Monday, May 16, 2011

Bab 25

UDA dah balik semalam. Tapi Angah tak ikut sama. Aku pun tak tanya dia banyak soalan. Waktu aku nampak je Uda kat ruang tamu, aku terus melangkah masuk ke dalam bilik. Malas nak berbual. Hati masih lagi sakit. Sengaja je nak kenakan aku. ingat aku budak-budak lagi ke nak main-mainkan macam tu?
Hari ni aku tak tahu nak buat apa. Dari tadi aku cuma termenung je. Aku dah tutup telefon bimbit aku, tak nak terima apa-apa panggilan dari sesiapa pun. atau dalam istilah lain, aku nak bersendiri tanpa ada gangguan. Titik!
Pintu bilik aku diketuk perlahan. Aku cepat-cepat bangun dan duduk di atas katil. Patung yang diberikan oleh Am beberapa hari lepas aku letak kat tepi.
Sebaik saja pintu bilik terkuak, kelihatan sosok tubuh mama yang anggun mengenakan pakaian yang pernah dipakainya sewaktu majlis pernikahan Along dulu.
Mama memang tahu hari ni Am nak datang meminang. Mama pun rasa berdebar juga sebab mama tak pernah jumpa langsung dengan Am. Aku pun jarang bercerita sangat tentang Am pada mama.
“Mimi, kenapa termenung je?” Soal mama pada aku.
Aku senyum saja. Tak tahu nak balas apa. Memang hari ni bosan gila. Hari bosan sedunia agaknya. Aku picit kepala aku, mama terus duduk di sebelah aku sambil memegang bahu aku.
“Entah mama, bosan pulak hari ni..”
“Bosan ke nervous?” aku mengerutkan dahiku. Kenapa pulak mama cakap macam tu? Nervous sebab apa? Aku tak faham, sungguh aku tak faham..
“Nervous sebab apa mama?” Tanya aku pada mama. Mama menggosok bahuku.
“Mama pun pernah rasa macam Mimi.. Nervous la bila orang nak masuk meminang. Risaukan..” Mama senyum segaris. Oh.. Baru aku faham.
Tak ada la.. Aku langsung tak ada rasa apa-apa sekarang ni. Cuma tengah bosan tahap melampau dan rindu tahap nak gila pada Shark. Dia ni sengaja nak seksa perasaan aku la. Macam mana la kalau tiba-tiba aku ubah fikiran dan terima pinangan Am?
Bercinta dengan orang lain, tapi orang lain yang meminang aku. Tak ke peliknya tu? Tapi kalau ikutkan sekarang,  memang aku tengah bengang. Kalau aku jumpa la Shark sekarang, aku nak pukul-pukul dia. Sanggup ke aku? Tengok senyuman dia je aku dah cair.
“Tak ada rasa apa pun mama.. Biasa je ni.” Aku jawab dengan jujur. Mama ketawa.
“Pandai la tu nak tipu mama. Hati yang resah, tiada siapa yang dapat ketahui, tapi raut wajah tu dah boleh terangkan semuanya.” Penuh makna kata-kata mama. Aku senyum. Puitis juga ayat mama. Maklum la, selalu baca novel waktu lapang. Ini la jadinya.
“Kalau wajah tu menzahirkan dusta, masih mampu ke nak menebak sejauh mana kejujuran di dalam hati?” Aku tanya mama. Mama menguntum senyuman.
“Naluri. Kalau naluri dah kata macam tu, ikut je gerak hati.”
Mama memegang telapak tangan aku. aku sandarkan kepala aku kat bahu mama. Berbual-bual dan bermanja dengan mama kadang-kadang macam ni seronok juga. Bukan selalu dapat bermanja dengan mama macam ni.
“Mama.. Uda ada cakap apa-apa kat mama?” Aku tanya mama. Mama pandang muka aku.
“Tak ada.. Kenapa? Mama terkejut jugak sebab mama ingatkan Uda dah masuk kerja. Sebab Mimi tahu je la kan Uda tu? Dia selalu pergi macam tu je.. Bukan nak pesan apa-apa kat mama,” keluh mama. Aku mengangguk.
Memang tu tabiat buruk Uda. Dia bukannya pandai nak salam mama dulu ke nak pergi kerja, dia tak macam Along. Kalau Along, siap peluk cium. Memang berbeza la, tapi Uda tetap ada ciri-ciri abang yang baik.
“Kenapa Mimi tanya fasal Uda ni?” Aku jungkit bahu. Tiba-tiba je telefon bimbit aku berbunyi. Aku segera bangun dari katil dan mengambil telefon bimbit aku yang aku letak di atas meja solek.

