Wednesday, May 18, 2011

Bab 26


SEBULAN dah berlalu. Shark masih tak ada khabar berita. Dua minggu lepas Uda dah masuk kerja. Uda pesan kat aku, dia memang tak tahu bila Shark masuk kerja sebab dia memang dah minta dekat ketua dia cuti untuk beberapa hari.
Kata Uda, mungkin Shark betul-betul dah masuk kerja. Aku mengiakan saja. Malas la lagi nak fikir. Perihal Am pun masih bermain kat kepala aku. Semua orang salahkan aku. Along salahkan aku.. Angah salahkan aku.. Cuma Uda je tak salahkan aku.
Dia cakap dah takdir aku jumpa dengan Am. Mungkin jugak Allah nak suruh mama dengan papa berbaik semula. Akibat kes bulan lepas tu, aku tak dilayan langsung oleh Along, Angah dengan mama kat dalam rumah. Sedih hati aku. Cuma Uda je yang layan aku.
Dan hari ni aku tengah termenung lagi kat dalam klinik aku. hari ni jadual kerja aku tak la padat sangat. Sejak Hadif dah kerja sama-sama kat sini, kurang sikit beban aku.
“Termenung je Misha? Ada masalah ke?” Soal Hadif. Terkejut aku. Tiba-tiba je dia masuk. Aku pantas menggeleng.
“Tak ada masalah pun. Dah siap ke kerja?” Aku tanya Hadif. Hadif mengangguk-angguk dan tersenyum manis. Aku membalas senyumannya.
“Dah siap lama dah.. Pintu terbukak pun awak tak perasan ya?” Hadif ketawa. Aku ketawa juga. Tak perasan pulak pintu terbuka, maklum la. Layan perasaan.. Heh.
“Lunch jom?” Hadif mengajak aku. Aku mengangguk. Boleh juga. Perut pun tengah lapar ni. Elok la kalau aku isi perut aku yang dah berkeroncong ni. Hadif mengukir senyuman.
“Saya tunggu kat luar okey?”
“Okey.”
****
“HADIF, awak tak takut kena marah ke keluar dengan saya ni?” Soal aku pada Hadif sebaik saja dia memandang menu yang ada. Cermin mata hitam yang dia pakai tu, dia buka. Dalam restoran pun nak pakai kaca mata hitam. Pelik aku dengan si Hadif ni.
“Ni awak sengaja nak pancing saya ke? Nak tahu status saya?” Aku mencebik. Gila perasan Hadif ni.
“Jangan nak perasan boleh tak? I just want to make sure.. Okey?” Aku menjawab. Hadif tergelak.
“Jangan la marah sangat.. Saya gurau je. Tak ada orang nak marah sebab saya tak ada siapa-siapa.” Aku mengerutkan dahi aku. apa maksud dia? Tak ada siapa-siapa?
“Maksud awak?”
“Maksud saya.. Saya tak ada teman wanita la. Senang cakap.. Direct. Payah la nak berkias ni.” Hadif tersenyum-senyum. Aku mengangguk. Mengerti kini. Tiba-tiba saja dia menyerahkan kad menu tu pada aku.
“Awak? Macam mana pulak?” Aku angkat kening sebelah.
“Macam mana apa?”
“Dah ada yang punya ke?” Aku ketawa.
“Dah.. Tapi dia tak ada sekarang ni..”
“Pergi mana dia?” Soal Hadif.
“Dia pilot. Kerja la..” Hadif mengangguk.
“Rindu kat dia tak?” Soalan tadika dia tanya kat aku. Aku senyum skeptik dan buat muka sambil geleng kepala. Hadif terus-terusan menatap wajah aku.
