Thursday, May 5, 2011

Bab 19



“DOKTOR, lelaki yang hari tu tengah tunggu doktor kat luar.” Ana panggil aku dengan wajah yang cemas. Aku mengintai melalui lubang kecil yang ada kat dalam bilik aku ni. Aduh la! Kenapa Shark tunggu kat luar?
“Cakap hari ni schedule saya tight.” Aku pesan kat Ana. Dengan langkah pantas Ana pergi memberitahu Shark. Aku sekadar mengintai melalui lubang kecil. Aku nampak riak wajah Shark berubah. Dia bangun dari kerusi yang dia duduk. Dada aku berdebar-debar.
Seketika kemudian, Ana sudah masuk ke dalam bilik aku semula. Aku nampak Shark dah keluar dari klinik aku. aku menarik nafas lega. Biar dia rasa apa yang aku rasa! Aku tengah sakit hati dengan tindakan dia tu.
Kalau betul dia tengah sibuk bersuka ria dengan perempuan lain, cuba la beritahu aku dengan jujur. Tak guna dia nak tipu aku macam ni. Sekarnag aku sendiri yang sakit hati. Siap boleh kata yang dia tertidur la!
“Dah?” Aku tanya Ana. Ana ukir senyuman dan mengangguk-angguk.
“Dia ada cakap apa-apa?” Aku tanya Ana lagi. Ana berfikir sejenak. Sedang mengingat kembali perbualannya dengan Shark sebentar tadi. Kemudian Ana pandang aku sambil sengih.
“Tak ada la..” Aku tarik nafas sekali lagi. Akhirnya dapat aku elakkan diri dari dia.
“Kenapa doktor mengelak dari dia?” Ana cuba mengorek rahsia. Aku jungkit bahu sambil meneruskan pembacaanku pada novel Terlanjur Mencintaimu karya Syamnuriezmil. Aku pernah membaca karya ni secara online di dalam web Penulisan2u dulu. Memang menarik ceritanya..
Watak utama dalam novel tu buatkan aku teringat pada Shark. Tapi aku teringat jugak dekat Am. Dua-dua lelaki ni memang romantik habis macam Johan Iskandar, watak fikyen yang dihidupkan oleh penulis yang aku minati ni.
“Mana ada saya elakkan diri dari dia.” Aku membantah. Ana geleng kepala dia dan usap bahu aku.
“Saya tahu doktor tengah marah dengan dia. Tapi kesian dia doktor.. Dia kata dia nak pergi jauh dah lepas ni. Dia sedih sebab doktor tak nak jumpa dia.” Aku telan air liur. Kesat. Kenapa lain macam je ayat yang Shark tuturkan tu?
Patut la tadi aku tengok muka Shark serius semacam je. Mati aku kalau dia mengamuk dekat klinik aku ni. sia-sia je aku dapat malu. Hati aku mula dihambat rasa bersalah. Patut tak aku keluar dari bilik ni dan kejar dia dan minta maaf?
Tapi aku tak salah! Kenapa aku kena minta maaf kat dia? Patutnya dia yang minta maaf kat aku sebab dah sakitkan hati aku! aku tak boleh terima langsung! Hati aku ni dah mula suka kat dia. Tapi lepas tengok dia bermesraan dengan perempuan lain, aku tak boleh terima!
Cuba cakap dekat aku, siapa yang tak cemburu bila tengok lelaki yang dah kita sayang gila-gila keluar dengan perempuan lain? Siap berpeluk bagai, mana tak hancur hati aku ni. kalau aku ikutkan hati la waktu tu, aku dah baling barang-barang yang ada pada aku kat Shark!
Nasib baik la Am datang dan ajak aku makan. Mula-mula memang aku nak terus mengintip ke mana Shark pergi dengan perempuan tu. Argh! Malas la aku nak ingat fasal dia lagi. Biaq pi la sama dia tu!
“Dia sengaja je cakap macam tu. Tagih simpati la tu.. Nak suruh saya keluar. Macam tak tahu je.”
Aku mendengus. aku kembali duduk di atas kerusiku. Aku capai air mineral yang ada di atas meja. Aku teguk sedikit, membasahkan tekakku yang sudah kering bagai padang pasir.
