Friday, April 29, 2011

Bab 16

AKU tengok Shark dengan perasaan bengang yang membuak-buak. Dia boleh relaks je senyum pandang jalan raya. Boleh pulak buka lagu Bruno Mars waktu sekarang ni. Lagu Marry You tengah berkumandang dalam kereta dia ni.
Gila punya kuat speaker kereta dia, sampai aku suruh dia perlahankan speaker. Sakit telinga aku. takut-takut nanti bila aku keluar dari kereta dia, terus pekak aku dibuatnya. Naya je..
“Sampai hatikan?” Aku mencebik. Dia gelak.
“Sampai hati apa tu sayang?” Berderau darah aku waktu dia sebut sayang tu. Tapi ada sikit la suka campur bahagia! Aku nak angkat muka pandang muka dia pun rasa malu. Rasa macam berbahang je muka aku sekarang ni. Haish Shark..
Waktu dalam kereta ni la dia nak panggil aku sayang, kalau dia panggil waktu aku dalam klinik aku ke, boleh la aku ambil klorofom dan lekap kat mulut aku kasi pengsan. Tapi.. Apa motif aku? Aku senyum sendiri. Suka sangat fikir bukan-bukan.
“Sampai hati awak tak beritahu saya yang Along, Uda dengan Aida ada kat belakang saya!” Aku mendengus. Shark ketawa.
Dia memecut kereta Bugatti Veyronnya dengan kelajuan yang sederhana.  Kalau kereta dia ni memang aku kenal. Tak macam kereta Am yang agak pelik sikit namanya tu.
“Dah diorang suruh orang zip mulut. Zip la mulut ni. nak buat macam mana. Kena la ikut apa yang bakal abang ipar cakap.” Selamba je Shark berkata. Aku cubit lengan dia.
“Next time buat macam tu lagi.. Saya merajuk dengan awak empat puluh hari!” Kata aku.Dia ketawa galak.
“Ya la..” Jawab dia dengan suara yang malas.
Tiba-tiba aku rasa macam nak tanya soalan je kat dia. Dah lama sebenarnya aku nak tanya soalan ni kat juruterbang. Cuma tak ada masa. Boleh tak macam tu?
“Awak..” Dia masih lagi pandang jalan raya. Dia angkat kepala dia seolah-olah beri isyarat yang dia tengah dengar apa yang aku cakapkan.
“Nak tanya boleh?” Lanjutku.
“Tanya la..” Dengan seulas senyuman dia membalas. Comel je pipi dia tu, terasa macam nak cubit pun ada!
“Pilot macam awak ni memang control flight dua puluh empat jam je ke macam bawa kereta? Saya musykil sikit sebab ada beberapa bulan lepas saya pergi UK. Ambil masa tiga belas jam untuk sampai sana. Badan saya memang lenguh gila la.. Pelik saya.. Pilot handle pesawat tu dua puluh empat jam ke? Tak tidur? Tak makan? Tak rehat?” Aku tanya dia.
Dia mengangguk-angguk dengar soalan aku. memang macam kedengaran soalan bodoh yang aku tanya. Tapi aku nak tahu macam mana juruterbang ni kawal kapal terbang. Dengarnya susah.. Aku nak tahu sendiri dari mulut Shark!
Shark tarik nafas dalam-dalam. Harap-harap la dia tak guna jargon yang pelik-pelik waktu nak terangkan kat aku fasal benda ni. kalau dia guna jargon medik boleh juga aku terima.
“Kalau awak nak tahu, pesawat sekarang semuanya dah  canggih.. Semua terbang dalam keadaan on profile atau automatik. Waktu nak boarding la baru seseorang pilot tu set dan arrangekan semua. Macam mana nak lalu, dan sebagainya.” Dia jawab dengan satu nafas.
Ternganga sekejap aku. Nampak sangat la aku ni macam ada kat zaman batu. Mesti la kapal terbang sekarang ada yang automatik punya! Haish.. Shark sambung lagi kata-kata dia. Sebelum sambung tu, dia sempat lemparkan senyuman paling menawan dia kat aku.
“Sekarang ni tak berapa susah tau awak untuk pilot macam orang ni..” Aku angkat kening waktu dia cakap macam tu. Apa maksud dia?
“Susah macam mana tu awak?” Aku tanya dia lagi. Dia geleng kepala dan senyum.
“Kalau dulu mesti nak buat calculation semua.. Tapi sekarang, semua system dah buatkan. System tu dah recommendkan berapa ketinggian dan kelajuan. Ada jugak system tu beritahu nak isi minyak berapa banyak, berapa lama penerbangannya. So, orang ni cuma tekan-tekan je and semuanya dah siap. Selesai tu semua, tutup pintu dan masa untuk pushback. Siap je semua tu, baru la start engine dan runway!” Aku dengar penjelasan Shark tu dengar khusyuk. Seronok jugak jadi pilot ni!
