Thursday, April 21, 2011

Bab 7

SELEPAS Subuh aku terus bangun dan capai komputer riba aku. Ingat nak sambung tidur sebab semalam aku tidur lewat.. Pukul satu pagi baru aku dapat lelapkan mata aku.. Gila tak? Tapi niat nak sambung tidur tu aku matikan. Aku tak nak la nanti rezeki tak masuk, lagi pun tak elok anak dara macam aku ni sambung tidur semula.
Aku mencapai telefon aku. Ada tiga mesej baru masuk. Siapa pulak yang hantar mesej dekat aku pagi-pagi buta macam ni?
Morning.. Semoga sentiasa mulakan hari awk dgn snyuman! Snyum mcm org!
Aku tersenyum sendiri. Tu mesej dari Shark. Terbayang aku pada senyuman dia yang menawan tu. Sengih nakal yang betul-betul mencuit hati. Gayanya yang bersahaja. Badan yang tegap. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, apa pekerjaan utama si Shark ni. Aku balas mesej dia.
Morning. Thx.. awk jugak.
Kemudian aku menyemak semula inbox, ada dua lagi mesej yang belum dibaca. Entah dari siapa pula yang lagi dua tu. Cepat-cepat aku bukak. Mata aku terbuntang luas memandang nama Am yang dah aku simpan nombor dia semalam.
Si Am ni pun gila macam Shark jugak ke? Pagi-pagi lagi dah hantar mesej kat aku! Cuba la pagi-pagi dia hantar mesej dekat kakak dia ke, abang dia ke.. Kasi mesej dekat aku buat apa? Macam la aku nak balas..
Tapi entah macam mana, aku rasa semacam pulak. Suara hati aku menjerit-jerit menyuruh aku membalas mesej yang dah Am bagi. Hishh.. Nak balas macam mana? Baca pun belum lagi! Segera aku bukak mesej yang Am beri pada aku.
Yours eyes are soft and tender,as sweet as they can be.There's one thing you must remember,you are the one for me. Have a wonderful day, Mimi.. Am sayang Mimi..
Aku terkedu. Adakah perkataan terakhir tu merupakan trademark daripada Am? Am sayang Mimi.. Eh.. Sungguh la, ayat tu betul-betul buat aku rasa lain macam. Gila betul.. Apa aku nak balas ni?
Thx Am..
Pendek je aku balas. Memang aku tak tahu nak jawab apa lagi, tu je la ayat yang ada dalam kepala otak aku sekarang ni. Okey la kan daripada tak ada? Aku terus bukak mesej yang seterusnya. Nombor yang tak dikenali.
Abang nak jumpa Misha.. Malam ni Misha tunggu abang dekat Singgah Selalu okey..
Berderau darah aku. Siapa ni? Aku mula mengingati, siapa je yang bahasakan dirinya abang dengan aku. Rasanya tak ada.. Along pun bahasakan diri dia Along, tak ada panggil abang-abang ni..
Peluh dah mula menitik kat dahi aku. Baru aku tahu siapa! Fiqroul! Aduh! Apa lagi yang mamat ni nak? Tak puas-puas lagi ke dia ganggu hidup aku? Rimas betul la.. Rimas! Nak balas ke mesej abang-sewel-gatal ni? Aku berfikir dua kali.
Okey.. Misha dtg dengan Shark.
Shark.. Senang je aku petik nama Shark. Entah nak ke tak nak Shark tu keluar dengan aku lagi lepas apa aku dah buat kat dia minggu lepas. Mesti dia kecik hati dengan aku. Kalau tak, takkan dia menyepikan diri selama seminggu?
Setelah memastikan tak ada mesej baru lagi, aku terus tutup telefon bimbit aku. Buat sementara waktu, biar aku tutup dulu. Lebih bagus sikit. Tak ada la haru biru hidup aku kena ganggu dengan tiga orang mamat ni..
Kalau Shark mungkin aku tak kisah, begitu juga dengan Am.. Tapi kalau Fiqroul ni aku rasa takut sikit. Takut dia lebih-lebih. Takut nanti aku kena serang dengan Fitri, walaupun aku tahu Fitri tak macam yang aku sangka, tapi siapa tahukan?
Perempuan ni mesti la naik hantu bila suami dia suka dekat orang lain.. Kalau aku pun jadi Fitri, aku akan marah. Eh.. apa yang aku membebel ni? Aku tergelak sendiri.
