Friday, May 6, 2011

Bab 20


EXPLAIN,” perlahan saja suara Shark. Aku angkat kening aku. Apa yang aku kena terangkan kat dia? Aku buat muka blur.
Aku betul-betul tak tahu nak terangkan apa kat dia, dia nak suruh aku terangkan apa ni? bukan sepatutnya aku yang minta dia terangkan kat aku ke? Siapa perempuan yang peluk dia macam tak nak lepas lagi tu?
“You.. Explain..” Kali ni dah terbalik. Dia pulak buat muka blur. Tapi dia buat macam tu, jadi comel pulak muka dia! Aku angkat tangan aku.
“Awak nak orang explain yang mana ni? Cuba cakap..” Perlahan saja suaranya. Matanya yang redup tu membuatkan hati aku yang tengah kacau ni jadi tenang seketika. Baru aku sedar yang Shark ada aura nak tenangkan hati aku yang tengah haru!
“Perempuan rambut karat, tak cukup kain.. Peluk-peluk kat Al-Ikhsan.” Aku sengaja tekankan kata-kata tu. Dahi Shark berkerut-kerut. Air dekat cawan dia dah habis, dia panggil lagi pelayan tu. Minta air yang sama dengan aku.
“Orang tak faham..” Kata dia, aku memang dah dapat agak! Mesti dia nak kata yang dia tak faham dengan apa yang aku cakap. Alasan basi!
Jadi orang yang aku nampak masa kat Plaza Angsana tu hantu dia la? Macam tu? Ke nak kata yang mata aku ni rosak? Aku yakin yang tu memang dia!
“Awak ada keluarkan dua hari lepas?” aku soal dia. Dia cuba mengingat-ingat.
“Ada.. Kenapa?” Aku senyum.
“Bukan kata awak tidur ke? Saya call tak angkat. Kan?” Aku berkata lagi. Dia garu kepala dia yang tak gatal tu.
“Orang memang tidur waktu awak call tu. Ingat tak awak call pagi?”
Aku rasa macam malas je nak dengar cakap dia ni. tapi bila aku ingat balik kata-kata Ana, aku tadah jugak telinga aku untuk dengar penjelasan dia.
“Ya.. Pagi la sangat. Matahari dah naik dah.” Sindirku padanya. Dia sengih je. Tak ada langsung terasa hati dengan sindiran aku.
“Memang la, bagi orang pagi. Bukan senang nak rehat tau. Penat..” Shark sengaja buat muka kasihan. Aku mencebik. Rehat sangat la tu, ada dalam pelukan perempuan tu rehat la kan? Bagus.. bagus. Aku mengetap bibir.
“Alasan yang cukup bagus sangat la tu awak..” Aku malas nak layan dia. Aku bangun dari kerusi dan bersihkan tangan aku. aku lebih suka makan dengan menggunakan kedua tangan aku daripada menggunakan sudu.
Tak kisah la kalau ada orang nak kata aku ni kampung ke, tak macam orang bandar ke, ada aku peduli?
Yang penting aku tak ada la hipokrit macam sesetengah orang yang baru je duduk bandar Johor Bahru dan berlagak macam orang bandar. Tak makan jering la, tak makan petai la.. Berangan diri tu pure bandar.
Aku duduk semula kat kerusi aku. Shark pandang aku.
“Awak.. Percaya la cakap orang ni.” Aku angkat kening aku.
“Macam mana nak percaya kalau tak ada bukti?” Shark mengeluh.
“Ya la! Orang mengaku.. Orang pergi Plaza Angsana hari tu. Tapi sekejap je.. Sebab nak ambil barang dengan kawan orang.” Dia akhirnya mengaku. Aku tersenyum puas. Kan senang kalau mengaku macam tu.
Tak payah la aku nak susah-susah kusutkan kepala aku nak fikir fasal benda tu. Macam dia tak tahu je yang dia dah ragut hati aku waktu kejadian dia selamatkan aku dari diragut oleh peragut mula-mula dulu.
“Then, siapa perempuan tu?”
“Yang rambut perang tu?” Aku mengangguk.
“Sepupu orang la.” Kata dia.
