Monday, May 2, 2011

Bab 18

“BUAT APA kat sini?” Soal Am pada aku. Aku menarik senyuman hambar, aku pandang sekali lagi kat Butik Al-Ikhsan tu. Shark dengan perempuan tu dah tak ada kat situ lagi. Hancurnya hati aku!
“Tak ada apa.. Cari barang.” Aku cuba guna intonasi yang perlahan. Yang sebenarnya aku cuba kawal perasaan sedih yang datang berbakul-bakul dalam diri aku ni.
“Sorang je ke? Kenapa tak ajak Am?” Dia bertanya. Aku pura-pura ketawa. Tapi mata aku masih lagi melilau mencari kelibat Shark dengan wanita yang merangkulnya erat sebentar tadi.
“Sebab tak cadang nak ajak siapa-siapa.”
Am senyum meleret sebaik saja aku berkata begitu. Dia pandang wajah aku. plastik yang sedang aku pegang bagaikan mahu jatuh ke bawah. Perasaanku bercampur baur sekarang ni.
“Kenapa Misha nampak semacam je?”
Tu dah datang angin dia nak panggil aku Misha la tu. Kalau tak dia mengada-ngada nak panggil aku Mimi. Sampai sekarang aku masih tak faham, kenapa Am mesti nak kejar aku. hati aku untuk Shark, tapi nampaknya sekarang hati Shark untuk lain.
“Tak ada apa-apa. Am pulak buat apa kat sini?” Am menuding jarinya pada sebuah meja di dalam Pizza Hut yang berada bersebelahan dengan McDonalds. Kelihatan ada seorang lelaki yang agak berusia sedang duduk bersama Datin Sania.
“Join Am jom? Ada papa Am sekali tu.” Am mengajak aku. aku serba salah hendak menolak, Datin Sania pula tampak memanggil aku dengan pandangan matanya. Hendak pergi ke tidak?
Aku cuma memakai pakaian yang biasa je sekarang ni, terasa malu nak duduk dengan golongan yang elit ni. Am tarik tangan aku, dan aku tak terasa nak marah pun dengan tindakan dia tu. Aku biarkan saja. Mungkin aku tengah geram dengan tindakan Shark.
Di mana kata-kata manis yang dia lemparkan pada aku? dia kata dia cintakan aku, tapi kenapa dia tak menepis pelukan yang diberikan oleh perempuan tu. Lelaki.. Huh.. Kalau kucing diberikan ikan, manakan mungkin hendak menolak.
****
AKU tak ada selera langsung nak jamah makanan yang dipesan oleh Am. Baru aku tahu yang Am ni anak tunggal. Dia tak ada adik beradik. Datin Sania dari tadi masih dengan senyuman manis dia tu. Papa Am pulak tak berbunyi pun. Serius je macam daddy Shark.
Ergh! Shark. Aku tak nak sebut nama dia untuk sekarang ni! aku sakit hati dengan dia! Betul-betul sakit hati! Aku tak boleh nak fikir langsung.
“Misha, tak makan ke?” Tegur Datin Sania. Aku tersentak.
“Kenyang mama.” Aku beri alasan. Seleraku mati, benar..
Aku sudah tidak ada selera lagi. Am hanya geleng kepala sembari menghirup minumannya. Mushroom soup yang berada di atas meja dijamahnya sedikit. Hari ni Am memakai baju tshirt yang berwarna hijau, terserlah kekacakannya.
“Lepas ni Misha nak pergi mana?” Soal Datin Sania.
“Balik kut.” Jawab aku.
“Am nak ajak Mimi keluar..” Am bersuara. Datin Sania senyum memandang aku.
“Pergi mana Am?” Aku tanya Am dengan suara yang perlahan. Aku langsung tak ada mood untuk keluar sekarang ni. Patut la Shark tak nak angkat panggilan aku, rupanya dia tengah seronok dengan perempuan lain.
Tergerak hati aku untuk pergi Plaza Angsana, kalau aku tak keluar mungkin sampai sekarang aku tak tahu yang Shark tu ada orang lain. Geramnya! Kenapa Uda cakap Shark tu setia?
Aku rasa macam nak simbah sos cili banyak-banyak kat Uda dengan Shark. Bagus sangat la diorang berdua tu.
Uda beri aku jaminan yang Shark tu setia, tapi sekarang, apa jadi? Shark pulak taburkan kata setia dan cinta, tapi aku tengok dia elok je keluar dengan perempuan lain!
