Friday, April 22, 2011

Bab 8

AKU tarik nafas dalam-dalam bila semua kerja dah siap. Aku urut kepala aku, pening pulak rasanya bila menghadap kertas-kertas kerja ni lama-lama. Aku rasa macam nak humban je semua kertas-kertas ni masuk dalam tong sampah.
“Ana, saya nak rehat untuk dua hari. Tolong inform kat semua patient yang appointment untuk rawatan semua ditangguhkan.” Arah aku dengan tegas pada interkom. Sejurus itu aku kemas kertas yang berterabur atas meja ni.
Pintu bilik aku diketuk. Selepas aku laungkan perkataan ‘masuk’, muka Ana dah tersembul dengan riak pelik. Apa kes pulak si Ana ni?
Sure ke doktor?” Dia soal aku. Aku angguk. Ingat aku main-main ke? Serius memang dah tak boleh nak terus kerja je.. Aku kena rehat jugak. Dalam tempoh beberapa tahun ni, waktu bercuti aku sangat la terhad!
“Esok ada appointment dengan Encik Amirul Hazim.” Aku tergigit lidah waktu Ana sebut nama tu. Ada apa lagi mamat tu?
“Untuk?” Aku berlagak tenang. Ana meminta aku tunggu sebentar sementara dia pergi mengambil buku semakan.
Beberapa minit kemudian, dia kembali. Ana duduk depan aku sambil matanya masih lagi memandang buku tu. Berjela punya senarai nama yang tengah tunggu barisan. Aku pulak nak pitam bila tengok senarai nama yang panjang berjela tu. Gila punya panjang.. Mahunya tak pengsan aku!
“Untuk mama dia.” Beritahu Ana. Aku terlongo. Untuk mama dia pulak? Ni apa fasal pulak bawak mak pulak ni? Gila ke Am ni? Aku jadi tak keruan, kepala otak aku tengah fikir apa la yang buatkan si Am tu nak bawak mama dia datang klinik aku ni..
Aku cuba bersangka baik, mungkin mama dia memang betul nak buat rawatan kat sini. Nak buat macam manakan? Layan je semua patient aku..
Postponekan untuk hari sabtu ni. Call them.” Arah aku. Ana mengangguk-angguk. Kemudian Ana memandang aku.
“Kenapa tiba-tiba je nak off ni?” Soal dia. Aku dengan Ana memang rapat sikit.. Nak kata sikit tu tak la, rapat banyak! Selalu aku luahkan masalah aku dekat Ana ni. Kira dia ni la tempat aku mencurahkan rasa tak puas hati.
Nasib la si Ana ni sanggup tadah telinga dia dengar luahan hati aku. Kalau tak, aku rasa dia pun buat muka tahan marah je setiap kali aku luahkan masalah dekat dia.
“Bukan apa Ana. Saya kalau boleh nak rehat lama-lama sikit..” Aku bagi alasan yang sangat tak munasabah dan tak boleh diterima akal. Ana ketawa.
“Nak luangkan masa dengan si dia ke doktor?” Usik Ana. Wajah aku dah membahang. Darah sudah terasa menyerbu ke muka. Aku mengukir senyuman ketat.
“Si dia mana pulak ni Ana?”
Aku buat-buat tak faham apa sebenarnya maksud ‘si dia’. Tapi memang betul pun.. hati aku mana la ada penghuni, tak siapa yang berani ketuk pun hati aku ni. Tu yang sadis sikit tu..
Ana tersengih-sengih macam kerang busuk. Dia pandang aku semacam je, riak pandangan dia tu menafsirkan bermacam-macam maksud. Aku jeling dia, si Ana ni ada benda yang dia tengah fikir dalam kepala dia ni.
“Ana kutuk saya ya?” Aku menyergahnya. Ana ketawa.
“Mengarut la doktor ni.. Ana cuba baca fikiran doktor ni.. Kut-kut tengah angau ke..” Ana sengih lagi. Aku rasa macam nak baling je pen yang tengah aku pegang ni kat Ana. Cakap ikut sedap gigi.. Sama je macam Uda!
“Dah tu?” Aku bersabar. Gila ke nak baling pen ikut suka hati aku. Memang la dia pekerja aku, tapi aku kena la hormat sikit dia. Memang kedengaran pelik sebab aku rasa tak ramai majikan yang sanggup hormat pekerja diorang.