Aku bukak lappy aku dengan perasaan kosong. Dah lama rasanya aku tak bukak Facebook. Si Ana tu asyik komplen je dengan aku. Suruh aku update selalu akaun tu. Tapi biasa la. Masa tak mengizinkan.. Nak buat macam mana kan?
Aku semak-semak akaun Facebook aku, empat puluh permintaan untuk menjadi kawan aku, aku abaikan. Memang aku tak approve saudara mara aku dalam akaun ni. cuma kawan-kawan dan adik beradik aku je!
Biar la orang nak kata aku sombong ke.. Aku tak mahu dengar semua tu, sebab bagi aku kalau aku interaksi dengan saudara mara aku pun cuma tambah sakit hati je. Bukan aku tak tahu perangai saudara-saudara aku yang suka provok aku.
Aku lihat jam dah pukul tujuh pagi. Lama betul aku bukak internet.. Rasanya aku baru je semak sikit-sikit. Tak sangka dah bazir banyak masa dekat menatang nama Facebook ni. Aku gelak sendiri. Perut aku dah berbunyi mintak diisi.
Aku terus tutup lappy dan mencapai beg aku. Setelah memastikan bilik aku kemas, aku menutup bilik aku. Dari bilik aku dah boleh bau masakan Kak Kiah. Kak Kiah ni bukan calang-calang orang tau!
Kak Kiah pernah memenangi pertandingan memasak antarabangsa dan mendapat tempat kedua daripada sepuluh orang peserta. Itu semuanya kerja mama la.. Kak Kiah sendiri pun tak tahu bila dia sertai pertandingan tu.
Sedar-sedar je mama dah suruh Kak Kiah bersedia untuk lawan memasak. Mana taknya Kak Kiah terlopong. Dengan tak ada persiapan, terus je masuk pertandingan. Gila muka Kak Kiah tahan cuak waktu kat atas pentas tu. Aku gelak sendiri.
Terbaik la Kak Kiah!
Aku menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Dari tangga aku dah nampak Uda tengah syok dengan Playstation 3 dia tu. Memang tak ada kerja lain dia tu kalau melekat kat rumah. Game je sepanjang masa!
“Sudah la tu Uda.. Kerjanya dua puluh empat jam je game.. Macam mana la perempuan nak melekat..” Aku sindir Uda. Uda menjelirkan lidahnya. Kata-kata aku langsung dia tak ambil peduli.
Memang daripada dulu lagi perangai Uda ni macam ni.. Dia mana pernah nak kisah kalau orang kutuk dia ke, lemahkan semangat dia ke.. Dia cool je. Sebab tu aku respect gila dengan abang aku yang sorang ni! Kepala pun gila-gila je macam aku!
Aku duduk di sebelah Uda. Mata Uda masih lagi tertancap pada skrin LCD 108 inci yang baru mama beli bulan lepas. Memang puas gila la main game guna televisyen ni, sampai naik sakit tengkuk aku tengok.
“Sarapan game ke Uda?” Aku usik Uda. Uda ketawa.
“Boleh la.. Nak join ke? Sedap ni.” Uda gelak-gelak. Aku mencebik.
“Mana la Mimi pandai main game ni..” ujar aku. Uda ketawa lagi.
“Pandai-pandai sekolah, main game pun tak reti? Susah la Mimi ni.. Ni la akibatnya terlampau pandai sangat.” Uda selamba je sindir aku. Aku mengetap bibir. Cakap ikut sedap gigi je Uda ni.
“Eleh.. Benda ni pun nak kecoh. Habis tu, Uda pandai ke masak?” Aku cabar Uda. Uda pandang aku.
“Mimi pandai ke masak?” Uda soal aku balik. Aku menelan liur. Aku dah terperangkap. Aku soal Uda, Uda soal balik. Sah-sah la aku tak pandai masak!
Bila tengok muka aku berubah je, Uda bantai gelak lagi. Dia tahu aku dah cuak gila ni.
“Tu la.. Tengok kiri kanan dulu sebelum cakap. Apa Mimi ingat Uda tak pandai masak ke? Tengok orang la beb..” Uda menepuk dadanya. Aku tersenyum mengejek.
“Eleh.. Bongkak abang aku sorang ni.” Uda ketawa.