“Selepas tu? Kapal terbang tu gerak sendiri ke?” Naif aku bertanya. Shark gelak. Dia geleng kepala dia.
“Tak la.. Orang yang akan handle, sampai je kat landasan, orang akan tolak throttle quadrant dan adjust sikit-sikit. Waktu tu baru la berlepas. Pastu orang kena tolak tuil gear dan tekan butang autopilot master switch yang ada kat situ. After that, kerja orang siap!”
Throttle quadrant tu apa?” Aku tanya lagi. Banyak betul aku tanya dia hari ni.
“Macam minyak or power..” Ringkas dia jawab. Aku mengangguk.
“Maksud awak dah siap tu apa?”
“Lepas dah settle semua kerja tu, tugas orang hanya memantau keadaan kapal terbang dan buat radio call je. Kira sekarang kapal terbang dalam keadaan automatik la. So, on that time la baru orang boleh baca paper ke.. Pergi makan ke.. Minum ke.” Shark jawab.
“Pergi tandas?” Shark ketawa.
“Boleh Misha sayang.. Nak pergi berapa jam pun boleh sebab dalam cockpit tu ada pembantu orang.. Lazimnya dipanggil co-pilot. Dia yang akan jaga dalam tu. Tapikan.. Kalau long-haul memang bosan gila sebab seolah-olah kita tengok jam dalam bilik. Setiap saat ada je nombor yang berubah.” Lanjut Shark lagi.
“Kalau dekat awan tu, berapa jauh jarak antara satu kapal terbang dengan kapal terbang yang lain?”
“Awak ni dah macam wartawan pulak.” Shark ketawa. Aku mendengus. Time aku nak tanya soalan macam ni pun salah! Nak timba ilmu sikit..
“Cerita tadi tu tak habis lagi tau awak.” Kata dia. Aku pasang telinga untuk dengar lagi. Kadang-kadang dia cerita tu boleh buat aku senyum sendiri. Aku suka waktu dia cerita sambil senyum tu. Memang gila memikat la!
“Tadi kan orang dah beritahu fasal yang waktu rehat and co-pilot tolong handle in case orang nak pergi tandas ke apa..” Tambah Shark. Aku sekadar mengangguk, mengiakan kata-katanya.
“Kalau nak mendarat, kebanyakkan pesawat yang besar-besar macam Airbus 340 atau Airbus 330, tak pun semua model Boeing 777 ni berkemampuan  untuk mendarat dengan sendiri dalam keadaan automatik jugak la.”
“Pesawat besar je ke awak? Leceh la macam tu..” Rungutku.
Normally, pesawat kecil pun ada autopilot jugak. Macam ATR72 tu.. Tapi, usually kalau nak landing dalam enam ratus kaki.  Waktu tu baru pilot putuskan automode, mendarat secara manual... Sama je macam Airbus 320 tu. Kalau awak perasan la kan.. Time landing and dah nak sentuh landasan tu, pesawat macam terumbang ambing sikit. Tapi sikit je la. Kadang-kadang tak perasan pun.” Jelas dan nyata dia berkata.
“Tak perasan pun.” Jawab aku.
“Sah-sah la tidurkan waktu tu?” Shark gelak kecil. Wajah aku dah merah menahan malu. Tapi memang betul pun.
Nak buat apa lagi waktu tu kan? Tunggu je la mendarat, baru la buka mata ni dan sedia untuk turun dari pesawat. Mana la nak perasan sama ada pesawat tu terumbang ambing ke tidak.
Shark memang betul-betul meminati kerjanya. Kagum aku dengan kesungguhan dia tu. Patut la tak pernah pun dia merungut fasal kerja dia tu kat aku.
“Awak nak tahu tak.. Selalunya, dalam enam bulan atau setahun, orang kena pergi buat ujian kecekapan... Dalam simulator..” Dia beritahu aku tanpa aku tanya dia fasal tu.
“Buat apa je kat sana?”
“Tengok macam mana nak handle pesawat seorang diri.. In case engine rosak ke, electric tak ada ke.. Or kalau-kalau kapal tu dalam keadaan ‘uzur’ ke. Macam mana nak overcome, dan pastikan semua benda tu berjalan dengan lancar. Selagi ujian tu tak selesai, selagi tu la orang tak boleh terbang semula.”
“Kalau fail?” Ringan mulut aku tanya soalan tu. Walaupun aku percaya, Shark pasti akan lulus dalam setiap ujian yang akan dia hadapi!
“Kalau fail kena la reset balik. Tapi kes macam ni selalu terpencil la.” Tenang dia jawab. Aku angguk. Banyak mengangguk aku hari ni. Banyak jugak belajar fasal pilot dari Shark ni.