“Am nak ajak Mimi jumpa kawan Am.” Beritahu Am lagi.
Kawan? Kenapa mesti nak bawa aku? Aku tak ada mood langsung nak jumpa sesiapa. Kalau ikutkan hati, sekarang ni aku nak memerap dalam bilik. Peluk bantal, dengar lagu Grenade. Eh.. Teruknya aku!
Gaya macam patah hati gila-gila je kan? Aku pandang Am sembari menjelingnya tajam. Jangan la dia kata nak bawa aku tengok wayang la, makan angin la. I had enough. Aku dah makan banyak angin dah ni, makan hati pun dah!
“Okey..” Lain apa yang aku fikir, lain pulak yang bibir aku cakap. Rasa macam semacam je.
 Datin Sania kembali menjamu selera. Suasana dalam Pizza Hut ni dah makin sesak dengan orang ramai. Papa Am pulak tak bunyi langsung, ringan je mulut aku nak tanya. ‘Pakcik ni bisu ke?’
Haha.. Nasib baik la tak tergerak bibir aku ni nak cakap macam tu. Kalau aku cakap macam tu, semestinya Am akan jegilkan mata dia kata aku. Confirm la papa dia reject aku sebagai calon menantu! Tapi, ada aku kisah?
****
“PAPA Am memang macam tu.” Am bersuara sebaik saja aku berpisah dengan papa dengan mama Am dekat Pizza Hut tadi. Aku mengangguk-angguk. Lebih kurang je spesies macam daddy Shark. Argh! Enough Misha, stop thinking about him!
But really, I couldn’t stop thinking about him. Why he has to make me like this! Alahai.. Datang dah angin nak cakap bahasa Inggeris aku. Aku mengeluh.
“Where are we going now?” Tu je yang boleh aku cakap. Am pandang aku dan ukir senyuman manis.
“Bowling nak?” Dia mengajak aku. bowling? Mana la aku pandai main boling, nak sentuh bola boling tu pun aku tak pernah. Aku cepat je geleng kepala. Am pandang aku lagi.
“Jom la..” Am ni jenis yang suka mendesak, suka memaksa. Tapi apa yang dia paksa tu tak mampu aku katakan ‘tidak’ sebab gaya dia merayu tu macam nak ragut hati aku je.
“Malas la Am. Mimi tak pandai.” Aku berterus terang. Am tahan ketawa dia. Aku rasa tak ada la kelakar sangat kalau aku tak pandai main boling ni. Ramai je kut kat luar sana yang tak pandai main boling!
Aku pandang sekeliling lagi. Jam kat tangan aku tengok. Kat luar sana cuaca dah makin membahang. Tapi kat dalam Plaza Angsana ni memang tak terasa la panasnya sebab ada alat pendingin hawakan?
Kalau dulu aku selalu panggil air cond ni alat penghawa dingin, tapi semenjak cikgu bahasa Melayu aku tegur aku, aku terus tukar. Dia kata, perkataan yang sebenarnya ialah alat pendingin hawa. Merapu sekejap aku tentang kenangan zaman persekolahan aku.
“Habis Mimi pandai apa?” Am tanya dengan suara yang seakan-akan berkecil hati. Aku jungkit bahu. Sungguh aku tak ada jawapan dengan soalan yang dia kemukakan tu.
Aku pandai nak cabut gigi orang je kut. Itu je la kelebihan aku agaknya. Sebab tu aku cakap, kenapa la semua orang nak suka dekat aku. Aku ni panas baran, suka marah-marah, mulut sentiasa bising!
“Pandai marah orang.” Jawab aku sembari tersenyum sinis. Am ketawa.
“Cuba marah Am.” Dia cabar aku.
Aku angkat kening kiri aku. Nak ke aku marah dia di hadapan orang ramai ni? Semakin ramai yang datang kat Plaza Angsana ni. Nanti naya je dia punya reputasi jatuh.
“Cabar Mimi ke? Nanti Am menyesal. Silap-silap Am jauhkan diri Am dari Mimi,” aku sengaja memprovok dia. Am tergelak.
“Mimi marah la Am macam mana sekalipun, tapi Am tetap sayang Mimi.. Am takkan ada rasa benci pun.” Aku mencebik sebaik saja mendengar ayat dia tu. Ayat nak memikat la tu. Sengaja je.
Aku keluarkan telefon bimbit aku dalam beg. Ada dua belas panggilan tak di jawab dan satu mesej dari Shark. Ahh.. Kenapa lagi nak mesej dan telefon aku? bukan ke dia dah senang dan gembira di samping perempuan yang rambut karat tu? Bengang betul aku!
