Thursday, April 21, 2011

Bab 6

KATA-KATA Am masih lagi terngiang-ngiang. Aku agak dia ni mamat gila la.. Ikut sedap kari ayam je dia kata dia pernah jumpa aku. Sedangkan muka dia pun aku tak pernah nampak sebelum ni. Datang tiba-tiba...
Aku memarkir kereta aku dekat halaman rumah. Kereta Uda ada dekat halaman, maksudnya hari ni Uda tak kerja la tu. Habis la aku.. Mesti ada je kena kacau dengan Uda ni.. Bukan aku tak tahu perangai si Uda tu, asyik mengusik je kerjanya. Dia tak sah kalau tak usik aku!
Aku memulas tombol pintu. “Ha! Adik Uda dah balik!” Suara Uda dah kedengaran walaupun aku baru je melangkah setapak. Aku tersenyum memandang Uda. Dah hampir dua bulan Uda tak balik, baru hari ni nampak batang hidung!
Aku duduk bersebelahan Uda yang tengah menonton cerita aksi Hollywood yang baru dia beli tu. Khusyuk je Uda tengok cerita ni, tak berkerdip langsung, sampai aku yang kat sebelah dia ni macam tak wujud je. Aku menguap. Rasa mengantuk pulak!
“Cuti berapa lama kali ni Uda?” soal aku pada Uda.
“Tiga hari je.. Uda dah nak kena fly pergi LA lepas ni.” Beritahu Uda sambil mengunyah biskut kering. Aku mengangguk-angguk. Kalau aku la jadi Uda, dah lama aku surrender!
Siang malam dekat awan je kerjanya. Tak ada kehidupan! Kalau Uda dah kahwin nanti, sah-sah la isteri dia bosan sebab kena tinggal je!
“Dua bulan tak balik, cuti tiga hari je?” Aku seakan-akan tak berpuas hati dengan pekerjaan Uda. Uda ketawa.
“Nak buat macam mana lagi Mimi? Uda ikut je.. Kerja dengan orang.. Biasa la.” Aku tak tahu nak jawab apa.
“Suruh kerja dengan mama tak nak..” Ucap aku. Uda geleng kepala.
“Macam la Mimi tu nak kalau kerja dengan mama..” Aku tersengih. Aku memang macam ni.. Mengaku dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih!
“Mimi sebab minat jadi doktor gigi.” Aku tak mahu kalah. Uda mencebik.
“Macam la Uda tak minat jadi pramugara.” Uda memprotes. Kami sama-sama ketawa. Sudahnya kami berdua diam. Memang aku dengan Uda ni satu kepala.. Kami selalu berdebat, tapi nanti dua-dua ketawa sendiri. Pelikkan?
“Uda dengar tak lama lagi mama akan dapat menantu.. Betul ke?” Uda bersuara, matanya masih lagi pada skrin televisyen. Aku mengerutkan dahi aku.
“Apa dia Uda?” Aku meminta Uda mengulangi kata-katanya.
“Uda dengar mama nak dapat menantu. Betul ke?” Uda ringkaskan soalan dia.
“Kan mama dah ada menantu. Tu kak long tu bukan menantu dia ke?”
Aku pelik. Apa la yang Uda nak cakapkan sebenarnya ni? Kemudian aku dapat tangkap apa yang Uda nak cakapkan. Aku bersorak girang.
“Yeay!! Uda nak kahwin eh?” Uda pandang aku semacam. Aku menekup mulut. Eh.. Salah ke aku cakap? Habis tu siapa? Takkan aku kut? Aku sah-sah la tak ada calon.. Angah kut?
“Angah?” Uda menggeleng. Aku garu kepala, tudung yang aku pakai kat kepala segera aku buka.
“Tak pandai la main teka-teka dengan Uda ni.” Aku mengalah. Uda ketawa. Alat kawalan jauh yang berada di sebelahnya diambil. Dengan segera dia menekan butang ‘pause’.
“Siapa yang keluar dengan adik Uda ni pakai vespa biru? Siap pakai baju sama lagi..” Uda senyum mengusik.
