Saturday, May 14, 2011

Bab 23


AIDA sampai rumah mama dah tengah malam. Aku waktu tu baru je sampai dari bandar. Along pun ada sekali. Aida beri alasan baik punya dengan Along.
            Aida cakap yang dia mabuk duduk rumah sorang-sorang. Jadi Aida nak ajak Along tinggal dekat rumah mama untuk sementara waktu. Mujur la Along tak banyak bunyi. Ikut je apa yang isteri dia cakap.
Ya la, isteri dia tengah mengandungkan. Mesti la sayang lebih. Macam mana kalau aku nanti erk? Adakah Shark akan layan aku macam tu jugak? Eh, mula dah aku merapu ni! Jauh berfikir. Kahwin pun belum lagi!
“Misha, Aida minta maaf sangat-sangat. Aida lupa tentang hal tu..” Berulang-ulang kali dia minta maaf dekat aku. aku pandang wajah Aida dengan diiringi senyuman. Aku tak berapa kisah sangat, tapi kalau dah jadi teruk macam ni, aku mula rasa tak sedap hati.
Aku tak salahkan Aida sebab ni memang salah aku sendiri. Sepatutnya dari dulu lagi aku uruskan sendiri. Cuma aku berlagak yang aku ni boleh kawal sendiri masalah aku, sedangkan aku tak boleh!
“Tak apa Aida, dah berlalu pun. sekarang kita kena fikir macam mana nak jelaskan semua benda tu kat Fitri.” Keluhku. Aida pegang pipi aku. dia seka air mata aku yang dah jatuh.
Aku memang tak boleh la, nama je aku ni rock, tapi kalau bab-bab macam ni, memang aku sensitif sangat. Aku rasa macam dah sakitkan hati semua kaum wanita je. Sebab dulu aku sampai menangis waktu mama ceritakan pengalaman dia waktu ditinggalkan dulu.
Aku sedih dengan keadaan Fitri. Aku tak sangka yang aku dah lukakan hati dia. Teruknya aku! Teruk! Teruk!
“Misha jangan la nangis. Misha tak salah.. InsyaAllah, Fitri tu akan dengar penjelasan kita. misha ada simpan bahan bukti tak?” Aku angguk. ada satu je bahan bukti yang aku ada. Semuanya perbualan yang aku rakam. Waktu Fiqroul telefon aku dan lontarkan kata-kata romantis.
“Terima kasih.. Along mana?” Aku angkat muka, aku cuba lupakan tentang hal ni seketika. Takut nanti makin kusut otakku. Aida senyum.
“Along tidur dalam bilik. Penat sangat dia..”
“Aida seronok la kalau tengah stress, ada peneman,” aku ketawa walaupun air mata masih lagi bergenang kat kelopak mata. Aida ketawa juga.
“Aida suruh Mimi kahwin, Mimi tak nak. Tengok, sekarang siapa yang susah?” Aida tersenyum-senyum.
“Dia kata balik nanti dia nak ajak Mimi kahwin..” beritahuku, perlahan. Aida pandang aku dengan mata yang membulat. Kemudian dia menekup mulut.
“Are you serious?” Aku risau je yang si Aida ni melompat-lompat nanti. Dah la dia ni tengah mengandung, nanti kalau dia melompat lain pulak jadinya. Tak fasal-fasal aku kena marah dengan Along pulak!
“Ya Aida..”
“Good news then! Kena beritahu Along!” Aku tersentak. Erkk! Jangan beritahu Along! Jangan!
“No!” tegahku. Aida hairan.
“Kenapa pulak?” Aida macam tak puas hati dengan jawapan aku. tapi aku masih tetap dengan keputusan aku.
No please Aida.. Biar nanti Mimi cakap.” Pintaku dengan perlahan. Aida mengangguk. Dia menghormati pendirian aku. Aku senang dengan cara dia. Aku suka dengan seseorang yang menghormati pendirian aku.
“Okey.. Lewat dah ni. esok sambung borak lagi. Masuk kerja esok pukul berapa?” soal Aida pada aku. aku mula menguap. Patut la terasa berat je mata aku ni. mungkin rasa mengantuk ataupun kesan aku menangis tadi.