Kira lepas ni tak ada la aku termangu sangat waktu kawan-kawan aku bercerita tentang juruterbang dan sebagainya. Berguna Shark ni! dah jadi buku rujukan aku dah! Aku ketawa.
“Lupa orang fasal jarak antara pesawat tu. Actually kan, pesawat sekarang ni dah pandai bercakap tau!” Kata dia lantas ketawa. Aku blur kejap dengar dia cakap. Tak faham..
“Bercakap apa?”
“Macam kalau kapal rendah, dia akan bunyi bising dan keluarkan suara amaran. Sama jugak kalau kita rapat dengan pesawat yang lain. Ada radar dalam pesawat.. Boleh tengok kapal-kapal lain sekitar pesawat. Kadang-kadang system akan recommendkan supaya pesawat turun rendah atau mendaki lebih tinggi dari pesawat lain. Tapi selalunya kapal airline ni susah nak rosak. Kalau naik Emirates ke, diorang banyak duit. Memang tak ada masalah la nak repair kapal-kapal yang rosak. Kalau lowcost ni, tak berani la orang nak cakap.” Dia menoktahkan kata-katanya disitu.
Aku pulak naik semput dengar dia cakap tu. Memang banyak la benda yang dia tahu dan ingat dalam kepala dia tu.
“Selalu jarak paling dekat berapa?” Aku soal lagi. Sedia la telinga aku untuk dengar penjelasan dia.
“Selalunya jarak paling dekat ada la dalam dua ribu kaki, kat kawasan-kawasan yang khas, congested area, seribu kaki. Kat RVSM area, planes yang ada equipment yang mencukupi je dibenarkan. Nak lambai kat orang lain yang ada kat pesawat sebelah tu tak nampak la,selalunya kalau bertembung head on di udara pada jarak tu, main flash lights je,” Shark senyum.
 “Mesti bosankan jadi pilot?” Aku tanya dia, sengaja menguji sejauh mana cinta dia pada pekerjaan dia sekarang. Dia ketawa galak.
“Tak bosan pun. Waktu tu la boleh hayati keindahan alam ciptaan Allah.. Sebab kita tak tahu, bila lagi kita boleh hayati alam ciptaan Allah ni. Selagi hayat masih ada..” Penuh makna kata-katanya itu. Aku senyum.
****
DADA aku berdebar-debar sebaik saja Shark menghentikan kereta dia kat dalam halaman rumah yang agak besar ni. Kira besarnya macam rumah Dato’ Yusuf Haslam! Tapi bagus la.. Shark tak pernah nak menunjuk pun kekayaaan dia.
“Awak tak cakap awak orang kaya.” Kata aku. shark senyum segaris.
“Yang kaya tu daddy dengan mummy orang. Orang tak kaya pun.. Kayap ye la.” Shark sengih. Aku mencebik.
“Dialog cerita The Proposal! Macam saya tak tengok je cerita tu!” dengusku. Shark ketawa.
“Orang curi sebab kena dengan situasi sekarang ni. Lagipun kan awak.. harta ni tak kemana pun. Kalau masuk kubur, sama je.” Sinis patah bicara Shark tu. Aku gigit bibir. Agak terasa jugak dengan kata-kata dia tu walaupun apa yang dia katakan tu benar belaka.
Dia bawa aku masuk ke dalam rumah dia. Cuaca dah nak gelap dah sekarang ni. Rumah dia pun dah bercahaya dengan berapa banyak lampu pun aku tak tahu. Tapi sah-sah la setiap bulan bil elektrik dia melambung!
“Daddy..” Shark tunduk dan menyalam tangan seorang lelaki yang memakai baju melayu berwarna biru dan sedang khusyuk membaca tafsiran Al-Quran di tangannya. Fuhh! Mujur la hari ni tergerak hati aku nak pakai tudung!
Aku tengok daddy si Shark ni warak semacam je. Aku ni bukan betul sikit, kalau rasa nak pakai tudung, aku pakai.. Kalau rasa tak nak, aku tak pakai.
“Siapa ni Shark?” Cermin mata yang dipakai oleh daddynya tu dilurut sedikit ke bawah. Dada aku dah berdebar ni. Seram pulak aku sekarang!
“Kawan orang. Yang orang cerita dengan daddy tu.” Cepat Shark memberitahu. Aku menelan liur. Shark pernah cerita fasal aku kat daddy dia ke? Apa yang dia ceritakan ek? Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati.
“Duduk la Misha..” Daddy Shark atau lebih dikenali dengan nama Dr Shakry ni suruh aku duduk. Aku mengangguk-angguk. Gaya aku sekarang ni macam Perempuan Melayu Terakhir je!
“Terima kasih uncle.” Dr Shakry angguk waktu aku cakap terima kasih kat dia. Aku macam dah tercampak kat satu kawasan lampau pulak bila duduk dalam rumah Shark ni. Semuanya nak barangan jati!