“Ish, tak baik doktor cakap macam tu.. Muka dia ikhlas tu.” Ana bersungguh-sungguh berkata dengan aku. aku pandang Ana dan ketawa.
“Yang awak ni kenapa beria sangat bela dia? Awak tak tahu macam mana saya rasa sekarang,” kata aku, masih lagi dengan senyuman nipis yang terukir di bibirku. Ana menutup pintu dan duduk di hadapan aku.
“Apa masalah ni doktor? Macam teruk je.. Cuba cerita dengan saya.” Ana dah mula ambil alih sebagai penasihat aku yang paling setia. Aku jungkit bahu dan letakkan air mineral kat atas meja semula.
Aku sandar pada kerusi dan pandang jam yang tergantung di dinding, kemudian aku kembali memandang Ana yang masih lagi menunggu aku membuka mulut. Aku mengangkat keningku.
“Kalau tak ready tak apa doktor.. Saya tak desak. Tapi masalah tu kalau simpan dalam hati, takut nanti merana diri tu..” Ana cuba provok aku. aku mula rasa tak senang. Nak ceritakan ke dengan Ana? Segan pulak aku!
Aku takut nanti Ana kata aku ni perempuan miang! Sekejap aku dengan Shark, sekejap aku dengan Am. Tak nak la aku dilabel negatif. Risau sangat aku! ana masih lagi buat wajah kucing yang minta simpati. Aku menghamburkan keluhan.
“Awak ni Ana..” Aku mengeluh lagi. Aku tahu mengeluh banyak kali tu tak baik.
“Saya keluar dulu la doktor,” Ana mula membuka pintu. Aku halang dia.
“Nanti Ana.” Seulas senyuman terukir di bibir Ana. Nampaknya dia dah berjaya buatkan aku bersedia nak cerita masalah aku kat dia. How la..
****
“SO, doktor cemburu la ni?” Baik betul Ana tanya aku soalan cepumas! Aku tak pandang dia. Aku pura-pura taip mesej. Ana ketawa.
“Cemburu la tu..” Ana ketawa lagi. Semakin galak dia ketawakan aku. Aku pandang wajah Ana, serius. Serta merta tawanya henti.
“Kalau awak la.. Awak cemburu tak?” Aku tanya Ana, minta pendapat dia. Dia pandang siling, cuba berfikir barangkali. Meletakkan dia sebagai aku sekarang ni.
Ana mengangguk. Aku senyum sinis.
“So, maksudnya doktor cemburu la ni kan?” Dia ulang lagi soalan tu. Nak je aku baling fail warna biru yang ada kat sebelah aku ni.
“Lagi mau tanya..Sendiri mau ingat la!” keluhku.
“Kalau cemburu, maksudnya doktor sayang dia.” Aku mengangguk. Ini la pertama kali aku mengaku yang aku sayang Shark kat depan orang lain. Selalunya aku cakap kat diri aku sendiri je. Aku malu nak beritahu orang.
“Dalam hati dah penuh bunga la tu.” Ana ketawa dan senyum mengusik.
“Ana ni memang sengaja nak kena potong gaji la ni.” Aku ugut Ana.
Serta merta Ana buat muka minta simpati kat aku. aku gelak. Seronok ugut mengugut ni! tiba-tiba aku teringat pulak kejadian yang Am ugut aku masa aku tunggu dia dulu.
“Tapikan doktor, kalau doktor suka dengan dia, baik la mengaku.. Bukan apa, takut nanti dikebas orang. Siapa je yang tak nak dengan Shark tu? Kalau kasi kat saya, saya pun nak..” Ana berseloroh. Aku pandang dia dengan pandangan yang tajam.
Beraninya dia cakap macam tu kat aku. dia nak Shark aku? eh, Shark aku? bila masa Shark dah confirm jadi milik aku? Bukan dia milik perempuan rambut karat tu ke? Kan seronok dia peluk-peluk dengan perempuan tu!