“Tipu la kalau tak rindu.. Awak ni.” Aku memuncungkan bibirku. Hadif ketawa. Dia memanggil pelayan yang ada kat situ untuk memesan makanan. Aku dah siap pilih makanan yang aku nak makan.
Sebaik saja pelayan tu sampai, Hadif terus memesan makanan yang dia nak pada pelayan tu. Pelayan tu terus menulis kat satu kertas kecil. Aku pandang je wajah Hadif. Dia ni ada daya tarikan tersendiri, bagus sangat kalau aku kenalkan dia kat Angah!
“Isteri abang nak makan apa?” Soal pelayan tu. Berderau darah aku. ikut sesedap lemak dia je cakap aku ni isteri Hadif. Hadif menahan gelak. Dia pandang aku.
“Yang nak makan apa yang?” Hadif terus memulakan lakonan dia.
“Apa-apa je.”
“Kasi dia makanan yang sama dengan saya. Air yang? Nak air apa?”
“Fresh orange.”
Pelayan itu mengangguk dan setelah siap memesan semuanya, dia terus berlalu pergi. Aku memandang Hadif macam nak telan. Dia diam je bila pelayan tu cakap aku ni isteri dia. Gila la si Hadif ni.
“Jangan la pandang saya macam tu.. Jangan salahkan saya. Salahkan pelayan tu sebab salah anggap kat kita berdua.”
Dia ketawa. Hadif mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip sesuatu. Selepas tu, dia pandang aku semula yang asyik melingas memandang puluhan orang yang datang menjamu selera kat restoran ni.
Ni pertama kali aku datang restoran ni. Hadif la beria sangat ajak aku makan kat sini. Dia kata makanan kat sini semuanya best dan mantap. Aku mengiakan je kata-kata dia tu.  Dan dia bawak aku datang sini guna kereta dia.
Dia tak ada la macam Am dengan Shark. Dia cuma pakai kereta biasa je. Dia pakai kereta Hyundai Elantra. Tapi aku tak berapa kisah sangat pun, aku pun pakai kereta Kancil je. Jadi, kereta tu tak la berapa penting!
“Misha. Nak tahu something tak?” Dia kenyit mata kat aku. Aku geleng kepala. Kalau dia dah mula kenyit mata dan sengih nakal tu, maknanya ada benda la tu yang dia nak usik aku. Hadif tersenyum-senyum.
“Kalau tak nak tahu, saya beritahu jugak.”
“Terserah wahai encik Hadif.”
You got the eyes of innocence, the face of an angel. A personality of a dreamer & a smile that hides more pain than I can ever imagine.” Aku terkedu.
What kind of pain?” Aku soal dia. Dia jungkit bahu.
“Entah. Saya cakap je.” Dia ketawa. Aku tersenyum mengejek.
“Makanan dah sampai..” Aku tak tahu nak cakap apa lagi kat dia. Nasib baik la memang betul makanan dah sampai. Kalau tak, tak tahu aku nak jawab apa lagi kat Hadif ni. dia ni selalu cakap terus, susah nak dengar dia cakap berkias.
****
“SO Misha, seronok bercinta?” Tanya Hadif sebaik saja dia mengelap mulutnya dengan tisu yang disediakan oleh restoran tu. Aku cuma mengangguk. Aku sendiri tak tahu apa motif Hadif tanya aku soalan tu.
Takkan la dia tak pernah merasai perasaan jatuh cinta tu?
Gravity cannot be held responsible for people falling in love.” Ujarku sembari tersenyum sinis. Hadif senyum meleret.