Mata aku melilau mencari di mana kelibat mummy Shark. Seram la aku kalau part-part macam ni. Jangan la mummy Shark jerkah aku dengan macam-macam soalan. Shark senyum je pandang aku.
Dr Shakry bangun dari kerusi dan naik ke atas. Sebelum dia naik tu, dia ada pesan kat Shark dan aku.
“Misha, Shakir.. Solat dulu. Dah masuk waktu ni.” Shark senyum sebaik saja dengan arahan dari daddy dia tu. Anak mummy dan daddy la katakan! Tiba-tiba terdetik rasa rindu pada papa aku yang pernah tinggalkan mama aku tu!
****
HABIS solat sama-sama pun aku masih tak nampak lagi wajah mummy Shark ni. ke mana mummy dia pergi? Ke memang mummy dia tak nak jumpa aku? Terdetik rasa kesal kat hati aku. Nampak gaya aku dengan Shark macam tak ada jodoh je. Aku tiba-tiba berputus asa.
Aku duduk semula kat kerusi tadi. Kerusi yang mula-mula aku duduk waktu aku sampai kat rumah Shark ni. aku tak tahu langsung apa motif Shark bawa aku jumpa mummy dengan daddy dia sedangkan kedua-dua orang tua dia tu macam tak berapa nak layan aku.
“Duduk sekejap. Orang nak mandi.” Shark minta diri. Aku mengeluh. Nak halang dia macam tak patut pulak sebab daddy dia ada depan mata aku ni. tapikan.. Takkan dia nak tinggalkan aku dengan daddy dia kat sini?
Gila nanti macam-macam aku kena soal. Apa aku nak jawab? Sabar la Misha, semoga kau dapat jawab apa yang hendak ditanya nanti. Semoga kau redha dengan segala benda yang berlaku. Tiba-tiba je aku rasa bahu aku kena sentuh.
“Girlfriend Along ke ni?” Suara seorang budak perempuan kedengaran di telinga aku. Aku pusing belakang.
Aku nampak seorang wanita yang agak berusia tengah peluk seorang budak perempuan yang ada kat sebelah dia. Tak ada la budak sangat.. Kira macam remaja la.
“Ini bukan kakak yang tolong mummy ke hari tu?” Remaja wanita tu mengingatkan wanita yang berada di sebelahnya. Tahu la aku, yang kat sebelah remaja perempuan tu mummynya Shark.
Aku semakin blur dengan kata-kata remaja perempuan tu. Aku cuba ingat semula. Pernah tak aku jumpa diorang berdua ni. Cuba ingat Misha.. Cuba ingat! Selepas membuka semua laci memori dalam kepala otak aku ni, baru la aku ingat yang aku pernah tolong mereka berdua ni waktu kat Danga Bay dulu.
Sebenarnya tak la berapa besar sangat pertolongan yang aku hulurkan tu. Gelang tangan milik remaja perempuan tu kalau tak silap aku jatuh kat dalam kolam kecil yang ada kat Danga Bay tu.
Memang masa tu muka dia panik la sebab mungkin takut nak ambil gelang yang jatuh dalam tu. Aku pun masa tu alang-alang dah lalu situ, nampak dia tengah merengek. Hari Jumaat lagi pun waktu tu. Buat la pahala terus!
“Yang tolong Fifi ambil gelang yang jatuh tu?” Mummy Shark meminta kepastian. Aku mengangguk saja. Seulas senyuman terukir di bibir wanita itu. Dia mendekati aku dan mencium kedua belah pipi aku. Aku tergamam sebentar.
Sifat mummy Shark yang penuh keibuan ni tiba-tiba membuatkan hati aku sayu. Kalau dilihat, wajah mummy Shark ni persis biduanita negara.. Siapa lagi kalau bukan Datuk Sharifah Aini.
“Along mana daddy?” Remaja wanita yang dipanggil Fifi oleh mummy Shark tadi mendekati Dr Shakry yang masih lagi setia membaca buku tafsiran Al-Quran. Khusyuk!
“Along pergi mandi.. Lama balik?” Baru kali ni aku dengar Dr Shakry bersuara dan mengucapkan lebih dari satu perkataan!
“Tadi mummy ajak beli tudung. Selepas tu adik ajak mummy pergi kedai buku. Cari buku baru untuk daddy.” Fifi beritahu Dr Shakry dengan seulas senyuman di bibir. Seketika dia memeluk Dr Shakry dan menghadiahkan ciuman pada dahi Dr Shakry
Mesra dan utuh sungguh ikatan persaudaraan antara mereka sekeluarga. Terdetik rasa cemburu di hati aku bila melihat kemesraan mereka. Beruntung Shark kerana mempunyai sebuah keluarga yang lengkap!
Tapi walau macam mana pun, aku tetap bahagia dengan keluarga aku sekarang. Adanya Along, Angah, Uda dan mama yang sentiasa mengambil berat tentang aku. mereka semua la cahaya aku ketika aku dalam kegelapan!
