Sunday, May 15, 2011

Bab 24

SUDAH dua hari Hadif memulakan tugasnya dekat klinik aku. Aku rasa tak ada apa yang kurang pun dengan diri dia tu. Dia lakukan kerja pun tak ada la teruk sangat. Sebelum ni dia pernah kerja dekat Kuala Lumpur, tapi tak tahu la.. Mungkin sekarang dia kerja dekat Johor Bahru sebab balik kampung halaman kut.
Berita tentang Angah dengan Uda pun senyap macam tu je. Tu bukan nak buat suprise kat mama, tu namanya sengaja nak bercuti. Saja la tu cari alasan. Shark pun entah ke mana, sah-sah la dia belum masuk kerja lagi sebab Uda pun tak masuk kerja lagi.
Aku geram sebab dia tak beritahu aku apa-apa. Selepas peristiwa malam ‘luahkan perasaan’ tu, dia terus senyap. Tak beritahu aku apa-apa. Ke dia menyesal dengan tindakan dia tu?
Aku tak sentuh pun roti canai yang Kak Kiah buat tu. Roti canai segera je. Memang tak elok makan roti canai, tapi aku rasa sekali sekala tak apa la kan. Kalau semua benda pun tak boleh makan, baik puasa je!
“Termenung je tengok pinggan tu Misha? Macam ada masalah je.. Putus cinta ke?” Usik Kak Kiah. Along angkat muka pandang aku. Dah tiga hari Along kat sini. Aku pun tak cakap lagi kat Along tentang Angah dah balik dari belajar.
Tak ada sorang pun yang tahu rasanya. Semua tak ingat yang pengajian Angah dah selesai. Ya la, Angah pun tak selalu update dengan kita orang tentang dia. Mana la nak tahukan? Aku rasa Uda tahu pun sebab tak sengaja.
“Putus cinta apanya Kak Kiah. Orang tu baru je dilamun cinta. Rindu la tu.” Suara Aida kedengaran. Aida kenyit mata kat aku lantas menuang air ke dalam cawan Along. Along macam tak banyak cakap sangat hari ni.
Nampak gaya macam tak ada mood je Along hari ni. aku pun cuit-cuit sikit je roti tu. Mama geleng kepala tengok aku.
“Makan la Mimi.. Dok cuit-cuit buat apa?” Tegur mama. Aku hanya tarik senyuman terpaksa.
“Kenyang la mama..” Aku beri alasan.
“Bila masa Mimi makan?” Soal Along, mula bangun dari kerusi dan menuju ke dapur. Aku tengok muka Aida. Aida angkat bahu. Suara Along lain macam je, macam marah.
Along kembali dari dapur sambil mengelap tangannya dengan tisu. Aku makan sikit roti tu. Aku takut je Along marah aku sebab aku tak makan. Along ni lain macam sikit, dia pantang kalau aku tak makan depan dia.
Dia kata rezeki yang ada depan mata tu kena hargai. Kata-kata Along tu hampir sama je dengan nasihat yang Shark pernah kasi kat aku. aku cepat-cepat makan. Along duduk semula kat kerusi.
“Kenapa Mimi tak beritahu Along yang selama ni Fiqroul ganggu Mimi?” Tegas Along bertanya. Aku terkejut. Kenapa raut wajah Along macam marah je? Seram la aku. aku tergagap-gagap nak menjawab.
“Along tanya ni. Cuba jawab. Tak ada mulut ke?” Along ulang suara.
Aida dah pegang tangan Along. Mama buat isyarat mata kat Along supaya berhenti tanya aku. aku diam lagi. Tak tahu nak jawab apa. Bibir aku kelu je.
“Mimi dengar tak ni?”
“Dengar..”
“Dah tu kenapa tak jawab?” Aku tak berani nak angkat muka. Along jarang marah-marah. Kali terakhir aku kena marah teruk dengan Along waktu aku kat universiti dulu. Rasanya dah lama Along tak gunakan intonasi macam ni.
“Sebab Mimi boleh selesaikan sendiri masalah Mimi. Mimi dah besar, so tak nak bergantung dengan orang lain..” Tenang sahaja aku menjawab. Along tertawa sinis.
“Besar sangat la tu? Sampai tak boleh nak jelaskan pada Fitri? Rela kena panggil perampas suami orang? Itu yang Mimi nak sangat ke?” Marah Along. Aku diam.
“Dah la tu abang. Tak baik marah-marah depan rezeki..” Nasihat Aida sembari mengusap bahu Along.
“Abang nak suruh dia belajar hargai adik beradik dia. Semua benda dia nak buat sendiri.. Dah besar sangat? Abang cuma risau dengan keadaan dia. Kalau dia dah rasa dah boleh jaga diri sendiri, okey sudah.. Tak payah nak berhubung lagi dengan adik beradik yang lain. Senangkan?” Jerkah Along lagi. Aku tersentak. Agak terasa dengan kata-kata Along itu.
Kenapa semua orang macam nak tuding semua kesalahan kat aku? Aku tak tahu apa-apa pun. Sudah la hati aku tengah kecewa dengan muslihat Uda dengan Angah, sekarang Along pula marah aku? Habis sekarang aku nak mengadu kat siapa? 
