Thursday, June 9, 2011

Bab 27


SIAP saja kerja di klinik, aku terus bergegas untuk balik semula ke rumah. Memang agak meletihkan jugak hari ni. tapi bila mengingatkan semula janji Shark yang nak datang rumah petang ni, segala rasa penat tu macam hilang serta merta.
“Misha, awak nak terus balik ke?” Soal Hadif sebaik saja aku bukak pintu kereta. Aku letakkan beg aku dalam kereta. Kemudian aku pandang dia yang tengah hidupkan enjin kereta dia tu.
Aah. Kenapa?” Dia mendekati aku dan menyeluk poketnya.
“Nah..” Dia hulurkan sebiji gula-gula Cadbury. Aku mengerutkan dahi aku. Kenapa pulak si Hadif ni tiba-tiba kasi gula kat aku? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba je kasi gula.. Sawan ke apa?
“Apa ni?” aku tanya dia, walaupun aku dah tahu itu gula. Dia buat muka.
“Takkan gula-gula ni pun tak pernah makan?” tanyanya. Aku mengetap bibir. Dia ketawa dan meminta diri.
“Makan la gula tu. Saya dah jampi, nanti awak akan terbayang dan teringat  je kat saya.” Kata dia sambil ketawa panjang. Aku geleng kepala dan masuk semula ke dalam kereta aku.
Cuaca hari ni panas sungguh! Walaupun dah bukak aircond, tapi bahang tu masih lagi terasa. Berpeluh-peluh aku menahan kepanasan. Aku undurkan kereta aku dengan perlahan-lahan.
Geram aku dengan sesetengah pemandu kereta yang buatkan jalan raya ni macam diorang punya. Langsung tak tahu adab! Kadang-kadang sampai dia sekat laluan aku untuk keluar. Mananya tak bengangkan?
Kita hidup ni kena la saling bertolak ansur. Dan tak boleh la asyik nak pentingkan diri sendiri je. Kalau sekali dua tu mungkin boleh maafkan lagi, tapi kalau dah banyak kali? Siapa yang tak panaskan?
Haila Misha.. Membebel pulak kau tengah panas-panas ni. walaupun jam dah menunjukkan ke pukul lima petang, tapi aku masih lagi terasa panas dan berbahang. Matahari pun masih lagi tegak kat atas kepala.
Aku bukak radio dan tukarkan ke frekuensi kegemaran aku. selalunya petang-petang macam ni, aku kena sedia hadapi kesesakan nak balik ke rumah. jalan yang menghala nak balik rumah aku tu selalu je sesak.
Dan untuk mengatasi perasaan bosan sepanjang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tu, aku selalu dengar celoteh DJ yang bertugas tak pun dengar lagu-lagu yang tangkap syahdu tu!
Aku memecut kereta milik aku dengan laju, membelah jalanraya. Perut aku tiba-tiba terasa lapar. Nak beli pisang goreng takut dah tutup pulak... Sebab pisang goreng kat depan sekolah tu memang laku.
Jadi, nak tak nak.. Terpaksa la aku makan kat rumah. Tak apa la Misha, bersabar la. Makan je la apa yang ada kat rumah tu. Suara hati aku memujuk aku.
****
 AKU nampak semua keluarga aku tengah berkumpul kat meja yang ada kat kawasan gazebo melalui cermin kereta aku. Aku tak tahu apa yang dibualkan oleh diorang tu tapi aku rasa ada benda menarik yang diorang tengah bincangkan.
Selepas parkir kereta aku je, terus aku pergi tempat diorang. Mama dengan Angah tengah ketawa. Aku pandang Uda yang tengah tersipu-sipu tu. Liya ada duduk kat sebelah mama. Ni tak lain mesti ada benda yang mama usik ni sampai muka Uda merah je.
“Wassup!” Aku pegang bahu Angah. Semua pandang aku.
“Apa wassup-wassup? Salam mana? Bertuah punya budak!” tegur Angah. Aku tersengih. Uda ketawa tengok aku kena marah dengan Angah.
“Bagus Angah.. Marah je budak sorang ni.” Uda makin mengapi-apikan Angah. Aku jeling Uda dengan tajam. Aku pergi tempat mama dan salam mama. Mama hanya senyum segaris.