Wajah aku dah membahang. Siapa yang beritahu Uda ni? Takkan mama kut? Tapi mama tak nampak yang Shark pakai skuter warna biru. Macam mana Uda boleh tahu yang aku keluar dengan Shark pakai vespa warna biru?
“Jangan tengok Uda macam nak telan.. Uda nampak..” Aku terjeda.
“Kan Uda kerja..”
“Memang la Uda kerja.. Tapi masa tu ada off sehari. Kan Uda kalau off sehari tak balik rumah. Uda ada nampak Mimi hari tu. Ingatkan nak panggil, tapi tak nak la kacau pasangan yang tengah hangat bercinta!” Usik Uda. Aku mendengus geram.
“Pandai-pandai je kata orang bercinta.. Mimi dengan dia kawan je la!” kata aku. Uda tergelak-gelak.
“Gaya cakap macam la Uda percaya..”
“Wahai abangku Muhamad Zafri.. Terpulang pada anda kalau tak percaya.” Aku sengaja sebut nama Uda. Geram betul aku.
“Wahai adikku Misha Zafrina, jangan la anda berdusta.. Buruk akibatnya.” Uda ketawa.
Aku mengetap bibir. Kalau macam ni sampai bila pun tak habis, Uda mana reti nak mengalah.. Dah la suka berdebat dengan aku! Nak mengalah untuk sekali dua pun dia tak nak! Maklum la.. Anak bongsu lelaki la katakan..
“Terpulang la pada Uda.” Aku malas nak berdebat lagi.
“Apa yang bising-bising ni?” tegur mama daripada dapur. Aku mendekati mama. Bahu mama aku peluk.
“Ni Uda ni mama.. Dia kata Mimi bercinta.” Mama menggeleng-gelengkan kepalanya. Uda dah tekan butang ‘play’ balik dan bagi sepenuh perhatian kat skrin.
“Bukan betul ke? Anak mama dengan budak nama Shark tu..”
Mama tersenyum-senyum. Uda cepat-cepat pandang mama. Keningnya terangkat sedikit, tu tak lain tu dia tunggu mama ceritakan dengan lebih lanjut la tu! Tahu sangat perangai Uda ni!
“Siapa Shark tu mama?” Uda berminat nak ambil tahu. Sibuk betul!
“Bakal menantu mama.” Selamba mama berkata. Aku menjerit.
“Mama!” Mama ketawa.
“Sejak bila mama kasi greenlight ni?” Uda angkat kening tanda tak percaya. Tengok? Uda sendiri tak percaya dengan sikap mama sekarang ni. Dah jadi sporting gila!
“Mama dah lama kasi greenlight.. Tapi kena tunggu semua kerja sendiri dulu.. Faham?” Mama memintas. Uda mengangguk, kemudian Uda tersenyum.
“Kalau Uda bawak balik girlfriend Uda boleh mama?”
Bawak balik, kenalkan kat mama, terus meminang.” Tegas mama berkata. Aku lihat Uda sedang menelan liur, aku ketawa. Gasak la Uda!
“Belum masanya lagi mama nak terus minang.” Uda membantah kata-kata mama.
Aku tak ambil tahu hal ni. Janji hal aku dengan Shark tadi dah habis dibahaskan. Kalau Uda petik lagi cerita tentang aku dengan Shark, nahas la Uda!
****
“BANGUN Mimi.. Ada ke patut tidur waktu orang tengah borak-borak ni.” Uda menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku menggosok-gosok mataku. Mengantuk rasanya. Tak sedar pulak boleh tidur.
“Mengantuk la..”
“Kalau mengantuk pergi masuk bilik tidur sana.” Saran Uda. Aku pusing sebelah, mama dah tak ada sebelah aku. Ke mana mama pergi?
“Mama mana?”
“Telefon Shark.” Usik Uda. Aku mencebik. Bosan la kalau asyik kena usik je! Lama-lama aku jadi gila!
“Tolong la Uda..”
“Tolong apa? Tolong pinangkan Shark untuk Mimi?” Uda tersengih. Perangai senget Uda dah datang dah..
Mana la Uda belajar yang perempuan pinang lelaki. Aku malas melayan, segera aku bangun dari sofa dan melangkah menaiki anak tangga. Lebih elok aku membersihkan badan aku dulu. Waktu makan malam pun dah nak dekat.