Sorry orang tidur tadi. Sebab tu tak angkat~ Shark
Tu mesej dari dia. Tidur? Nak tipu aku pun tak agak-agak. Macam la aku ni buta. Aku masih boleh ingat wajah Shark tu. Memang dia yang bawa perempuan rambut karat tu masuk dalam Butik Al-Ikhsan!
Aku terus tutup telefon aku dengan harapan dapat la aku elak dari terima mesej dan panggilan daripada dia. Biarkan dia.. Kalau dia boleh keluar dengan perempuan, aku pun boleh! Aku boleh keluar dengan Am!
“Kenapa tutup telefon tu?” Am memandangku pelik. Aku menggeleng kepalaku.
“Tak ada apa-apa. Saja je. Malas.. Tak mahu diganggu.” Skema je jawapan yang aku bagi kat dia. Am mengangguk-angguk. Mujur je la dia tak banyak tanya aku. Buatnya dia tanya aku kenapa muka aku berubah bila pandang telefon aku, aku nak jawab apa?
“Kalau Mimi tak nak main boling, Am nak ajak Mimi pergi rumah kawan Am. Dia baru dapat anak kedua dia. Memang Am cadang nak pergi, tapi tak ada orang nak teman.” Aku kurang percaya dengan apa yang Am cakap. Takkan la tak ada orang nak temankan dia ni?
Rasanya kalau dia pasang signboard kat badan dia, mesti ramai yang akan kejar dia. Dia cukup semua pakej. Dari rupa sampai la ke harta. Macam aku ni, tak berapa nak kisah sangat kalau dia banyak duit ke apa ke.
Apa guna banyak duit kalau hati tak gembira? Lebih baik bersederhana dan hati pun terasa lapang je. Rasanya tu lebih baik kut.
“Kat mana rumah kawan Am tu?” Soal aku.
“Setia Tropika.” Jawab Am, pantas. Alahai, maksudnya aku kena tinggal kereta aku kat sini ke? Mesti la si Am ni nak aku naik kereta dia. Leceh la macam ni!
“Mimi pergi dengan  kereta Mimi eh?” Pintaku. Am geleng kepala.
Use my car.” Kata dia.
Aku mengeluh. Kalau diikutkan, aku lebih selesa naik kereta aku berbanding kereta Am ni. tak kisah la berapa ratus juta pun kereta dia tu, tapi aku tetap suka dengan kereta aku. Sokong la buatan Malaysia! Tetiba aku jadi promoter.
“Nak kena tinggal kereta lagi ke? Leceh la Am.” Keluhku. Am berfikir sejenak.
Park your car kat rumah Am.. Then nanti ambil kat sana. Macam mana?” Saran Am. Aku geleng kepala. Malas la nak datang rumah Am lagi. Nanti naik meluat pulak mama Am tengok muka aku ni je!
“Tak payah la Am.. Nanti buang masa pulak. Mimi kena balik rumah sebelum maghrib.” Aku menipunya. Am keluarkan telefon bimbit dia.
Dia pandang wajah aku. “Give your brother’s phone number.” Serius je dia cakap. Aku pandang dia dengan riak terkejut. Gila ke nak cakap dengan abang aku? Nanti apa pulak Along dengan Uda label aku.
“Are you crazy?”
“No I’m not. Just nak suruh diorang tahu yang adik diorang yang cantik ni selamat kat sisi Am.” Spontan Am mencubit pipi aku. Aku menpis. Ikut sesedap lemak cili api dia je cubit pipi aku.
“Enough is enough Am. I’ll put my car here. Way more better.” Akhirnya aku mengalah. Kenapa la dengan Am ni aku asyik mengalah je? Tak pernah dia nak dengar cakap aku. Cuba la faham sikit dengan aku!
Am tersenyum manis. “Thats my girl.” Aku membuat mimik wajah mengejek.
****
AKU nak tanya sesuatu kat Am, tapi aku takut dia kata ni suka jaga tepi kain orang lain pulak. Aku nak tanya, mana dia dapat duit banyak-banyak beli kereta yang harganya cecah ratusan juta ni.
Tapi baru aku teringat yang dia kata kereta Pagani Zonda dia tu dihadiahkan oleh kekasih diakan. Gila banyak duit la kekasih dia tu. Sanggup berhabis duit.
Kalau aku, jangan harap la nak kasi hadiah kereta kat boyfriend aku. Aku cuma mampu beri kereta mainan yang pakai bateri tu je. Tak kuasa la aku nak belikan kereta mahal-mahal.