Bukan la nak kata aku ni bagus ke apa, tapi aku rasa sikap hormati pekerja tu patut ada. Sebab tu aku cuba amalkan. Sekaligus hubungan antara pekerja dengan majikan dapat dieratkan. Tak ada la kes majikan dera pekerja timbul.
“Muka doktor ni dah boleh buatkan saya tafsir macam-macam tau..” Macam gaya doktor cinta je si Ana ni bercakap. Aku ketawa.
“Awak ambil degree untuk subjek cinta ke?” Aku sindir dia. Ana tak mampu nak tahan ketawa. Dia ketawa sekuat-kuatnya. Aku geleng kepala.
“Tak ada la doktor.. Saya ambil master terus... Boleh la nak bantu sikit-sikit.” Ana ketawa. Muka dia yang macam Selena Gomez tu nampak comel je bila senyum.. Jangan ingat aku ni doktor aku tak ada kehidupan okey! Aku kenal semua penyanyi yang tengah meletup sekarang ni!
Kadang-kadang bengang je aku rasa bila kawan-kawan lama aku cakap aku ni asyik fokus pada kerja je sampai tak layan pun hiburan ni. Sungguh sakit hati!
“Perasan sungguh. Mana boyfriend awak?” Aku tanya dia. Ana sengih tunjuk gigi je, sambil geleng kepala dia.
Boyfriend kat rumah.. Simpan dalam almari.” Jawab Ana, selamba. Aku ketawa dengan lawak selambanya tu. Sengal betul la si Ana ni.
“Tyra dengan Ima dah balik ke?” Aku tanya Ana. Sebab biasanya budak dua orang tu selalu balik awal, balik sama-sama. Pergi pun sama-sama. Dah macam belangkas dah aku aku tengok budak berdua tu!
Ana angguk.
“Baru je sekejap tadi balik. Si Ima tu kata nak pergi singgah Secret Recipe. Lapar la katanya, macam-macam alasan.” Ana mengadu. Kalau nak dikira dalam klinik aku ni, Ana ni kira macam ketua kepada Ima dan Tyra la. Kira dia berhak tentukan sama ada budak berdua tu boleh balik awal ke tak.
Kalau Ana kata tak boleh, maknanya tak boleh la.. Tegas dan berdedikasi si Ana ni. Sebab tu aku percaya pada dia bulat-bulat!
Aku ketawa.
“Makan je kerjanya.. Badan tak naik-naik jugak.” Aku menambah.
Ana menyokong kata-kata aku dengan anggukannya. Kemudian dia menyambung kata-kataku pula.
“Bukan tadi doktor kata nak balik pukul lima tepat ke? Sekarang dah pukul empat lebih dah ni.. Nanti jammed pulak jalan.” Dia mengingatkan aku. Memang betul, tadi aku dah pesan kat si Ana ni supaya ingatkan aku untuk balik pukul lima.
Boleh mengelamun pulak aku! Nasib la Ana ingatkan. Cepat-cepat aku ambil beg aku dan berlalu keluar. Sebelum menutup pintu, aku sempat pesan pada Ana.
“Nanti tolong kemaskan meja tu.” Aku tuding jari pada meja yang berselerak dengan kertas kerja aku. Aku sendiri tak tahu, macam mana kertas tu boleh berterabur macam tu sekali. Kalau nak tuduh angin, sangat la tak logik!
Ana angguk.
****
AKU sampai rumah tepat-tepat pukul lima petang, nasib baik aku guna jalan pintas. Kalau tak, aku rasa sampai sekarang aku tersangkut lagi kat kesesakan lalu lintas tu. Satu kerja pulak lagi aku nak menunggu.
Dah la cuaca tengah panas, dengan aku pakai baju kurung.. Lagi la terasa bahangnya! Mahunya tak berpeluh badan aku! Sia-sia je berbau badan aku!
Kereta Uda tak ada kat halaman rumah. Ke mana pulak abang aku yang sorang ni pergi? Antara tiga je tempat yang dia selalu pergi waktu dia cuti macam ni.