Aku tinggalkan Uda yang sedang bersandar pada sofa. Ada abang pun sama je bantai gelakkan aku. Geram aku!
****
SETELAH membersihkan badan aku, aku baring di atas kerusi yang ada dalam bilik aku. Aku tunggu azan berkumandang untuk solat maghrib, sambil-sambil tu sempat la aku mengelamun.
Kata-kata Am pada petang tadi betul-betul buat kepala aku kusut. Dia kata dia pernah jumpa aku.. Tapi aku rasa aku tak pernah jumpa dia pun! Apa yang buatkan dia konfiden gila sampai cakap dia pernah jumpa aku dan aku tak pernah nak layan dia!
Kepala aku pening la kalau fikirkan soal ni.. Minggu lepas Shark, sekarang Am pulak? Lepas ni siapa? Chicken? Frog? Pm? Macam-macam je la masalah yang melanda aku ni. Kenapa mesti diorang nak kacau aku?
Kalau Shark aku tak berapa nak kisah sangat.. Mungkin cara Shark layan aku kut yang buatkan aku rasa dia tu lebih baik dari Am. Tapi entah la.. Aku kenal Shark dua hari je.. Kenal Am sehari.. Memang tak adil la kalau nak buat penilaian terus macam ni.
Aku bangun dari kerusi dan mengambil telekung. Azan dah berkumandang, lebih elok kalau aku solat sekarang. Kejap lagi ada jugak mama aku membebel..
Mama tak suka aku lengah-lengahkan waktu solat. Dan aku sendiri pun tak suka nak lengah-lengahkan waktu ni. Berdosa!
Baru saja aku betulkan telekung, telefon bimbit aku berbunyi. Eii!! Geram betul la! Aku nak solat pun nak call aku ke? Tapi kemudian aku sedar, mana la orang yang call aku tu tahu yang aku nak solat time ni.. Hai Misha..
“Assalamualaikum.. Ada apa?” Aku berkata dengan lembut sekali. Harus cakap perlahan-lahan waktu nak solat ni.
“Waalaikumussalam.. Ganggu ke?” Aku mendengus. Gila ke tak ganggu? Mesti la ganggu beb.. Tiba-tiba je telefon, cuba la kasi mesej dulu ke nak call... Boleh jugak aku sedia, ni telefon out of the blue!
“Ada sikit.” Jawab aku, jujur. Malas nak borak lama-lama. Aku takut nanti waktu maghrib habis pulak. Lagipun,aku tak tahu dengan siapa aku tengah bercakap sekarang. Aku pakai bedal je layan. Entah siapa-siapa je..
I’ll call you later.. in fifteen minutes. Assalamualaikum..” Sejurus itu talian terus dimatikan. Aku terpinga-pinga. Eh.. Kenapa senang-senang je dia putuskan nak telefon aku dalam lima belas minit lagi? Siapa dia aku pun tak tahu sekarang ni!
Rasanya aku dah serik la nak kasi nombor peribadi aku dekat kad perniagaan aku.. Susah la kalau macam ni, telefon aku ni asyik dapat panggilan masuk je! Kalau panggilan masuk untuk dapat duit tak apa la jugak..
Ni dapat panggilan yang pelik-pelik je.. Nak kenal la.. Itu la.. Memang sah la gigi masing-masing nak kena cabut! Tak tahu ke aku doktor gigi yang paling mafia dekat Johor ni? Aku mendabik dada..
Kemudian aku tersedar.. SubhanaAllah Misha..Sempat lagi kau riak macam ni waktu nak menghadap Tuhan? Aku segera beristighfar, dengan segera aku membetulkan semula sejadah dan telekung. Tanpa membuang masa, aku terus menunaikan solat. Sudah banyak waktu yang terbuang.
****
AKU menyandar pada katil aku. Perut pun sudah kenyang, aku melihat pada jam di pergelangan tangan aku. Dah nak pukul sepuluh malam. Tapi aku hairan, lelaki yang telefon aku tadi masih tak telefon aku semula..