Selalunya macam tu la. Kalau aku menangis, mesti rasa mengantuk. Mungkin antara salah satu tu kut. Aku tengok jam kat dinding. Lagi beberapa minit je jam nak menunjukkan ke pukul satu pagi. Aku kena dapat rehat yang cukup. Jadi tak ada la aku rasa lesu je kat tempat kerja esok.
Aku pesan kat Aida suruh tidur awal sebab tak elok tidur lambat untuk orang yang mengandung. Aida akur dengan arahan aku. Sebelum Aida keluar, Aida tutup lampu bilik aku. Mata aku ni pulak, macam dah tak boleh nak tahan lagi. Terus aku menutup kelopak mata aku dan suasana menjadi gelap.
****
KEESOKAN harinya, aku bangun macam biasa. Pukul lima pagi aku dah bangun, walaupun badan masih lagi terasa penat. Tapi ni dah rutin aku, lagipu tak elok bangun lewat hari-hari. Takut nanti rezeki tak masuk je.
Ada dua puluh amalan kita sentiasa murah dengan rezeki. Bangun pagi salah satu amalannya, sebab Rasullulah pun ada bersabda (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
Jadi sejak dari kecil memang mama aku dah pratikkan aku supaya aku bangun pagi dan terus buat aktiviti lain selepas solat Subuh. Jadi benda tu dah tak rasa macam beban lagi.
Aku siap-siap pakai baju dan solat. Waktu habis solat tu, aku sempat doa supaya semua kekusutan yang tengah menganggu aku sekarang ni akan berakhir dalam waktu secepatnya. Tak sanggup lagi aku nak tanggung semua ni.
Aku tahu aku kena sabar hadapi. Ni salah satu ujian yang aku kena hadapi, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Aku cuba berfikiran positif. Aku tak melenting kalau Fitri lempang aku semalam. Aku faham keadaan dia.
Siapa je yang tak sakit hati? Mungkin dia ingat aku layan suami dia sebab dia hanya nampak dari jauh. Biasa la tu, aku faham. Lagi-lagi Fitri tengah mengandung. Aku rasa wajar la dia lepaskan perasaan geram dia tu kat aku.
Aku turun bawah dengan menjinjit beg komputer riba aku. Aku tengok lampu kat bawah dah terang benderang dah. Bunyi periuk tak payah cerita la. Macam aku je yang paling lewat bangun.
Mata aku melilau-lilau mencari kelibat Along. Aku cuma nampak Aida je yang tengah kemas ruang tamu. Mama pulak dekat dapur tengah masak sama-sama dengan Kak Kiah. Aku mendekati Aida yang tengah gigih membersihkan rumah tu.
“Amboi, pagi-pagi dah mengemas. Rajinnya mak orang ni,” usik aku sambil mencuit pinggang Aida. Aida ketawa.
“Kena la rajin Misha oit, baru la nanti anak dalam kandungan ni sihat.. Macam papa dia.” Aida ketawa lagi. Aku tumpang gelak. Aida ni suka buat lawak bila berbual dengan aku. Ada je  benda yang dia nak kaitkan dengan Along. Ya la, kesayangan dia tu.
“Papa dia badan biasa je, tak ada la sihat mana,” kataku. Aida ketawa lagi. Seraya mengiakan kata-kataku. Aku letak beg aku kat atas kerusi. Aku duduk dan pandang Aida.
“Hari ni kita nak settlekan semuanyakan Aida?” Aku tanya Aida. Aida mengangguk dan tersenyum.
“Mimi jangan risau. Semuanya settle hari ni.” Aida kenyit mata kat aku. aku mula rasa lega. Baru la senang hati aku nak pergi kerja hari ni. kalau tak, kusut kepala otak aku memikirkan masalah ni. Macam tak ada jalan penyelesaian je.