Aku mencebik. Belum dapat percaya sepenuhnya lagi kata-kata Shark ni. muka dia memang bersahaja je cakap, tapi tak mustahil dia boleh tipu akukan? Lelaki ni manis di bibir je, tapi kita tak tahu macam mana hati dia.
Kalau nak cari lelaki yang betul-betul jujur pun memang susah sekarang ni. Semuanya macam dah pupus je. Kalau ada pun, tu memang dah ada yang berpunya la tu. Berebut-rebut perempuan nak lelaki yang jujur setia macam tu.
“Sepupu ke makwe?” Sindirku. Dia ketawa, tapi sekejap je dia ketawa. Kemudian dia pandang aku dengan wajahnya yang paling serius! Matanya mencerun memandang aku. Baru aku perasan yang mata dia ni cantik la!
“Makwe!” kata dia, spontan.
Aku diam. Malas nak cakap apa-apa lagi. Betul la tu. Jadi memang betul pun selama ni dia memang sengaja je nak main-mainkan hati aku. memang tak gunakan? Nasib la nasi kat pinggan aku ni dah habis, kalau tak, naya je aku lempar kat dia. Tapi, tak elok jugak sebab rezeki untuk dimakan.
Melihat perubahan wajahku saja, Shark mula menggelabah. Dari berada bersebelahan denganku, dia berpindah tempat duduk. Kini dia berhadapan dengan aku dekat meja kedai makan yang boleh muat empat orang ni.
“Cuba la percaya orang.. Mana orang ada makwe.. Awak je la makwe orang. Tapi awak bukan nak pun jadi makwe orangkan? Sebab muka orang tak hensem macam Amirul Hazim awak tu kan?” Dia mula buat ayat syahdu.
Aku tengok dia, mula la tu dia main peranan jadi pelakon. Nak gelak pun ada tengok dia macam tu. Tu dalam kepala dia memang dah tak ada idea lagi la tu nak fikir.
“Am tu kawan saya.” Tegas aku berkata. Aku memang tak ada hubungan apa-apa dengan dia. Aku cuma suka dia sebagai kawan aku. hati aku tetap pada Shark. Walaupun belum masanya aku nak luahkan perasaan aku kat Shark.
Belum tiba waktunya, malu.. Tu je la yang menghalang aku dari meluahkan apa yang terbuku kat hati aku. logik tak kalau aku pendam perasaan aku ni seorang diri? Tapi kata orang, kalau kita tak luahkan apa yang ada kat hati kita pada orang yang kita sayang, maka ada kemungkinan kita akan kehilangannya. Betul ke?
“Kawan istimewakan?” Nadanya berbaur cemburu. Aku jungkit bahu. Aku senang bila dia menunjukkan sikap cemburunya padaku. Tapi dalam masa yang sama aku gusar kalau-kalau perasaan cemburunya itu menguasai dirinya dan membuatkan dirinya tidak dapat berfikir dengan rasional.
Itu yang aku takutkan ketika aku ternampak dia bersama dengan perempuan yang dikatakan sepupunya itu. Kalau aku tidak pegang pada prinsip aku, sudah semestinya aku akan buat tindakan yang tidak rasional.
Tapi setelah aku fikir kembali, tak ada gunanya gaduh-gaduh kerana lelaki. Kalau lelaki tu betul sayangkan kita, maka dia akan tunjukkan rasa cintanya pada kita dan akan buatkan kita sentiasa rasa bahagia. 
“Tak la.. Awak ni.. Awak cemburu?” Aku tanya soalan cepumas kat dia. Walaupun aku tahu yang dia memang cemburu. Semuanya jelas terpapar pada riak wajahnya yang polos itu.
“Mahunya tak cemburu.. Awas la kalau ada yang nak rampas awak dari orang. Memang nak tempah maut sebab orang dah gilakan awak..” Nadanya jujur saja tetapi entah kenapa aku rasa gerun mendengar ayat tu.
“Eh, nak jadi pembunuh?” Aku marah dia. Dia senyum meleret.