Aku capai kek coklat yang ada kat atas meja. Ni tak lain mesti Liya yang masak! Liya seorang yang pandai memasak kek! Dah lama aku tak rasa kek yang dia buat. Aku makan tanpa pedulikan yang lain.
“Eh.. Siapa suruh makan?” Liya bersuara. Semua diam. Aku jungkit bahu.
“Entah.” Angah pantas cubit lengan aku.
“Ni kek hantaran Liya. Dia nak meminang Uda ni.” Uda buat muka waktu Angah cakap macam tu. Pecah ketawa antara kami semua yang ada kat meja makan. Suka aku tengok muka Uda macam tu.
“You deserve it Uda.” Kata aku sambil tergelak-gelak. Selalu dia usik aku waktu aku tak ada geng. Sekarang ni semua perempuan, cuma dia seorang je lelaki. Memang kena buli la nampaknya.
Aku menuang air di dalam teko ke dalam cawan yang kosong.  Sudah lama aku tidak duduk dan minum petang di tepi gazebo ini. Berehat dan menghirup udara yang segar sambil memandang ikan yang berenang dengan tenang di dalam kolam.
 Bukannya aku tidak mahu membuat aktiviti ini hari-hari, tetapi masa tidak mengizinkan. Ada sahaja kerja yang hendak dibuat dan diselesaikan.
Kadang-kadang tu sampai terpaksa berjaga malam. Nasib baik la aku tak ada selalu buka Facebook. Sebab ada sesetengah kawan aku cakap, kalau selalu hadap depan Facebook ni, banyak kerja yang tak siap. Fuh!
“Misha hari ni gembira la mama.” Uda bersuara. Aku yang baru nak hirup air teh tu macam nak tersembur je air dalam mulut. Apa maksud Uda tu? Uda dah tersengih sambil tunjuk gigi dia! Ek eleh!
“Kenapa?” Liya dan Aida bersuara serentak. Angah pun pandang Uda jugak, mengharapkan jawapan yang seterusnya daripada Uda. Aku dah tahu apa yang Uda nak cakapkan. Aku tunjuk isyarat kat Uda supaya tutup mulut, tapi Uda buat selamba badak je!
“Apa dia Uda?” tanya Angah. Uda dah ketawa terkekeh-kekeh.
“You deserve what Misha?” Uda angkat-angkat kening dan ketawa panjang.
“Shark dah balik ke?” Tanya Aida. Aku diam.
“Shark mana ni Uda?” Soal Angah, dah macam agen penyiasat pulak Angah hari ni. banyak betul soalan yang dia tanya. Macam-macam yang dia tanya kat aku dengan Uda. Hish..
“Shark mana lagi.. Buah hati pengarang jantung dia la.” Liya dengan mama dan juga yang lain ketawa serentak. Cuma Angah je buat muka blur. Aku agak dia masih tak kenal siapa tu Shark. Aku malas nak jelaskan lebih-lebih kat dia.
Lambat laun nanti Angah kenal jugak kat Shark. Uda cuit pipi aku. “Tengok tu Angah? Sempat dia mengelamun..” Uda ketawa. Aku nak kenakan dia, dia kenakan aku balik! Hampagas betul Uda ni!
“Banyak betul boyfriend Mimi ni.” Angah geleng kepala.
“Mana ada banyak Angah oit. Shark tu je la yang dia dok puja dari dulu. Pasangan romantik. Kan Liyakan?” Sampuk Uda lagi. Aku dah menjegilkan mata aku kat Uda. Berani betul dia cakap macam tu kat depan Angah dan mama. Aku pulak naik bengang sekarang ni.
Aida senyum penuh makna. Nasib baik la Along tak ada sekali. Kalau tak, mesti aku kena cover aku punya bengang ni dua kali ganda dari biasa. Geramnya aku dengan Uda ni!
“Along mana Aida?” Aku cuba tukar topik. Semua diam. Aida menahan senyuman.
“Along balik rumah kejap. Dia ambil barang.”
“Perut Aida pun dah besar..” Kataku.
“Pandai la dia tukar topik.. By the way, Angah.. Malam ni nak join Uda tak?” soal Uda pada Angah. Angah tengok Uda semacam je.
Sudah sebulan Angah duduk sahaja di rumah. Khabarnya, minggu depan Angah sudah mula bekerja di sebuah hospital kerajaan yang berdekatan dengan rumah mama ini. Aku sendiri  berasa pelik, kenapalah Angah membuang masanya untuk belajar engineering?
