SELEPAS Subuh aku terus bangun dan capai komputer riba aku. Ingat nak sambung tidur sebab semalam aku tidur lewat.. Pukul satu pagi baru aku dapat lelapkan mata aku.. Gila tak? Tapi niat nak sambung tidur tu aku matikan. Aku tak nak la nanti rezeki tak masuk, lagi pun tak elok anak dara macam aku ni sambung tidur semula.
Aku mencapai telefon aku. Ada tiga mesej baru masuk. Siapa pulak yang hantar mesej dekat aku pagi-pagi buta macam ni?
Morning.. Semoga sentiasa mulakan hari awk dgn snyuman! Snyum mcm org!
Aku tersenyum sendiri. Tu mesej dari Shark. Terbayang aku pada senyuman dia yang menawan tu. Sengih nakal yang betul-betul mencuit hati. Gayanya yang bersahaja. Badan yang tegap. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, apa pekerjaan utama si Shark ni. Aku balas mesej dia.
Morning. Thx.. awk jugak.
Kemudian aku menyemak semula inbox, ada dua lagi mesej yang belum dibaca. Entah dari siapa pula yang lagi dua tu. Cepat-cepat aku bukak. Mata aku terbuntang luas memandang nama Am yang dah aku simpan nombor dia semalam.
Si Am ni pun gila macam Shark jugak ke? Pagi-pagi lagi dah hantar mesej kat aku! Cuba la pagi-pagi dia hantar mesej dekat kakak dia ke, abang dia ke.. Kasi mesej dekat aku buat apa? Macam la aku nak balas..
Tapi entah macam mana, aku rasa semacam pulak. Suara hati aku menjerit-jerit menyuruh aku membalas mesej yang dah Am bagi. Hishh.. Nak balas macam mana? Baca pun belum lagi! Segera aku bukak mesej yang Am beri pada aku.
Yours eyes are soft and tender,as sweet as they can be.There's one thing you must remember,you are the one for me. Have a wonderful day, Mimi.. Am sayang Mimi..
Aku terkedu. Adakah perkataan terakhir tu merupakan trademark daripada Am? Am sayang Mimi.. Eh.. Sungguh la, ayat tu betul-betul buat aku rasa lain macam. Gila betul.. Apa aku nak balas ni?