“Dah la Along. Benda dah jadi pun. anggap je semua tu pengajaran. Next time Mimi jangan diamkan diri lagi kalau ada masalah macam ni lagi. Okey sayang?” Pujuk mama dengan suara yang lembut.
Along mendengus, lantas bangun dari kerusi. Segera dia mencapai briefcasenya yang berada berdekatan dengan meja makan. Aida mengikut Along dengan pantas.
“Bagus la Mimi. Senang la kan sebab ada orang bela. Lain kali buat lagi Along risau. Senang lama-lama, penyakit jantung Along datang balik, terus mati. Jadi tak payah la Mimi nak kongsi masalah dengan adik beradik yang lainkan?” Along sindir aku. lantas terus menyalam tangan dan mencium pipi mama.
Tiba-tiba je air mata aku jatuh menitis. Aku tak tahu kenapa, tapi aku sedih sangat waktu Along marah aku macam ni sekali. Kenapa macam besar sangat je kesalahan yang aku buat? Sedangkan aku sebab kenapa aku diamkan diri tentang masalah Fiqroul ganggu aku.
Aku tak nak Along timbulkan kekecohan. Tahu saja la perangai Along yang panas baran tu. Kalau aku beritahu, tak ke nanti tercetus pergaduhan? Semuanya sebab nak bela aku? aku menyeka airmata aku.
Seleraku pudar sudah, aku segera bangun dan menuju ke dapur. Mama hanya menyorot langkahku dengan ekor matanya. Sesekali aku lihat mama memegang dadanya.
“Maafkan Mimi sebab dah susahkan mama dengan Along.” Aku mendekati mama dan menyalam mama. Mama senyum saja.
“Along marah sangat sebab dia takut Mimi terjadi apa-apa.” Ujar mama sambil memegang pipiku dengan lembut. Aku tarik senyuman plastik mesti ada airmata yang masih gugur.
“Dah.. Jangan menangis. Along sayang sangat kat Mimi tu. Dah dua hari dia pendam je.. Dia tunggu Mimi terangkan pada dia sendiri. Tapi sampai hari ni Mimi senyap je.. Sebab tu dia marah sangat.” Mama menjelaskan pada aku. aku tak tahu nak cakap apa lagi.
“Tak apa la mama. Biar la Along marah. Mimi tak kisah.”
“Jangan ambil hati Mimi ya? Along sayang Mimi tu..” Mama mengulangi ayat yang sama.
“Mimi pergi kerja dulu mama..” Aku meminta diri. Mama mengangguk.
****
AKU tak keluar lagi dari kereta aku. aku cuma duduk je kat dalam kereta sejak aku keluar dari rumah tadi. Entah la, kacau bilau perasaan aku sekarang ni. macam-macam masalah menimpa aku.
Shark tak ada khabar berita. Nak kata dia dah masuk kerja, tak mungkin sebab Uda masih ada lagi dekat Kuala Lumpur dengan Liya dan Angah. Aku tarik senyuman paksa. Indahnya perasaan bila ditipu oleh orang yang aku sayangi.
Aku tersentak ketika pintu keretaku diketuk. Segera aku membuka pintu kereta. Am tersenyum-senyum memandang aku. aku juga tidak menyedari bahawa airmataku masih lagi menitis.
Dengan tiba-tiba Am menyeka airmataku dengan sapu tangannya yang berwarna ungu. Dia senyum sahaja memandang aku. aku terdiam.
“Airmata seorang bidadari tak patut jatuh kat bumi. Patutnya disimpan di dalam tempayan dan dijadikan tatapan bidadara yang mencintai sang bidadari..” Am tersenyum panjang. Aku tersenyum juga.
“Am dari mana?” Aku soal Am dan Am menyerahkan sapu tangan dia kepada aku.
“Am dari rumah. tunggu Mimi masuk klinik. Tapi sampai sekarang tak masuk lagi. Am dah jumpa doktor baru tu. He’s quite handsome, risau Am.” Kata Am. Aku kerutkan dahi aku.
“Kenapa risau?”
“Takut nanti dia rampas Mimi. Merana la Am.” Aku ketawa.
Dalam hati aku cuma mampu berdoa yang Am akan menemui kekasihnya yang sejati. Sebab aku dan dia tak mungkin bersatu. Shark dah luahkan perasaan dia kat aku, dan aku pun dah lakukan perkara yang sama dekat Shark.
“Please Am.. Mimi tak ada mood nak cakap fasal tu,” ujarku. Am mengangguk dan melekapkan kedua tangannya lantas dijunjung di dahi.
“Maafkan hamba tuan puteri. Kenapa sedih-sedih ni?” Am terus bertanya. Aku jungkit bahu.
“Rindu Am ke?”
“Perasan..” Ejekku. Am tergelak.
“Habis tu? Takkan menangis sebab suka-suka? Hobi?” Aku ketawa sejurus mendengar kata-kata Am. Terhibur hati aku sekarang.
“Sebab nak masuk pertandingan ketawa.” Aku loyar buruk.