Pertama, dia akan pergi ke Ali Baba Karaoke yang ada dekat Giant Hypermarket tu.. Kedua, dia akan pergi Mai Beauty dekat Angsana.. Ketiga pulak, dia akan bawa Macbook dia dan duduk melepak dekat Gloria Jeans Coffee atau dekat Starbucks yang ada dekat Setia Tropika tu.
Itu je la lokasi wajib pergi yang Uda akan pergi. Kalau Uda pergi Ali Baba Karaoke, dia pergi dengan siapa? Aku tertanya-tanya. Biasanya Uda akan ajak aku kalau nak pergi sana. Sah-sah la tak pergi sana.. Jadi, lokasi pertama tolak!
Sekarang ni antara lokasi kedua dan ketiga. Tapi aku dah dapat agak yang abang aku tu mesti tengah sibuk Skype dengan teman wanita dia daripada London tu dekat Gloria Jeans Coffee.
Uda cakap, dia lebih suka minum Gloria Jeans daripada Starbucks. Entah kenapa, aku pun malas nak ambil tahu. Aku minum air suam je. Senang.. Tak payah nak kerek-kerek sangat pergi habiskan duit semata-mata nak minum air kopi!
Kalau dah gian sangat dengan air kopi, ambil je belakang kuali tu lepas tu gosok je.. Dah keluar dia punya hitam tu, ambil lepas tu letak kat dalam cawan. Letak ais, tambah gula sikit.. Kan mantap tu!
Aku gelak sorang-sorang.
Punya la gila aku mengelamun, sampai kereta aku pun tak sempat diparkir. Rasanya kalau aku tak pandang depan tadi, memang dah berlanggar dengan pasu bunga yang paling mama sayang tu! Kalau tak, sia-sia je aku kena bebel dengan mama!
Sebaik aku keluar dari kereta, aku terdengar ada orang panggil nama aku. Aku menoleh. Shark!
Beg tangan aku segera aku tinggal dalam kereta, aku pergi tempat Shark yang sudah pakai baju lain pula. Tapi rambut masih kekal terpacak! Guna la Brylcreem.. Tetiba aku buat promosi minyak rambut!
“Wah.. Tepat-tepat sampai ya?” Aku puji Shark. Shark senyum sampai telinga. Mana la tak bangga bila aku puji dia.. Siapa-siapa pun akan rasa bangga bila kena puji! Aku sendiri pun rasa macam tu bila aku kena puji.
Seronok memang seronok, tapi kadang-kadang aku rasa pelik je bila asyik kena puji.. Kadang-kadang pujian tu boleh menjatuhkan seseorang. Pujian jugak boleh buatkan seseorang tu lupa diri..
Dan pujian tu jugak akan menjadikan seseorang tu berlagak bagus gila. Sebab selalu kena puji, jadi puak-puak ni la yang akan terus berlagak dan berlagak dalam universiti. Perkara normal la tu.
“Janji kena la tepati. Tak boleh mungkir janji.. Dosa tau!” Shark ingatkan aku. Wajahnya bersungguh-sungguh. Aku senyum segaris. Aku rasa tenang je bila tengok muka dia ni.
“Dah solat Asar belum?” dia tanya aku. Aku geleng.
“Cuti.” Aku beritahu dia. Dahi dia berkerut.
Aik? Lama betul? Minggu lepas pun cuti..” Shark mempertikaikan. Aku dah malu kat sini. Bila dia sedar je riak wajah aku berubah, cepat-cepat dia pandang tempat lain. Mungkin dia tahu, dia tak patutnya cakap macam tu kat aku.
“Nanti ganti solat tu.. Ingat.”
Aku angguk. Tak payah dia ingatkan pun aku tahu laksanakan tanggungjawab aku! Aku bukan budak kecil yang serba serbi nak kena tunjuk ajar! “Ya la..”
Shark keluarkan sesuatu dari beg silang yang dibawanya. Dia hulurkan sesuatu pada aku. Aku ambil je..
“Mars?” Aku tanya dia, walaupun aku tahu nama coklat yang aku tengah pegang ni memang jenama Mars. Takkan Neptune pulakkan? Cuma apa yang buatkan aku gembira macam nak gila sekarang ni ialah disebabkan coklat ni!
Aku memang suka-duper-gila-addict-dengan-coklat ni! Dalam sehari aku mesti makan coklat Mars ni. Sampaikan kat klinik aku pun aku sediakan banyak-banyak coklat ni. Aku tahu sepatutnya aku tak boleh makan coklat sangat sebab aku kena jaga gigi aku. Motif?