Katanya lima belas minit, ni aku rasa dah nak hampir dua jam dah.. Bukan la aku tunggu sangat panggilan daripada dia tu, tapi mana la tahu kut-kut dia call aku masa aku tengah tidur? Lagi la aku bengang kalau dia telefon aku waktu macam tu!
Aku mengambil novel yang berada di rak buku aku. Novel tulisan Adra Adlina benar-benar membuatkan aku tertarik.. Ada dua faktor rasanya kenapa aku beli novel ni.. Pertama sekali, nama penulis novel ni sama macam nama Angah yang tengah gigih belajar kat oversea tu.. yang kedua pulak sebab jalan cerita yang diketengahkan..
Memang aku mengaku yang aku ni memilih sikit dalam bab-bab beli buku. Aku memang tak akan ambil novel yang jalan cerita dia klise, baca sikit dah boleh agak akhirnya macam mana. Tapi novel hasil Adra Adlina ni unik sikit..
Ku Persembahkan Hati..
Ya.. Aku persembahkan hati aku untuk Shark. Opss! Kenapa Shark? Aku ketawa sorang-sorang. Jadi gila la bila layan perasaan sorang-sorang macam ni. Aku menarik nafas dalam-dalam.
Sehelai demi sehelai aku baca novel ni, sambil tu aku jengah jugak iPhone aku yang tak berbunyi langsung. Aku tunggu jugak Shark mesej aku. Tapi mamat tu sungguh la menyakitkan hati! Merajuk pulak dia! Baru je aku nak merajuk dengan dia, dia merajuk dengan aku balik.. Haru!
Tiba-tiba rasa sejuk pulak badan aku sekarang ni, aku cari air-cond remote controller kat tepi-tepi katil aku, bawah bantal, bawah selimut. Tak ada.. Mana la perginya remote control ni. Leceh betul la nak bangun. Aku membebel.
Serentak dengan itu, telefon bimbit aku berbunyi. Aku malas nak angkat sebab dalam kepala otak aku ni tak boleh fikir apa sebab tengah sejuk tahap nak gila dah! Aku merungut-rungut. Mana la remote control ni! Leceh betul la!
Telefon bimbit aku berbunyi untuk kali kedua. Aku dah bengang. Sakit hati betul sebab aku sekarang ni dah macam duduk dekat Kutub Utara je! Mengigil! Tolong la remote, tolong la remote.. Menjelma la kau depan mata aku!
Akhirnya aku jumpa remote control tu kat atas meja belajar aku. Macam mana la aku boleh lupa yang aku letakkan remote control tu kat atas meja semalam? Gila la Misha.. Amnesia dah menyerang kau ni.. Semua benda dah lupa.
Setelah merendahkan sikit suhu, aku kembali bersandar pada katil. Panggilan yang masuk tadi terus hilang daripada ingatan aku. Entah siapa yang telefon aku tadi, aku pun tak tahu la..
Pintu bilik aku kena ketuk. Dengan segera aku bangun dan membuka pintu. Mama tengah menatang dulang yang berisi air susu dengan biskut untuk aku. Hish mama ni.. Dah berapa ratus kali aku pesan dengan dia supaya berhenti hantar makanan kat bilik aku.
Nanti orang lain ingat aku dera mama aku pulak! Sedangkan aku tak kasi mama sentuh semua kerja-kerja dapur ni. Mama degil sikit! Dia nak jugak buat kerja dapur.. Tolong Kak Kiah kat dapur.
Dulu ada dua maid.. Sekarang dah tinggal satu, mama tak betah dengan maid yang sorang lagi tu. Entah la.. Sebab apa aku pun tak tahu.. Tak sempat nak tanya kenapa Kak Limah tiba-tiba je letak jawatan.
“Minum susu ni dengan habiskan biskut ni Mimi..” Arah mama, aku mengeluh. Lemahnya la aku bila minum susu ni. Gaya dah macam budak kecik je kena minum susu tiap-tiap malam!
“Mama.. Mimi bukan budak-budak lagi.. Tak nak la..” Aku memprotes. Mama memandang aku dengan tajam. Aku tak jadi bersuara. Ikut je la apa yang mama cakap, malas aku nak membantah, nanti aku bersuara sikit mama kecil hati. Jadi lebih baik aku diam je..