“Ha.. Main-main.. Jangan sampai Am buat benda yang Mimi tak suka.” Ugut Am. Aku menjelirkan lidah.
“Don’t.. Kalau nak rasa kasut baru Mimi ni cuba la.”
“Oh really? Am pun baru beli kasut. Nak rasa tak?” Am ketawa. Aku mengetap bibir. Nakal sungguh!
Aku menutup enjin kereta. Mataku melilau mencari kereta Am. Kat mana dia letakkan kereta dia ya? Tak nampak bayang pula.
“No thanks.. Am, kita jumpa lunch nanti okey?” Aku cakap dengan Am. Am mengangguk. Kemudian aku segera jalan cepat-cepat ke arah klinik aku.
“Mimi, mata tu jaga. Jangan rapat dengan doktor tu!” Pesan Am, aku geleng kepala, macam-macam hal la Am ni.
****
“LAMANYA masuk doktor.. Patient dah dua orang tunggu.” Bisik Ima kat telinga aku. aku terkejut. Dua orang dah? Aku masuk lewat setengah jam je. Takkan dah ada orang kut?
“But don’t worry sebab doktor Hadif dah uruskan..” Sampuk Tyra.
“Eh, dia mana boleh take over macam tu je. I need to train him first. Nanti dia buat kerja ikut sedap rasa je, habis la macam tu..” Marahku pada Ima dan Tyra. Tiba-tiba aku dengar suara seseorang berdehem di belakang aku.
Aku pusing badan aku. Hadif dah tersenyum manis sambil tunjukkan fail dia kat aku. aku segera mengarahnya untuk masuk ke dalam pejabat aku. hadif mengekori aku. manakala aku sempat bagi jelingan tajam kat Ima dengan Tyra yang tengah tahan ketawa tu.
****
“SO HADIF, awak ada pengalaman ke sebelum ni?”
“Assalamualaikum cik Misha..” Kata Hadif. Aku tersentak. Mamat ni sengaja sindir aku ke apa? Siap nak cakap ‘assalamualaikum’ bagai dengan aku. Aku ulang balik soalan aku, tapi kali ni aku iringi dengan ‘assalamualaikum’.
Hadif menahan senyum.
“Saya ada. Tapi tak lama la. Dekat sebuah klinik swasta kat KL.” Beritahunya.
Aku semak lagi failnya. Setakat ni hanya dia yang aku rasa layak untuk bekerjasama dengan aku. Dari latar belakang dia, aku rasa dia ni boleh sama-sama naikkan nama klinik ni.
“Okey la.. Kalau macam tu tak payah la saya risau lagi. Nanti saya bagi penyerahan tugas kat awak. Saya cuma uruskan untuk pemasangan braces, bleaching. Kalau untuk filling, cabutan gigi, saya serahkan pada awak. Okey?” Aku terus cakap kat dia. Hadif mengangguk. Tak membantah.
Alright..”
Any question?” Aku soal dia. Dia tengah berfikir.
“Cik Misha dah ada boyfriend?” Membahang wajahku ketika dia bertanyakan soalan itu. Soalan peribadi tak sepatutnya di tanya!
“Perlu ke saya jawab?”
Depends... Saya ni jenis lain macam sikit tau..” Serius Hadif berkata.
Aku kerut dahi dan angkat kening sebelah.
“Maksud awak?”
“Saya mudah suka kat perempuan tu kalau perempuan tu baik dengan saya.”
“Awak nak cakap apa yang sebenarnya ni?”
“Nanti mana la tahu saya jatuh hati ke kat Cik Misha..” Aku tersentak. Mamat ni buat lawak tak jadi la. Tak fasal-fasal je cakap macam tu. Tak ada motif langsung. Kenal aku pun baru sejam lebih, dah gatal-gatal nak cakap macam tu kat aku.
Aku pecat jugak nanti! Sebaik saja melihat wajah seriusku, Hadif ketawa, lantas bangun dari kerusi dan memulas tombol pintu.
I’m just joking. Jangan take it serious.” Hadif tergelak lantas berlalu keluar. Aku mengetap bibir. Nampaknya Hadif ni boleh tahan nakalnya. Habis la aku lepas ni, mesti kena usik je dengan dia.
Aku sandarkan badan aku kat kerusi. Kepala aku dah pening sekarang ni. peristiwa pagi tadi masih lagi segar kat kepala aku. Along marah aku teruk sekali. Sampai ungkit balik tentang penyakit dia.
Dulu Along pernah menghidap penyakit jantung berlubang. Tapi mujur la, berkat doa mama dan buat rawatan, Along dah pulih dari semua tu. Aku nak jadi doktor dulu pun sebab nak rawat penyakit Along. Aku tak pernah terfikir langsung nak jadi doktor gigi.
Dah sampai sini je rezeki yang Allah bagi. Aku kena la bersyukur. Sekurang-kurangnya aku masih lagi buat kerja yang halal dan tak salah. Aku mengeluh panjang. Aku capai telefon bimbit aku dan dail nombor telefon Shark.
Sekali.
Dua kali.