“Siapa nama ni?” Mummy Shark mendekati aku dan memeluk tubuh aku. aku senyum saja. Terasa tenang seketika kerana apa yang aku gambarkan dalam minda aku ni tak sama dengan yang realiti.
“Misha auntie.” Aku jawab.
“Panggil je umi. Tak payah auntie.” Kata dia. Aku mengangguk saja. Elok sangat la tu. Mama Am suruh aku panggil dia mama, kali ni mummy Shark suruh panggil aku panggil dia Umi pulak!
“Dah makan ke belum ni?” Umi tanya aku sambil pegang tangan aku. memang mesra mummy Shark ni!
“Belum lagi umi.” Aku jawab, sepatah. Umi mengangguk. Okey.. Aku rasa aku dah mula selesa panggil mummy Shark dengan panggilan Umi!
“Kenapa tak makan? Daddy, dah selesai baca tu? Ros dah siap masak tu.” Umi bersuara lagi. Dr Shakry tutup buku dia dan letakkan buku dia tu atas meja. Kemudian Dr Shakry melangkah ke meja.
Umi geleng kepala waktu Dr Shakry melangkah ke meja. “Uncle memang macam tu. Dia memang dingin sikit.. Banyak sangat baca buku, jadi dia beri banyak tumpuan kat buku dia tu. Misha faham-faham je la ya sayang?” Umi gosok-gosok bahu aku. Aku sekadar mengangguk dan tersenyum.
****
“MUMMY!” Panggil Shark dan memeluk Umi dari belakang. Aku tergamam tengok kelakuan Shark tu. Memang manja gila dia dengan mummy dia tu!
“Lama betul budak sorang ni mandi.” Rungut Umi sambil gelak kecil. Shark tarik muncung.
“Tak ada la mummy.. Orang cari baju yang sesuai je nak pakai. Nak kasi orang tu terpegun sikit.” Hampir tersedak aku dengan kenyataan Shark tu.
“Ya la tu.. Anak mummy ni sentiasa kacak walau pakai baju apa pun.” Umi memuji anak lelakinya tu. Rasa pelik pun ada, sebab mummy Shark bahasakan diri dia dengan Shark dan Fifi dengan gelaran mummy, tapi bila dengan aku, dia suruh panggil Umi.
Tapi aku tak fikir sangat. Biar je la.. “Mummy sengaja buat orang malu la ni..” Shark senyum meleret. Fifi ketawa.
“Along mana pernah malu.. Tidur sama-sama dengan mummy lagi!” Fifi pecahkan rahsia Shark. Shark pandang adik dia macam nak telan. Fifi menekup mulut.
“Jangan percaya Fifi ni Misha.. Shark ni memang tidur sama-sama dengan Umi, tapi tidur kat bawah katil la.” Umi berjenaka. Aku ketawa juga. Shark tersenyum-senyum.
“Kenapa panggil Umi?” Shark pelik.
“Sebab mummy yang nak..” Umi bersuara. Shark angkat sebelah kening dia.
“But why?” Dia nyata tak puas hati.
“Dulu mummy memang nak anak-anak mummy panggil mummy dengan panggilan Umi. Tapi nampaknya daddy kamu tu yang tak benarkan.” Sempat lagi Umi jeling Dr Shakry yang sedang enak menjamu selera. Shark ketawa.
“Biar la nak panggil apa pun. Yang penting mummy tak boleh nak rapat dengan Misha!” Tegas Shark berkata. Aku tergamam dengar kata-kata Shark tu. Kenapa dia cakap macam tu kat mummy dia?
“Teruk la Along ni!” Fifi menyampuk.
“Orang tak nak nanti Misha tak nak rapat dengan orang bila dia rapat dengan mummy. Orang nak dia sayang orang je!” Wajah aku sekarang ni macam kena simbah dengan serbuk lada hitam je. Panas.. Bahang!
Dekat meja makan pun nak buat lawak selamba dia jugak ke? Pelik la aku dengan kerenah si Shark ni. dia dengan Uda boleh kawan la! Satu kepala! Boleh duduk satu rumah!
Eh kejap.. Adakah maksudnya aku kena kahwin dengan dia kalau Shark duduk satu rumah dengan Uda? Aku diam. Tapi bagus juga! Ehehehe..
“Manja si Shark ni Misha.. Faham-faham je la dengan dia ni,” Shark angkat kening dia dan buat muka comel. Dia buat muka yang hampir buatkan aku nak je cubit muka dia depan orang tua dia ni!
Dr Shakry berdehem. Satu meja makan senyap. Mungkin Dr Shakry tak berapa suka dengan bunyi bising kut kat meja makan! Agak-agak aku la. Tapikan.. Sepanjang aku ada kat rumah Shark ni, aku rasa disayangi betul. Aku rasa dihargai dan dimanjakan macam budak kecil!
Apa yang pasti, kehadiran aku disini bukan untuk pertama dan terakhir kali. Aku pasti datang sini lagi. Itu janji aku!
 bersambung