Aku bangun dari kerusi dan menuju ke dapur. Gigih sekali Kak Kiah memasak, mama pula tengah kemas meja. Nampak gaya, macam aku sorang je yang tak buat kerja. Aida dah kemas ruang tamu. Aku, apa pulak kerja aku? Adeh la..
Aku peluk mama dari belakang. Mama tersenyum sembari mengacau sambal kat atas dapur. Pagi-pagi ni makan nasi lemak la! Nasi lemak Kak Kiah!
“Awalnya bangun?” Mama tegur aku. aku rasa tersindir. Mama ni puji ke sindir ni? bukan selalu memang aku bangun waktu-waktu macam ni ke?
“Awal apanya? Lewat ni mama. Semua orang dah bangun.. Tinggal Mimi je,” aku mencebik. Mama ketawa.
“Tu la yang mama maksudkan. Awalnya bangun..” Mama tergelak-gelak. Aku menarik muncung sedepa. Mama sindir aku rupanya!
“Mama, hari ni ada pergi mana-mana ke?” Aku soal mama. Mama geleng kepala.
“Kenapa?”
“Saja je tanya. Sampai hati Uda kan tak beritahu yang dia masuk kerja semula semalam..” Dengusku. Mama pandang aku, semacam je.
“Sampai hati Uda ke, sampai hati Shark? Erm?” Mama meneka. Wajahku dah membahang. Ni kenapa mama mengarut cakap fasal Shark pulak ni? Aku cakap fasal Uda, bukan Shark.
“Uda la, mama ni. Orang cakap lain, mama cakap lain.” Marahku. Mama ketawa.
“Mama tahu Mimi tengah frust sebab Shark tak beritahu yang dia masuk kerja semulakan? Saja la tu cari modal. Pandai gunakan Uda ya?” Mama ketawa lagi. Sambal yang dah siap di masak tu mama letak atas meja.
“Mana ada! Mama ni..” Dengusku. Mama ketawa, setelah meletakkan sambal yang dah siap dimasak tu kat atas meja, mama pandang aku.
“Uda cakap yang Shark tu nak meminang Mimi nanti..” Mama tersenyum-senyum. Eh, mana pulak mama dapat berita ni? cepat betul berita tersebar. Walhal aku baru je dapat berita ni dari Fifi semalam. Takkan cepat betul mama tahu? Ish, ish..
“Jangan buat muka berkerut pulak.. Shark dah datang bincang awal-awal dengan Along semua..” Aku makin terkejut. Bila masanya Shark datang jumpa Uda? Ni yang aku nak marah ni!
“Bila?”
“Waktu Mimi kerja la..” Mama cakap.
“Betul tu Mimi! Along Mimi tu cakap yang Shark tu betul-betul sayangkan Mimi..” Aida menyampuk. Aku pandang wajah Aida dengan mama silih berganti. Kenapa macam aku sorang je yang baru tahu berita ni?
Tu pun nasib baik Fifi cakap. Kalau Fifi tak cakap, agaknya aku tetap tak tahu sampai sekarang! Sampainya hati Shark tak beritahu aku! Aku nak merajuk empat ratus hari! Argh! Aku mendengus.
Aida ketawa melihat riak wajahku. Aku tak tahu apa yang lucu sekarang ni, hati aku tengah panas ada la!
“Dah Mimi, jangan emosi sangat.. Aida tahu apa yang bermain kat hati Mimi tu.. chill my dear.” Aida kenyit mata kat aku. aku mencebik.
****
“Doktor, Doktor Hadif masuk hari ni.” beritahu Ana waktu aku baru je labuhkan punggung aku kat atas kerusi. Aku pandang wajah Ana dengan seribu tanda tanya. Bukan masa tu Ana kata Hadif masuk lambat sikit ke?
“Bukan next week?” Aku minta kepastian kat Ana. Ana pulak pandang aku dengan riak pelik.
“Kan doktor suruh dia masuk awal.”
Ana garu kepalanya yang tidak gatal. Aku jungkit bahu. Aku tak mendesak sangat pun yang sebenarnya. Mana la tahu Hadif tu ada hal yang lebih penting, tak nak la aku dikatakan sebagai seorang perempuan yang suka mendesak.