“Pergi mana?” Angah membetulkan rambutnya yang sedikit keperangan itu. Warna perang semulajadi.
Sebentar tadi cuaca bukan main panas, sekarang ini sudah mendung sedikit. Maklum sahaja, sudah pukul enam suku. Angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa sahaja. Mendamaikan dan memberikan ketenangan!
“Keluar dengan Uda dan Liya. Shark ada.. Mimi, jangan cakap Mimi tak tahu lagi fasal ni.” Aku mengerutkan dahiku. Apa sebenarnya yang Uda cakapkan ini?
“Fasal apa? Shark kata dia nak datang rumah malam ni. Itu aje yang Mimi tahu.” Kataku pula, memberitahu perkara yang sebenarnya.
“Uda nak pergi mana sebenarnya?” Soalku lagi pada Uda. Uda memandang Liya dan aku silih berganti.
“Nak pergi beli barang hantaran perkahwinan Uda.” Kata Uda, serius je muka dia. Entah macam mana, tiba-tiba je mama cubit lengan Uda. Uda ketawa terkekeh-kekeh.
“Main-main pulak dia ni..” Marah mama.
“Ala mama.. Rilek la. Sporting sikit..” Uda ketawa sambil memeluk mama dengan erat. Liya geleng kepala je tengok gelagat Uda yang manja dengan mama tu. Aida bangun dari kerusi dan meminta diri untuk melangkah masuk ke dalam.
Dia cakap dia rasa tak sihat, jadi dia nak masuk dan nak berehat dulu. Kami yang ada kat luar ni cuma mengangguk je. Takkan la nak halang pulak dia nak rehat? Mati la Along resah kalau nampak isteri dia tu sakit sikit. Siapa yang tak sayang isterikan?
“Ha’ah. Cakap fasal Uda ni. Bila Uda nak masuk meminang Liya?” Aku pegang dagu dan berfikir.
Uda dipanggang gelisah. Matanya yang redup itu memandang aku seperti hendak telan saja. Aku memalingkan wajahku ke arah lain. Abaikan saja pandangan membunuh dari Uda tu.
Liya hanya tunduk membisu. Sebetulnya, aku rasa dia juga tidak selesa bila aku ungkitkan tentang hal perkahwinan ini. Seingat aku, Uda pernah berjanji untuk menikahi Liya sebaik saja Liya tamat belajar di negara orang.
Tiba-tiba mindaku berputar ligat. Shark juga mengemukakan janji yang sama. Adakah Shark akan menunaikan janjinya itu? Aku pula tiba-tiba menjadi gelisah. Betul ke apa yang Shark pernah titipkan pada adiknya bulan lepas?
“Uda nak meminang Liya bulan depan.” Tenang Uda berkata. Aku seolah-olah kurang percaya dengan apa yang aku dengar sekarang ini. Adakah Uda serius atau hanya bergurau je?
“Serious?” Uda mengangguk dan Uda seperti tidak menghiraukan pandangan kurang percaya dari Angah dan mama. Liya hanya tunduk memandang tanah. Tiada pula sepatah perkataan yang terkeluar dari bibirnya itu.
Aku mengukir senyuman lebar. Bagus kalau Uda dah merancang begitu. Aku hanya mampu berdoa supaya mereka sentiasa bersama hingga ke jinjang pelamin. Mereka sudah bercinta lama, pasti menyakitkan kalau hubungan mereka tidak berakhir ke jinjang pelamin!
“Eh, dah nak maghrib ni. Masuk dalam jom semua.” Aku meleraikan topik yang hangat ini. Seeloknya aku beredar dahulu sebelum aku pula menjadi topik bualan mereka. Aku tahu Uda ketandusan idea untuk mengusikku.
****
SELESAI saja solat Isyak, aku turun ke bawah. Aku mengenakan baju Dolce Gabbana yang berwarna merah jambu dan berlengan panjang serta seluar jeans Denim yang baru saja aku beli minggu lepas.
Sebelum turun, sempat aku menyembur haruman Nina Ricci yang menjadi haruman kegemaran aku sejak aku belajar di universiti lagi.
Baunya sangat lembut dan tidak terlalu keras. Sesuai untuk golongan-golongan seperti aku yang tidak gemarkan bau yang terlalu keras dan menusuk ke rongga hidung. Aku pandang ruang tamu yang sunyi sepi itu.