Mama hanya menyorot langkahku. Aku capai telefon bimbit aku dan menjawab panggilan. Am.. Kenapa pulak dia telefon ni? Bukan tadi aku dah matikan telefon ke? Ke aku terlupa? Aduhai.. Hilang ingatan sudah..
“Mimi, mama nak bersiap kat bawah dulu.. Kalau rombongan meminang tu sampai, Mimi duduk je kat atas okey.” Pesan mama. Aku mengangguk. Aku segera menyambut panggilan Am.
“Ha.. Assalamualaikum. Kenapa Am?” Soal aku sebaik saja mama keluar dari bilik.
“Waalaikumussalam Mimi.. Buat apa tu? Dah siap sedia ke?” Aku tersenyum hambar. Hati aku ni macam nak terima je Am. Berbelah bagi.
“Siap sedia? Am.. Mimi nak cakap something kat Am..”
“Cakap la. Apa dia?” soal Am.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Nak cakap ke tak nak ek? Takutnya la aku nak kecewakan hati seseorang yang dah selalu ada dalam hidup aku. Rasa macam tak sanggup je. Am ada waktu aku tengah sedih, dan dia juga yang rawat kesedihan aku.
Aku bagi harapan kat dia. Aku cakap yang aku nak cuba belajar mencintai dia. Tapi sebenarnya aku tipu. Hati aku dah terpaut pada Shark. Berdosakah aku? Berdosa ke aku sebab tipu Am?
Akhirnya aku memilih untuk berdiam je. Aku tak mampu nak teruskan kata-kata aku. Biar la mama yang tolong jawabkan semuanya. Setidaknya tak la Am kecewa. Aku tak nak Am menjauhkan diri dari aku lepas ni.
Aku masih perlukan dia sebagai sahabat aku. Dia sahabat yang baik, tapi dia tak boleh nak ganti Shark dalam hati aku. Mungkin boleh, kalau dia ketuk pintu hati aku lebih awal dari Shark. Tapi.. Semuanya dah terlambat.
“Am kata dulu yang Am pernah kenal Mimi? Bila?” Aku soal Am.
Kata-kata yang sebenarnya aku nak cakap kat Am, tak sanggup aku teruskan. Berat je bibir aku nak teruskan kata-kata yang boleh menguriskan perasaan dia tu. Aku tahu dia lelaki yang kuat emosinya, mungkin dia boleh terima kenyataan.. Tapi kemelut jiwa di hati dia tu, boleh ke aku nampak?
“Tu ke yang Mimi nak cakap kat Am?” Suara Am kedengaran perlahan di corong telefon. Aku pantas mengiakan. Am tergelak di hujung talian.
“Ketawa kenapa?”
“Saja je.. Mimi nak tahu kat mana Am kenal Mimi dulu?” Aku segera menjawab ya. Am ketawa lagi. Aku tak faham apa yang lucu sangat, sehingga dia ketawa berlarutan.
“Mimi dulu ada buat praktikal dekat sebuah hospitalkan? Hospital mana.. Am tak nak cakap.. Mimi ingat sendiri.” Am berkata. Aku cuba mengingat kembali ‘zaman muda’ aku dulu. Zaman praktikal dulu. Serius.. Aku tak ingat!
Aku tarik laci dan keluarkan gambar kenangan waktu aku buat praktikal dulu. Semua gambar-gambar kenangan dengan kawan-kawan aku. rindunya nak jumpa dengan diorang. Dah lama tak bersua, dah lama tak tanya khabar.
“Mimi tak ingat la Am..” Aku mengalah juga. Kaki aku melangkah ke beranda pula. Dari depan meja solek, sekarang dah pergi ke beranda pulak.
“Mimi pernah rawat Am dulu.. Am ingat.. Waktu tu Mimi gelabah. Ya la.. First time handle patientkan.. Am faham waktu tu. Tapi satu je yang Am respect.” Aku tersentak. Aku dah ingat sekarang.. Aku hampir je kena marah sebab pernah cuai dalam melakukan tugasan aku semasa praktikal dulu.
Tapi mujur la aku dapat atasi kekalutan yang melanda aku dulu. Aku tanya Am, apa benda yang buatkan dia respect dekat aku. Dia diam je.
“Mimi nak tahu apa?”
“Nak la..” Laju aku menjawab.
“Senyuman tu.. Mimi senyum je waktu tu. Walaupun masa tu Am tahu yang Mimi gelabah tak ingat.. Dari situ Am mula suka dengan Mimi. Senyuman Mimi tu betul-betul boleh buatkan Am tak keruan tau. Mandi tak basah.. Tidur tak lena..”
“Makan tak kenyang..” Aku menyampuk. Kemudian kami sama-sama tergelak.
“Pandai pun..” Ujar Am. Aku mencebik.
“Sudah la Am.. Ayat drama dalam televisyen Am cilok..”