66 comments:

  1. saye merajuk ngn awak 40 ari,,
    hehehehe,,,
    terbaikk,,bestt,,bestt,,
    sharkkkk!!!! so swettt laa shark ni,,
    alahaiiiii

    ReplyDelete
  2. manje gile si shark nie..
    alahai..jeles la kt misha sbb shark ngorat dia..
    tp kn,mmg shark lg baek kot..
    x mnunjuk pon..
    ape2 pon,shark mmg sweet!!

    ReplyDelete
  3. hahaha. jumpa mak am panggil mama, jumpam mak shark panggil mummy. jenuh la si misha nak melayan hehehe. cepatlah kawen cepatlah! sangat suka misha dan shark.

    oh ya, bagus ada ilmu tentang pilot dan pengendalian pesawat :D

    ReplyDelete
  4. comel kot c shark 2..hehe

    ReplyDelete
  5. bestnye shark ni...

    ReplyDelete
  6. alahai shark....manje ea...ngan misha t agak2 cner lak yea....huhu...lampu hijau da dpt tuu....

    ReplyDelete
  7. Sha ! Ade 2 error wan prasan .. Err dr shakir dgn 'klaw shark duduk satu rumah dgn shark ?? *tp wan phm pe sha nk ckp haha :D
    caiyok ! Bab 17~

    ReplyDelete
  8. heee..nasib bek family shark leh trime misha...heee..suke sgt lagu marry you nih <3

    ReplyDelete
  9. yeah,saye pon akan bace lagi.
    itu janji saye.^^V

    ReplyDelete
  10. Memang betullllll suka dekat Shark. Sangat sweet la. Dh la manje. sukesuke!~

    ReplyDelete
  11. sukenye bce part ni...
    family shark tu sporting.. xb'lagak mcm orang kaya lain..
    cume daddy shark tu serius sgt la..
    kalau org yg duk tmpt misha tu pn kecut perut.. hoho...
    hope diorg cepat2 kawen... ^_^

    ReplyDelete
  12. aha! mummy dh berkenan pada Misha nmpk nye.. hmm,, smbung2..