“Tengok tu? Saya cakap sikit nak emosi.. Maknanya betul la tu suka Shark.. Bertindak la sekarang wahai doktor Misha yang cantik!” Ana memuji aku. aku mengeluh dan menarik nafas dalam-dalam. Serentak!
“Bukan suka lagi Ana, dah cinta ni. tu la kan, kalau dah terlanjur cinta ni memang susah sikit. Sedangkan Shark tu dah ada orang punya. Bodohnya saya!” Aku memarahi diri aku sendiri.
Aku lihat Ana tersenyum-senyum. Nasib baik sekarang ni waktu rehat aku, jadi ada la masa untuk aku buat sesi luahan perasaan dengan Ana ni. ana membetulkan rambutnya yang memang cantik tu.
“Aku terlanjur cinta kepadamu, dan telah ku berikan seluruh hatiku..”
Ana menyanyi-nyanyi lagu Terlanjur Cinta. Nak je aku baham budak sorang ni. Boleh selamba badak dia main-mainkan aku macam ni. aku tengah serius tahap nak gila dia boleh buat lawak pulak!
“Okey lagi tu.. Ada masa ni. Mana tahu perempuan tu kawan dia ke?” Ana meneka. Aku tarik senyuman plastik.
“Kawan? Kalau kawan takkan la sampai peluk Ana? Sakit hati saya tengok.” Keluhku. Agaknya macam ni la perasaan mama waktu dapat tahu yang papa curang dengan dia. Memang sakit!
Aku yang belum kahwin ni pun boleh rasa kesakitannya walaupun Shark dengan aku belum ada apa-apa hubungan yang istimewa lagi. Hati perempuan ni lembut, memang tak boleh nak disakiti langsung! Sebaliknya dibelai dan disayangi oleh insan yang bernama lelaki!
Ana sedang berfikir. Ada la tu ayat memujuk yang dia tengah fikir dalam kepala dia. Aku tunggu je dia bersuara. Tengok macam mana dia dapat atasi kegalauan hati aku ni.
“Cuba fikir positif doktor. Tak boleh macam ni.. Cuba tanya dia, mungkin ada salah faham ni.” Ana pegang dagu dia, gaya persis macam doktor cinta je!
“Salah faham apa? Saya mesej dia, dia tak balas. Selepas tu dia kata dia tidur. Hantu dia ke yang saya nampak kat Angsana tu?” Aku naikkan kening aku. dah lama aku tak naikkan kening aku macam waktu aku mula-mula kenal Shark dulu.
“Dengar la dia nak jelaskan apa dulu doktor. Jangan buat tindakan melulu. Both of you are sweet together. Jangan sampai benda kecil macam ni, doktor dengan dia berpisah. Saya tak nak.. Saya nak tengok doktor bahagia.” Ikhlas Ana berkata. Aku tersentuh dengan kata-kata dia tu.
Begitu bersungguh-sungguhnya Ana memberikan aku nasihat supaya aku berfikiran lebih matang dan bertindak dengan betul.
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Melepaskan karbon dioksida melalui mulutku. Aku menyandar pada kerusi dan mengurut-urut leherku yang sudah terasa sengal.
“Dia tak jelaskan pada saya pun.” Ana tersenyum sinis.
“Macam mana nak jelaskan kalau doktor sendiri tak nak jumpa dia?” Ana sengaja membuatkan aku rasa serba salah. Siapa sebenarnya yang bersalah sekarang ni? Aku sendiri jadi bingung!
“Saya tak sedia lagi Ana. Biar la dia..” Itu je ayat yang boleh aku cakap kat Ana. Selepas tu aku bangun, ada lagi dua puluh minit waktu rehat aku. sempat la aku isi makanan dalam perut aku yang dah berbunyi ni.
“Fikir la apa yang saya cakap doktor..  Cinta tu mudah datang dan pergi ibarat ombak. Kadang-kadang perasaan terluka tu boleh lenyap ibarat pasir yang dibawa pergi ke dasar lautan oleh ombak yang memukul tenang.” Spontan saja Ana berkata. Aku tersenyum.