“Zafri, Mimi, mari makan dulu.” Panggil Kak Kiah, serentak dengan itu aku melangkah bersama-sama ke dapur dengan Uda. Aku pandang Uda semacam, Uda pandang aku balik.
Apahal pandang Uda macam tu?” Uda tak puas hati. Aku menekup mulut dan tutup mata.
“Tadi kata nak sarapan game tu.. Ni pehal ikut Mimi pergi dapur?” Aku angkat kening. Uda tak layan kata-kata aku. Aku tersenyum sendiri.
****
TEPAT pukul sepuluh pagi, loceng rumah aku berbunyi. Memang menepati masa betul la si Shark ni. Kalau dia kata pukul sepuluh, pukul sepuluh la dia datang. Bagus.. Boleh buat calon suami.. Erk.. Aku terkedu kejap.
Betul ke apa aku cakap tadi? Boleh buat calon suami? Aku tersengih sendiri. Dah gila dah kau Misha.. Axon dalam badan banyak dah rosak dah ni..
“Siapa tu Mimi?” soal Uda. Uda sedang khusyuk membaca novel dari penulis thriller nombor satu dalam Malaysia, siapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid. Aku cuma angkat bahu je. Malas aku nak beritahu Uda yang Shark datang.
Nanti tak fasal-fasal Uda buat perangai gila dia lagi. Takut aku.. Lebih baik aku berbohong je. Cara lebih selamat!
Aik.. Takkan tak tahu? Kalau tak tahu mesti Mimi tak excited nak pergi bukak pintu.” Uda tak percaya. Aku mendengus.
“Degil la Uda ni. Mimi tak kenal. Mimi saja je nak tengok siapa yang datang.. Salah ke?” Aku jeling Uda. Uda gelak.
“Tanya sikit nak marah. ABC ke Mimi?” Aku jeling Uda lagi. Uda buat-buat tak nampak dan segera meneruskan pembacaannya.
Aku melangkah ke pintu pagar dan mendapati Shark sedang tersenyum manis memandang aku. Hari ni dia pakai baju warna ungu. Warna kegemaran aku.. Macam biasa, dari jauh pun dah boleh recognize perfume yang dia pakai tu.
“Hai!” Sapanya dari jauh. Aku senyum.
“Err.. hai..” Ucap aku. Aku mendekatinya yang sedang duduk di atas vespanya tu. Aku tak faham kenapa dia suka sangat naik vespa ni. kalau nak kata buruk tu, tak ada la sangat.. Tapi rasa macam aneh je untuk lelaki yang sekacak Shark ni naik vespa.
Tunggu kejap! Aku puji Shark ke tadi? Sah.. Memang sah aku dah tak betul, aku kena buat sesuatu pada diri aku ni. Kalau berterusan macam ni, aku rasa aku dah boleh kena demam.. Bak lagu Stacy tu..
Dah terkena.. Kena demam cinta..
Aku ketawa sendiri dengan tiba-tiba. Siapa yang tak pelik bila tengok aku ketawa tiba-tiba je kan? Macam tu jugak la reaksi Shark, dia pandang aku dengan dahi yang berkerut. Comel pulak muka dia bila dia buat macam tu.
“Awak okey ke?” dia tanya aku. Aku angguk. Nak kata okey tu, tak berapa. Sebab bila aku ada depan dia je, aku rasa macam tak keruan. Tapi bila dia tak ada depan mata aku, lagi la aku tak keruan! Aku pun pelik dengan perasaan aku sekarang ni.. Memeningkan sampai aku dah nak kena sawan!
"Senyum dibibir hati terluka.. terasa hiba siapa yang endah.. luka di hati tak siapa yang tahu.." kata Shark dengan perlahan. Aku menjuihkan bibir, tiba-tiba je si Shark ni baca puisi yang entah mana dia cedok, aku pun tak tahu.
"Jiwang.. Jiwang.." Shark tersengih.
"Rindu orang tak?"
"Tak.."
"Tipu.."
"Tak rindu.." Aku berkata lagi. Dia hanya senyum.
"Kalau macam tu orang balik dulu la.." Dia dah mula hidupkan vespa dia tu. Aku cepat-cepat menghalang, dan serentak itu juga dia mengukir senyuman nakal.
“Tahu takut..” Ujar Shark lagi. Aku tarik muka masam. Sengaja la dia ni nak ugut aku, nak uji aku rindu dia ke tak. Memang la aku rindu dia sebab dia la lelaki pertama yang aku rapat sepanjang hidup aku ni.