Ya la kan.. Doktor gigi, nak kena jaga reputasi. Huh! Nonsense semua tu.. Peduli la nak makan apa pun.. Asalkan aku pandai jaga gigi aku. Orang nak umpat aku? Ada aku kisah?
Pluto.” Shark loyar buruk. Aku juih bibir.
“Comel la.” Kata Shark pula. Aku pening sekejap.
“Apa benda yang comel?” Aku tanya dia. Dia sengih je.
“Awak la.. Juihkan bibir macam tu. Cium kang baru tau!” selamba dia bercakap. Macam dah ada pengalaman je! Setelah aku memandangnya tajam, dia terus tunduk. Tahu takut!
“Kalau berani, cuba la.” Tenang aku berkata, tak ada langsung riak nak marah.
Shark pandang aku semacam.
“Marah ke?” Aku senyum.
“Tak la.. Suka.” Sarkastik je nada aku. Sampai aku nak gelak sendiri. Shark mengeluh.
“Orang ada belikan barang untuk awak. Nah.. Simpan tau. Keychain ni.” Dia serahkan kat aku satu lagi barang daripada beg silang dia tu. Memang dah macam poket serbaguna Doraemon la!
“Cantik.” Ikhlas aku memuji.
Gambar anak patung warna putih. Tapi kenapa ada dua? Itu yang bermain dalam fikiran aku sekarang ni. Shark memang sengaja belikan untuk aku dua ke? Istimewa ke? Aku mula perasan sendiri.
“Tengok la siapa yang pilih..” Dia tepuk dada. Aku mencebik. Dah mula la tu..
“Allah tak suka orang sombong.” Aku sindir dia. Dia sengih.
“Orang gurau je la.
“Ya la sangat..”
“Ya.” Jawab Shark lagi.
Coklat yang masih belum dibukak tu masih ada dalam genggaman tangan aku. Dia pandang tangan aku yang tengah genggam coklat.
“Makan la sekarang.” Pintanya.
“Nak buat apa?” Tekak aku belum rasa nak makan coklat. Nak kena isi dulu dengan nasi! Nasi yang bagi tenaga kat aku, karbohidrat tinggi tu!
“Teman orang makan.” Dia keluarkan satu lagi coklat Mars. Aku geleng kepala. Haru la mamat sorang ni, semua benda pun nak suruh teman ke? Dari sarapan sampai la sekarang. Kerjanya asyik nak mendesak je.
Kalau la dia jadi suami aku, dah lama aku baling dengan pinggan percuma yang mama dapat waktu mama beli sabun. Aku gelak.
“Dah besar mengada nak kena teman.” Aku terus cakap lepas. Tak adanya nak simpan belakang, sembunyi-sembunyi.
“Orang kecil lagi la.” Dia mengaku.
“Kalau kecil tu kenapa datang sini? Pergi la balik rumah tengok Spongebob.” Shark pantas geleng.
“Cepat la.. Jom makan coklat ni.” Aku mendengus. Payah betul la kalau dengan si Shark ni, semua benda nak kena ikut dia. Melampau sangat! Manja mengalahkan adik aku je! Eh jap.. Aku mana ada adik! Sengal la kau Misha!
Aku angguk jugak akhirnya. Muka Shark memang dah comel tahap gaban dah. Merayu betul-betul punya kat aku. Ajak makan coklat. Logik tak kalau aku humban vespa tu dekat kolam renang rumah aku sebab perangai mengada-ngada dia ni?
“Tak nak jemput orang masuk ke?” soal Shark. Aku cepat-cepat menggeleng.
“Tak ada orang dalam rumah. Bahaya..” Aku beritahu Shark.
Tiba-tiba terukir senyuman nakal di bibirnya. Aku pandang Shark. Ni dalam kepala dia ni mesti ada benda yang dia nak sampaikan. Lagi-lagi bila dengan senyuman nakal dia tu! Memang sah la!
“Apa susah.. Masuk dalam, kalau JAIJ datang, terus kena tangkap. Kahwin free.” Senang je dia cakap. Aku mengetap bibir. Mudahnya la lelaki depan aku ni bercakap. Cakap ikut sedap gigi je.
