jgn laa...tau laa si am tuu kaya n mcm2 die lebey je dr si shark...tapi still nak shark ngn misha jgk k!!!!...hihihihi

    ReplyDelete
  24. Eh Am tu macam sweet je. TERsuka la pulak.
    haha. :D
    kantoi ke misha depan shark?? mesti shark cemburu kalau kantoi! hehe.. next~

    ReplyDelete
  25. jgn kantoi !!
    kesian shark nty ~
    *ta sbar bab 12 ..
    truskn sha ! ;D

    ReplyDelete
  26. kantoi misha kantoi!
    ap jd nyh..

    ReplyDelete
  27. aii naksmbg dia mlm ni gk bley?

    ReplyDelete
  28. wow! mahalnya kereta Am.. tp, please lah jgn gune kemewahan kereta tu nak pikat Misha..

    tengok Shark, setia dgn vespa nye...

    shah, apasal kisah shark takde? huwaa,, huwaa

    next chapter please

    ReplyDelete
  29. habis la..mntk2 shark xnmpk..
    nk misha ngn shark gak...

    ReplyDelete
  30. auww . ajrkn aq subjek chntaa .. wlaupn am kyee . skee shark gak ..

    ReplyDelete
  31. best2....x sabar nk baca smbungan yer...hurm..subjek cinta pon kene blajar gak ker...huhu...

    ReplyDelete
  32. woaaaaaa.sian shark..adeh

    ReplyDelete
  33. gile pnye gedik si am nih..
    bru 5 terpantas...
    bkn nye terpantas skli...
    ish..xske lh am nih...
    typikal guy yg sombong..
    XNK AM...NK SHARK JGK!!
    *emo smacam la plak...

    ReplyDelete
  34. jgn le shark nmpk... nanti dia slh faham plak... cian misha...

    ReplyDelete
  35. xsuke am...
    menunjuk2 kete die..
    siap bgtau harga $ 667K
    paling anti lelaki berlagak cmtu...
    pilih shark je misha..
    w'pon pilot tp merendah diri.. bwk vespa je..
    sweet...

    ReplyDelete
  36. arap2 ati misha msih tekenangkn shark..am ni nyebok je la..

    ReplyDelete
  37. "Yes.. I do love Shark"
    ske ayat pengakuan tu...

    -popcorn_qzx @ yahoo.com-

    ReplyDelete
  38. ok,lps dgr psl keta dea,tros google and seriouly damn cool...but sy nak dea ngn shark...
    tp,something fishy la bout relation between Am and Mimi..i'm sure they know each other for past few years...

    ReplyDelete
  39. hahahahhaa
    misha kantaoii!!!
    ayokkkk,,cam ner??
    huhu

    ReplyDelete
  40. Misha dah ngaku dia suka Shark! :D

    ReplyDelete
  41. SHARK!!!misha patut pilih SHARK!!

    ReplyDelete
  42. Ok cerita ni best.. TAPI lagu yg ada sangat annoying.. Ur blog should be more user friendly.. User should have more control.. at least to control the volume and play or pause the song.. This song spoil my mood...

    ReplyDelete
  43. misha klu dh ske trus terang je...
    am so annoying...

    ReplyDelete
  44. suka shark balik..
    am ni terlebuh confident plak dia akan kawin ngn misha nnt...blahhh....
    siapa cikgu AASC yg bagus la dpt tawan hati misha kan...:)
    tp am ni macam org yg misha kenal da lame la..siapa dia ye???

    ReplyDelete
  45. sibuk jerlah Am nih,
    nak Shark...

    ReplyDelete
  46. bongkak glerr am... hope shark xnmpk...

    ReplyDelete
  47. emmm..xd ati sgt nk baca bab ni sbb Am..haha
    tapi kann...ad 1 ayat ni.
    "Makan 'dengan' rumah Am nak?"
    xke pelik tuuu...

    ReplyDelete
  48. plez nk shark xnak am....bg am dkt org laen....

    ReplyDelete
  49. wah!!..baw berkesempatan tok kembali kumen2 d sinie..huk3..jalan cerita makin mantap!!..p orang still x lei time am..hohoo..bgk orang am sdikit sombunk! =(

    ReplyDelete
  50. knape rase mcm nk marah kat misha je ni.??

    ReplyDelete
  51. misha ni ska kt am k??? konfius2...lps kata..."jd m'nantu mama...pnggil mama je" trus cair...aishhhh..misha2...

    ReplyDelete
  52. mak aihhh..
    gile brlagak sbut hrge kete bagai..
    ceiitttt..
    xmo am oke?
    nk shark jugak yg pkai vespa kiut miut tu..
    hahaha..

    ReplyDelete
  53. shark ade kat rumah misha?? igt die tgh fly??? naye la misha..... sape suruh layan si am tu.... kn dh bg am hrpn....

    ReplyDelete
  54. admirer ar ngn Pagani Zonda...kete yg sgt cool...awesome..^_^

    ReplyDelete
  55. ishh..geram gler ngn si misha ni..awt gi lyn si am ni..

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.