How about chemistry?” Soalnya. Aku berfikir.
Bonding of people bukan salah satu tindakan kimia.”
But the synthesis phermone that attract each other is bio-chemistry.” Bidasnya. Aku senyum lebar. Betul la tu. Aku kematian kata.
Then, what about the forces of attraction?” Aku tak nak mengaku kalah. Hadif menghirup minumannya. Aku mengerling pada jam tanganku, sekilas.
“Cas yang sama akan menolak!” katanya. Okay.. Hadif menang. Ada saja ayat yang akan dia fikirkan untuk membidas kata-kataku itu.
“Ada lagi?” Soalnya. Aku geleng kepala. Heh.. Riak la pulak bila dah menang dalam perdebatan ni. Hadif senyum sarkastik.
“I love you Misha,” habis tumpah air yang tengah aku minum ni. Nasib baik tak kena baju aku. Hish... Gila la Hadif ni! Dia ingat tiga perkataan tu boleh buat main ke? Nak je aku simbah sisa air yang ada kat dalam cawan ni kat dia. Tapi bila fikirkan balik, tak sampai hati pulak.
Sejurus melihat wajah aku yang berkerut-kerut, Hadif ketawa. Dia geleng kepala sambil menahan senyuman. Dah lama jugak dia tak gurau dengan aku macam ni.
“Awak ni tak boleh saya agak bergurau sikit. Mula la buat muka.. Payah la boyfriend awak layan kerenah awak macam ni.” Dia sindir aku. Aku menjegilkan mataku. Berani betul dia cakap aku macam tu. Nak kena pelempang percuma agaknya Hadif ni.
“Dia tak ada usik saya macam awak.. Awak tu la teruk..” Aku sindir dia pulak. Dia tergela-gelak.
“Saya pulak kena?”
“Habis tu? Awak bagus?” Dia angkat kening dan senyum. Aku mencebik.
****
“AMBOI.. Lamanya keluar makan?” Tegur Ana sebaik saja aku sampai di kliik. Hadif hanya tersenyum saja. Ima dengan Tyra dah tersipu-sipu malu. Macam tu la perangai dua orang pekerja aku ni.
Setiap kali nampak Hadif je, mesti akan tersipu-sipu macam nak minta pelempang. Mula la pusing badan sana sini. Rimas aku. Hadif meminta diri untuk masuk ke dalam, manakala aku masih lagi di luar, berbual bersama Ana.
Sejurus saja bayangan Hadif tidak kelihatan, Ana menyentuh bahuku sembari mengangkat kening, seperti bertanya sesuatu. Aku mengerutkan dahiku. Apa la si Ana ni nak tahu lagi?
“Apa dia?” Aku tanya Ana.
“Pergi mana tadi?”
“Makan la. Hish awak ni..”
“Makan je ke? Tak ada pergi mana-mana?” Ima dah menyampuk. Aku geleng kepala. Memang aku dengan Hadif pergi makan je, mana ada pergi tempat lain lagi.
Ana menarik lengan aku dan menyuruh aku duduk. Aku menurut saja.
“Ala doktor.. Cerita la.” Pinta Ana.
Aku ketawa.
“Cerita apa?”
“Pergi mana lagi?”
“Dating.” Bulat mata mereka bertiga. Aku ketawa.
“Seriously?”
“Of course la joking.. Awak semua ni, tak ada kerja lain lagi? Ni nak kena potong gaji ni.” Aku mengugut mereka. Mereka mengangkat tangan. Memohon ampun, aku tergelak. Pandai pulak minta maaf sekarang. Ha!