“Kalau membunuh sebab nak rebutkan awak, orang sanggup.” Aku menjegilkan mata aku. apa yang dia mengarut ni? cakap yang bukan-bukan je! Menyampah la aku macam ni!
“Stop it Shark. Jangan jadi budak-budak,” wajahku serius. Dia ketawa.
“Awak tu jangan jadi budak-budak. Bukan orang..” Dia memarahiku kembali.
Eh? Aku pula yang kena? Apa salah aku? apa yang tak kena pada aku? aku pandang wajah dia dengan pandangan amaran.
“Apasal?” aku tanya dia.
Dia mendengus.
“Jangan larikan diri daripada orang boleh? Cuba tanya orang dulu.. Ni orang call tak nak angkat.. Mesej tak nak balas. Bagus sangat ke tu?” Marahnya lagi.
Aku tersentap dengan kata-kata dia. Nampaknya dia betul-betul marah dengan tindakan aku dua hari lepas. Memang aku tutup telefon bimbit aku, dengan harapan dapatlah mengelak dari menjawab panggilannya. Tak tahu pula dia makin marah! 
Don't be afraid to take chances or fall in love and most of all, live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back. 
“Sekarang salah saya?”
Aku ketawa. Lebih kepada ketawa paksa. Dia mengeluh dengan kuat. Tiba-tiba saja dia mengeluarkan sekotak rokok dari poketnya. Aku tergamam. Aku tak sangka yang dia merokok! Aku tak suka lelaki yang merokok! Aku tak suka! Aku pandang tempat lain.
“Nak?” Dia hulurkan kotak rokok tu pada aku. Aku membulatkan mata aku. Gila ke apa Shark ni? Dia pelawa aku merokok? Nak cari nahas ke?
“Nampak ni?” Aku tunjuk penumbuk aku kat dia. Dia gelak je. Masalah tadi takkan lenyap macam tu je?
“Chewing gum la..” Dia bukak kotak tu. Aku malu sendiri. Ingatkan dia pelawa aku rokok. Yang Shark pun satu, ada ke patut letak chewing gum dalam kotak rokok? Logik ke? Aku geleng kepala.
“Awak..” Shark panggil aku. aku kesat mulut aku dengan tisu. Aku dah lewat lebih dua puluh minit ni. elok la kalau aku angkat kaki sekarang.
Rasanya orang kat kedai makan ni pun menyampah tengok aku yang tak berambus lagi dari kedai dia.
“Ya.. Saya nak masuk klinik semula.”
Aku bangun dari kerusi. Dia halang aku. tangan aku dia pegang. Aku tepis. Malu orang ramai tengok, pegang-pegang tangan aku macam tu. Bukan muhrim! Ingat aku macam perempuan yang peluk dia ke?
“Tunggu.. Orang nak awak percaya cakap orang.”
“Percaya apa?” Aku mulai rimas.
“Yang perempuan tu sepupu orang.” Bersungguh-sungguh dia berkata. Aku mengeluh. Apa-apa je la. Malas aku nak layan lagi. Sepupu ke, kawan ke, teman wanita dia ke, biar la dia.. Asalkan dia bahagia!
“Awak..” Dia panggil lagi.
“Jangan buat orang macam ni.. Orang sayang awak tau. Tolong la percaya orang,” suaranya perlahan, meraih simpati. Aku senyum plastik.
“Ya.. Percaya,” acuh tak acuh aku jawab. Matanya bersinar.
“Betul ni?”
“Ya..”
“Tak tipu?”
“Ya.. Penat la awak tanya banyak kali macam ni.” Shark sengih lebar.
“Orang minta maaf sebab keluar dengan sepupu orang tu. Dia baru balik dari Australia. So, dia ajak teman pergi jumpa bekas teman lelaki dia yang pernah kecewakan dia dulu,” dia beritahu aku walaupun aku tak minat nak dengar cerita tentang sepupu dia tu.
“Apa kaitan dengan awak?” Aku soal dia. Dia jungkit bahu. Pulak? Dia sendiri tak tahu apa motif sepupu dia ajak dia jumpa bekas teman lelaki sepupu dia tu?