****
“MIMI!” Am menegur aku. Aku pandang tempat lain. Ingatkan hari ni boleh la aku elakkan diri dari jumpa Am, Shark dan orang lain. Nampaknya tak menjadi jugak! Nasib.. Nasib..
“Ya Am? Dari mana ni?” Alang-alang dah ternampak, aku paksa juga diri aku untuk tegur dia semula. Am tersengih.
“Dari rumah.” Aku lupa yang sekarang ni Am tengah cuti. Kan seronok jadi jurutera minyak. Enam bulan kerja, enam bulan cuti. Seronok je! Patut la dia pakai kereta besar, dah mama dia orang kaya, dia lagi kerja bagus.. Memang bagus la!
Elok je Am ni tunggu aku kat depan pintu klinik. Siap bawa bunga ros lagi kat tangan dia. Aku mulai takut kehadiran Am kat klinik aku ni dikesan oleh Along. Apa aku nak jawab dengan Along kalau Along nampak?
“Kenapa tunggu ni?” Aku tanya dia. Dia senyum meleret.
“Saja.. Nak ajak makan. Am tak nak ganggu Mimi kat dalam. So, Am tunggu Mimi kat luar. Tak salahkan?” Dia angkat kening dan senyum kat aku. aku angguk secara terpaksa. Mengiakan saja kata-katanya tu.
Aku mula melangkah ke kedai makan yang hanya berada berdekatan dengan klinik aku, sebelum aku melangkah, Am sempat tahan aku.
“Bunga ni. Ambil la. Untuk Mimi,” kata Am.
Aku pandang dia. Aku tak suruh pun dia beli bunga ni untuk aku. Entah-entah, selama ni yang beri bunga banyak-banyak kat aku, dia tak?
Aku ambil bunga yang ada kat tangan dia tu. Aku serahkan pada Ana, faham-faham je la apa yang nak kena buat selepas tu. Aku bagi isyarat kat Ana.
“Makan kat kawasan sini ke?” Soal Am, yang berjalan betul-betul rapat di sebelahku. Kalau ada orang yang tengok pun, mesti orang lain akan salah anggap. Cuma dia tak pegang tangan aku je, dan aku akan pastikan benda tu tak akan berlaku! Never!
“Jangan cakap makan kat rumah Am,” aku mulai dapat agak apa yang tengah bermain kat kepala dia tu. Sama ada dia nak aku makan kat rumah dia, atau dia nak ajak aku makan tempat lain. Antara dua tu!
Am ketawa.
“Macam tahu je kan? Ya la.. Am tak paksa. Kat sini je la kita makan,” Am mengalah. Aku senyum sampai telinga. Bagus juga kalau hari-hari Am macam ni. Sentiasa mengalah je dengan aku. Tapi kadang-kadang sikap Am ni boleh berubah.
“Bagus.. Mimi nak makan makanan kampung,” kataku padanya. Dia pandang aku dengan renungan yang memukau.
“Eh, kita belum kahwin lagi.. Takkan Mimi dah mengidam kut?” Am tergelak. Aku pantas mencubit lengan dia. Hampeh punya Am! Ada ke dia fikir aku mengidam? Naya je kalau aku sepak dia kat tengah-tengah orang ramai ni.
“Sorry, sorry.. Am gurau je pun. Mimi muka serius je keluar dari klinik.. Tension ya?” Dia tanya aku. Aku tak jawab.
“Tak tension. Penat..” Aku mengadu jugak akhirnya kat dia. Dia senyum penuh makna. Kami masih lagi berjalan dengan langkah yang perlahan ke arah Medan Selera yang berdekatan dengan klinik aku.
“Nanti kalau kita kahwin, Am bawak Mimi pergi Shanghai eh?” Am angkat kening dan cuit dagu aku. aku tepis.
“Shanghai buat apa? Tak nak la.. Lagipun, siapa nak kahwin dengan Am? Perasan!” Aku menjelirkan lidah ke arahnya dan membuat wajah masam. Am geleng kepala dan ketawa.
“Tunjuk lidah macam tu, Am cium baru tahu. Suka hati je eh nak jelir-jelir lidah kat orang..” Ugut Am. Aku menelan liur. Jangan la datang lagi perangai gila si Am ni. takut aku kadang-kadang dengan Am ni.