“Saya tak kisah sangat pun.” kataku, acuh tak acuh. Ana sengih tunjuk gigi.
“Sekejap lagi dia datang la tu. Nervous pulak saya..” Ana menambah. Aku mengerutkan dahiku. Kenapa pulak Ana nak nervous? Sepatutnya Hadif tu yang nervous sebab nak masuk kerja.
“Asal awak pulak gementar ni?” Aku tanya Ana. Ana tersengih lagi.
“Doktor Hadif tu kacak sangat.. Cair saya jadinya.” Ana tersipu-sipu. Aku ketawa. Macam-macam hal la si Ana ni. Ada ke dia kata macam tu? Tak logik sungguh.
“Ingat awak tu dah nak kahwin..” Ana tarik muncung.
“Saja je. Ish doktor ni..” Rungut Ana. Aku ketawa lagi.
“Kalau saya lain la..” Ujar aku sambil kenyit mata. Ana ketawa.
“Doktor nak Hadif tu mati ke? Kena makan dengan jerung.” Pecah ketawa antara kami berdua.
“Dia tak ada lagipun.. Kerja. Sebulan.. I’m gonna miss him.” Luahku, berterus terang. Ana tersenyum, ada perasaan simpati kat wajah dia tu.
“Rindu-rinduan.. Normal la tu untuk orang yang bercinta. Nanti okey la tu.”
“Awak macam tu ke?” Aku tanya soalan cepumas kat Ana. Ana geleng kepala.
“Saya tak kenal pun calon suami saya. Saya serahkan seratus peratus kat mak saya. Biar dia yang uruskan. Bercinta lepas kahwin lebih seronok tau!” Bersungguh-sungguh Ana berkata. Aku mengakui kebenaran kata-kata Ana tu.
Aku pun sebenarnya pernah menyimpan hajat seperti Ana juga. Aku lebih suka kalau mama pilihkan calon suami aku. tapi nampaknya mama tak nak.. Mama kata nak aku pilih sendiri, senang.. Nanti tak ada timbul isu tak bahagia sebab pilihan orang tua. Klise..
“Okey la doktor.. Saya keluar dulu. Nak sambut ketibaan putera Hadif sekejap lagi.” Ana sengaja membuat suara yang gedik. Belum pernah aku melihat dia berbuat begitu sebelum ini, ini pertama kali. Aku geleng kepala. Alahai Ana..
“Pergi buat elok-elok. Jangan nanti khayal pulak. Saya report kat mak awak nanti,” kataku pula. Ana ketawa.
****
Aku conteng kertas kat atas meja. Ni la jadinya bila dah terlampau bosan sangat. Klien yang sepatutnya datang buat temujanji hari ni belum sampai lagi. Aku dah suruh Ana telefon orang tu, tanya dia sama ada nak batalkan temujanji ni ke atau nak tangguhkan.
Sampai sekarang Ana tak masuk dalam beritahu aku, jadi sementara menunggu Ana tu, aku buang masa aku dengan menconteng kertas kosong yang berlambak kat atas meja aku ni dengan nama Shark. Gila punya angaukan aku?
Tiba-tiba je telefon bimbit aku berdering. Tangan aku rasa macam malas je nak angkat, tapi memandangkan aku risau yang panggilan tu mungkin penting untuk aku, aku segera angkat.
“Ha, assalamualaikum.” Sapaku dengan suara yang perlahan. Tangan kiri masih lagi menconteng kertas tu. Dah serabut kertas tu aku conteng. Macam-macam corak ada. I miss you la, I love you la. Maklum la, orang tak pernah bercinta.. Macam ni la jadinya!
“Waalaikumussalam budak sombong!” Aku tersentak saat mendengar suara tu. Takkan la? Ke telinga aku salah dengar? Aku tak cam suara dia ke? Eh.. biar betul?
“Angah?” Aku meminta kepastian.
“Tak la.. Pak Ngah.” Sah! Ni Angah! Dah mula angin dia nak loyar buruk dengan aku. aku sendiri tak tahu apa mimpi dia telefon aku. selalu dia telefon waktu nak raya je, ya la.. Sibuk sangat dengan studi dia tu.