“Am kerja apa?” Aku tanya dia. Dia pandang aku dan lemparkan senyuman. Keretanya tu bergerak dengan kelajuan yang sederhana.
“Engineer.” Aku mengangguk-angguk.
Oil engineer.” Lanjutnya lagi.
Aku pandang wajah dia. Macam tak percaya pun ada. Aku tak nampak dia macam jurutera minyak pun. Bukan ramai orang cakap yang jurutera minyak ni semua kulit gelap-gelap ke? Asal aku tengok muka Am ni putih bersih je?
“Kenapa tengok Am macam tu?” Soalnya. Aku cepat-cepat geleng kepala.
“Tak ada apa.” Kataku. Pantas mengalihkan pandangan mataku.
“Mesti ada benda yang tengah bermain dalam kepala Mimi ni kan?” Am meneka.
Aku pantas geleng kepala dan ketawa. Apa je yang bermain dalam kepala aku sekarang ni? aku masih fikir fasal Shark lagi kut. Aku masih tak boleh nak lupakan bayang-bayang Shark yang keluar dengan perempuan rambut karat tu!
“Mimi tengah pelik je.. Am ni tak macam ada gaya jurutera pun.” selamba aku berkata. Am ketawa. Tapi matanya masih lagi memandang jalan raya. Dia memberikan sepenuh perhatian pada stereng kereta.
Walaupun sekarang ni keadaan jalan raya sedang sesak dengan kereta. Aku sendiri tak faham kenapa hari ni boleh banyak sangat kereta. Sepatutnya waktu sekarang ni ialah waktu orang bekerja, bukan waktu balik.
“Habis Am ni gaya apa?” Am kenyit mata kat aku. aku jungkit bahu sambil berfikir. Agak-agak Am ni sesuai kerja apa erk?
“Ha! Buaya! Buaya darat!” Kataku. Am geleng kepala.
“Kejam sangat la tu..” Am mencebik. Aku pandang dia dengan senyuman mengejek.
“Mana ada kejam. You deserved it la!” Seronok aku mengutuk dia. Am tarik wajah masam.
“Am cuma buat macam tu kat Mimi je la. Sumpah dekat orang lain Am tak macam buaya.” Aku hampir gelak waktu dia cakap macam tu kat aku. mengaku jugak yang dia tu macam buaya erk? Ingatkan tak nak mengaku!
“Lelaki ni suka cakap je..Kadang-kadang apa yang dia cakap tu tak parallel dengan apa yang nak dilafazkan.” Spontan aku berkata. Sambil aku cakap dengan dia, sambil aku keluarkan air mineral dalam beg aku.
Am mengeluh. Mungkin dia terasa hati dengan kata-kata aku. tapi aku luahkan apa yang terbuku kat hati aku. Memang la kata orang kadang-kadang bersikap jujur tu tak elok sebab boleh hancurkan hati seseorang tu.
“Mimi ingat semua lelaki macam tu ke?” Nadanya seakan-akan tak berpuas hati. Hangat pula suasana di dalam kereta Pagani Zonda miliknya ini. Aku lihat di luar, ramai yang memandang kereta milik Am. Jarang ditemui di Malaysia, barangkali.
Aku pantas mengangguk.
Am mengeluh lagi.
“Silap cara Mimi nilai tu.” Kebetulan lampu jalan tengah merah, dia pandang wajah aku. aku alihkan pandangan aku ke jalan raya. Aku tak sanggup kut nak tengok wajah dia.
“Pandang Am, Mimi..” Pintanya. Aku pusing ke arahnya dengan perlahan-lahan. Wajahnya tampak muram.
“Kenapa Mimi pandang sinis pada semua kaum lelaki?” Dia tanya aku. tegas nadanya. Aku angkat bahu. Masih tak ada jawapan tu. Aku cuma tak boleh terima dengan apa yang papa dah buat kat mama.
“Hanya ada dua orang lelaki yang berharga dalam hidup Mimi.. My brother.” Kata aku lagi. Am mendengus.
“Tak adil la macam tu..” Lampu telah bertukar hijau. Aku menyuruhnya kembali fokus pada pemanduannya. Dia akur. Tapi ketika sedang memandu pun dia masih bercakap tentang hal tadi. Aku tadah telinga je.
“Mimi kena la kasi Am peluang. Am lelaki jenis lain.” Tuturnya dengan suara yang perlahan. Aku menyandarkan tubuhku.
“Peluang apa tu Am?” soal aku.