Erkk.. Ya ke? Macam melankolik sangat je ayat aku kan? Rasa macam tak logik pun ada. Ada ke sepanjang hidup? Tapi sungguh la, Shark lelaki pertama yang dekat dengan aku. Walaupun cuma dua hari dia keluar dengan aku, tapi aku rasa senang dengan dia.
Perangai dia yang gila-gila tu buat aku senang untuk kawan dengan dia. ‘Kawan?’ suara hatiku berbisik. Aku segera menepis.
‘Ya kawan!’ Aku tersenyum sendiri.
“Dah sarapan?” Aku ubah topik. Tak nak la cerita pasal rindu merindu ni. Pagi-pagi hari lagi dah buat drama cinta. Gila betul..
Shark geleng kepala. Alahai.. Kesian, patut la muka pun nampak lesu. Tapi dalam lesu-lesu pun boleh semangat lagi bawak vespa datang rumah aku tu! Tu yang aku tengah pelik sekarang ni.
“Kenapa tak sarapan?” Aku soal dia. Dia geleng kepala.
“Apa yang geleng?”
“Tak nak..”
“Kenapa?”
“Orang nak sarapan dengan awak.” Dia berkata dengan manja. Eii... Mengada-ngada betul la! Ni la akibatnya bila aku manjakan si Shark ni! Mula la dia nak buat perangai nakal dia tu!
Stop it.. Dah besar kan?” Aku buat wajah serius. Dia mengeluh halus. Dia mengurut lehernya. Kasihan.. Mungkin penat.
Aku masuk ke dalam rumah tanpa beritahu Shark. Dia tunggu je. Tak ada panggil aku pun, mungkin dia tahu aku nak masuk rumah kejap. Aku pergi dapur dan bancuh air Nescafe dan keluarkan coklat Toblerone dari peti ais. Lepas tu aku bawak keluar air yang aku dah bancuh tu keluar rumah.
Mama pandang aku semacam. Tapi mujur la mama tak tanya aku ke mana aku nak bawak coklat dan air yang aku tengah pegang ni. Kalau tak, lama la aku nak fikir jawapannya. Kena bukak balik buku rujukan TIPU. Haha..
Dan nasib baik jugak Uda dah terlelap kat atas sofa. Itu pun satu hal jugak. Mesti banyak je dia nak tanya dengan aku. Bagus-bagus.. Aku teruskan langkah ke luar pagar. Shark sedang bercakap di telefon. Aku tunggu dia dengan sabar.
Setelah dia menutup telefon bimbitnya, aku menghampiri dia. “Nah.. Kata laparkan?” Aku hulurkan ais nescafe tu pada dia. Dia pandang aku tak berkelip. Mungkin dia tak percaya aku buatkan air untuk dia.
Hello? Ambil la.. Kata lapar.” Aku panggil dia. Dia tersentak dari lamunan. Kemudian dia sengih.
Thanks awak. Sayang jugak awak dekat orang ek? Ingat tak kisah orang tak makan..” Kata Shark. Aku pura-pura tak dengar.
Aku serahkan coklat Toblerone pada Shark. Dia pandang aku lagi, tepat-tepat ke mata aku. Seolah-olah anak mata dia tu nak beritahu yang dia tengah terkejut tahap nak gila sekarang ni! Aku alihkan pandangan aku. Gila punya pandangan.. memukau sangat. Tak nak la aku tengok!
“Mana awak tahu orang suka makan coklat ni?” Dia pandang aku. Aku terkedu. Dia suka coklat ni ke? Macam tak percaya je! Coklat ni la favourite aku! Tak sangka favourite dia jugak! Sungguh aku tak sangka!
“Saya tahu la.” Aku sengaja nak buat dia fikir, padahal semuanya secara kebetulan je. Dia senyum.
You really concerned about me.. Hemm?” Dia pandang aku dengan senyum meleret. Aku angkat bahu.
No comment.”
Shark ketawa. Dia makan dengan perlahan-lahan coklat yang aku bagi tu. Tepat pukul sebelas, dia terus minta diri untuk balik sebab aku cakap aku ada kerja pukul sebelas setengah. Memang Shark ni memahami..
Aku dah pesan kat dia yang petang sikit aku nak cakap sesuatu benda yang penting. Dia hanya mengangguk dan sempat usik aku lagi.
“Kalau awak perlukan bantuan orang, bila-bila pun orang datang! Even masa tu orang dalam tandas!” Aku tergelak dengar kata-kata dia tu. He’s sweet..