“Sumpah ni Mimi.. Am mula suka dengan Mimi sejak dari situ. Tapi waktu tu Am belum kerja lagi. Am datang dengan mama.. Mama pun ingat Mimi tau.” Bersungguh-sungguh Am berkata. Aku mengiakan saja.
“Ya la Am..”
“Dunia ni kecik je. Mimi lari la walau ke hujung dunia sekalipun.. Am tetap boleh jumpa Mimi.” Yakin dia berkata. Aku tersenyum sendiri mendengar kata-katanya itu.
Angin dah bertiup perlahan. Terasa dingin pula tubuh aku, tubuh aku pun rasa dingin, bahana angin yang berpuput tenang ni. Indahnya.. Walaupun matahari dah memancar terik, tapi bahang tu tak terasa sangat sebab angin bertiup tenang.
“Kalau Am kata dunia ni kecik.. Am cuba cari Mimi dekat Sabah. Nak tengok Am jumpa ke tak..”
“Sabah? Small matter je tu. Ala.. Kalau lari ke mana pun, kalau Allah dah tetapkan jodoh kita.. Tetap jumpa. Am percaya, yang Mimi ni jodoh Am. Sebab Am pegang pada prinsip Am dulu..” Perasaanku bergetar saat Am berkata begitu. Apa sebenarnya yang Am maksudkan? Aku tak mengerti.
“Apa prinsip Am?”
“Am pegang pada prinsip, jumpa sekali.. Akan jumpa sekali lagi dan orang tu la jodoh Am.” Aku mengerutkan dahi aku. Tu prinsip ke? Keliru aku.
“Maksudnya.. Am pernah jumpa Mimi dulu.. Dulu memang Am jatuh hati dah kat Mimi.. Tapi Am takut nak terus terang. Am cuma mampu berdoa yang nanti Am jumpa dengan Mimi. Bertahun jugak.. Tapi kita tetap tak jumpa. Am dah mula redha. Mungkin kita tak ada jodoh..”
“Lepas tu?” Aku mula tertarik dengan ceritanya.
“Am jumpa balik dengan Mimi.. Waktu mula-mula Mimi buka klinik tu.. Am terlanggar Mimi. Mimi ingat? Mimi tak marah Am pun waktu tu. Mimi cuma senyum je. Sekali lagi Am teringat dengan mula-mula perkenalan Am dengan Mimi.” Aku tersenyum mendengar kata-kata Am.
Kata orang, kalau sekali tu namanya kebetulan.. Kalau dah dua kali tu memang namanya suratan ke? Entah la.. Tapi sejauh mana kebenaran kata-kata Am tu? Entah-entah dia memang sengaja mereka cerita.
“Mula dari situ, Am selalu perhatikan Mimi.. Tapi bila Am ada waktu lapang je la. Sampai la Am ada keberanian nak pikat Mimi. Sebab nak pikat bidadari ni bukannya kerja senang. Kena makan masa..” Am tergelak. Aku mengetap bibir. Sempat lagi tu dia nak mengusik aku.
“Ya la tu Am.. Macam mana kalau kita tak ada jodoh?” Aku sengaja tanya soalan tu. Sebab aku rasa aku tak boleh nak terima cinta dia.. Entah kenapa, aku rasa macam aku tengah bercakap dengan Shark sekarang ni.
Aku rindu dengan Shark. Aku rindu.. Bayangan Shark tengah menari-nari kat kepala otak aku sekarang ni. walaupun hakikatnya aku sedang berbual dengan Am. Tu la dinamakan cinta.. Tak masuk akal.. Dan juga gila!
“Kalau tak ada jodoh.. Maksudnya..” Am tak teruskan kata-kata dia.
Aku diam juga.
“Maksudnya apa Am?” Berdebar-debar aku menunggu kata-kata selanjutnya dari dia. Dia tetap mendiamkan diri.
“Kalau nak tahu kita ada jodoh ke tak.. Tunggu je la.. Sekejap je lagi. Mimi tunggu!”
Penuh keyakinan Am berkata. Aku tersenyum. Mana la tahu tiba-tiba hati aku ni berubah. Aku ni kan ibarat lalang..Tak tetap perasaan aku. Aku cepat suka pada lelaki yang ambil berat pada aku. Yang selalu buatkan aku gembira di saat aku sedih.
Tapi antara dua lelaki yang hadir serentak dalam hidup aku ni, siapa yang sebenarnya akan bertakhta di hati aku untuk selamanya? Sampai aku menutup mata?
Adakah Shark? Atau Am? Aku sendiri tak mampu nak jawab. Biar la Tuhan yang menentukan.. Hanya Allah yang tahu siapa jodohku. Hanya Allah yang tahu siapa yang patut bersamaku. Dan hanya Allah yang tahu siapa yang terbaik untuk aku.
Semuanya kerja Allah. Aku hanya berserah dan pasrah. Aku hanya mampu berdoa dan berdoa. Kalau Am jodohku, permudahkan la segala urusan dan mudah-mudahan terdetik dalam hatiku untuk menerima pinangan dari Am.