Sampaikan dengan keluarga sendiri pun tak ada masa. Itu yang mama kecil hati sangat tu. Aku tahu mama kecewa dengan Angah sebab Angah tak dengar cakap mama waktu mama larang Angah untuk sambung belajar bahagian engineering.
“Apa mimpi ni call?” soal aku, datar saja nadaku. Angah ketawa.
“Oo, setiap kali Angah call tu maknanya mimpi la? Ke Mimi tak suka Angah call? Orang nak tanya khabar adik tersayang pun salah..” Rungut Angah di corong telefon. Aku mencebik.
“Macam mimpi je Angah call. Kan busy je memanjang..” Sindirku.
“Siapa yang busy ni? Angah ke Mimi?”
“Angah la.” Pintasku.
“Mengata orang konon.. Mimi tu yang sibuk sangat sampai tak boleh nak jemput Angah dekat airport. Kecik hati Angah tau!” Dengus Angah. Aku mulai bingung. Apa yang Angah maksudkan ni?
“Angah cakap apa ni?” Dahi aku berkerut.
“Angah dah balik sayang.. Takkan tak ingat? Kan Angah dah beritahu last year,” ujar Angah lagi.
Aku terjeda. Tak tahu nak cakap apa sekarang ni, gembira pun ada, marah pun ada. Gembira sebab Angah dah balik, marah sebab Angah tak beritahu aku!
“Oit.. Kenapa diam je?” panggil Angah. Aku tersentak.
“Mimi kecewa dengan Angah! Tak beritahu Mimi pun! habis siapa yang jemput Angah balik?” Aku soal Angah.
“Uda la..” Aku ternganga. Aku makin tak faham sekarang ni. drama apa yang cuba Angah dengan Uda timbulkan ni?
“Kan Uda kerja.”
“Eh.. Siapa cakap? Ada je Uda ni.. Liya pun ada.”
“Angah kat mana tu?” Aku soal Angah dengan nada suara yang perlahan. Aku sebenarnya sedang cuba menahan amarah di dada. Sakit hati kerana ditipu! Maknanya Shark dah tipu aku la sekarang ni?
Aku mengetap bibir.
“Dekat KL. Kenapa Mimi?” Soal Angah.
“Siapa lagi dengan Angah?” Aku tanya lagi.
“Uda, Liya, Angah.. Tu je la.” Jawab Angah.
Takkan tu je? Aku macam tak percaya. Mesti Shark ada jugak! Sampainya hati dia tipu aku macam ni! fifi pun agaknya dah sama-sama berpakat dengan Along dia untuk kenakan aku!
“Mama tahu ke Angah dah balik?” Lirih aku bertanya.
“Belum, ni Angah nak buat suprise la ni..” Ujar Angah, sesekali kedengaran suara Liya ketawa di corong telefon. Aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku sekarang. Sakitnya hati aku, macam kena simbah dengan asid pun ada. Kenapa aku asyik kena tipu je?
Sekarang satu keluarga aku dah berpakat nak kenakan aku. Angah, Uda sama je! Diorang sengaja je ke nak uji kesabaran aku? perlu ingat yang aku ni manusia, kesabaran aku ada batasnya.
“Perfect Angah. Okey la.. Mimi ada kerja.” Terus aku menutup talian. Malas lagi aku mahu berkata apa-apa. Makin berbicara dengan Angah, makin aku sakit hati.
****
FIT minta maaf banyak-banyak kat Mimi sebab buat tuduhan melulu. ~Fitri
Tu mesej yang baru je aku dapat dari Fitri waktu aku nak suap roti sardin ke dalam mulut aku. agak terkejut jugak mula-mula sebab aku terima mesej dari dia. Mula-mula aku ingatkan dia nak maki aku ke apa. Tapi sebenarnya tak.
Ni mesti Aida dah tolong settlekan kes aku ni. dia kata nak ajak aku uruskan sekali, tapi nampaknya semua dah selesai. Bagus betul kakak ipar aku tu! Gara-gara aku jugak, hari ni Aida minta cuti.
Nasib baik la dia tu ketua. Boleh ikut sesedap hati je nak minta cuti. Kalau tak, aku rasa susah la dia nak datang rumah mama. Jadual asyik terikat je.