“Dah sambung kerja semula!” Arah Ana pada Ima dengan Tyra. Berdesup mereka berdua membuat kerja mereka semula. Aku menggelengkan kepala aku. tiba-tiba je Ana tuding jari dia kat luar pintu klinik. Aku angkat kening pada Ana, sebagai isyarat bertanya.
Sebaik saja aku pusing belakang, jantung aku macam nak jatuh! Argh! Shark! Baru sekarang nak muncul? Aku terus membuka pintu. Dia sekadar senyum meleret memandang aku.
****
“DAH puas bertapa dah?” Aku tanya dia. Dia geleng kepala.
“Bertapa apanya.. Orang pergi kerja la.” Jawab dia. Aku mencebik.
“Ya la sangat.. Tak khabar langsung. Agaknya kalau saya mati la, awak tak tahu..” Marahku. Dengan tiba-tiba je dia meletakkan jari telunjuknya pada bibir aku. menyuruh aku senyap.
“Apa ni cakap mati-mati? Orang tak suka la dengar.. Awak ni.. Ni emergency punya kerja. Orang kena replace position pilot yang sepatutnya handle next flight. Patutnya orang masuk sekali dengan Zafri.. Tapi disebabkan big boss dah call, orang kena ikut. Memang nak call awak, tapi reach voicemail je.” Dia memujuk aku dengan suara yang perlahan.
Serta merta amarahku menurun. Mendengarkan suaranya saja sudah membuatkan aku tak keruan. Melihat matanya saja sudah membuatkan aku rasa tak senang. Apatah lagi bila dia memujuk aku dengan sebegini.
“Orang tak nak lagi awak cakap macam tu.. Kalau tak..”
“Kalau tak apa?” Aku tanya dia.
“Kalau tak, orang gigit awak.” Aku pantas mencubit lengan dia. Nakal! Dia tergelak-gelak.
Aku mendengus. Segera aku melangkah masuk ke dalam klinik, tapi dia sempat tahan. Aku pusing belakang dan pandang wajah dia sambil buat muka tak ikhlas. Dia angkat kening dan senyum manis.
I love you, not just for now, but for always, and I dream of the day that you’ll take me in your arms again.” Kata-kata itu lembut kedengaran di telingaku. Walaupun dia bercakap dengan suara yang kuat.
Aku pernah dengar ayat tu, tu ayar dari Nicholas Sparks. Tapi entah kenapa, bila aku dengar ayat tu keluar dari mulut dia, aku rasa macam istimewa sangat je!
Dream on.. Dream on..” Balasku. Dia pantas menggengam pergelangan tangan aku.
“Awak rindu orang tak?” Soalan lazim yang akan dia tanya kat aku setiap kali dia balik dari kerja. Aku geleng kepala. Wajahnya serius.
“Seriously.. Jawab..” Desaknya. Aku senyum sarkastik.
“Apa main paksa-paksa ni? Orang cakap tak rindu, tak rindu la..” Bebelku. Dia melepaskan genggaman tangannya pada tanganku.
“Ya la. Orang balik dulu,” terus dia melangkah pergi.
Aku terkedu, ni dah masuk dalam babak drama dia ke? Dia ni selalu buat jantung aku berdebar tau. Benci betul la. Tapi kelakuan dia tu la yang membuatkan aku jatuh hati.
“Ya la! Saya rindu awak.. Sangat-sangat!” Laungku. Dia pandang belakang dan menguntum senyuman panjang.
“Tahu takut.”
“Tak nak awak pergi jauh lagi. Saya rindu..” Aku mengaku. Dia angkat kening.
“Sehari tak jumpa orang macam rasa setahunkan?” Ujarnya. Aku mencebik. Aku cakap sikit mula la dia nak melebih tu. Aku geleng kepala.