****
SUPRISE!” Angah memeluk aku dari belakang. Baru je aku tutup panggilan. Angah dah lama berdiri kat belakang aku ke? Angah dengar ke semua benda yang aku cakap dengan Am? Aku mulai khuatir. Aku tarik muncung sedepa.
“Angah curi dengar semua perbualan Mimi ey?” Aku memarahi Angah. Angah mempamerkan wajah terkejut. Angah pantas geleng kepala.
“Angah cuma dengar Mimi cakap tak faham je. Tu je.. Nama lelaki yang nak datang meminang Mimi tu Am ke?” Soal Angah. Aku pantas mengangguk. Ni bila masa pulak Angah balik ni?
Bukan  dia tak ada ke waktu balik sekali dengan Uda? Sekarang dah muncul balik? Kata nak buat kejutan.
“Kata nak buat suprise?” Aku tanya Angah. Angah tersengih-sengih.
“Suprise la ni. Mama menjerit kat bawah tak dengar agaknya. Opss. Lupa Angah.. Mimi tengah bergayut.” Angah ketawa. Aku mengetap bibir. Sempat lagi Angah nak mengusik aku.
“Angah baru sampai ke?” Angah mengangguk.
“Kenapa tak balik rumah sama-sama dengan Uda?” Aku tanya lagi.
“Sebab Angah jumpa kawan lama kat Masai dulu.. Sebab tu tak dapat balik dulu.” Angah menjawab. Aku mengangguk.
Angah tarik aku duduk kat katil. Aku ikut je.
“Cuba Mimi cerita dengan Angah tentang lelaki yang nak meminang Mimi tu..” Aku menghembus nafas perlahan. Aku dah agak.. Mesti Angah nak tahu.
Adeh.. Uda tak cerita ke?”
“Uda sendiri pun tak tahu. Along pun sama.. Memang kami terkejut tau waktu mama beritahu hari ni ada orang datang nak meminang Mimi.. Langkah bendul nampak?” Sindir Angah sambil ketawa. Aku tarik senyuman plastik.
“Mana ada.. Mimi pun tak sangka yang dia nak datang meminang.” Aku beri alasan. Angah memeluk bahu aku.
“Rindunya Angah dengan Mimi.. Makin cantik ya sekarang. Dah boleh lawan Angah dah kat Miss Malaysia ni.” Angah ketawa. Aku ketawa juga. Angah memang suka masuk bakul angkat sendiri. Dari dulu dia memang macam tu.
Macam-macam yang dia cakap waktu kecil-kecil dulu. Dia juara bintang RTM la, penyanyi la..Artis la. Tapi sungguh pun macam tu, dia bijak. Dia la anak mama yang paling pandai sekali. Aku akui perkara tu.
“Perasan tak habis-habis..” Aku mengejek. Angah cium pipi aku.
“Mimi pun sama..” Eh, aku pulak yang terbabit?
“Angah apa cerita ya sekarang? Dah ada yang bertakhta di hati ke?” Angah geleng kepala.
“Angah bukan macam Mimi.. Angah tak cantik.”
Aku mencebik. Mula la tu nak tukar ke mood merendah diri. Memang pelakon terhebat la Angah ni. Aku cubit pipi Angah. Aku dengan Angah memang mesra, dan dia jugak open minded. Cuma kadang-kadang la..
Kalau dia marah, memang habis semua diam. Kalau nak diikutkan, dia lebih garang dari Along. Bayangkan je la, dia pernah bergaduh dengan Along dan Along pun tak boleh nak lawan dia. Dia memang pandai berkata-kata dan tegas.
Tapi kalau dia tengah gila-gila, memang seronok.. Sebab Angah ni satu kepala dengan Uda dan jugak aku. Ajak je la nak pergi mana pun, Angah ikut je. Dan dia jugak tak kedekut! Aku paling suka keluar dengan dia. Semua benda dia akan bayar. Ambil kesempatan kadang-kadang tak salahkan? Dekat kakak sendiri lagipun. 
“Ala Angah ni.. Uda cakap Angah dah ada boyfriend.” Aku sengaja pancing nama Uda. Angah kerut dahi.
“Bila Uda cakap dengan Mimi?”
Aku terdiam.
“Uda cakap dah lama.”
Bedek la tu.” Angah cubit lengan aku. Aku mengaduh kesakitan. Memang aku tipu pun.
“Angah masih suka dengan lelaki pertama yang buat hati Angah ni bergetar.. Hanya dia yang bertakhta di hati.” Ucap Angah dengan seulas senyuman. Aku tergelak-gelak.
“Mimi tak sangka..”
“Tak sangka apa?”