    ReplyDelete
  13. uhuk33...nmpknya kluarga shark dh suker misha...x der pluang lar sy T.T

    ReplyDelete
  14. sweet gile ar shark 2.
    "orang nak die sayang orang je"

    ReplyDelete
  15. alalalalala.....shark3...
    Ank mummy btol...
    Manja2...=)

    ReplyDelete
  16. 1 x best=best!
    2 x best=best!best!
    3 x best=best!best!best!
    4 x best=best!best!best!best!
    5 x best=best!best!best!best!best!

    ReplyDelete
  17. sweetlah family Shark ni..
    tp nape daddy Shark cam x brape suke je kat Misya??

    ReplyDelete
  18. happy family!!best gile..
    emm..bnyk btol info dlm bab ni..
    nsb bek explaination tu xdirect sgt.

    ReplyDelete
  19. best sgt!!!ske misha ngan shark..
    cpt2 la suruh diorang kahwin..msti sweet..
    hahaha..

    ReplyDelete
  20. best2...tp agak blurr skit kat bahagian pilot tue...ahahha...

    ReplyDelete
  21. jauhkan misha dari am
    nak shark jer <3
    :)

    ReplyDelete
  22. best2...minat sgt ngan pilot nie...
    brsmgt shark citer pasl keje die...
    cute sgt...

    ReplyDelete
  23. huuu,,,,bez n sweet,,
    new n3 pliz,,,
    btw,,,jgn tchnk n ttop blog ney lg tauk,,,:)

    ReplyDelete
  24. nk misha ngan shark !
    tolak am jauh2. hehehe

    ReplyDelete
  25. waaah , waaazrul shaaaah ! cepat la sambung lg . x sambar kot . best la misha ngan shark . tamau am . campak am dalam tandas , then flush je . tau ?

    ~ pssst , sebulan ni saya x aktif nak komen . exam diagnostik .

    ReplyDelete
  26. Veyron tuh.......... Giler siot citer neh.. semua hero kaye nak mampos... fairlady ade, zonda ade, veyron ade.. ntah2 fiq pakai Huayra lak kot.. haha..

    Pape pon citer neh memang best..

    ReplyDelete
  27. Umi da mula suka kan Misha :)
    Shark ni manja over betul!! Haha.. Macam budak kecik.;D

    ReplyDelete
  28. mama am n mummy shark...hahahaha..dua2 nk misha jd menantu..tp am mcm knal lama dgn misha

    ReplyDelete
  29. best... manja sungguh shark tu... tk sesuai dgn nama pulak...

    ReplyDelete
  30. aaaaarrrrrgggggggghhhhhh!!!!!!!!!
    shark,asal la ko sweeeettttttt sgt!!!!!
    n nape ayh dy tu srius je..ish3
    papepon,cte ni mmg best!
    best!best!best!

    ReplyDelete
  31. belajar untuk jd pilot. hihi..
    thanks shakir.. buatku tersenyum.. (",)
    gud luck sts ;) ;)

    ReplyDelete
  32. sweetnye shark,,,ada x lelaki mcm 2 kt dunia?? kan best klu dapat mcm shark..hehe...cepat2 sambung ye shah (^_^)

    ReplyDelete
  33. best besttttttttttttttttttttt

    ReplyDelete
  34. hehehehehhe...senah dh makin maju..!!! i really like tis part!!!sbb ada something yg wat atiku tertarik..!!!! really sweeeeetttt...!!! keep it up senah!! nek juling mata ni mengadap lappy bce citer nih..adeeesss....

    ReplyDelete
  35. hehee...de citer sal flight...best gak cite sal nie..tmbh ilmu...

    ReplyDelete
  36. i think i wanna marry you...pleaz marry me shark...huhu...

    ReplyDelete
  37. xleh berhenti angguk kepala goyang badan. lagu bruno ni beSt TERAMAT!!!!!
    dont say no no no no no
    juz say yeah yeah yeah yeah yeah
    and we'll go go go go go
    if you're ready
    like i'm ready!!!!!!!