“Pernah makan selipar yang direndam dalam air loji tak?” Aku tanya soalan tahap A Level kat Shark. Shark ketawa.
“Belum.. Awak punya favourite ke?” Aku mengetap bibir lagi. Aku kena balik!
“Banyak la!” Dengus aku.
Suasana jadi diam seketika waktu Shark menikmati coklat Mars yang berada dalam tangan dia tu. Seronok benar dia mengunyah. Kalau rasa nak dapatkan tenaga segera, cepat-cepat la makan Mars ni. Tu yang cikgu tuisyen aku cadangkan kat aku waktu zaman aku muda-muda dulu!
“Awak suka coklat ni kan?” Sekali lagi Shark The Wizard dah bersuara.
Aku gelar dia wizard sebab dia hebat macam ahli sihir! Gila sebab boleh teka apa yang tengah bermain kat kepala otak aku sekarang dalam masa dua minit. Ya ke dua minit? Hiperbola sangat..
“Sikit la.”
“Jangan nak tipu. Orang tau awak suka.” Kata Shark lagi.
“Orang kata tak, tak la.” Aku membentak. Shark terjeda.
“Orang tau la awak tengah ehem-ehem.. Jangan la emosi dengan orang. Takut tau.. Jangan fikir sangat masalah tu..”
Gaya macam doktor sakit puan je dia bagi nasihat. Aku pulak nak pengsan dengar ayat dia tu. Dia ni doktor kut? Aku meneka.
“Shark, boleh teman saya pergi jumpa kawan dekat BBU tak malam ni?” Shark senyap, dia buat muka blur. Mana tak terkejutkan? Tadi bincang topik lain, tiba-tiba aku cakap fasal lain pulak sekarang ni.
“BBU tu apa?” Aku dah agak. Sah la si Shark ni tak khatam habis subjek Geografi! Dia selalu dapat A campur untuk cinta je la..
“Bandar Baru Uda.” Kata aku, sekadar berbasa basi.
“Oh.. ingakan bahan-bahan ubahan.” Shark ketawa.
“Ubahan apa pulak?” Shark tak nak jawab.
“Teknik ubahan untuk mengubah orang yang buruk macam T-rex jadi cantik macam Lisa Surihani.” Terang Shark. Ada ke menatang tu? Tu yang tengah bermain-main dalam kepala aku. Bedek la si Shark ni..
Aku duduk atas vespa Shark. Penatnya!
“Kalau saya nak beli bahan-bahan ubahan tu okey tak?” Aku tanya Shark. Shark geleng.
“Orang yang dah cantik macam bidadari tak payah beli lagi okay! Nak ubah apa lagi?” Yakin Shark berkata.
“Eleh. Puji tak ikhlas.”
“Ambil la pisau, tengok jantung orang ni.. Tengok berapa banyak keikhlasan tutur kata orang pada awak!” suara Shark perlahan, tapi aku dapat dengar jelas setiap butir bicaranya. Ikhlas? Ya, aku percaya. Telefon bimbit aku berbunyi tiba-tiba.
Abg xdpt jumpa Misha malam ni.Kita jumpa esok.
Tu la mesej daripada Fiqroul. Agak menyakitkan hati sebab Fiqroul ikut suka hati laki tiri belah adik dia je nak hantar mesej kat aku sekarang ni!
“Shark.” Aku panggil dia. Dia angkat muka.
“Apa dia?” perlahan dia bertanya.Muka pun comel je aku tengok! Aish.. Shark, Shark..
Thanks for this choc.
“Balas jasa.” Balas Shark, pendek.
“I already mandrem that coklat tau!.” Wajah Shark dah nampak lain macam! Aku ketawa.
Who care?” Soalan tahap zoo yang aku tanya dekat Shark. Siapa yang tak kisahkan kalau kena mandrem? Aku je kut yang tak kisah, orang lain aku rasa dah gelabah gila.
“I care!” kata Shark. Aku diam.
"Kalau mandrem pun bukannya ada apa-apa pun." Aku bidas kata-kata dia. Dia angkat kedua belah kening dia.
“Siapa kata? Lepas kena mandrem, awak akan ajak orang kahwin. Percaya cakap orang. Mesti awak tak sabar-sabar nak peluk orang.” Aku tersedak. Kenapa Shark tiba-tiba cakap macam tu? Mood gatal datang ke?
“Gatal gila.”
“Dengan awak sorang je.” Senyuman terukir lagi di bibir Shark.
bersambung