“Dia kata dia nak cakap yang orang ni dah nak kahwin dengan dia,” hampir melayang nyawa aku waktu Shark cakap macam tu. Maksudnya Shark menyamar jadi kekasih dia la ni? Wah, bagusnya.. Huh!
“Bagusnya.. Sweet la.” Aku pura-pura teruja.
“Jealous la tu?” Dia cuit pipi aku. aku menepis. Kami dah meninggalkan Medan Selera tu. Aku tengah jalan dengan langkah paling cepat menuju ke klinik aku.
“Tak ada masanya nak jealous bagai. Buang masa.” Dia mengajuk cakap aku semula sambil buat muka. Sekali pandang, lucu pun ada. Niat nak marah ni macam hilang macam tu je bila tengok telatah dia tu.
“Orang tengok la muka awak. Sangat terpapar jelas riak cemburu tu.” Dia ketawa lagi. Aku jeling dia.
“Sayang orang tak?” dia tanya. Kini aku dengan dia dah ada depan klinik. Si Ima tengah kemas klinik. Sempat jugak dia tengok aku, kemudian mula la dia panggil Tyra dengan Ana. Tiga pekerja aku tengah tengok aku dengan Shark kat depan klinik.
“Tak.” Aku jawab, cepat-cepat. Baru je aku nak masuk ke dalam, dia tarik aku.
“Apa lagi ni?” Aku mengeluh.
“Jawab dulu..” Desaknya.
“Tak..”
“Tipu.. Jawab cepat.”
“Tak..”
“Orang keluar dengan sepupu orang lagi ey?” Shark bersuara lagi. Aku buat muka. Kemudian ukir senyuman nipis.
“Pergi la. Ada saya kisah ke? Tepi la, nak masuk dalam. Kerja banyak..” Aku meminta diri. Tapi pegangan tangannya tu erat, tak boleh aku lepaskan.
“Cakap dulu baru orang lepas.” Tegas suaranya. Alahai Shark ni, sejak bila pandai paksa-paksa aku ni? Aku ingatkan Am sorang je yang pandai desak-desak aku. Sekarang Shark pun dah pandai jugak? Hish!
“Ya.. Sayang.” Aku mengalah. Kata-kata tu memang ikhlas keluar dari mulut aku, tapi aku sengaja buat riak yang konon-kononnya aku tak ikhlas cakap perkataan tu. Shark angkat kening.
“Ikhlas tak ni?” Aku dah agak yang dia akan tanya soalan tu. Aku pantas angguk.
“Saya sayang sangat kat awak.. Jangan keluar ya dengan sepupu awak tu? Saya cemburu,” kata aku dengan nada sarkastik. Shark ketawa. Tangan aku dia lepaskan.
“Cemburukan? Awak pun sama. Orang cemburu tengok awak dengan Am tu. Jangan keluar dengan dia lagi.” Ujar Shark.
“Eh? Kenapa pulak? Dia kawan saya la.”
“Habis orang ni apa?”
“Kawan la.” Kataku, pantas.
“Kawan? Bukan! Your future husband!” tegas dia berkata. Aku angguk je. Mengiakan saja apa yang dia cakap. Malas aku nak layan lagi.
“Ya. Husband.”
Shark sengih lebar. “Orang ambil awak kat rumah malam nanti.. Nak ajak awak pergi karaoke. Okey?” ajaknya.
Karaoke? Tak nak la aku, suara aku bukannya bagus mana pun. takut nanti kena gelak je bila nyanyi. Serik waktu zaman sekolah menengah dulu. Aku kena gelak gila-gila oleh kawan aku. memang masa tu muka dah merah tahap udang yang dah masak la!
Aku menggeleng.
“Tak ada.. Kena pergi jugak.”
“Siap cepat tau.” Lanjutnya lagi. Dia cubit pipi aku dan mengucapkan salam.
Don’t miss me. I love you..” Dia melambai-lambai ke arah aku. Sempat dia hadiahkan flying kiss. Aku geleng kepala. Sebaik saja aku tolak pintu klinik, aku tengok Ima, Ana dengan Tyra dah tepuk tangan. Tak fasal-fasal je mereka bertiga ni.
****
“DOKTOR! Sangat sweet okey?” Ima bersuara. Aku buat muka serius. Tak ambil kisah sangat apa diorang nak cakap.
“Apa yang sweet?” Aku buat-buat tak faham.
We’re not blind yet doc..” Tyra tersengih-sengih.
Handsome!” sampuk Ima pula.