“Peluang untuk jadi lelaki yang baik di mata Mimi.” Laju saja dia berkata. Aku tertawa.
“Kenapa nak dekat mata Mimi, Am? Ramai lagi kat luar sana tu yang cantik.. Kenapa mesti Am nak kelihatan sempurna kat mata Mimi?” Soalku dengan nada yang serius. Dia menghentikan keretanya ke tepi secara tiba-tiba. Wajahnya berubah.
“Stop it Mimi.. Cantik tu subjektif je okey? Mimi ingat kecantikan tu boleh jamin rumahtangga yang bahagia ke?” Berderau darahku saat dia berkata begitu. Mujur saja dia tak marah-marah. Tapi jelas riak wajahnya sedang menahan kemarahan.
“Mimi tak cakap pun. Cuma Mimi rasa Am tak patut pilih Mimi..” Semakin berani aku berkata. Dia menghentak stereng keretanya. Aku terkejut.
“Why? For what reason? Sebab Mimi dah ada orang lain? Macam tu? Sebab tu Am tak boleh nak dekat dengan Mimi.. Sebab tu?” Dia pandang aku dengan pandangan yang tajam. Berdebar-debar jantungku.
“It is not like that Am.. I’m just blind at love. Faham? Mimi tak tahu apa tu cinta.” Kataku. Melihat wajahnya yang sudah semakin serius tu, aku semakin gerun. Bimbang dia apa-apakan aku pulak. Naya je aku.
“Maafkan Am sebab marah Mimi tadi..” Dia mengeluh. Aku mengangguk-angguk. Aku sedar yang aku dah uji kesabaran dia tadi. Memang patut dia melenting macam tu sekali.
“Maafkan Mimi jugak..” Aku minta maaf pada dia. Kemudian dia pandang aku dengan pandangan yang redup dan penuh memukau.
“Mimi.. Izinkan Am ajar Mimi apa maknanya cinta.” Aku tersenyum sinis.
“Betul ke Am? Am boleh jadi cikgu untuk ajar subjek cinta?” Aku tahan gelak. Am tersenyum-senyum.
“InsyaAllah Am boleh. Mimi kena la pastikan pintu hati Mimi tu tak berkunci.. Senang Am nak ketuk..” Dia kenyit sebelah mata dia kat aku. Aku terjeda.
“Love is stupid.” Cemuhku. Am ketawa.
Love can be one of the worst disease's, medicine can't cure the pain. You feel close to going insane. Mentally, physically, and emotionally ill...your heart is crippled. Despite the regrets, the words unspoken and spoken. Hmm, naturally, we live off this disease.” Sampuk Am sambil senyum manis kat aku.
“Tu mukadimah untuk subjek cinta Am tu ke?” Am mengangguk. Dia kembali memandu. Dia sudah mulai senyum. Aku tak tahu la apa akan jadi kat aku lepas ni. aku tak tahu hati aku ni nak pilih siapa. Memang berbelah bagi.
Waktu aku tengah sayang Shark, Shark keluar dengan perempuan lain. Hati aku sakit sangat. Rasanya macam kena simbah dengan asid yang mempunyai kepekatan yang tinggi. Tak cukup dengan tu, hati aku macam kena bakar dengan api yang besar. Ditusuk lagi dengan belati yang tajam.
Saat tu jugak Am datang selamatkan aku. tak faham aku dengan perasaan aku ni. kenapa dah macam lalang. Sekejap pada Shark, sekejap pada Am. Ahh.. Dua lelaki ni cuma membuatkan kepala aku tambah gila!
“Am sayang Mimi..” Dia sebut lagi trademark dia tu. Aku tak jawab apa-apa. Dah lali dah dengar ayat tu.
“Mimi tak ada perasaan ke?” Dia tanya soalan panas kat aku. Aku sengaja nak hangatkan hati dia. Aku geleng kepala.
“Am ada.. Can't you get that? Can't you get that I'm a human being and have feelings? Do you realize that? I love you. Simple as that.” Laju dia berkata.
“I’m just joking Am.” Ujar aku. Am sengih.
I just want you to know.. Am takkan biarkan Mimi dalam kesedihan. I will always there by your side. Always Mimi.”
Janjinya tu buatkan hati aku jadi lapang. Memang sekarang aku tengah sedih dengan tindakan Shark tu. Perlu ke aku beritahu dekat Am fasal Shark? Dan perlu ke aku beritahu Shark fasal Am? Aku jadi bingung sendiri.
bersambung