48 comments:

  1. mars???snickers laaaaaaaaaa~~

    ReplyDelete
  2. Kasi mandrem je betul2 coklat tu. Nnti baru Misha suke bebetul :D

    ReplyDelete
  3. aik..x jd jumpe fiqroul?
    bgus2.. :)


    misha still ag jual mhl ea...

    ReplyDelete
  4. haha! gtal tol Shark..suke3!hehe .

    ReplyDelete
  5. haha...alahai cute je shark 2... nk mnje2 plak ngn misha... ^_^

    ReplyDelete
  6. kalo misha x moo shark..bgk je kat org shark tue...hhaaha

    ReplyDelete
  7. Wuuu...Mars! Sedap!
    :D Uda gi mana?! *tetiba.
    Hahaaa...

    ReplyDelete
  8. alahai...
    sweet sngatlah Shark nih...
    huhu...MARS memang sedap!!!

    ReplyDelete
  9. hahaha...shark yg caring...cute tol...shark kurg kasih syg dri misha...:p...next bab..:p...

    ReplyDelete
  10. waaa!!!!!
    sweetnye diorg nie....
    nk lagi~~~

    ReplyDelete
  11. mars... hem2 tk leh mkn bnyk sngat..nnti kencing manis..hahah jdi 'ajarkan aku subjek kawal gula' pulak nnti. joking~heheh

    ReplyDelete
  12. knp x snickers je???
    hee=)
    shark ney btol2 sweet...
    i like...

    ReplyDelete
  13. pape ttg misha mst shark tahu kan...shah wat cite shark lak...nk taw sal idup shark the wizard...hehe

    ReplyDelete
  14. mars??
    nakkkk!!!!! ttbe,,huhu
    eiiyuuu,,sharkk gatal,,
    but i likeee,,,eehhehee

    ReplyDelete
  15. lapar plak time dorang tgh mkn mars.. huhu
    smbg3.. ^^

    ReplyDelete
  16. terbaca bab 9 dulu baru bab 8..hahaha =.="
    <3 shark !! >.<

    ReplyDelete
  17. comel jer shark ni ~
    tetibe promot mnyk rmbut cnnot go .. haha :D

    ReplyDelete
  18. ehe ! hoye2 ! dpt keychain ! rpenyee shark yg bg ? eleyh . ehehe . bangga la tu mishaaa sbb dpt keychain . aish . sy pn nk ! keychain tu comey !