    ReplyDelete
  38. sgt2 trase berat hati nak tutup blog awk...rase nak jer bkak spjg mase....so klu der n3 bru sy blh jdik org 1st y bace n org first yang komen...trus kan usaha anda...da klu awk nk buku kan novel nie...klu blh jgn lame2 sgt...pnntian e2 suatu pnyeksaan.....

    ReplyDelete
  39. so sweet la shark ni...
    family pun sporting..
    mummy dia lagi la...
    wow...
    really2 interesting la...

    ReplyDelete
  40. 1st time nak komen...1st time jumpa this blog smlm terus melekat.shock kejap coz bila baca aasc ni seolah2 aku sdg baca citer gabungan dari novel karya Hlovate+syaz+aisya sofea.interesting giler baca. p harap xkan ader klon dari ketiga3 author tu.let be the real one n keep up ur gud work. xsabar nak baca bab seterusnya. tahniah dpt hasilkan krya yg menarik ni.

    ReplyDelete
  41. haish!!! sweet sngt la shark nih...kat mne leh jmp ek? hahaha

    whatever...nk lagiiiii~ =))

    ReplyDelete
  42. bahagia tol family shark wlaupon daddy dia 2 dingin... umi shark pon dh ske misha... ske nye... ^_^

    ReplyDelete
  43. AGK2 BLE DORG NY NK KWIN??? ade konflik x shah dlm aasc ny??? msty der kn,,, xkn yg hpy2 jer,,, cbe k bg yg mndbrkn hty yg oppo bg hpy 2,,, btw,,, ske nvel aasc ny,,, ^_^

    ReplyDelete
  44. best sangat sangat x boleh discribe ape huhuhu I LOVE YOU SHARK dah la... caring , loving , gentleman , romantic habis ... ada x lelaki mcm nie kat dunia nie

    ReplyDelete
  45. manje rupe nyer shark nih..
    agak2 kalo misha khawin dgn shark cem mne ek??
    haha xD

    ReplyDelete
  46. fulamak..bnyk gula nie..
    kekeke..shark nk control misha sorang ja tak nak kongsi dgn umi dy..so sweet..
    hehehehe..

    ReplyDelete
  47. waa.. misha pi jumpe inlaws! haha.

    ReplyDelete
  48. yeyeye .. fifi da muncul ! .. adek shark !! hehe .. tpi nape fifi mcm dak kecik .. hhmm .. tpi xperh la . fifi nie c0mel la !! .. hehehe .. nak pic dy ! hehehe .. c0mel nyeee !!! abg shark ! org restu tao abg ngn kak misha .. sesuai cgt !! hehehe ... 0ke shah tanx ao0 c0z k0 ltak gak watak adek shark nie... syg ko la fwen ! hahaha .. luv watak fifi nie ....

    ReplyDelete
  49. extra2 best!!!....keep it up...suka tang ilmu pasal pilot...dpat ilmu baru bak kata misha...shark memang terbaik...laki terbaik...bca entry ni smbil mkan coklat Tobleront...huhu...dah addict coklat ni plak...huhu....terbaik...

    ReplyDelete
  50. alahai..cweet nyer shark.!!

    ReplyDelete
  51. kite sukeeeeeee famili shark
    ayah dia je yg plik skit
    adessss

    ReplyDelete
  52. okey~~ saya nak merajin 40 hari ngn awak....cuba try jadi x ek....hahahhaa...
    btw naseb mummy shark suka kat misha.....yeahhh!!!!...nak misha ngn shark je k.... =D

    ReplyDelete
  53. aduyai..jelesnye ngn misha..

    ReplyDelete
  54. ha3..makin lame makin sweet plak..cute la dorg ni..

    ReplyDelete
  55. ble nk nikah nye ni?? lma btull...
    d'bkukn ble?? lamanye lahaiiii..
    cpt2!! jd bku...

    ReplyDelete
  56. huhu,,suka Dr, Shakry,, tetibe >_<

    ReplyDelete
  57. sweetttttttt ! ") kann best dpt mum in law baikk cmtu .. hehe :)

    ReplyDelete
  58. nice info about the pilot n plane..^_^

    ReplyDelete
  59. misha lg selesa ngn umh shark dr umh am..

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.