Panggilan tak berjawab. Aku mula rasa bosan. Kat mana sebenarnya awak Shark? Saya rindu sangat dengan awak! Saya sedih sekarang ni.. I need you to make me smile again! Aku mengeluh.
****
LAMANYA aku menunggu si Am ni, dah lima minit berlalu. Heh, lima minit lama ke? Sungguh la aku tak boleh nak bersabar hari ni. sesekali aku pandang jam kat tangan aku. perut pun dah bernyanyi ni.
“Sorry!” Sergah Am dari belakang. Aku mengurut dadaku. Mujur la aku tak ada penyakit, kalau tak, mahunya aku keras kejung kat sini. Si Am ni memang suka la terkejutkan aku.
“Say sorry again..” Kataku dengan tegas. Am duduk berhadapan dengan aku. dengan selambanya dia minum air aku. aku pandang dia dengan pandangan tak percaya. Berani betul dia minum air aku!
“Say sorry for?”
“First, sebab sergah Mimi. Second, sebab lambat!”
Am ketawa.
“Tak nak.. Sebab pertama Am tak nak sebab Mimi pun lewat datang kerja pagi tadi. So vice versa la sekarang.. Second, Mimi tu suka mengelamun. So don’t blame me sebab sergah Mimi.” Am tersengih-sengih.
Aku mengetap gigi. Ada saja alasan yang akan terbit dari bibirnya tu. Kalau tak ada alasan, memang la tak sah. Manusia suka mencipta seribu alasan untuk memastikan diri mereka terlepas dari sesuatu alasan.
Tapi jarang ada manusia yang berusaha untuk mencipta seribu jawapan kepada seribu persoalan yang menerpa minda mereka. Logik ke? Aku jungkit bahu. Tiba-tiba je aku nak berfalsafah bagai ni kenapa..
“Okey, lepas ni Am buat lagi, tiada maaf untuk Am!” ugutku. Am ketawa.
“Mimi kalau makin marahkan.. Mimi makin comel.” Dia kenyit mata kat aku. aku mencebik. Ya la tu.. Ayat nak tenangkan hati aku dan ayat nak membodek. Macam la aku tak pernah dapat ayat macam tu.
Ayat yang selalu aku dengar kat dalam televisyen. Dah jadi biasa je dengar ayat-ayat macam tu. Heh..
“Pergi la order makanan.. Self service ya..” Aku arahkan Am. Am geleng kepala.
“Tak nak makan?” Am geleng kepala lantas mengukir senyum.
“Ni kenapa senyum memanjang ni?” Aku mulai rasa pelik. Am jungkit bahu.
“Dah tak ada suara nak cakap?” Aku buat isyarat tangan kat Am. Am ketawa.
“Am rasa kenyang dah bila tengok muka Mimi.” Jawab dia dengan senyuman meleret.
Aku menjuihkan bibir.  Ya sangat la tu, aku nak tengok sejauh mana dia boleh bertahan dengan bau makanan yang boleh buat perut nyanyi lagu Ziana Zain ni.
“Mimi..” Aku baru je nak suap nasi ke mulut. Aku pandang dia, sembari mengangkat kening, sebagai isyarat.
“This Sunday..” Aku kerutkan dahi aku. This sunday what? Tak faham aku.
“Tak faham la Am..” Aku terus terang. Laju je aku suap nasi ke dalam mulut aku. am masih bermenung.
“This Sunday mama Am datang rumah Mimi. Macam yang pernah bincang dulu.. Meminang..” Hampir je tak tersembur keluar nasi yang tengah aku kunyah ni.
“Awalnya?”
“Awal ke? Awal la bagus..”
“Mimi belum sedia la Am.. Kan kita dah janji untuk kenal dulu..” Luahku.
“Mama kata bercinta lepas kahwin bagus..” Aku menguntum senyuman plastik.
“Datang pagi ke petang?” Aku malas nak berdebat lagi. Kalau dia dah kata macam tu, nak cakap apa lagi.
“Petang kut.. Standby je. Ehehe..” Am senyum-senyum. Aku angguk je. Terus je aku suap nasi ke dalam mulut aku. tiba-tiba je Am serahkan sebuah anak patung kat aku. mana patung tu datang pun aku tak nampak.
Tadi tak nampak pulak dia bawak patung. Ataupun aku yang tak perasan. Antara dua tu la.
“Nah.. Am dah siap jahit nama Am kat patung ni. Hug this bear when you’re sad.” Am kenyit mata kat aku. Aku mencebik. Beria je dia kata dia jahit sendiri. Aku tak percaya langsung!
“Jahit sendiri la sangat ya? Hantar tailor la tu..” Aku tersenyum mengejek.
Pecah ketawa.
“Mana ada.. Am berusaha dua hari dua malam tau jahit nama ni. nak kasi kenangan yang bermakna untuk Mimi..” Aku mengiakan saja kata-kata Am tu. Nanti kalau aku cakap tak percaya lagi kang, dia kecil hati. Tak nak la..
“Ya la Am..”
Aku mematikan kata-kataku disitu, aku menghadap makanan di hadapanku pula. Am pula tidak henti-henti menguntum senyuman sedari tadi. Alahai Am.. Kalau la Am tahu yang hati Mimi dah dimiliki.. Hmm.. Aku mengeluh.
bersambung~