Dia boleh jadi orang yang psycho dalam sekelip mata je. Dan dia jugak boleh jadi orang yang paling romantik dalam masa sekelip mata jugak! Dia serba boleh! Fleksibel!
“Am nak kena saman berapa juta?” Aku ugut dia dengan senyuman di bibir. Aku ketawa tengok Am.
“Tu dikira duit hantaran ke tu?” Sekali lagi lengan Am jadi mangsa cubitan aku.
“Berangan la! Berangan.. See you in court!” Aku berjalan laju meninggalkannya. Dah sampai kat Medan Selera tu pun!
****
“MISHA..” Seseorang memanggil nama aku kat belakang. Alamak, aku macam kenal je la suara ni. ni bukan suara Am. Tapi.. Tapi.. Suara Shark! Macam mana Shark boleh ada kat sini ni? dia tak balik ke tadi? Aduh!
“Eh.. Shark?” Aku pura-pura terkejut. Dalam masa yang sama jugak Am datang sambil membetulkan bajunya.
“Siapa ni Mimi?” soal Am, yang hanya berada beberapa inci dengan aku. aku perasan raut wajah Shark dah berubah. Jangan la dia naik hantu kat sini. Aku mula rasa kasihan tengok riak wajah dia.
Tapi dalam masa yang sama, aku rasa ni la pengajaran yang paling bagus untuk dia! Dia biarkan perempuan lain peluk dia! Sekurang-kurangnya Am tak ada peluk aku pun depan dia, jadi dia dikira lagi teruk la!
Karma..
“Shark, ni Amirul Hazim. My regular customer kat klinik. Just call him Am,” aku memperkenalkan Am pada Shark. Shark senyum plastik. Aku tahu dia cuba senyum tu. Aku dapat rasa yang dia akan merajuk gila-gila dengan aku lepas ni!
“And Am, ni Ahmad Shakir. Orang yang tolong Mimi waktu kena ragut dulu. Call him Shark.” Aku perkenalkan Shark kepada Am pula.
Adilkan? Dua-dua aku tak cakap kekasih aku. jadi tak ada la persengketaan di antara dua mamat kacak dekat hadapan aku ni.
Bagi aku, kalau gaduh sebab perempuan, memang la satu perkara yang amat memalukan! Lagi-lagi kalau mereka gaduh sebab aku! mahunya aku gelak guling-guling tujuh hari tujuh malam! Buat lawak bodoh ke apa?
“Come, join us Shark.” Am mempelawa Shark dengan mesra. Aku perasan wajah Shark dah lain semacam je. Mesti la dia tak selesa tu. Tapi bila dia tengok muka aku banyak kali dan pandang wajah Am silih berganti, akhirnya dia bersetuju juga.
Bagus sangat la tu.. Keluar dengan dua orang lelaki dalam satu masa. Teruk tak aku? adakah aku boleh dilabel sebagai seorang perempuan yang gatal dan tak ada harga diri? Hanya Allah yang tahu..
****
“SHARK, I nak tanya la.. A few thing about pilot ni. u tak kisahkan?” Am tanya Shark yang tengah menghirup air minumannya yang dah tinggal separuh tu. Shark mengangguk.
“InsyaAllah,” jawab Shark, pendek. Am mengangguk-angguk.
I’m asking on behalf of my cousin. Dia minat nak jadi pilot ni. Dia dapat suggestion from of his friends who is the captain and now working as flight instructor kat flying school untuk jadi pilot. Captain tu suggestkan dia masuk mana-mana flying club and  take PPL, lepas tu sambung dengan CPL/IR atau flight instructor course,” panjang lebar Am berkata.
Aku dah mula bosan dah ni. sumpah, lepas ni aku akan jadi penonton yang tak faham apa-apa yang dibualkan oleh dua lelaki kat depan aku ni. shark tenang je duduk. Siap boleh pusing-pusingkan straw lagi.
Tapi aku tak tahu la macam mana gelora hati dia sekarang.
Mesti dia tengah marah sekarang sebab tadi aku tipu dia yang aku ada banyak kerja dan tak boleh keluar. Dan sekarang dia nampak aku keluar dengan Am, lagi haru!