Aku cari nombor Aida dan segera dail. Beberapa minit kemudian, talian disambut.
“Aida!”
“Ya Mimi.. Dah settlekan semua?” Soal Aida. Aku tersenyum puas. Seperti yang aku ramal.
“Alhamdulillah. Thanks a lot Aida.” Ucapku.
No biggie. Actually Fiqroul tu sayangkan Fitri, dia ada muslihat lain kenapa dia dekati Mimi.” Aku mula tak faham dengan kata-kata Aida. Kenapa Aida cakap macam tu? Kiranya Fiqroul ni ada udang sebalik batu la?
“Meaning?”
“Fiqroul sengaja dekat dengan Mimi dan paksa Mimi suka dia sebab dia nak kuasai Rindiani Holdings. Dia nak semua harta yang ada dalam tu.” Tenang saja Aida memberitahu. Aku terkedu. Kenapa perlu Fiqroul buat macam tu?
Bukannya mama dah berikan dua puluh lima peratus dari keuntungan syarikat kepada Fiqroul ke? Kenapa mesti Fiqroul nak buat macam tu lagi? Dia gelapkan duit syarikat pun, syarikat tu tetap milik mak saudara dia jugak!
“Mana Aida tahu?”
“Mama tadi mengamuk besar bila dapat tahu graf syarikat menurun. Tadi memang kecoh habis. Along hampir nak belasah Fiqroul Mimi tahu?”
Aku jadi berdebar mendengarnya. Kenapa aku tak tahu tentang hal ni? Ni la jadinya kalau seharian terperap kat dalam klinik. Sehingga benda lain yang berlaku pun aku tak tahu.
“Kenapa tak call Mimi?” Aku buat reaksi tak puas hati.
“Panik Mimi. Tak teringat langsung. Tapi mujur Fitri datang waktu tu. Memang kebetulan Aida ajak jumpa kat pejabat Fiqroul sekali. Waktu tu Aida tak sangka mama ada sekali. Mama buat pemantauan, makin terkejut bila ada staff yang mengadu fasal Fiqroul tu.”
Then macam mana Aida tahu yang Fiqroul tu dekat dengan Mimi sebab harta kat Rindiani Holdings?” Aku mula dilanda kekonfiusan!
“Sebab Fit jumpa diari Fiqroul. Kat situ Fiqroul ada tulis plan A la, plan B la.. Serupa macam drama kat televisyen je.” Sungguh-sungguh Aida memberitahu. Aku tergelak sendiri. Ada juga rupanya orang sebegitu.
Sangkaku, orang sebegitu hanya wujud di dalam kaca televisyen saja. Tak sangka betul-betul wujud kat dunia realiti. Agak mengejutkan jugak la. Tapi apa-apa pun aku bersyukur sebab masalah ni dah selesai.
Tak ada la kusut kepala otak aku nak hindarkan diri lagi. Rasa bersalah tu dah hilang. Allah tu Maha Adil. Dia nak tunjukkan yang aku ni tak salah, sekejap je Dia tunjuk. Ternyata Fiqroul tu ada niat lain. Aku sangat-sangat tak sangka!
“Now mama dah pecat Fiqroul ke?” Aku tanya Aida semula selepas senyap untuk beberapa saat.
“Mama tak sampai hati. Apa lagi waktu tu Fitri ada. Mama beri peluang..” Beritahu Aida lagi. Aku mengangguk.
“Semua orang perlukan peluang kedua. Mana tahu dia boleh berubah nanti.. Everyone deserve a second chances.” Tokokku pula. Aida ketawa di hujung talian.
Yeah right Mimi. Doakan je rumahtangga dia bahagia lepas ni..”
“Amin..”
Aku mengukir senyum setelah menutup talian. Lega hatiku kini, walau sekarang ni aku tengah sakit hati dengan Angah dan Uda. Tapi biar la, lama-lama rasa sakit hati tu hilang la..
We always get second chances. Even third chances or more. But they don't come around too frequently. So when you know you have one, that very first chance, use it like it's the only chance you've got. That way, you don't miss a chance..