“Tak sangka Mimi ada kakak yang jiwang.” Aku gelak gila-gila. Angah mencebik. Aku melarikan diri ke luar, sempat Angah baling patung kecil yang Am kasi kat aku. tapi nasib baik aku sempat mengelak.
****
AKU tersentak bila dengar bunyi bising-bising kat bawah. Aku segera bangun. Lepas main kejar-kejar dengan Angah tadi, aku cadang nak rehatkan badan kat dalam bilik. Sambil baca novel Bila Hati Kata Sayang, aku terus terlelap.
Dan sekarang aku rasa macam ada sesuatu yang tengah berlaku kat bawah. Aku pergi kat beranda. Aku tengok ada banyak kereta yang parking kat luar. Eh kejap! Tu kereta Am! Dada aku berdebar.
“Keluar!” Aku dengar suara mama menjerit-jerit. Aku makin terkejut. Tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Aku terus membasuh muka dan menapak ke bawah.
Sampai saja kat bawah aku tengok Angah tengah peluk mama dan aku nampak Uda tengah cekak baju Am. Aku makin terkejut. Apa benda yang dah berlaku sebenarnya ni? Ya Allah! Kenapa dah jadi huru hara macam ni sekali?
“Mama!” Jeritku. Aida menarik lengan aku.
“Mimi.. Mama tak boleh nak terima dia sebagai menantu mama.. Tak boleh!” Laung mama. Aku makin terkejut. Adakah mama sengaja buat macam ni sebab mama nak selamatkan aku dari berkahwin dengan Am? Aku makin tak mengerti.
“Kak Ani.. Sania minta maaf..” Datin Sania mengucapkan maaf pada mama. Aku makin keliru. Kenapa Datin Sania minta maaf pada mama?
“Abang pun..” Papa Am yang aku tak ketahui namanya tu pun turut mengucapkan kata-kata yang sama. Aku melepaskan tanganku dari genggaman Aida. Aku merapati Am, aku meminta Uda untuk melepaskan genggaman tangannya pada baju Am.
“Sudah! Mimi dah macam orang bodoh kat sini! Could someone can explain the right situation to me? Please!” Aku hampir menangis.  Semua yang ada menyepikan diri.
“Mimi.. I’m your brother.” Suara Am kedengaran perlahan. Airmatanya jatuh. Aku terkedu. Apa maksud semua ni? Kenapa aku masih tak dapat menangkap kata-kata Am? Aku semakin buntu dan keliru.
“Kalau Mimi nak tahu.. Ni la dia perempuan yang dah ambil papa Mimi. Dan sekarang Mimi suka pada anak dia?” Jerkah mama. Angah memegang mama dan menenangkan mama. Aku terkedu lagi.
Ya Allah.. Adakah ini ujian yang Kau mahu berikan pada aku? Aku benar-benar terpana dengan ujian ini. sungguh tak sangka, orang yang dah menganggap aku sebagai kekasihnya selama ini rupa-rupanya abang aku sendiri!
Abang kandung! Berlainan ibu tetapi sama bapa. Mungkin sebab itu juga aku tak berasa cinta terlalu sangat pada Am. Mujur sahaja.. Mujur..
“Mimi cakap dengan diorang semua.. Mama tak nak tengok muka diorang.. Kalau Mimi sayang mama. Suruh diorang pergi. Sekarang!” Pinta mama. Aku menahan airmataku. Aku melihat wajah Am. Dia seperti seorang lelaki yang sangat lemah sekarang ini.
Aku tahu dia kecewa dan hiba. Wanita yang selama ini dia sayang, adiknya sendiri.. Siapa yang tak terkejut bukan? Aku juga terpukul dengan kenyataan ini.
“Am minta maaf.. Maafkan Am sebab cetuskan semua masalah ni.” Am meminta maaf. Aku terdiam. Aku menghampiri papa Am. Aku menyalam tangannya. Jadi.. inilah papa aku. Hilang sudah rasa amarah aku selama ini. Aku tak pernah lihat papa aku sebelum ini, gambar pun tak pernah. Tapi aku bersyukur, papa aku masih hidup. Airmataku jatuh juga.
“Maafkan papa Mimi..” Papa memegang tangan aku. Aku tersenyum saja, tapi airmataku masih lagi jatuh. Aku menghampiri Datin Sania pula. Datin Sania tak mampu menahan sebak. Aku lihat dia sedang mengawal airmatanya.
“Mama sayang Mimi..” Aku mengangguk dan memeluknya. Seterusnya aku meminta mereka untuk keluar dari rumah aku. aku tak mahu suasana bertambah haru. Mereka akur dan melangkah dengan keterpaksaan.
Inilah realiti..
Bersambung...