71 comments:

  1. Mana Shark menghilang? Uda dgn Angah buat apa bercuti tu? Adeh...lagi2! :D

    ReplyDelete
  2. nakal lha dr hadif 2,,,am ney sbok je,,bia lha misha dgn shark 2,,,pape pn,,,next chapter pliz..=)

    ReplyDelete
  3. ehhh.. yeke dy mnjhit? ish2..lau iye..kreatif la am yee..
    n stu ag..npe shark kjp2 mnghlg?pelik2

    ReplyDelete
  4. sdihnyee misha kene marah,,
    garang btol laa along ni,,
    sweet plk hadif ni kn,,naughty,,huhu
    wahh!! am nk msuk minang?? ayokkkkk,,
    shark cam ne,,adehh,,jap2,,mne shark ilng ni??
    suddaaaa winduu lorhh sme shark,,aahhaahha

    ReplyDelete
  5. ala am ni kacau btol le... si shark plak ilang ke mne lh plak?? cpt le blk misha need u...

    ReplyDelete
  6. knp rse cm pndek je kali nie???hihiih...adoiyai misha cm x cuak je mama am nk dtg....hadif noty la..:p,,,next bab....:p

    ReplyDelete
  7. waaaaaaaaaaaa mana shark ni tak timbul2 pun...............suka along marah mimi bcoz that how much he love his sister.........impress me

    ReplyDelete
  8. hadif nk mula kacau daun dah....kemanakah shark pergi ea......??