69 comments:

  1. Adeh..sweetlah pulak Am ni. He's such a sweet talker!

    ReplyDelete
  2. 1
    hmmm.. tanye shark dlu elok2 baru buat keputusan. OK Mimi? :-)

    ReplyDelete
  3. ala nk misha ngn shark jgk..
    hrp2 yg misha nmpk tu pelanduk dua serupa shark jer..
    xmo la misha ske kt am..
    misha ttp kn la pendirian suka kt ahark..
    xmo la jd cm lalang..

    ReplyDelete
  4. susah juga bila hati dh keliru... tk tahu mana satu pilihan hati.. mimi kena tetapkan hati... selidik dulu...tp kalau dgn Am, best gak

    ReplyDelete
  5. esh.apehal ngn shark 2?mmg die ke yg mimi nmpk 2??
    esh..kalo btol la die,jht nye die g tipu mimi plak...sepak laju2...dush..dush..dush...

    ReplyDelete
  6. Misha siapa pilihan kamu?
    Shark ke or Am?alahaii

    ReplyDelete
  7. alamak...!!!
    am da makin pandai pikat hati misha..
    padan muke shark kalo dia btul2 tpu misha..
    tp btul ke dia tpu..?
    ntah2,kembar x.?
    tp x suke dgn misha..mcm lalang..
    ape2 pon,bab nie mmg best..!!

    ReplyDelete
  8. time2 ni jugak la shark nk buat hal. tgk! kn am dh try masuk jarum! eiii sakit hati la pulak dgn si shark ni. am pun sme! pergi la main jauh2 !

    ReplyDelete
  9. hhhmm .. bab nie .. intersting ! .. tpi aq rasa mcm ade je kekurgn dlm bab nie .. mcm xpuas la nk bace .. hhmm .. cuba ko try bace lek .. 0ke ?? shark ada scandal ?? wow !! interesting ! .. like it .. bawu mencabar .. dan jdi lbh menarik ! .. kan ?? ngh misha sedih .. am masok jarum and guna ayat2 yg leh cairkan misha .. and then .. misha keliru sknk .. mean .. cinta misha at shark xkuat g la kan ?? hhmm .. hope past nie .. jln cite nye lbh menarik ! dan meletop !! like it farrel !! keep it up !chaiy0k2 !! aja aja fighting !! saranghaeyo my fwen !

    ReplyDelete
  10. Alahai ! apo kono ngn si Shark tuh ?

    ReplyDelete
  11. Wah, Misha dah ada dua cikgu yang nak ajarkan dia subjek cinta! Jelesnya.. >.<
    Siapa nak ajarkan kita subjek cinta? Wahahaha ;D

    ReplyDelete
  12. ohh Shark.. jgn lah curang dgn Misha.. mintak2 la tu cuma pelanduk 2 serupa.. x leh bayang Shark ade org laen..

    ReplyDelete
  13. ntah2 yg mimi nmpk tu kembar shark? hmmm makin saspen plak. am ni plak alahaiiiii mmg cair lah

    ReplyDelete
  14. 1
    tapi bab nie mcm xde isi je
    xde yg exiting ......
    good luck 4 the next new N3 !!!!