So, the question are.. I heart that by taking this alternative route in becoming commercial airline pilot is longer than directly taking CPL. Tapi kos dia lagi murah. Is that true?”
“Agak-agak la kan, berapa lama masa yang diperlukan untuk jadi commercial airlines pilot by taking that routes? And flying school versus flying club, which one is better? Ada pro dan cons ke?
Shark tengah berfikir-fikir. Aku habiskan makanan aku yang ada kat pinggan. Aku lambai tangan kat salah seorang pelayan yang ada kat situ. Kering pulak tekak aku ni, habis dah air minuman aku. nak pesan satu lagi!
“Haus eh? Berapa lama tak minum ni?” tegur Shark, diiringi dengan tawa dari Am. Kemudian wajah Shark bertukar serius. Aku mencebik!
Cousin you tu boleh ambil PPL kat flying club and cheaper, around 16k to 20k je. Kalau  flying school payah sikit sebab kena bayar lodging messing and publication. Menyusahkan la.. But, your cousin still kena ambil CPL kat flying school jugak. Maybe a bit cheaper sikit dari overall cost.” Kata Shark. Aku terlopong. Rasa-rasanya lalat dah boleh masuk dah kat mulut aku ni.
“Berapa lama selalunya nak dapat PPL kat flying club?” Am soal Shark. Aku dah blur kat sini. Sekejap CPL, sekejap PPL. Apa benda menatang tu? Tapi aku tak menyampuk perbualan diorang, tengok je apa yang dibualkan.
Within two months dah boleh habis dah training. Depends jugak la. Kalau CPL kat flying school, it takes time.. Around three to six months depends on flying school tu. Tapi, peluang dapat kerja, on major airlines will be the least priority la.” Shark hirup minuman dia. Okey! Habis minuman dalam cawan dia. Maknanya dia pun haus macam aku jugak!
Ke hati dia tengah panas? Sebab tu kena minum banyak air sejuk? Aku buat kesimpulan sendiri. Am tersenyum mendengar penjelasan dari Shark. Berpuas hati barangkali. Tapi macam aku pernah cakap la, Shark memang komited gila dengan pekerjaan dia.
Dia terangkan bersungguh-sungguh kat Am tadi. Aku boleh nampak semua tu. Kalau dah minat, benda yang susah pun boleh jadi senangkan? Tapi tu la, dulu mama aku cakap kerja kat atas kapal terbang ni berisiko!
Uda dulu dapat tentangan yang hebat waktu dia nak jadi pramugara. Macam-macam yang mama hasut. Ada rompakan la dalam kapal terbang, terhempas la. Itu la, ini la. Tapi Uda tetap dengan pendiriannya. Aku respek la sama Uda!
“Alamak.. I’ve to go now.. Mama ada event, Am kena teman mama,” Am meminta diri sejurus melihat jam di tangannya. Aku mengangguk-angguk. Tiba-tiba je si Am ni.
“Kirim salam dekat mama..” Pesanku. Sejurus Am menyalam Shark saja, terus dia berlalu pergi. Shark masih lagi pandang aku dengan renungan yang tajam.
“Kirim salam dekat mama..” Dia mengajuk cakap aku. aku ketawa. Aku yakin, dia mesti salah anggap dengan apa yang aku cakap kat Am tadi! Aku yakin sangat! Kalau cemburu, aku lagi cemburu dengan dia! 
Kalau dia nak suruh aku jelaskan apa hubungan aku dengan Am, aku lagi nak tahu apa hubungan dia dengan perempuan rambut karat yang tak cukup kain tu! Aku mendengus memandangnya.
Hmm.. 3 things I want in a relationship: Eyes that won’t cry, lips than wont lie, and love that wont die.
bersambung