Aku ketawa. Ada-ada je la diorang ni. ana pandang aku dengan seribu erti. Aku melangkah masuk ke dalam bilik aku, Ana mengekori aku. manakala Ima dengan Tyra masih lagi tersenyum-senyum macam kerang busuk. Pelik dah aku!
“Saya nak confess ni doktor.” Ana bermukadimah. Aku baru je nak duduk, dia dah kata dia nak buat pengakuan. Apa lagi ni?
Aku jumpa banyak sangat pelakon la hari ni. Ada Shark, Ana, dengan Am. Semuanya pelakon terhebat tu. Agak-agak aku diorang ni dah menang anugerah pelakon terbaik dah pun.
“Cakap je.” Aku buka fail pesakit aku yang datang nak buat bleaching hari ni. waktu temujanji dengan pesakit aku tu lagi dua puluh minit. Nasib baik la aku angkat kaki cepat-cepat, kalau tak, naya je pesakit aku tunggu aku.
“Saya tak cakap apa-apa pun dengan Shark tadi.” Ana tersengih.
Mata aku yang tengah menatap fail tu bertukar posisi. Aku pandang Ana yang dah tunjukkan wajah tak bersalahnya. Habis tu apa yang dia cakap kat Shark? Aku mula konfius, riak wajah Shark pun nampak macam sedih je waktu nak jumpa aku kat klinik tadi.
“Saya suruh dia tunggu doktor dekat kedai makan tu.. Sebab saya tahu doktor selalu pergi sana,” Ana pandang lantai. Gaya macam pesalah yang dikehendaki oleh pihak polis je!
“Oh! Subahat la ni ya?” Ana mengangguk, polos.
“Agak la. Sorry ya doktor?”
Aku ketawa. Bagus la Ana ni, hal macam ni pun dia nak mengaku kat aku. memang aku tak buat tindakan yang bodoh la waktu terima dia sebagai pekerja aku. Dia memang pekerja yang setia, kadang kala tegas!
“Tak kisah pun Ana.”
“So, dah settle dengan dia?” Aku mengangguk.
“Siapa girl tu?”
“Sepupu dia.” Ringkas, aku berkata.
“Saya dah agak dah.. Takkan dia sanggup keluar dengan orang lain, sedangkan dia sayang doktor gila-gila. Saya boleh nampak dia sayang doktor sangat-sangat.” Bersungguh-sungguh Ana membela Shark. Aku senyum je.
“Ya la Ana oit.. Preparekan barang untuk patient sekejap lagi. Tutup topik ni sementara waktu, sekejap lagi berderet queue ni.” aku mengeluh dan geleng kepala.
A girl with a future avoids a guy with a past.
Ana dah siap-siap sediakan barang-barang. Aku semak semula butiran pesakit aku ni. umurnya baru je lagi. Dalam enam belas tahun. Dah nak buat bleaching.. Tapi bagus jugak, jaga gigi dari usia remaja pun bagus!
Rawatan ni memang aku ada tawarkan kat klinik aku. Kalau nak guna istilah melayu, orang panggil rawatan pemutihan gigi. Kalau nak jadi orang putih sikit, guna je la istilah bleaching, whitening atau bla bla bla.
Teknik rawatan ni ada dua jenis. Pertama, aku mungkin akan bekalkan ubat dengan tray yang harus dipakai oleh pesakit aku setiap malam, selama seminggu. Cara rawatan kedua pulak, mudah sikit dari yang pertama. Pesakit hanya perlu buat kat klinik aku selama sejam lebih je.
Kalau nak cerita fasal harga pun, boleh tahan lagi sebab klinik aku tak ada la cekik darah nak makan duit pesakit. Aku masih bertimbang rasa sebab aku pernah alami situasi klinik yang mahal!
Klinik aku cuma caj empat ratus ringgit je, berbanding klinik lain yang ada kat kawasan aku ni. tempat lain, tak silap aku tujuh ratus. Tapi semuanya bergantung pada bahan dan alat yang dipakai la.
Kalau kat klinik aku cuma gunakan teknik visible light cure untuk bleaching. Aku memang tak ada tawarkan teknik lain.