    ReplyDelete
  15. ala tamo shark ngan owg len.....pelanduk dua serupa kot....

    ReplyDelete
  16. adoi,,,2 shark ke twin dia..,.hmmmm....gula je ayt si AM nie...huhuh...misha dlm dilema...:p...next bab

    ReplyDelete
  17. misha ni cpt ngat berubh ati..kut yer pun, try tnyr shark luuu...

    ReplyDelete
  18. wahh...bleh thn am ni usha2 misha ye..
    Shark oh shark...jgn la buat misha cmtu..
    Hrp2 sume tu xbtul.....

    ReplyDelete
  19. 1
    btol ka tu shark..arap2 org laen..

    ReplyDelete
  20. agakny2 2 kembar shark x???? smabung lg....:)

    ReplyDelete
  21. nice plot.. curious2.. shark ke yg misha nampk?? hurm..

    ReplyDelete
  22. ayoyo misha... tetap kn le aty 2 nk yg mne...siasat dlu spe ngn shark 2... haish...

    ReplyDelete
  23. 1
    xnk ar misha ngan am..
    nk misha ngan shark gak..
    arap2 misha tnye shark dulu sblm buat kputusan..
    huhuhu

    ReplyDelete
  24. betul la ckp my dad and bro,guys super good in words utk cairkan girl macam lilin...

    ReplyDelete
  25. a'ah lah..ntah2 btul ckp ku zaimah yg Shark tu ade kembar...alah.. tak maulah Misya ngan org lain..

    ReplyDelete
  26. now i become lalang too...haha

    ReplyDelete
  27. :'( shark!! asal misha cmni? tanyelah shark dulu. alahai!

    ReplyDelete
  28. waaaa...ntah2 tu adik shark haha..adik bradik kn muka sm hehe..jgn la wat shark curang huhuhu..nk shark dgn mimi je..xmao mimi dgn am..waaa...nnt dlm bab 19..wat la yg mimi g mrh shark psl yg dia nmpk shark dgn pmpuan lain tu..xyah la smpn mrh tu..nnt slh fhm pl huhu...- fy -

    ReplyDelete
  29. aku sokong kalau am ambik misha.. biar shark pulak rsa sakit.. tu ar nak scandal sngat..

    ReplyDelete
  30. tak perlu pilih Shark or Am, Hlovate kata boys are stupid, throw stone at them

    ReplyDelete
  31. kalau tu btol shark, benci shark...
    tp shark mcm da perfect.. jgn la curang.. huhu..
    am ni pandai btol mengayat..
    kalau misha ngn shark, pass la am tu kt orang.. hihi..
    btw, orang pn same mcm misha xpndai main bowling.. hihi...

    ReplyDelete
  32. erm misha kne tnye kat shark dlu...
    x leh trus wat conclusion...
    mane tau 2 abg or twin shark...
    aduh...konflik2...

    ReplyDelete
  33. 1 but not only best..its super duper best..suka bab nie...kira dh start klimaks la nie kan..hee..xsbr nk bca yg strusnya..btol ke shark tipu misha???n misha dh tersepit antara 2insan yg syg kt dye...hope she can make de very ryte choice 4 her life...hehehe..

    ~sue liana jusof~

    ReplyDelete
  34. aduh shark!!!
    mengapa dan kenapa kau hrs mnipu mimi nie....
    huhuhu...
    kn Am da amik alih....
    hrp x lama prhbgn diorg nie dingin...
    cpt2!!=D

    ReplyDelete
  35. shark tipu T.T
    tp sweet plak Am nie......huhuhu

    ReplyDelete
  36. knape shark wat orang macam nie??

    ReplyDelete
  37. knape shark wat orang macam nie??