bersambung...

56 comments:

  1. ttbe ske kat shark balik
    ble bace bab ni,,
    haiyaa,,mcm mne nii,,huhu

    ReplyDelete
  2. akak tak sukanya dengan am...kenapa akk automatik mencebik bila baca dia hantar mesej yang terlalu romantik kat si misha. ahahaha.

    hebat gila kak kiah! nak tukang masak mcm tu jugak! teruskan shah! akak suka bab ni.

    ReplyDelete
  3. am still x lei wat org jatoh chenta kat die..at org dekat shark je..hohoho

    ReplyDelete
  4. abisla..watak shark mmg mnjadi igauan.HAHA

    ReplyDelete
  5. hmm, baek nyerr misha, dh start sukekan shark ekk?? i likeee sangat2 laa...

    fiqroul ni.. stop2 la kacau misha.. dh la dh ade isteri, ade hati nak usha2 misha lagi... pe kes?

    Am lak satu hal.. nak romantika2 tak kene tempat betul...

    yang paling penting shark tetap d hati!! ehem2.. ekeke

    ReplyDelete
  6. alahaiii..trase comel plak mamat tuuu..
    mimi tu dh mcm diri sendiri plak..tp bab stone dlm bcinta jela..laen2 tade.

    ReplyDelete
  7. pagi2 shark da makan coklat....hhuhu...siap buat air lg ntok shark....misha da angau da tuuu....

    ReplyDelete
  8. yess,, suwitt,, haha,,

    AM dengan Fiqroul pergi main jauh-jauh.
    btw: orang pun suke coklat. Tetibe. Haha

    Nice~

    ReplyDelete
  9. ala...gulanyer...adoiyai...best tol dpt si shark nie...hahaha...caring gi 2..:p...next bab..:)

    ReplyDelete
  10. Sweetnyer Shark~~~~~ Next entry cepat2 ! :D

    ReplyDelete
  11. oh no..!
    i love shark more than i love my boy..

    ReplyDelete
  12. arrrhhhhhh . sweet sesangat . cair la dgn shark ni .

    ReplyDelete
  13. ade ke tetamu datng x bwak msuk??ayokk..huhu..sharkk,,hu hu hu

    ReplyDelete
  14. sweet nyer shark ngn misha nie...suker lor~~~

    ReplyDelete
  15. yeah!!she's right!!
    "he's SWEET"!!!

    ReplyDelete
  16. -asyik sama je.....cam x best la plak
    -entah2 misha hilang ingatan pasal am x


    ???????????????????????