Memang leceh kalau nak guna teknik rawatan laser sebab teknik ni tak dapat dilakukan untuk golongan yang ada penyakit gusi kronik, terutama pada gigi depan. Nak-nak yang ada tampalan gigi kat depan, itu pun tak boleh guna laser jugak. Satu lagi, untuk yang ada ada karies pada gigi.
 Aku ketawa sendiri bila aku sedar yang aku tengah membebel sorang diri fasal rawatan pemutihan gigi ni. They say laughters are the best medicine..
Gigi Shark putih. Gigi jerung. Biasa la tu kut. Aku senyum sendiri. Tiba-tiba je aku cakap fasal Shark kenapa? Senget la kau Misha! Suara hatiku berbunyi.
 By the way Ana, doktor yang suppose check in tu awak dah call?” soal aku pada Ana. Ana yang dah siap pakai mask tu pandang aku. Segala benda yang dah siap atas tray tu dibiarkannya.
“Doktor Hadif?” Ana meminta kepastian. Aku pantas mengangguk.
“Dah. Next week baru dia masukkan?” Ana soal aku pula. Aku cuba mengingat kembali. Kalau diikutkan, aku mahu dia masuk kerja hari ni jugak. Aku rasa, jadual aku dah terlalu padat sangat dah ni.
Elok la kalau doktor tu masuk lebih awal. Aku belum pernah jumpa dia lagi. Aku cuma pilih rakan kongsi aku melalui resume. Tu pun aku pantau dua bulan dulu la, kalau agak-agak tak boleh dipercayai, say bye bye pada klink aku la!
“Dia tak boleh masuk lebih awal ke?” Keluhku.
“Katanya ada hal.” Jawab Ana.
Aku angguk je. Kena la bertimbang rasa sikit. Aku memang tak suka mendesak sangat, sebab aku takut pekerja aku bosan dengan aku. lebih baik bersikap biasa je. Baik pun berpada-pada la. Tapi jangan la sesekali menyeksa pekerja sangat.
****
“DAH siap.” Cantik je gigi budak lelaki ni bila dah siap rawatan bleaching. Budak lelaki yang bernama Reza ni senyum sampai telinga. Siap tayang gigi dia lagi banyak kali. Tengok kat cermin sambil senyum-senyum.
“Dik, kena ada pantang tau lepas ni.” Aku bersuara. Reza pandang aku, macam tak suka dengan apa yang aku sampaikan. Ya la, siapa je yang suka kalau ada pantang larang? Dah macam amalam khurafat dah!
“Ada ke doktor? Ala.. Leceh la.” Reza mengeluh.
“Sikit je.. Kena elakkan dari minum teh, kopi dengan coca cola untuk seminggu. Kalau adik ada rasa ngilu tu, tu memang efek sampingan dia la. Cuma berlaku kat sesetengah orang. Tapi rasanya, adik tak kut.” Kataku.
Reza mengangguk-angguk.
“Biasa tak kekal tau putih ni, jangan cakap nanti kakak buat rawatan tak bagus tau! Memang pemutihan gigi ni tak kekal, adik kena ulang bleaching selepas beberapa waktu.” Lanjutku lagi. Reza tersenyum.
“Tak la. Adik faham dah.” Aku tersenyum. Aku memang dah biasa bahasakan diri aku kakak pada pesakit yang bawah umur dari aku. ya la.. Orang tak pernah ada adik, nak jugak merasa macam mana ada adik!
“Okey, boleh ambil ubat kat depan.” Reza mengangguk-angguk. Sempat di salam aku. Baik budaknya, sejuk la perut ibunya yang mengandungkan dia tu. Aku sempat berdoa, supaya dikurniakan anak yang macam tu.
Selepas Reza keluar saja, aku sandar pada kerusi. Aku pandang gambar Shark yang aku ambil secara sembunyi-sembunyi melalui telefon bimbit aku. Bila awak nak lamar saya Shark? Ada suara yang berbunyi.
Agak-agaknya tu suara hati aku atau bisikan syaitan erk? Aku bingung sendiri.