Ke mana pula mama dengan yang lain pergi? Langsung tak nampak kelibat mereka. Mungkin keluar? Tapi tadi Uda katakan yang dia mahu keluar bersama-sama dengan aku dan Shark. Takkan Uda terlupa kut?
Aku menyusun langkah gontai menuju ke dapur. Lantai yang baru saja dimop itu terasa licin pula. Mujur saja aku menyedari keadaan lantai yang licin itu, jika tidak, sia-sia saja aku jatuh dan terlentang bagaikan nangka busuk. Aku tergelak sendiri.
“Kak Kiah, mama dengan yang lain pergi mana?” Sapaku. Kak Kiah ketika ini sedang memotong lada benggala yang berada di atas meja. Bermacam jenis warna yang ada. Kak Kiah memandangku kemudian meletakkan pisau itu di atas meja.
Kemudian Kak Kiah bangun dan mencapai gelas. Aku menunggu dengan sabar, lama benar Kak Kiah hendak memberitahuku di mana mama dan yang lain. Kak Kiah membuka peti ais pula. Sebotol air kosong dikeluarkan dari peti ais itu.
Segera Kak Kiah tuang ke dalam gelas yang kosong tu. Lantas laju saja Kak Kiah meneguk. Aku masih lagi menunggu.
“Puan Rindiani pergi rumah Datin Sania.” Hampir terkeluar biji mataku saat Kak Kiah berkata begitu. Apakah betul apa yang aku dengar ni? Atau Kak Kiah hanya bergurau? Aku seolah-olah tak percaya pula dengan kenyataan Kak Kiah tu.
“Serius ke Kak Kiah?” Aku menarik kerusi lantas melabuhkan punggungku. Bukan apa, bukankah bulan lepas mama terjerit-jerit di hadapan Datin Sania? Lantaran sikap wanita itu yang pernah merampas papa dari mama dulu.
Tapi mengapa sekarang mama ke sana pula? Aku dipanggang rasa gelisah. Jangan-jangan mama hendak mencari fasal pula di rumah orang? Ah.. Masakan! Aku segera mengeluarkan telefon bimbit aku dan mendail nombor telefon mama.
Sekejap saja, panggilanku dijawab.
“Mama!” Tidak sempat aku memberikan salam, dek kerana terlalu risau dan khuatir.
“Ya Mimi? Kenapa?” Suara mama kedengaran tenang di corong telefon. Aku cuba berfikiran positif. Mungkin juga sekarang ni mama tengah minum air dengan Datin Sania. Mana tahu mereka sudah berbaik?
Tapi mustahil! Mama marah benar dengan Datin Sania. Dahulu pun, bertubi-tubi mama memaki hamun wanita itu. Aku jadi tak keruan. Mama pergi sana atas sebab apa? Serta merta aku teringat pada Am.
Rindunya aku pada lelaki itu. Lelaki yang pernah mencurahkan rasa sayangnya pada aku. dan kini dia telah bergelar abang kandungku.
Perit untuk terima kenyataan ini. tapi itulah realiti yang sebenarnya. Mungkin juga kedengaran mustahil, kerana terlalu banyak kebetulan yang berlaku dalam hidup aku.
Tapi mengenai perihal aku dan Am. Adakah ianya suratan? Atau juga kebetulan? Entah, aku sendiri bungkam dan jenuh menjawab persoalan yang semakin giat menghimpit mindaku yang semakin lama sesak dengan pelbagai persoalan ini.
“Mama dekat mana tu?” Soal aku pada mama, sebolehnya aku menggunakan nada yang paling perlahan. Tidak mahu mama terasa hati dengan tingkah lakuku. Dahulu saja sudah cukup mama memarahi aku sehingga berniat tidak bertegur sapa dengan aku.
Along dan Angah pun turut serta. Dan tinggal la aku sendirian, tanpa ada insan yang sudi untuk berbual dengan aku. mujur saja Uda ada. Kalau tidak, aku akan jadi seperti patung yang tiada perasaan. Semuanya membuat hal sendiri.
Syukur ke hadrat Allah kerana mama memaafkan aku setelah dipujuk oleh Uda. Aku banyak terhutang budi kepada Uda. Uda banyak membantu aku, walaupun dia kadangkala menyakitkan hati dan selalu mengusik aku dengan jenakanya itu.