63 comments:

  1. Sedih tgk Am :'( Walaupun memang nak Mimi dgn Shark.

    ReplyDelete
  2. maner shark??...nak shark ngan mimi...bolei x??

    ReplyDelete
  3. lamanyer shark menyepi...;)

    ReplyDelete
  4. sambung la lagi..at least write abt SHARK!! PLS...:D

    ReplyDelete
  5. jodoh mimi dgn shark le tu...

    ReplyDelete
  6. sedih...am frust...ade hkmhnyer,,,mybe shark tercipta tok misha...kan..next bab..

    ReplyDelete
  7. x sngka am tu abg mimi...kesian am.
    mne shrk ni x mncul2 pon..
    smbung la lg..please3~~~

    ReplyDelete
  8. rupe nyer sedarah sedaging.....huh lega jap...mane shark menyepi nie...

    ReplyDelete
  9. sedihnya part last tuu,, sob.sob.. tak sangke Am tu abang Mimi.. ayah sama, laen mak..

    yes.. yes.. Shark ade peluang.. syukurrr... >_<

    ReplyDelete
  10. sedihla pulak :-(
    but,naper la shark tu xder khabar lgsung.adushhh.

    ReplyDelete
  11. yeahhh, syg am ketat2 lahh! naseb baik abg mimi, klau x melepas si shark tu. btw, post la satu je lagi bab. hehe :DDDD

    ReplyDelete
  12. alah.... mana shark... dah tiga N3 dia x de .... WHERE IS SHARK ? harap2 next new N3 ada shark ... hope it so... harap sangat, STILL LOVE IT ! walaupun Shark xde .. :(

    ReplyDelete
  13. laaa,adik bradik rupe nyer..ish ish,sian am..

    ReplyDelete
  14. okey..slesai 1 masalah..am abg kndung mimi..yuhhu...

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Adoi sedihnya. Wuuu~ Harap keluarga Misha dapat bersatu lepas ni.

    ReplyDelete
  17. erkkk,,complicated~~
    tp bgus jgk,,
    skurang2 nye persaingan nk dptkn misha dh berkurang sorang,,hehe
    by the way, mne shark??????? rindu thap max lorhh sme dy~~ hurmm,,

    ReplyDelete
  18. sedihnye. mne shark nie x kuor2 lgi ..