49 comments:

  1. so sweet...:) terasa diri sendiri bila shark ckp cm2..

    ReplyDelete
  2. so sweet shark.. tapi jgn menipu lak ye.. hehe

    ReplyDelete
  3. hohohoho..so sweet..suka sgt when misha ngn shark~~~ tapi watak hadif mcm daa nak kuar je..huhu..okei jgn ganggu misha ngn shark k!!!!

    ReplyDelete
  4. i'm fall in love wif shakir...
    camne?? spe nk jawab. hihi..
    ayat2 yg buatkan emosi terusik. rasa jatuh cinta,dapat rasa apa yg watak rasakan.. melayang jiwa.. sweet n romantic la shakir. ada sifat keanak-anakan,manja..
    tp ada typo.. semak dulu before publish ye.
    gud luck sts ;) ;)

    ReplyDelete
  5. sweet.. cpat2 lamar kang org len kebas kang hehee

    ReplyDelete
  6. love shark! cepat2 taw lamar then kawen ngan misha....xmau sesape potong line lg...hadif? patner klinik misha rupe nyer....da muncul p0m...saingan terbaru shark ker???

    ReplyDelete
  7. sya sokong la hadif or am je dgn misha.. granty shark kena paksa kawin ne dgn sepupu dia.hihihi

    ReplyDelete
  8. Wah...watak baru dah nak muncul! ;)
    Makin menarik. ^______^

    ReplyDelete
  9. sooooo sweeettttt....
    comel lh shark tu...
    cpt2 la kwen eyk..
    hadif partner misha ke?
    makin cemburu la shark nnti.. :))
    ape2 pon best!!

    ReplyDelete
  10. waaaa...gulanyer...OMG reza mcm mne name ko blh ade dlm nie...hahah...next bab..:p

    ReplyDelete
  11. ahahahh...sengal lah misha...berangan ekk...tp bgus jugak kalo si shark tu lamar misha......hhaahaha

    ReplyDelete
  12. shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark shark

    ReplyDelete
  13. haha..akhrnye slesai sdah krisis shark n mimi..ske3...
    tp sal shark nk g jauh dlm bab19 2 nk g ne?? mnakutkn je..cm de smthng happen nk blaku je..huhu..jgn la jd pape kt si my loving jeruk ku 2..huhu..
    cpt2 ea kuar kn bab y sterusnye..hehe gud job writter!!!mke me admire jeruk like crazy prson..haha

    ReplyDelete
  14. adoyai sweet gler... ske sgt2... heheh... cpt le smbg... ;)

    ReplyDelete
  15. wow! Misha dah mengaku dy sayang shark.. hahaha.. lepas niyh jgn la Shark buat perangai lagi ye..

    Dr. Hadif? hm, cmne ek Dr. ni? persaing Shark yg baru lak ke? huhuhu

    sama-sama lah kita tunggu sambungannya! ^_^

    ReplyDelete
  16. wahhh, best2. shark ngan misha dh baik2. lps ni cpt2 la shark propose misha. hehehe~

    ReplyDelete
  17. misha is a hottie rite? masuk dengan hadif da 4 org berkenan ngan dia. untungnya jd misha. :)

    ReplyDelete
  18. mula ragu2 ngan shark..adeh!

    ReplyDelete
  19. seriusly beb .. nie 1st time aq rasa shark nie baik sgt2 .. sweet giler !! and romantik sgt2 .. sifat dy yg nie aq suka !! gud j0b beb !! ko da uad aq tertarik ngn cite nie . hope past nie .. ko uad g better !! spy aq tabik ngn cite niee !! hope .. ade la llk mcm SHARK tu an ?? but .. tkowd SHARK nie .. beruba tu je .. hope x la !! btw .. gud j0b ! keep it up ! chaiy0k2 .. aja aja fighting br0 !!! ;)

    ReplyDelete
  20. oh my god . shark , mmg sweet . alahaiiii .