“Mama nak pergi majlis Insaniah.” Jawab mama. Aku salah dengar ke atau mama memang mengucapkan kata-kata yang sama?
“Jumpa Datin Sania ke majlis Insaniah?”
Aku meminta kepastian. Kak Kiah yang berada di sebelahku mencuri dengar. Terhenti sebentar kerja-kerja memasaknya. Aku hanya tarik senyuman segaris melihat Kak Kiah yang tidak mahu lepas peluang mendengar perbualan antara aku dengan mama.
“Buat apa mama nak pergi jumpa perempuan tu?” Seakan jelek dengan nama itu, mama menjawab. Aku menghembus nafas perlahan. Nampaknya mama masih lagi belum memaafkan Datin Sania.
Aku tahu susah untuk memaafkan seseorang itu dengan mudah. Apatah lagi Datin Sania pernah merampas hak mama. Tapi aku rasa, wajar untuk mama memberikan peluang kedua kepada Datin Sania.
Mungkin juga ketika itu Datin Sania sudah terlanjur cinta dan sayang pada papa. Setiap manusia itu pasti melakukan kesalahan. Dan tiada yang sempurna di atas muka bumi ini. Semuanya melakukan kesalahan.
Oleh sebab itu juga, Allah menyuruh hamba-Nya untuk segera bertaubat sekiranya sudah melakukan kekhilafan. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Penyayang dan Maha Pemaaf. Dan Allah s.w.t sendiri sudah berfirman di dalam surah Al-Baqarah pada ayat 222.
‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri’
Aku tersenyum sendiri. Mengelamun sendiri aku sehingga terlupa bahawa aku sedang berbicara dengan mama di telefon.
“Mimi nak tahu tu je. Sebab Kak Kiah cakap lain tadi..” Kataku, tidak mahu sekali lagi menyebut nama Datin Sania. Tidak mahu aku memprovok mama. Membangkitkan kemarahan seseorang itu ibarat menuangkan minyak pada kuali yang panas.
Jika mama sudah tidak suka, aku rasa elok jika aku berhenti bercakap tentang Datin Sania. Aku cuma mampu berdoa supaya mama memaafkan Datin Sania. Jika diikutkan, aku dulu juga menyimpan dendam pada wanita yang merampas papa dari mama.
Mungkin juga mama sudah menyuap telingaku dengan pelbagai cerita buruk yang membabitkan Datin Sania. Tapi dari pandangan mataku, Datin Sania seorang yang kelihatan sangat baik. Mungkin juga dia sudah berubah.
Dan ayat yang pernah Datin Sania tuturkan pada mama juga seperti terngiang-ngiang di cuping telingaku.
Datin Sania sudah memohon maaf, tetapi ketika itu amarah mama sudah menguasai diri dan ketika itu juga syaitan sudah bersorak girang ibarat melihat perlawanan bola sepak pula, mama seperti tidak mempedulikan permohonan maaf dari Datin Sania.
Aku tidak menyalahkan mama. Aku tahu mama marah benar. Sesiapa saja kalau sudah marah, memang tidak dapat berfikir dengan baik dan betul.
Aku sedia maklum akan hal itu. Meski aku tidak pernah mengalami pengalaman itu, tapi aku tahu, bagaimana perasaannya ketika amarah menguasai diri, saat akal sudah tidak selari dengan apa yang tercerna di hati. Pastinya semua jadi haru!
“Kak Kiah cakap apa?” Suara mama kembali menyapa gegendang telingaku.
“Tak ada apa-apa. Mama pergi dengan siapa aje tu?” Mama pernah berkata dengan aku tentang majlis ini. Tapi tidak tahu pula aku bahawa majlis tu berlangsung pada hari ni.
“Mama pergi dengan Angah.” Jawab mama. Dahiku mengerut. Pergi dengan Angah sajakah? Bagaimana dengan Uda? Aku langsung tak nampak kelibat Uda, Liya dan Aida. Ke mana? Along takkan belum balik lagi dari tempat dia?