    ReplyDelete
  19. oh no ... aq xdpt byg kan .. keadaan misha yg tengah rindu at shark tu ..hahhaa .. mesti dah giler dy rindu at shark .. kan ?? berpunca dri slah langkah ibu bapa .. anak jadi mangsa .. s0 sad .. biler am dpt ta0 yg wanita yg die cintai ssgt tu adik kandung dy sendiri .. mzti dy frust giler ... mungkn sbb tu la mimi xd feel langsung at am tu kan ? hhmm .. aq slalu dgr kes2 camnie .. mak bpk punye pr0b dulu2 .. anak jadi mgsa .. biler anak xknl mak @ bapak .. cam nie la jdinye .. s0 sad .. h0pe am kuad an shark kembali la cepat at misha .. kunk meraung dy c0z wndu yg terlampa0 sgt .. kecian2 .. gud j0b shah ! k0 da uad aq terkejut la .. bab nie .. da uad aq rasa tertarik sgt2 .. and mnnti bab strusnya yg penuh misteri ... keep it up ! aja aja fighting ! ^_^

    ReplyDelete
  20. rupenye~~~
    nsib baik..phew~~~
    AM:out from list..ngeh..ngeh.ngeh...
    FIQROUL:pon da lme out...
    HADIF:the only one in the list..i guest..
    MR.JERUNG:the winner!!!hehehe..
    pepandai je saye..tp betulkn..
    lagi2!!!mne shark nie?da blik ke lautan ke?huhuhuu

    incik writer..cptlah munculkn shark..rindu sama dia..huuhu..

    ReplyDelete
  21. OH MY...! ! ! AM must be frustrated,huhuhu...

    I eager to know what happend next,hehehe...anyway,Well Done...DAEBAK !

    ReplyDelete
  22. hahahahaha..epy2 sbb mimi dgn am adik bradik haha...so...shark...cpt la msuk meminang...jgn wat snyp mcm tu je...sekeh kang haha... -fy-

    ReplyDelete
  23. konflik oh konflik..i like am jd camtu.. hihi..
    kejam kan? hoho..
    mainkn lg ngan emosi, dah bagus tp mcm mood x rasa 100%,
    gud luck sts.. ;) ;)

    ReplyDelete
  24. kesian am..tp tak pe la..still ada shark..

    ReplyDelete
  25. hmm,,,skunk tggl shark je,,,,
    snang lha misha,,tayah na pnink2 pale lg,,,
    next chpter pliz=)

    ReplyDelete
  26. naseb baek si am tuh abg mimi...hahaha...
    ishhhh...mana si shark nehhh....

    ReplyDelete
  27. hmmmm...tu psl kna knl s'sowg tu selidik dlu kn..
    tkot fmly je nt...sdara mara un ssh gak nt..
    dunia ni mmg kecik..

    ReplyDelete
  28. dah masuk 3 ntry tak ada shark..............mana shark ni rindu laaaaa......pls masuk shark dlm ntry seterusnya

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah.....tak jdi gak am nak kawen ngan misha...huhu...tp sedey lah...sobsob...

    manelah si shark nie agaknye...hish...

    ReplyDelete
  30. sedih lah.. adik beradik rupanya, aduh. rasa nak nangis utk pihak am. tapi , syukur gak. hlg pesaing shark. tapi shark mana?

    ReplyDelete
  31. aku touching gk ni... tp nsb baik gk... shark still winner...

    ReplyDelete
  32. sedey lah plak..
    adik beradik rupenye...
    yeay!!!!shark ade pluang..haha
    cume tinggal hadif je lagi..

    ReplyDelete
  33. aik.. mana shark pi?

    ReplyDelete
  34. xpe2..yg pntg dh mnunjukkn..yg am xde jdohh..
    biarpn xley jd suami misha..am ttp ley jd abg misha.. cme sygnyee sbgai abg dgn adik..

    ReplyDelete
  35. rupe2nye amirul hazim bin tunku hazami 2 adik beradik sebapa ngn tunku misha zafrina..jdnye sblum mak mimi bcerai,dia sempat bmadu ngn sepupu sendiri la ek..ish,dunia..

    ReplyDelete
  36. alhadulillah.. nasib baik taw tak. ingatkan am akan paksa misha kawen ngan dia tadi. SHARK!! where are you??? cepat2 lah muncul,sian misha.