    ReplyDelete
  9. where's my shark????tiba2 ilang jer nie...nk baca pun x der mood biler syw x der..huhuhu

    ReplyDelete
  10. part hadif best wok (:
    shark kena muncul sblum misha kena pinang !
    jgn lame2 ilang oi , bhaya bah :D

    ReplyDelete
  11. x nak misha dengan am...
    nak misha dengan shark jugak...

    ReplyDelete
  12. orang x rela am ngan mishaaaaaa.....mmmmmm...

    ReplyDelete
  13. shark g mna?knape lme sgt nk gtaw mimi nie....

    ReplyDelete
  14. atoii, Am dh try masuk jarum lg. Jerung, mne kau pergi ni Jerunggggg ! Lagi satu, Hadif, pergi main jauh2.

    ReplyDelete
  15. mana shark nihh!!! ni nak marah nihh....sian kat misha..t si am ngn hadif masuk jarum habis laaaa...

    ReplyDelete
  16. alamak, mana shark ni...am dh nk anta rombongan meminang ni...blh lak die hlg kan diri...

    ReplyDelete
  17. tggl lg 1bab..hope jgn buat cite tgantung la ea..still mnunggu sbb apa am prnh ckp kt mimi y am prnah jmpe mimi ms dulu2 (dlm bab 5 @ 6 kot..) am tu de pertalian ngn mimi ke?..pastu dlm bab2 y lepas,mak mimi mcm pelik semacam je..buang tebiat ke??huhu
    *bond*

    ReplyDelete
  18. knp mimi senyap je bila am nk datang minang??
    mimi sepatutnya cakap kt am yg dia dh de shark!!
    bila mimi diam,seolah-olah mimi pn de hati kt am,mimi xpatut buat am cmtu..bg harapan palsu..
    mimi,jgn kejam sgt..klu xsuka kt am,gtau je xsuka..am tu open minded..jenis xkisah..
    *naja*

    ReplyDelete
  19. alaa..cdih nyer along mrah misha .x mau ler ngn am nk shark . ^_^

    ReplyDelete
  20. where are you shark?

    ReplyDelete
  21. shark hilang mna?
    act dia nk ka x kat mimi 2?
    kalo xmau, ada yg tgu... ^_^

    ReplyDelete
  22. mana shark mnenghilang ? wargghh !! ta sy0k la mcm niwp :( am & hadif mmg kacau daun betol la.. tak suke dyeorg !

    ReplyDelete
  23. alahai...shark2...mane m'hilang nih..
    Hanif lg...am lg....

    ReplyDelete
  24. alahai mana c jerung ni..

    ReplyDelete
  25. eh..mne shark 2 pegi?xmuncul2 lak...sian kt misha 2...btol ke die nk sgt kt misha..tp npe wt cm 2.. +___+

    ReplyDelete
  26. harapkan shark bertindak lbh cpt berbanding am.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. hadif ! new fav watak ! ayat kacau misha mmg terbaek xD

    ReplyDelete
  38. np la si mimi 2 x berterus terang pada am..
    kesian am..

    ReplyDelete
  39. bila shark xder,mud nak bc pn kurg.hu3

    ReplyDelete
  40. Dr. Hadif,, so sweet.. ttbe perasaan ku beralih kepada dr Hadif.. ngee~~~

    ke mana Shark menghilang niii,,, sedih laa... b0ring betul dye tkde.. hmmm,,

    ReplyDelete
  41. Hahah..Hadif ni macam cute je. ^_^V
    Napa Misha xnak terus terang dengan Am? Sian Am..wuuu~

    ReplyDelete
  42. alahai....kemana shark mnghilang ni,..
    rindunye kat shark...hu2.
    hadif tu sweet je..am pon sama..
    ish!!susah la nak plih..

    pape pon,,terbaekkkk~~~~

    *nur_has*

    ReplyDelete
  43. hisyhhh..
    sibuk la am ni.
    hahaha..
    mane shark ni??

    ReplyDelete
  44. give up jela Am oii...
    DR.HADIF, saye nk wat baik ngan awak bole x???hihihi....
    incik shark...di mnakh kamu???
    wat persiapn nk kahwin da ke??
    cpt2la msk minang en.jerung oii...
    rival da tambah satu dh tu...

    ReplyDelete
  45. last2 kang am jela kat hati misha nih.payah tol shark nih.