Semua soalan tu datang bertubi-tubi sehingga aku rasa mindaku membeku dan tak mampu hendak menjawab soalan yang aku kemukakan sendiri itu! Kak Kiah sudah menyambung kerjanya. Mungkin juga dia penat mencuri dengar perbualan antara aku dengan mama.
“Liya mana? Uda mana? Aida?” Aku tanya soalan tu serentak.
“Eh.. Uda kan hantar Liya pergi rumah sepupu dia. Liya bersiap sana. Sebab Liya tak bawa baju. Kan katanya Mimi nak keluar dengan Shark sekali.” Beritahu mama. Aku mengangguk tanda mengerti walaupun mama tidak nampak anggukan aku.
“Aida?”
“Aida ada ni. Lupa mama fasal dia. Hari ni Along balik lambat, dia pesan suruh bawa sekali Aida sebab dia risau tentang Aida.” Aku tersenyum sendiri. Seperti yang aku kata tadi, sayang benar Along pada isterinya tu.
Setelah merasakan tiada perkara yang hendak dibualkan lagi, aku segera memutuskan talian dan memaklumkan kepada mama bahawa aku akan keluar bersama Shark sebentar lagi. Walaupun mama sudah tahu tentang ini, tapi aku rasa lebih elok jika aku memohon kebenaran dari mama.
Sebaik saja aku meletakkan telefon bimbit aku ke dalam beg tanganku semula, Kak Kiah memandang aku dengan seribu tanda tanya. Di sebelah tangannya pula sedang ligat memasak. Aku geleng kepala.
“Kak Kiah salah dengar la!” Aku menahan gelak yang hampir terburai keluar ni. Kak Kiah mengerutkan dahinya.
“Salah dengar apa pula ni Misha?” Soal Kak Kiah, masih belum dapat menangkap butir bicaraku yang baginya begitu tersirat. Entah la..
“Mama cakap dia pergi majlis Insaniah. Bukan jumpa Datin Sania.” Aku ketawa lepas. Kak Kiah menepuk dahinya.
Akhirnya dia turut ketawa, setelah menyedari kesilapannya sendiri.Aku geleng kepala dan segera meminta diri untuk mengambil barang aku di tingkat atas.
****
 “LAMA tunggu saya?” Aku terus masuk ke dalam keretanya. Sudah lama aku tidak menaiki kereta miliknya ini. Kereta Shark ini di antara kereta yang pernah aku minat dari dulu. Shark hanya tersenyum meleret sambil memecut keretanya laju.
Dia hanya tersenyum saja memandang jalan raya. Aku pula jadi hairan dengan perubahan tingkahnya itu. Dengan tidak semena-mena saja mengukir senyuman, sudah demamkah Shark?
“Shark? Kenapa senyum-senyum?”
Pantas dia memandang aku. Dahinya berkerut, seperti ada sesuatu yang sedang membelenggu fikirannya ketika ini. Seperti ada kekusutan yang masih belum jua terlerai dari mindanya. Sebaik saja dia melemparkan pandangan yang menakutkan sebegitu pada aku, aku segera berpaling ke arah lain.
Jelas aku akui, dia memang menggoda. Aku tahu dia pasti mempunyai ramai peminat yang tidak berani meluahkan perasaan padanya.
Apatah lagi dia seorang juruterbang, aku dapat bayangkan di dalam mindaku, pasti ada saja pramugari yang tidak melepaskan peluang mendekati dirinya yang bertubuh sasa itu. Serta merta aku menjadi cemburu!
Hari ini Shark mengenakan baju dari Armani yang berbelang hitam dan putih. Sekali pandang, macam zebra pun ada. Aku menahan gelak.
“Orang cakap apa dengan awak?” Tegas suaranya. Aku mengangkat keningku tinggi-tinggi. Kalau aku mampu, mahu saja aku angkat keningku ini setinggi puncak Gunung Everest!
“Cakap apa?” Aku tidak mengerti dengan butir bicaranya yang tidak jelas itu. Dia melepaskan keluhan yang berat sambil menjeling sinis ke arahku. Aku terkedu. Apa yang aku sudah lakukan? Aku sudah buat salahkah?
Mengapa Shark memandang aku seperti aku telah melakukan kesilapan yang besar padanya? Aku segera mengingati semula, apa yang diarahkan oleh Shark, apa yang aku langgar. Segera aku memutar pita memori aku.