“Sehari tak jumpa macam sebulan je.” Dia ketawa.
“Orang datang ni sebab nak jumpa awak je. Sekejap lagi orang datang rumah awak.”
“Shark, Uda saya dah balik ke?” Aku tanya Shark. Shark pandang aku dengan pandangan yang mencerun.
“Awak panggil orang apa?” Dia tanya.
“Shark.”
“Ulang.”
“Shark..” Dia mendengus.
“Panggil lain.” Desaknya.
“Nak panggil apa?”
“Abang ke.. Sayang ke..”
“Mengada la dia ni..”
“Mengada tak mengada.. Baik dengar cakap orang!” Paksanya. Aku tarik muncung sedepa. Sekarang ni dah makin kerap pulak dia buli aku. Nak tak nak aku kena ikut apa yang dia cakap. Pandai dia seksa aku sekarang!
“Ya la abang.” Dengan nada tak ikhlas je aku panggil dia dengan gelaran tu. Rasa janggal pulak sebab tak pernah aku panggil sesiapa dengan panggilan abang sebelum ni.
That’s my girl! I love you sayang.. Tunggu orang kat rumah nanti okey?” Aku pantas mengangguk. Dia terus berlalu pergi. Sempat dia lemparkan flying kiss kat aku, macam biasa..
****
 HADIF pandang aku semacam je waktu aku masuk dalam klinik semula. Aku tengok dia, dia tengok aku.
“Asal pandang saya macam tu?” Tanya aku, sambil angkat kening ala-ala Ziana Zain. Dia tetap buat muka serius.
“Siapa tu kat luar tadi?”
“Oh. Buah hati saya..” Jawabku pantas sambil mencapai sebuah fail dalam laci. Dia tetap memandang aku.
“Mesranya?” Aku angkat muka.
“Memang la.”
Fracture hepatica saya..” kata dia. Aku ketawa. Dia buat muka kasihan. Buat muka kucing. Aku buat-buat tak nampak pandangan mata dia tu.
“Kalau dah fracture tu, ubat la..”
“Awak la ubatkan.” Aku duduk kat kerusi aku. dia tetap menatap aku.
“Saya bukan doktor hati. Awak cari la doktor lain,” suruhku. Dia mengeluh.
“Saya nak awak je ubatkan.”
“Kenapa lelaki semuanya mengada-ngada?”  Aku membebel. Dia tak bagi respons. Hanya raut wajah yang serius dia paparkan. Aku terus capai air botol mineral dan meneguk air mineral tu sikit.
“Saya tak termasuk. Saya cuma nak perhatian dari awak.”
“Buat apa?”
“Sebab saya suka awak..”
“Awak ni kan Hadif, suka sangat usik saya.” Marahku.
Dia akhirnya ketawa. Serius tadi muka dia, macam betul-betul je dia ungkapkan ayat tu kat aku. tapi selepas aku pandang dia lama-lama baru la aku faham yang dia ni bergurau.
“Anugerah pelakon terhebat patut diberi kepada awak, doktor Hadif!” Dia ketawa lagi.
“Bagai pinang dibelah dua awak dengan buah hati awak tu.” Aku buat-buat tak dengar kata-kata dia tu.
“Kalau awak dengan saya pun okey.” Aku terus jeling dia. Pecah ketawa. Pintu bilik diketuk.
“Doktor Hadif, ada patient.” Ana memanggil. Hadif terus bergegas keluar. Sebelum keluar, dia sempat cakap kat aku.
“Jangan mengadu saya kacau awak dekat buah hati awak tu... Nanti cemburu dia.” Hadif ketawa. Aku mengetap bibir.
Only in the darkness , you are able to see the stars.