    ReplyDelete
  37. manerr shark??? kang melepas kt hadif kang huhu

    ReplyDelete
  38. kecian plak kt am... tp nk wt mcm ne mmg jodoh misha ngn shark...

    ReplyDelete
  39. mmg jodoh misha dgn shark.....

    ReplyDelete
  40. ini btul2 surprise...
    x sgka am abg misha..
    huhuhu..
    xpe2..
    shark3!!!

    ReplyDelete
  41. ya Allah,memang dh agk papa am n mimi adlah org yg sma..wishing am ok la lps ni walupon dh mula suka dgn am..
    neway,shark mna ek?? kja pon,xkn smpai xbleh nk kol mimi,huhuhu...

    ReplyDelete
  42. wow..kenyataan yg dahsyat...maner shark nie???dh lama tungu dye nie....

    ReplyDelete
  43. alahai.. mana shark nie?? lame beno nyepi.. ~_~
    am abg kandung misha?? huhu..

    ReplyDelete
  44. oh..walopon x berkenan dgn am,tp kesian plk dkt dia..msti kcewa giler...
    sdey3..pe2 pon,bersyukur sbb da kurang saingan shark..

    ReplyDelete
  45. sedey ngn am.. tp bagus la.. finally, mimi ngn shark..YEH!!!

    ReplyDelete
  46. walaupun lebih suka mimi ngan shark...tp kesian jugak kt am bila dh jd mcm ni,yelah org yg kite cinta 2 rupanya darah daging kita sendiri...mesti am kecewa sgt2...sbr ye am :(

    ReplyDelete
  47. kesiannye kat am . sobs . sobs . mesti dia frust sangat kan . tak pe la . bg kat sy je la boleh . dia sweet gak . hehe . tak sbr nak tau ending cite ni cam ne . good job ye writer . cite anda sangat best . keep it up . huhu .

    ReplyDelete
  48. oo..bagus la..mmg xrestu pn mimi dgn am..haha.

    ReplyDelete
  49. Shark mimi pny , am kasi wan suda la . Haha
    nyway , part 'keluar' tu , perhhh berderau jntung !
    Mntap (:

    ReplyDelete
  50. :) bru snpt abhkn semua bab...
    good job WS :)

    ReplyDelete
  51. serius nak nangis. adeh! kesiannya am dgn misha jadi mangsa keadaan. huhuhu...sedih gila T_T dia tak pernah kenal papa dia, tapi papa dia curahkan kasih sayang dekat am.

    ReplyDelete
  52. shark ?!!!
    sy nak Shark muncul skrg jugak,,
    hihhihi

    ReplyDelete
  53. kesian dkat am..... diorg adik bradik upe nye.... am yg terseksa pasni... bkn nye misha... sbb misha suke kat shark.... TP KE MANA SHARK PERGI???? jgn tinggal kn misha lame2... mane tau die trpaut plak kat Hadif.... misha mcm jenis mudh jtuh cinta je...

    ReplyDelete
  54. hurm..konflik terpenting dah terlerai...sian yer kat am...cinta pada buah ati terpaksa bertukar kepada cinta pada adik kandung...mesti am frust sesgt....shark ni mcm x ye2 jer ngan misha...nk tggu hadif masuk minang misha kot...baru jerung tu nak muncul...

    ReplyDelete
  55. sedih~kcewa am dgn kenyataan tu..:(.. ksian am.. cinta kat adik sndiri.. ternayata mimi akan bertemu dgn shark la ni.. heheh tpi hadif?

    ReplyDelete
  56. yes...akhirnya shark yang dapat...

    ReplyDelete
  57. kecian Am..tragik suggh..blh lak jd adk beradik..ish3..
    mna shark nie???

    ReplyDelete
  58. sedihnya..kesian sgt2 dgn am...walaupun xske dia dgn mimi tapi kali ni mmg keisan sgt2 dgn am

    ReplyDelete
  59. yes!am abg mimi :) haha

    ReplyDelete
  60. sedeynye jd am..
    jatuh cinta pd adik sndiri..
    tp sekurang2nye mimi xperlu confuse lg nk wt keputusan nk pilih sape...

    ReplyDelete
  61. yesss..x jdik merisik..x de la mimi nk pnning kpala nk tolak si am tu..

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.