Laci-laci memori aku yang baru saja mahu ditutup, segera aku buka. Beberapa detik kemudian, barulah aku teringat dengan pesanannya. Tidak hairanlah dia membuat wajah sebegitu. Aku sudah terlupa pada janjiku padanya. Dia mahu aku memanggilnya abang!
“Ya la abang.. Sorry..” Ujarku. Dia akhirnya senyum juga.
“Mengada tau.. Suka buli saya.” Rungutku. Dia ketawa lepas.
“Mana ada buli. Ni namanya orang sayang dekat awak. Tahu?” Kata dia, bersungguh-sungguh. Langsung tidak terpamer riak pembohongan di wajahnya. Hanya wajah yang tulus.
“Sayang la sangat.. Hari-hari macam ni, mati saya!” Desahku lagi.
Dia geleng kepala sambil memaut jari jemariku erat. Sebelah tangannya lagi memegang stereng kereta. Aku hanya membiarkan dakapan tangannya yang kasar itu melingkari jari jemari aku. Terasa tenang dan selamat seketika diriku kini. Dia tersenyum penuh makna.
“Orang nak awak hidup dan mati untuk orang.” Penuh romantis dia berkata. Aku tersenyum.
“Macam cerita dalam novel Inggeris tu?” Aku menahan gelak yang kian hampir meletus. Dia geleng kepala.
“Ni novel kita sendiri.” Aku diam saja.
“Misha..” Aku berpaling, memandangnya yang sedari tadi tidak lepas mengukir senyuman. Dalam hati ada taman, pastinya!
“Orang nak awak jadi isteri orang.. Sudi tak?” Aku diam. Kata-kata Shark itu yang aku nantikan setelah sekian lama. Bagaikan ada bunga yang melingkar di hati aku, begitulah juga perasaan aku sekarang!
“Tak sudi..” Aku cuba menguji dia. Dia makin mengeratkan genggaman tangannya.
“Sudi tak sudi..Orang tak peduli. Orang nak awak jadi isteri orang.”
“Saya nak abang jadi yang pertama kat dalam hati saya.. Boleh?” Aku memintanya pula. Dia menghentikan keretanya di tepi jalan buat seketika. Lama dia memandang aku.
“Orang tak nak jadi yang pertama dalam hati awak..Sebab selalunya di setiap yang pertama tu ada kedua, dan pastinya akan disusuli dengan yang ketiga. I don’t want to be your number one. I want to be your only one. Can I?” Aku pantas mengangguk dan tersenyum girang.
Dia menyeluk poketnya dan mengeluarkan satu kotak kecil yang berwarna merah. Segera dia buka kotak itu dan hulurkan padaku.
“Sudilah sekiranya tuan puteri memakai cincin ini, sementara menunggu ikatan perkahwinan yang sah antara kita berdua..” Tenang dan perlahan saja kata-katanya meniti di cuping telingaku. Shark senyum meleret.
Pastinya malam ini merupakan malam yang indah buat dirinya, dan sempat  aku lemparkan pandanganku pada bintang-bintang yang bergemerlapan di dada langit yang berkanvas hitam itu.
Bulan memancar terang, seterang hatiku yang sedang bersinar dipancar mentari kasih dari Shark! Sekarang aku rasa, aku sudah tahu apa itu cinta, dan betapa cinta itu gila. Membuatkan seseorang itu gila bayang.
“Abang..” Aku panggil Shark. Aku pantas menyambut cincin yang diserahkan oleh Shark, segera dia menyarungkan cincin tersebut di tanganku.
“Terima kasih untuk semua ni. Saya sayang abang..” Tuturku, penuh ikhlas, sepenuh perasaan. Shark hanya senyum saja, memaparkan senyuman yang paling menawan padaku. Aku ralit dalam memandang senyuman manis miliknya, segera aku beristighfar.
“Orang pun sayang awak.. Now, dah faham apa tu subjek cinta?” Dia sengih mengusik. Aku pura-pura tidak mendengar.
“Kalau masih tak faham orang akan fahamkan lepas kahwin nanti.” Dia tersenyum-senyum sambil menunjukkan isyarat mata yang nakal. Segera aku mencubit lengannya. Dia mengaduh.