52 comments:

  1. knp terakhr,,,nk buat novel ekk???best2

    ReplyDelete
  2. suka fracture hepatica! See you soon Shark & Misha :D

    ReplyDelete
  3. wahhh.. shark sudah kembali.. suke3..
    harap2 hadif tu hanya bergurau.. tp, okey jugak kan dye tu.. opss!! hahaha

    haa, shark nak buat ape dtg umah Misha? masuk meminang ekk? kan da janji, bile balik keje, terus meminang Misha.. tak sabar mau tauu... >_<

    ReplyDelete
  4. ala..dh nnk dibukukan ke???? anyway cite ni mmg best..hehhehe

    ReplyDelete
  5. tidakkkkk shah...nape bab terakhir??huhuhuh...lmbtnya nk tg novel kuar..hukhuk..tp siyes suke giler tgk shark dgn mimi bermesra2 hee.. -fy-

    ReplyDelete
  6. dr hadif suke btol usik misha 2,,,
    laz chpter???
    ta kn lha,,,adessss!

    ReplyDelete
  7. ermmmm....gulanyer hadif ngan shark...hohoho...untung misha...:p...last dh???
    smbg bce kt novel dia t la...:p...see u soon AASC,,,

    ReplyDelete
  8. wah..dr hadif suke kt misha ke?yeah.shark da blk..suke!
    by the way,npe last post?nk wt buku yek?gud luck ^_^

    ReplyDelete
  9. oohh...tidakkkk....aku x percaya...x caya terpaksa berpisah ngan misha+shark sekrg...nk tggu novel lama sgt la...dahla novel lmbat smpai kat BP ni...ai...rindu ya amat la kat diorg ni...huhu...

    ReplyDelete
  10. miss my jerung...huhu:(

    ReplyDelete
  11. akhirnye shark blk... yeah.. ^_^... xsbo nk tggu novel nye...

    ReplyDelete
  12. alaaaaaa~~~
    bru nk hepi2 ngan ABANG SHARK...huhuhu
    tp n3 kali ni seweeettt...
    hai bila la zamannye bku ni publish???huhhu..

    ReplyDelete
  13. lah... last N3 ke ? tapi at last dapat jugak bace N3 ada skark... happy sangat... dah nak terbitkan novel ke? yelah .. kan awk kate ni bab terakhir kenape :(
    suka N3 nie , kalau boleh... nak mintak special N3 boleh ... ^_^

    ~Miss_BZbody~

    ReplyDelete
  14. oho~ gonna miss them badly... *sob*
    hee~ suka sgt cter ni. best lah.
    iA, dh kluar dlm bntuk bku nnti, sy beli :)

    ReplyDelete
  15. i wil mis shark..4 sure..(+_+)..x sabar nak tunggu shark versi cetak..hhehehe...

    ReplyDelete
  16. wah~nakalnye hadif tu..tkpe hadif sya ada.hahah perasan la pulak.. erm~nak dijadikn versi cetak ek? nak buat koleksi nvel karya c.wazrul ni la~

    ReplyDelete
  17. sbb cite ni best sgt, x sbr nk tgu versi cetak diterbitkan. akn tgu n tgu.

    ReplyDelete
  18. ohhh ini sgt sweet! Inche WS, sila siapkan manuskrip cpt2. ASAP mesti ada ats rak popular. hehehe~

    ReplyDelete
  19. Ala, kenapa last episod. Nak hantar ke versi cetak ke?

    Saya dah mengikuti citer ni dari mula lagi. Ayatnya ringkas, mudah difahami.
    Tapi tak tau apa akan terjadi pada next episode.

    ReplyDelete
  20. kenapa last epi ek...........nak diterbitkan ker..........kalau betul jgn lupa war warkannya nanti..........
    kenapa sikit sgt en3 yang ada shark........

    ReplyDelete
  21. ala nape last ? btw, rindu shark ! hahaha

    ReplyDelete
  22. tgh2 syok2 bace skali terbace bab akhir arggghhhh tidakkk hehehe
    baru nk lepas rindu ngn shark huhuhu

    ReplyDelete
  23. erkk,,nape sye lmbat bace post nia aik??
    adehh,,selamat perasan,,klau x rugu jek,,huhu
    by the way, doc hadif ni pun ok gak aik,,
    huhu,,,tp shark lg2 laa ok,,ehehehe
    bab akhir?? owhh tidakkk!! sharkk!!!
    xpe2,,sye sabar mnnti novel ini diterbitkan,,peace ^_-

    ReplyDelete
  24. huhuhuhu..daa bab akhir kaa...sedey :'(
    sukanya bila shark datang....dr hadif jgn laa kacau diorg plzz!!!!

    ReplyDelete
  25. sharkkk!!!
    alaa..
    dh akhir dh?
    akn publish ye?