    ReplyDelete
  38. hehehe..mula dh konflik..
    nie makin x sabar..
    anyway..well done Shah^^

    ReplyDelete
  39. sye yakin tu bkan Shark,,
    hwaaaa,,x mungkinn laa shark curang,,
    ishkk88,,
    am!! so sweeettt,,,ayat dy fuhhh,,
    cair jap seketika,,huhu,,

    ReplyDelete
  40. eeeeiiiiii...Am ni sje je nk goda ati mimi..xske3!!! kasi bako itu org..haha..
    mimi..cye la..shark td ngah tdo..2 mgkin kmbr shark y bname jaw..haha..
    am...jgn la dok usha mimi g,..dia xske tau!!! shark lg xske!! along n uda 3 kali xske..!!!haha
    *ein n ira*

    ReplyDelete
  41. agaknye itu kot rayqal aka kembar shark..kn watak dia lum kua g..nmpknye ramai y tgoda ngn ayat manis am,nmpk sgt kasanovanyer kn..huhu

    ReplyDelete
  42. harap2 tu planduk 2 serpe shark jer..
    kecian misha.. huhu~

    ReplyDelete
  43. emo wehh...bce n3 kali nie..hukhuk

    ReplyDelete
  44. Si am yg pndai mengayat ke si shah ni ? Hahahaha :D
    Kipidap shah .. Ta sbar dibukukan . Uhuuuu (:

    ReplyDelete
  45. eei!!
    asl lha shark wt hl palk tyme2 cm ney,,,
    am lak msok jrum & cube nk cairkn aty misha,,
    pape pn,,,next n3,,=)

    ReplyDelete
  46. hati akak mcm dah terbelah dua ni. adeh! takpe, sabar2. kena tengok situasi shark tu apa sbnrnya. tp bab dia menipu tu memang takleh blah, melainkan tu sebenarnya kembar dia.

    ReplyDelete
  47. same.. mcm sy.. few days back..
    hope misha akn buat pilihan yg tbaik..
    1 more, never regret ur choice, misha..
    jgn tamak.. pilih yg dpt membahagiakan ye..
    :D syg misha~ muah3!!

    ReplyDelete
  48. huhu...conflict time!...am punya ayat memang best..leh bikin cair...tapi sikap memaksa smpai misha asik kene ngalah jer...sian misha...klau kita...x suka la laki cam ni...jenis pendesak...better misha with shark lol...salah pham ni akan terjawb gak akhir nya nanti...cnferm shark tu betul2 serius kat misha...mana tau...dia saja nk test misha kan...who knows.... *slumber_girl*

    ReplyDelete
  49. aku yakin.. that boy yang kuar ngan pompuan tak cukup kain tu bukannya shark...

    i bet u!!!!

    ReplyDelete
  50. nor farhana md isaMay 4, 2011 at 8:57 AM

    btoi ka laki 2 shark??
    rsanya x kot.. dia slah tgk ni..
    huhuhu..

    ReplyDelete
  51. shark ada kembar ke?????
    Cepat la sambung...Am pun baik gak he....

    ReplyDelete
  52. asal shark tu??jerung btol la..ni yg xpuas hati ni..

    ReplyDelete
  53. x suke lar shark wat cm 2 .hrap2 tu bkn shark ..:)

    ReplyDelete
  54. hoho...nk dgr pnjelsan shark

    ReplyDelete
  55. am dah masuk line.. hishhhh . . x bleh jadi . napa la shark buat hal waktu camni..

    ReplyDelete
  56. tp ptotnya mimi tny la shark dlu...
    then bru la leh nk mrh2...
    btw, sweet kot am tu...hehehe

    ReplyDelete
  57. shakir.. sakit hati mimi.. terluka tu dicurangi
    am.. suka mendesak. x suka dia ngan misha..hohoho..
    kena buat kempen senyum ramah tamah untuk bapa2 di malaysia.. supaya x kaku diam macam papa am n shakir.. haha
    sts.. gud luck ;) ;)

    ReplyDelete
  58. huh! xpham2...mne 1 mimi a.k.a misha nk ni?? b'pling tadah plak...gle kuasa!

    ReplyDelete
  59. dont judge a situation by its cover,, haha tetibe,,, engineer pulakkkk

    ReplyDelete
  60. shark tipu?
    siot punye mamat

    ReplyDelete
  61. shark curang..... menipu lg tu.... kesian kat misha.... hrap2 si am x buat prangai mcm shark...

    ReplyDelete
  62. wow....am pon nk jd ckgu sbjek cnta jgak?adehhh....pening laa misha gini nk memeilih ckgu mna yg lbeyh lyak dpt anugerah guru cemerlg mrgkap suami...<3<3

    ReplyDelete
  63. i think kann , myb shark adew adek beradek kembar or pmpn tuhh adik pmpn dia . huahua :P

    ReplyDelete
  64. la..shark ni kluar ngn sapa plak..

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.