40 comments:

  1. wahhh..
    sweetnyer dorang ni...
    cepat2lah kawen..jgn bagi org lain kacau misya lg..
    Shark memang sweet:)

    ReplyDelete
  2. ok dh ni..edit sket lg kompem cun...

    ReplyDelete
  3. wahhhhh! abang! sweet. rasanya mama dia macam ada agenda sendiri. kak kiah nyaris terbocorkan rahsia kot. :D

    ReplyDelete
  4. perrhhh .. sweet nyah !! haha suke2 .. terbaik sha :D
    p/s : part sawan tu tersedak kejap ~ haha

    ReplyDelete
  5. sweetya...rindu gila kat shark sampai kena belajar main lagu marry you sendiri,huhuhu...
    when my shark nak muncul?? huhu...

    ReplyDelete
  6. shark2...memang sweet laa....

    ReplyDelete
  7. so gula...berjenuh gk nk ingt blik cite nie..:p...tp alhamdullilah still ingt....next ag ade?

    ReplyDelete
  8. ececeh....shark bg cincin la kat misha...sweet yer...misha plak pggil shark abg...pergh...terbaikkk...yg pling best...kita org pertama yg bg komen...yahoo....

    ReplyDelete
  9. Sweet...sweet...sweet... alahai shark buat aku jatuh cinta lagi :)

    ReplyDelete
  10. Sgt sweetttttt. Sila call tok kadi skarang. jgn bg diorang kawen lmbt2 sgt. xDDDD

    ReplyDelete
  11. wallawey sweet sgt shark

    ReplyDelete
  12. shark nan misha so sweet ! <3

    ReplyDelete
  13. sweet sngt! :-)

    ReplyDelete
  14. romantic de amour shark!....hehehe...
    nape lmbt sgt nk publish bku??
    hummm..lama menunggu...

    ReplyDelete
  15. <<xbac tapi terus k0men !! hahaha .. 0keyh !! aq xnk ckp bnyk c0z .. aq kesuntukan masa !! ape2 puwn.. aq menanti n0velnya tiba !! 0keyh ? so ... apa2 puwn.. chaiy0k2 !! jalan citer k0 dah baik punya !! jgn la ko tuka2 lagi 0keyh ?? maintainkan .. aq as ur sibling always .. berikan ko sokongan bersama DC !! ~~ttbe kan ?? ~~ haha .. 0keyh .. aja aja fighting !!! chaiy0k !! C U D IPT ~~

    ReplyDelete
  16. shark bkn org laa abang!! hehehe best3

    ReplyDelete
  17. sharkk sgt sweet agak2 wujud x org cm tue..wat la novel cite nie..

    ReplyDelete
  18. hahaha .. fietz .. tersedak dc bcee nme dc kt sniee..
    ye2 ..
    nk brlkon kt commnt bleyh ?
    "abang shah .. jgnn lpe yee bkukn nvel nie cpt2 ..
    sbgai hantaran perkhwinan kte .. ekekekek "
    commnt aasc : shark mmg sweet .. n mmg btol2 nmpk shark akn kwen dgn misya .. err . hehe .. suruh shark cpt2 kwen dgn misya ye ? kang terlepas lak ;)

    ReplyDelete
  19. quite shock to see this! nasib baik 'visit' blog ni. ;)

    ReplyDelete
  20. wah! da nak kawen da dorg 2 ni. sweet je...-))

    ReplyDelete
  21. thanx wz dh lama tgu n3 ni. sweet... sgt. x sabau nak tgu dia org kawen

    ReplyDelete
  22. hoho..baru prasan ad bab 27...
    sweet nye bile misha pnggil shark abg...
    cpt2 la dyorg kawen....aminn.. :)

    ReplyDelete
  23. lame x singgah kat sini..like3...

    ReplyDelete
  24. yaanggg .. bab 27 je ke ? nk bab 28 jgkk .. nk tahuu lepas nie ap jd .. murah2kn la hati tuu post bab 28 .. wnduu shark niee ..

    ReplyDelete
  25. sweetnye shark....hak2......
    suke2 misha kawen ngan shark...agagaa

    ReplyDelete
  26. omoo...so sweet lorr ~~ cepat2 kawen yer shark n misha!! :)

    ReplyDelete
  27. awwww... rase mcm diri sndiri plak dilamun cinta.. dengan shark.. haha....

    ReplyDelete
  28. ni da bce...ulang2....kaRYA Strusnye???
    setia menanti...

    ReplyDelete
  29. sweet la dieorg..

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.