57 comments:

  1. ish tak sbr ni. cpt la msuk kn bab 20 hehe

    ReplyDelete
  2. Hahaha..Shark jeles! Hagagagaga! Akhirnya bertemu jugak Am dgn Shark! :D

    ReplyDelete
  3. uishh... dua2 cemburu la pulak...
    bagus la cmtu...
    main perli2 pastu baru terluah cemburu tu..
    memang best la..
    pastu dua2 gelak sbb salah paham..
    sweet je.. hihi...

    ReplyDelete
  4. ishh...kenape shark mcm tu??sy sungguh benggang dgn shark..please tell me, what going on right now...!!!

    ReplyDelete
  5. Akhirnye;)
    ketemu jugak;)
    pandaipun shark cmbru;)

    ReplyDelete
  6. suker3...misha, shark..settlekan salah paham tuh cepat..ngeee~

    ReplyDelete
  7. Mimi dh kantoi... tp bagus gak... shank n am perlu bersaing secara sihat utk dptkan mimi.... rasanya shark akan menang tanpa bertanding...

    ReplyDelete
  8. huhuhuu..hope shark jelaskan ap yg sebenarnya telah berlaku....xmo laa gdoh2 ye... misha kan sayang shark... wink3~~

    ReplyDelete
  9. ohom ohom....shark jelez...baguih3....;)

    ReplyDelete
  10. tau cemburu jgk ke shark?

    ReplyDelete
  11. hah! dua2 jeles....hahaha...memang shark & misha tu syg each other la kan3....

    ReplyDelete
  12. kelakar..dok bayangkan muka shark bila ikut gaya mimi ckp kim salam kat mama... :-)

    ReplyDelete
  13. pergh akhirnye jmpe gk shark ngn am... cpt le shark trg kn perkara sebnr kt misha...

    ReplyDelete
  14. saya macam pening gtu baca conversation shark and am. haha. sambung la cepat,nk tahu explanation shark ni.

    ReplyDelete
  15. waaaa...smkin hot...cpt2..next bab..:p

    ReplyDelete
  16. oleh kerana sy prnh masuk kadet pilot,,phm lar sikit2 pasal apa yg am ngn shark sembang tu.. =.="
    cepat2 sikit sambung bab tu...nk tau reason shark kluar ngn pompuan tu.. >.<

    ReplyDelete
  17. shark jelessss,,,
    yeahhh,,cmburu tndenyee syg,,
    ahahha
    love the last quote:
    3 things i want in a relationship, eyes that won't cry,lips that won't lie, and love that won't die,,

    ReplyDelete
  18. Wah...boleh jadi kawan baik laa Shark dengan Am ni. Macam menarik je kalau dorang kawan baik. :D
    Adakah Misha akan disoal siasat dengan Shark lepas ni, atau sebaliknya...atau xda? Haha..nak lagi!! ;)

    ReplyDelete
  19. waaaaaaaa...nk bab 20 skrg hehe...cpt la mimi tny shark sape girl tu..xde la perang2 lg..pah2 mimi tlg la ngaku dpn shark yg dia syg shark..waaa.... -fy-

    ReplyDelete
  20. arggh..x sbr nyer nk bce bab 20 . =D hehe!