    ReplyDelete
  26. waaw....shark dh muncul...
    Like3....okey3...waiting da novel...
    =)

    ReplyDelete
  27. kenapa bab terakhir?? why???!! ='( *tangisan budak yg tk dibenarkan beli novel cinta*

    ReplyDelete
  28. best ! sweet !
    <.<

    ReplyDelete
  29. best ! sweet like crazy part shark dgn misha ^^
    tp psni rindu blk kt shark smntra tggu novelnya kluar . haizzz >.<

    ReplyDelete
  30. oh no !! x leh nk jumpa shark lagi...kena start kumpul diut nk bli novel lar nie... huhu T.T

    ReplyDelete
  31. ehem2 ... salam2 .. k0men2 ..
    keciannya at misha .. kenapa dy yg dipersalahkan ?? sedangkan dy sendiri puwn xta0 siapa am tu .. nape mak , along ngan angah dy nak salahkan dy ?? hhmm .. xpe2 nnt aq sl0w talk ngn mak dy .. hihihi
    0ke ..
    seriusly .. aq nak abang macam UDA !!! napa aq xd abang ?? xd kakak ?? teringin nak ade abang ngan kakak .. hhmm .. teringin nak bermanja ngn abg and kakak ..hhmm kan best if ade .. xpe la .. da takdir ..
    HADIF ?? seriusly .. watak dy uad aq teringat at ssorg .. perangai sebijik mcm hadif nie .. hahaha .. c0mel la watak hadif nie... c0mel cgt2 .. heheh ..
    shark !! akhirnya .. ka0 muncul jua .. misha dah maj0k hahaha .. hope berkekalan !! hehehe

    writer !!! k0 kene kerja kuat g !!! buat g better !! nak idea ?? meh aq tlunk2 .. hahaha ... memperbanyakkan unsur2 yg aq ckp tu .. 0ke ?? sambil menulis sambil mengajar kan ?? so .. fikir2kan lah .. dan selamat menulis .. hahaha .. chaiy0k2 !! fighting !! keep it up my dear fwen !!!

    ReplyDelete
  32. cepat2 eh cetak... da indu kt shark ngan misha...

    ReplyDelete
  33. menunggu saat2 novel d kuarkn...

    ReplyDelete
  34. dah nampak dah . hadif mula nak tunjuk perasaan dgn cara mcm tu.. woooo . akhirnya , the prince of the kingdom, Shark, appear.. yeah.. tunggu novel je lah ni..

    ReplyDelete
  35. seriously, i'll be missing shark, misha and hadif so bad! heeeee. akk doakan agar manuskrip shah berjaya diterbitkan oleh syarikat yg shah nak :D fighting!

    ReplyDelete
  36. ahh..rindu nyelah kat shark..
    mesti AASC nanti..

    ReplyDelete
  37. huhuhu..suda yg t'akhir..
    moga AASC di cetak nnti.,nk bli smbung bca..
    gud luck writer..

    ReplyDelete
  38. lpas ni rindu la kat AASC....
    kat shark n misha....
    yg si am tu plak, dh x bleh dh kn dgn misha... kasi saye je la... XDDD
    semoga berjaya n novel ni cepat kuar kat pasaran....

    ReplyDelete
  39. very sweet shark!....lme lg x ea nk kuar hardcopy?? akan merindui shark le pas nie...

    ReplyDelete
  40. laaa..napa bab terkahr?:'(..shark so sweet...

    ReplyDelete
  41. fracture hepaticA?? hahaha...mngada...tp hadif cm ska je kn dy...
    sshla cm2..

    ReplyDelete
  42. waa..gile best certa nie..
    sweeeeett je..
    alaaa..buku lmbt lg kluar..tp sy psti beli pnya..
    trbaik!!

    ReplyDelete
  43. best!! tak sabar nak serbu pop/mph nanti. ^^

    ReplyDelete
  44. x sabar nak tunggu novel ini keluar
    cepat sikit tau

    ReplyDelete
  45. shark da muncul...miss him so much...hahahaha

    ReplyDelete
  46. yeah!shark dh ade blek :)

    ReplyDelete
  47. love this lurve story....comey je shark n mimi...

    ReplyDelete
  48. hahah..shark dh blik..pasni bleh msuk minang mimi

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.