50 comments:

  1. Akhirnya...padan muka Fiq! Waaa..pakatan apakah ni?

    ReplyDelete
  2. ambk ko fiqroul...hahahha..sian misha alwys late dpt info...haha..next bab,,:p

    ReplyDelete
  3. Haaa, padan muke itu Fiqroul. Main paksa2 orang lagi. Si Misha ni pun, laen kali bagi pelempang je kat Fiq tu. Baru die rase.

    ReplyDelete
  4. kejutan demi kejutan yg misha dpt...haih sabo jela....last person dpt taw info pape jadi...padan muko ko fiq kan da kena!! hahahaha....(gelak jahat)

    ReplyDelete
  5. so uda tak kerja la ni?? aiseh~ camne ngan shark lak? or shark tgh busy nk prepare wedding diorang?

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, selesai jugak masalah antara Misha,Fiqroul,Fitri..

    eh, shark ke mana?? ttbe minghilang.. tunggu bab yang seterusnya.. :)

    ReplyDelete
  7. padam muke fiq...nsib baek xkne pcat...
    Erh,pesal b'belit2 pulak cter ni...maen tipu2 plak nih...humm..

    ReplyDelete
  8. alah... N3 ni pun x de shark, bila shark nak datang.. x sabar2 dah ni
    cerita nie bantak plot lah sekejap masalah nie sekejap masalah tu
    mcm tengok drama indonesia lah plak banyak krisis .... tapi asalkan
    DON'T GIVE UP ! CHIO ,CHIO !
    ~MISS_BZbody~

    ReplyDelete
  9. haha..bagus la kalo sume da tau muslihat fiq tu..gud3...
    ermmmm...ape maen tipu3 nie...
    mcm agak berbelit pulak...
    terbelit otak nk pk... ;)

    ReplyDelete
  10. hahahahahaha pdn muka si fiq 2...jahat sgt...misya jgn serabut n marah2 ye...

    ReplyDelete
  11. akak faham semua yang shah sampaikan. tak sabar nak tahu apa sebenarnya komplot dia orang adik beradik :D

    ReplyDelete
  12. yay,beh bukak dah..neway,beznya..misya dah nka kawin ngn shark..soo sweet..

    ReplyDelete
  13. byk bnde nk ckp..
    1.thx bukak blog ni blk..:)
    2.akhirnye kuar gak watak angah aka adra..w/pun dhujung2 bab..
    3.dlm bab 5 ke 6 ek,am de ckp kt mimi y dia dh knl mimi lm..so,still nk tau knp am ckp cmtu..
    4.fiq dh setle..am bl lg??
    5.thx skali lg open blog y best ni..huhu
    *bond*

    ReplyDelete
  14. byk btol surprise yg misha dpt,,,,ksian dy asyk lmbt je dpt info,,pdan muke fiqroul da kantoi,,,next chapter pliz...^^

    ReplyDelete
  15. pdn muka fiqroul ! haha
    eh sape plak si putera hadif tu ye ? xmola kaco misha plak nnt

    ReplyDelete
  16. yeahh!!!
    kebenaran telah terbukti...
    haishh
    kenapelah si fiq tu jahat sangat.....hmmm

    ReplyDelete
  17. bravo..bravo..
    pdn muke fiqroul..
    hahaha..
    kesian lak misha cm blur2..
    kesian kat sy jugak sbb sy pun mcm dh blur nih..
    ngehehe..

    ReplyDelete
  18. pdn muke fiqroul... bgs le sume dh settle... next please... hehe... ;P

    ReplyDelete
  19. eh,,jap2,,
    npe uda n shark main tipu2 plk ni??
    fmily dy pun subahat gak,,haiyaaa,,,
    pening2,,,nexttt chpter pliisss!!! =)

    ReplyDelete
  20. hehehe.. pdn mukee cik fiqq.. knn dh kntoii .. nsb x trpikat dgn fiq tuu

    ReplyDelete
  21. Good job ! ! !