    ReplyDelete
  21. best2!!!
    tp de byk typo..huruf y spttutnye besar tp TERtaip huruf kecik plak..bese la,nobody perfect..spelling error pn de gak..
    so,next time ht2 di jln ry ea..huhu

    ReplyDelete
  22. alamaks~~~
    kantoi da...jgn la lelame gaduhnye tu...
    3 things i want in a relationship???...i like!!!
    hehe...
    cpt smbg ye writer...=D

    ReplyDelete
  23. wah x sabo nak tgk shark merajuk panjang... cepat la smbg..

    ReplyDelete
  24. akak suka sangat bab ni. sebabnya penuh dengan informasi. seharusnya memang penulis kena rajin menambah pengetahuan pembaca, barulah karya kita ada mesej yang tersendiri :D

    ReplyDelete
  25. baguslah..dua2 dah jmpe..
    agk2 Shark nk merajuk 40 hari jugak ke ngan misya?
    ke sme2 merajuk??haha...best entry ni..:)

    ReplyDelete
  26. aNa FaRiHa jadi doktor cinta?? so sweet!
    Am dan Shark bertemu? wow! kali ni nmpk nya Shark cemburu lebih la..

    "kirim salam dekat mama" Shark silap paham suda.. :)

    ades,, makin menjadi2.. Misha cemburu dekat Shrk, Shark lak cemburu dekat Misha.. cantik sangat la tu..

    makin banyak cabaran yang menimpa.. sabooo jelaa.. teruskan shah.. chaiyokkkk!

    ReplyDelete
  27. heheh... johan iskandar ku.. ;) tq wazrul shah! I addicted to syamnuriezmil ..

    ReplyDelete
  28. shahhhhhh..cpt smbung!!!!!x sabar neh

    ReplyDelete
  29. mane la tau that girl adik angkat ke?adik tiri ke?think positive guys....
    ntah2 tu mmg kwn dye,tp time tu kwn dye sakit kepala,tu yang jalan pelok2,hahaha.....(positive abes nih)

    ReplyDelete
  30. konflik2...
    trtgu2 ape yg jd seterusnya...

    ReplyDelete
  31. 1
    last skali jupe gak..
    xsbar nk bce epi 20..cpt2 la post..
    huhuhu

    ReplyDelete
  32. sweet nye bila shark jeless...
    haha..bgus..sy suke shark jeles...
    tp sape pmpuan tu..nk tau sgtttttt! :)

    ReplyDelete
  33. arrrhhhh.. pressure.. whats the next? what happen? curious tahap gaban dah nie...

    ReplyDelete
  34. waahhh.. semakin menarik.. wuwu.. truskn!!

    ReplyDelete
  35. cute la shark jeles..hahaha..=p

    ReplyDelete
  36. pergh...ni cam dah jadi cinta 3 segi ni...shark+misha+am...menarik...suka bab bila am dan shark borak pasal pilot tu...ada gak ilmu baru...ag best kalu dapat terangkan istilah2 yer tu...tapi...betul ker oil engineer...keje 6 bulan..cuti 6 bulan...huhu...memang masyuk la kalu real... *slumber_girl*

    ReplyDelete
  37. tanye je la kat shark 2.. jgn wat ksimpulan sndiri..

    ReplyDelete
  38. perghhh!! SALUTE...ska ayt t'khir tuuu..mndlm mksodnyee...

    ReplyDelete
  39. malas komen nk jump part 20! haha

    ReplyDelete
  40. hahaha..bagos sgt la jmpa skali bwu shark taw yg misha un ramai peminat..huh.

    ReplyDelete
  41. very interesting..... btol kate misha... karma.....

    ReplyDelete
  42. wowww...beshh bca..terbaekk!

    ReplyDelete
  43. i LUV THE LAST SENTENCES

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.