    ReplyDelete
  46. bestnya...
    mana jerung ni tak takut ke Mimi disambar Am???
    tapikan klu Dr Hadif cuba Mimi ni pun best gak kan dh jd cinta bersegi-segi he3x

    ReplyDelete
  47. kenapa Mimi tak cakap yg Shark dh 'cop' dia? mcm bg harapan pd Am aje. ish, mimi ni kan...

    ReplyDelete
  48. cite ni kalau di buat drama tentu lagi best...he..he...

    ReplyDelete
  49. 1 masalah da selesai
    lg 1 masalah plak timbul

    ReplyDelete
  50. So Sweet lah Am with Mimi...

    Anyway,Keep It Up ! ! !

    ReplyDelete
  51. Geramnye dgn am ni...
    Shark cpt arr muncul!

    ReplyDelete
  52. suka am ngn mimi . hehe . mcm sweet je . shark tu asyk menghilang je . tak suka . .

    ReplyDelete
  53. keep it up . best sangat . cite lain dr yg lain .

    ReplyDelete
  54. sweet la plak am ni but sy still prefer shark,hehehe...

    ReplyDelete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  56. takleh byg sheikh muszaphar (along) marah kat mimi. rasa pelik gtu. haha. and asal am selalu muncul time mimi ade masalah? nanti mimi beralih arah ke am plak. ;(

    ReplyDelete
  57. bile shark nk muncul ney?? hehe

    ReplyDelete
  58. hurm..writer ni...sajer jer kan...nk sorok2 kan shark dr kitaorg...sorok2 kn nk wat ikan jerung pekasam ker..muahaha....adehh...tapi tol la...shark ni cam x serius jer nagn misha...baik misha amik jer am tu....dr jadi angau semacam jer kan...sian misha tu...*slumber_girl*

    ReplyDelete
  59. kecian lak at mimi .. hhmm .. 0keyh !! al0ng .. tegas giler .. garang ooo .. if aq la jadi mimi .. aq dah meraj0k .. lari g gunung jerai dah ... haha .. tpi serius .. aq suka abg mcm al0ng !! caring sgt !! hhmm .. u kn0e what ?? hadif so sweet .. naughty b0y !! hahaha .. aq nak tekel hadif la .. haha .. suka hadif sgt2 .. ttbe kan ?? hehehe .. cinta pandang pertama la katakan .. hahahaha ... ish .. am nie .. ttbe aq rasa kecian lak at dy ... dy punya la giler at mimi tu .. tp mimi tu da ada shark .. hhmmm .. s0 sad .. xp2 .. nnt aq carikan cal0n tuk am .. hehehe .. 0keyh ! n0w f0r u writer .. hehehe .. hhmm .. 0keyh .. dalam bab nie .. ada satu sentence tu xbape nak sedap la .. aq berbelit2 gak nak paham .. sbb ayat dy cam terbalik .. cbe try tg0k lek .. 0ke ?? mcm aq ckp wi tu .. past siap type .. bace lek .. mzt k0 akan perasan kesalahn2 nye .. 0keyh ?? keep it up ! chaiy0k2 !!

    ReplyDelete
  60. spe x mrh...along kn s'owg watak yg tegas..ank first cm2la..
    am?? konfius..

    ReplyDelete
  61. hah ? dah nak dtg meminang ? shark, mana dia ? xkan hilang. ntah2x dia bsama pompuan rambut karat . adooiii..

    ReplyDelete
  62. ish...menyemak nyerlah makhluk2...
    mane shark pegi ni..??

    ReplyDelete
  63. mane shark...?? da indu kt die nie..hihihi..

    ReplyDelete
  64. shark pegi mane????? tetibe je hilang....
    n ksian sgt kat am..... misha bg die hrpn palsu ok... x nk ckp je la x nk....

    ReplyDelete
  65. apa sal ek misha izin kn gak am dtg rumah dia? kn mberi harapan namanya tu.. adui~misha.. shark tu nak letak kat mna????

    ReplyDelete
  66. garangnya along misha..takut kut..
    napa misha x gtaw je kat Am yg misha tunggu shark..kecian am xtaw..
    shark nie.,hilang tnpa kabar berita lak..
    konflik2..

    ReplyDelete
  67. npe misha x hlang am dtg meminang....
    confius ngan misha...

    ReplyDelete
  68. jgn la bg am tu dpt misha.. xsukee....

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.