    ReplyDelete
  22. xnk tngu next chapter..
    nk bku je trus!!!
    x saba nk bce..
    huhuhuhu~

    ReplyDelete
  23. fiqroul...padan muka!!!

    ReplyDelete
  24. bru pdan muka kau fiq oii~ kn dh kantoi.. hahahah sukanye aku c.fiq tk gngu misha lgi.ekekek

    ReplyDelete
  25. CPT2 POST BARU...
    DR.HADIF da nk smpai..hikhikhik...

    ReplyDelete
  26. next chapter plez... :)

    ReplyDelete
  27. komplot yg menarik .. wehoo :D
    bab seterusnya ta sbar ! ~

    ReplyDelete
  28. ceh ! x guna punya Fiqroul ! harap muka jer hensem tp perangai hampeh !

    ReplyDelete
  29. yeaaaahhhh!!..akhirnya fiQroul jatuh terungkur jua..hhuhuh

    ReplyDelete
  30. pakatan nak kenakan mimi...
    cantikkk!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  31. hahaha..misha daa terkena...aduhhh kaloo ak merajuk 200 ari ngn shark...hahaha naseb laa tembelang si fiqroul tuu daaa keluar....

    ReplyDelete
  32. hoho..padan muke fiqroul..jht gile die 2..

    ReplyDelete
  33. hahaha... padan muke fiqroul!
    rindunya kt Shark!

    ReplyDelete
  34. huhu...misha ni pon sama la nasib ngan aku...asyik org yg last jer dapat info...hurm..memang geram la derr...x sangka..dah nak abis citer ni...sbb writer wat smpai bab 25 jer kan...huhu...cepatla kuarkan buku yer ni...leh r peluk shark masa tido...hehe....*slumber_girl*

    ReplyDelete
  35. tebokar rahsia, haha xD

    ReplyDelete
  36. ehem2 .. dah lama aq xk0men .. hehe .. msti k0 rindu k0men aq an an an ?? hahaha .. 0ke2 .. 1st misha beruntung giler ade kaka ipa yg baik sgt mcm aida tu .. aida tu puwn mmg baik la .. ambik berat ! hehe .. nak ada kaka ipa cam tu la .. al0ng garang !! ttbe .. hahaha .. 2nd misha pndi sembunyi erk ... nak tnye psl SHARK .. ttbe uda kene .. hahaha .. mak dy sgt2 memahami .. bestnyee .. tp mak kita terbaik !! kan ?? 3rd misha kene tipu ?? dan2 ata uada ngn shark ade flight .. ttbe uda ngn Angah at KL .. cane ?? hahaha 4th wah !!! kan aq da ckp Fiqroul tu syg sgt2 at Fitri .. dy ade sbb nape uad cam tu .. kan aq da ata .. tp .. aq rasa mcm ade sbb lain je nape fiq smpi nak b0l0t sume harta tu .. hhmm .. misteri2 .. kan ?? 0ke.. gud j0b f0r writer ! interesting , kemas but mseh kene hati2 ye if menaip tu .. past dah siap taip bace lek .. k0t2 ade slh taip ke ape ke .. kan ?? keep it up ! aja aja fighting !

    ReplyDelete
  37. ceh. haprak punya fiq , ada hati nak rampas2x harta. dah beri betis nak paha pulak..

    ReplyDelete
  38. padan muka fiq..
    jahat sangat!!amik kau...

    ReplyDelete
  39. shark xde la...

    ReplyDelete
  40. bleh ke merajuk lame2 misha tu..tggu si jerung yang konon2nye fly dgn uda balik n meminang misha..

    ReplyDelete
  41. tgok blom pape lg dh terima blsan.... hrap2 fiqroul insaf pasni....

    ReplyDelete
  42. uuuuu....rupe2 nye ade agenda tersembunyi si fiqroul nie....

    ReplyDelete
  43. jahat btol fiq..
    terus reject je si fiq tu..
    menyampah..
    misha cepat2 kawen ngn shark...

    ReplyDelete
  44. bleh plak fiq tu buat plan A n B

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.