    ReplyDelete
  21. mak aii...sweet giler3 bab 20 nih...
    Caya la shark...spupu je ea...nsib baik.....=)

    ReplyDelete
  22. shark!!! sweetnye... :D

    ReplyDelete
  23. wuaaaaah! cepatlah kawen, ahaha comel la misha berangan macam tu sekali. :D

    ReplyDelete
  24. seb bek spupu jerr.. hehe..
    shark so sweet.. ^^

    ReplyDelete
  25. waaaaaaaaaa...so sweet hehe...mmg romantik la shark tu..kang dh ckp..mst kazen dia la pmpuan tu haha...tp ni tiba2 ada doktor hadif ni pl..waa.jgn la ada pesaing yg br pl..nk mimi dgn shark je..
    -fy-

    ReplyDelete
  26. so sweet lar shark..hehek.
    =D

    ReplyDelete
  27. yez!!!
    shark ta curang dgn misha,,hee^^

    ReplyDelete
  28. yeay ! at last,,shark n misha dh berbaik pun... sweet lorr~~

    ReplyDelete
  29. LOVE IT !!! actually I LOVE SHARK's character shark lelaki yang sempurna ... I wanna find this kind of man hehehe mcm dapat jumpe kan ? xpe xpe GUD LUCK !!! I'll be always supporting you

    ReplyDelete
  30. mmg sweet arr shark.xnak la watak dr.hadif tue..

    ReplyDelete
  31. hahahaha,sweet la shark ni and definitely tribute to wazrul sebab boleh buat ayat yg comel macam tu,hehehe..

    ReplyDelete
  32. hahaha...awesome..!!

    ReplyDelete
  33. hohoho..finally,dh confess..keh4

    ReplyDelete
  34. sweet,,sweet,,sweet,,sweet,,
    shark,,shark,,shark,,shark,,
    nk lg plisss,,=)

    ReplyDelete
  35. Bila awak nak lamar saya Shark?
    alala~~~
    shark!!!kene amik tndakn awal taw...
    hadif da nk msk dah..
    nsib la nme mr.jerung tu da bertapak kt hati misha,,,huhuhu....

    ReplyDelete
  36. kehkehkeh,,,misha misha,,susahnya nk ngaku,,shark lak lambattttt,,,

    ReplyDelete
  37. ish2..sapa tak sejuk hati kalu kna pujuk mcm 2..sweet sgt..mntk2 la shark x tipu lg..kesian misha..

    ReplyDelete
  38. oke syez ckp .. bab ni paling paling paling sweet ! shark sgt tulus .. perh cair cair ~

    ReplyDelete
  39. ceh...org dah ckap dah...sepupu shark kan yg misha jumpa kat mall ari tu...dah agak dah...orang dah x sabar ni...memang x kn jumpa spesis laki macm shark ni kat dunia ni...mcm nama yer...spesis ni dah hampir pupus...huhu...sapa yg jumpa...memang untung ya amattt!!!!...best2.... *slumber_girl*

    ReplyDelete
  40. hahahaha
    trjwb sudh smue persoalan
    lme x bce nie
    tgah bz skrg
    ape2 pn memg best

    ReplyDelete
  41. ego misha yer.. bila awak nk lamar saya shark?? ahhahaa

    ReplyDelete
  42. misha ni due2 die lyan.... x patot tau... rase geram plak ngan die.... ckp si am tu kwn je... tp die dh bg am hrpn....

    ReplyDelete
  43. shark sngt larh romntik..i like

    ReplyDelete
  44. saya mau shark ngn misha kawen cpt2..
    msti shark lg sweet n romantik lps kawen nnt... ^_^

    ReplyDelete
  45. haha..cousin shark rupenyer..wahh..ader dktor baru la nnt..

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.