    ReplyDelete
  17. auw .. like2 bab 7 nie ! coz ad something yg dc nk highlight . prktaan "ungu" dan "coklat" yeah2! lve 22! suke sumeeee .. sweetttt

    ReplyDelete
  18. wah!! menarik la cite nie...
    sweet sgt....xsbr tggu new entry...
    cpt la smbung

    ReplyDelete
  19. saya nak amik Uda lah, leh tak? spesies abang penyayang betullah dia tu~

    ReplyDelete
  20. sweetnye la si shark nih...saye mauuuu~

    ReplyDelete
  21. hhmm .. UDA .. seorg abg yg baik .. ciri2 abg yg diidamkan .. hahahaha .. toblerone !! .. seriusly .. favourite aq tu !!! .. sedap gilak !! .. perhh .. cayalah .. haha .. 0ke br0 !! .. bab seterusnya .. hope lebih better and ayat yg lebih best ! yg leh uad org gelak s0rg2 .. hehehe... chaiy0k !!! aja aja fighting ! ;)

    ReplyDelete
  22. Shark suka toblerone! Tiba-tiba rasa nak makan jugak! ;D

    ReplyDelete
  23. bukak2 da bab 7 .. main laju lg ~ haha
    shark sweet gilak ! bila la dowg nk sah jd kapel ni ?? *wait n wait~ muahaha :P

    ReplyDelete
  24. kua3~ luv watak shark...
    nvl ni laen pngglan..xpenah ada nvl yg wt nama pgglan 'orang'(stahu i la..)but dis one...respect dowh wazrul shah!!!

    ReplyDelete
  25. sweeeeeeeetttttttttttttt lerr sharkkkkk !! suka sgt2 .. shark is better than am .. dr mata kasr buat msa skrg .. hhe .. even shark baik cm budak2 .. tp dia baik n understanding . drpd am ,, like matang tp x mhami lngsng .. tp loikes dis statement "am sayng mimi" !! haha .. agak kembang kecut kjap lerr my nose nie .. hahaha :P tp kann best lau dpt tuka am p shark .. so MANISSSS :p ,, bila smbungan nyew nie ? cantekk la shahh !! memenuhi citarasa raykat sungguh !! hahaha :) :) keep it up bebbss ! hwaiting boyy !

    ReplyDelete
  26. hohohohoo~~~nak shark ngn misha k~~~ xmo am or fiqroul....jauhkan mereka dari misha n shark....wink3~~~

    ReplyDelete
  27. sweeeeetnyeeee~~~~
    nk lagi incik writer...
    skit sgt kemanisan diorg nie..hehehe...

    ReplyDelete
  28. agak2 ada tak org mcm nie dlm dunia...

    ReplyDelete
  29. huhu,,,mila da mle ske kt shark,,, next entry pliz,,,

    ReplyDelete
  30. toblerone !dh lme x mkn..haha

    ReplyDelete
  31. spe am ni sbnanye.. dy pnh knal misha ke?

    sweet gile shark!

    ReplyDelete
  32. toblerone ?? omgeee~ faviiii ♥ byk2 choc, y toblerone encik author? (:

    ReplyDelete
  33. sweet plak misha ngn si shark nih...

    ReplyDelete
  34. sweet la...
    truskan pejuangan yerk buat
    cikgu subjek cinta....
    ske perkataan org <3 <3
    :))))


    popcorn_qzx@yahoo.com

    ReplyDelete
  35. bnci la dgn fiqroul 2..x abis2 nk nyebok..huh...

    "Am sayang Mimi" ish,klu Misha blh geli..kta lg la geli dgr..meremang tengkuk cam tgk cita hantu lak..kekeke...pa2 un ayt keramat 2 sweet la gak,nyaris jatuh ati..

    so sweet n nice guy la shark 2,understanding tul..

    ReplyDelete
  36. sweet nye shark ni...
    really2 like him...
    luv..luv..luv

    ReplyDelete
  37. swet2...best nye shark nie...
    caring, romantik...lgkap pakej...

    ReplyDelete
  38. btol2..pmpuan x ska d'konkong!
    realiti bkn fntasi..(T'Tbe je) heee....

    ReplyDelete
  39. coklat toblerone...like it to0..

    ReplyDelete
  40. x tau dh nk suke kat sape.... am dgn shark due2 suke... aigooo..... ^^

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.