    ReplyDelete
  19. belum baca bab 9, lepas ni terus baca :p

    oh my goodness! shark! sangat sweet! haish, lepas ni ada pulak yang beli coklat mars hehehe. tulisan shah makin matang dah. bagus :D

    dari sini, akak rasa yang si ana tu akan jadi adik ipar akk. ahaha. bakal dipadankan dengan Uda.

    ReplyDelete
  20. uwah..epi je kalo i jadi misha..keh4

    ReplyDelete
  21. awww ~~ comel lerr ... org betul2 nie .. nak shark satuuuuuuuuu ~~ h0hoh0ho ~ tp jgn ler bg shark tuh lembut sngt .. da jd cm x mcho [pulakk ! curius gila psal pkerjaan shark !

    ReplyDelete
  22. cpt2 r kawen kan shark ngan misya...

    ReplyDelete
  23. hahahaha...swettt sgt nihh!!!!...
    hope misha always ngn sharkk....yeahhh!!!

    ReplyDelete
  24. aha! misha dating dengan shark smbil makan coklat.. amboiii,, romantis gituu!!

    ReplyDelete
  25. mars. . .
    ala bt la crunchie. . .
    heheheh

    ReplyDelete
  26. shark 2 kje pe ek???? ei,,,panasaran btol,,, x sbrnyer nk thu ape slnjutnyer,,,, huhu

    ReplyDelete
  27. aiyaa comellnye laah si shark nie

    ReplyDelete
  28. sweet btul diowg nyh..
    anyway sedp kew resepi kopi bontot kuali tuh..haha

    ReplyDelete
  29. 0kee .. i like SHARK .. and bersyukur sgt c0z FIQROUL xjadi jumpa MISHA .. xsia2 aq ikat dy at tiang katil at lam bilik tu .. hahahaha .. SHARK .. selambe giler .. aq rasa .. SHARK nie .. ade ciri2 llk idaman aq la .. hhmm tapi kene tg0k lu la .. sbb cite nie baru bermula .. huhuhu .. penulisan ko da maken oke .. ayat puwn .. da maju .. and 4 ur information .. ko da berjaya uad aq tersenyum .. hope ko leh uad aq ketawa .. chaiy0k2 !!! aja aja fighting !!! ;)

    ReplyDelete
  30. Mars~ Bruno Mars,, ha ha..

    lmbt flite..going to the next~~~~>>>

    ReplyDelete
  31. bgos misha xdpt jmpe fiqroul...btw,i like BRUNO MARS SOOOOOOOOOOOOOO MUCHHHHHHHH:)

    ReplyDelete
  32. mars?? sdpnya..tp sy suka ferrero lg...
    tetiba t'igt plak my very best fren hadiahkn ferrero...

    ReplyDelete
  33. let me get this straight, shark suka toblerone, misha suka mars? ehh? seriously? haha

    ReplyDelete
  34. bile baru leh tau sape shark ni?
    xsabar nk tau.. huhu...
    kalau la ade lelaki yg mcm shark tu n orang berada di tempat misha, mmg bahagia la...
    sweet sgt...

    ReplyDelete
  35. smbung ke chap seterusnya...
    oh2 kena kejar ni..

    bab ni..best..
    redbull betul fiqroul nih...
    opss

    ReplyDelete
  36. next entery....
    sweetnye berdua-duaan naik vespa..

    _ popcorn_qzx@yahoo.com -

    ReplyDelete
  37. romantik giler!!
    slumber giler!!
    like shark gilax2..

    ReplyDelete
  38. hahaha...gatai ek shark! babab kang...g la tgk spongebob kat rumh tu...

    ReplyDelete
  39. hhaaha,,,shark kebudak2 kn..tp llaki mmg cm2 kn??
    t'tbe jd mnja...m'glhkn bdk2..

    ReplyDelete
  40. bleh tahan romeo si shark ni..=)

    ReplyDelete
  41. shark dh mkin mengada ngada la...... sabo je la misya......

    ReplyDelete
  42. comel laa shark n misha..... :)

    ReplyDelete
  43. ehehehehe cool shark!

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.