Aku teguk air susu tu dengan cepat. Mual je tekak bila telan air susu tu. Setiap malam macam ni. Mama tak pernah lupa pun.. Kadang-kadang aku pulak rasa rimas, tapi nak buat macam mana kan? Mungkin mama nak bermanja dengan aku sebab anak-anak dia yang lain semuanya sibuk!
“Bagus.. Macam tu la anak mama.. Cepat nanti Shark masuk meminang.” Mama sempat mengusik. Aku mencebik. Sempat lagi nak usik aku mama ni!
Setelah mama beri aku air susu dan biskut, mama turun semula ke ruang tamu, aku kembali membaca novel tadi. Dah sampai part best.. Ni yang aku suka ni!
Hey baby.. I think I wanna marry you..
Telefon bimbit aku menyanyi. Aku cepat-cepat angkat.
“Ha.. Assalamualaikum..” Sapa aku.
“Waalaikumuusalam. Maaf la.. Tadi saya ada kerja sikit..” Suara lelaki yang telefon aku tadi memecah gegendang telinga aku.
“Ni siapa?” Aku terus tanya. Malas nak layan kalau aku tak kenal.
“Rahsia.”
“Saya tak layan orang yang ada secret identity ni.. Baik saya layan mamat bangla dari layan lelaki pengecut yang tak mahu beritahu identiti dia ni.” Aku memprovok. Tawa yang panjang kedengaran di corong telefon.
Sue me..”Aku mengangkat kening.
For what?” Aku bertanya. Lelaki itu ketawa lagi. Kalau ketawa je, mesti Fiqroul! Aku menebak!
Salah aku jugak sebab tak simpan nombor Fiqroul! Kan sekarang aku dah tak tahu siapa yang call aku! Tapi yang pasti, lelaki yang call aku sekarang ni bukan Shark! Kalau Shark, maka tumbuh la bunga kat hati aku ni dengar suara dia yang comel tu!
I steal your number.” Aku mendengus. Beraninya dia membuat pengakuan macam tu!
See me in court..” Serius aku berkata.
See me in mosque.” Aku dah jadi makin pelik. Kenapa apa yang dia cakap ni berbelit-belit? Dah macam ular kena palu dah!
“Untuk?” Dengan nada blur aku bertanya.
“Kahwin.. Jumpa tok kadi dekat masjid.” Novel yang berada kat sebelah tangan aku serta merta tercampak bahana aku terkejut sangat. Memang gila la.. Aku dah tak boleh nak teruskan perbualan lagi aku rasa..
I’ve to go.. Saya tak layan orang yang merepek macam awak ni! Minta maaf...” Belum sempat aku tutup talian, lelaki tadi menyampuk cepat-cepat.
“Eh Mimi.. Ni Am la!”
Mimi? Berani dia panggil aku Mimi? Hanya keluarga aku je yang boleh panggil aku Mimi, selain daripada keluarga aku, aku tak benarkan orang lain panggil nama aku Mimi! Termasuk la kawan baik aku! Aku tak pernah kasi lesen pada kawan baik aku untuk panggil aku Mimi!
Bagi aku.. Nama Mimi tu nama manja dekat rumah dan tak boleh nak disebut sesuka hati.. Perlu diucap oleh ahli keluarga saja! Kalau selain daripada ahli keluarga, jangan harap nak panggil aku guna nama tu!
“Am?”
“Ya..”
“Mana dapat nombor ni?”
“Kad.” Mudah saja alasan Am. Aku mendengus. Aku dah kata tadi, lepas ni memang la aku kena tukar nombor.
“Siapa suruh call saya?” Aku nak marah tapi belum sampai tahap maksimum la..
“Saja.. Tak boleh ke?”
“Tak boleh.. Sekarang waktu berehat saya..” Aku bagi alasan. Tapi memang betul pun sekarang ni waktu rehat aku! Aku memang tak suka orang lain ganggu waktu aku berehat sekarang ni!
Kalau aku tahu yang Am call aku mula-mula tadi, aku dah ignore panggilan dia. Tapi semuanya dah terlambat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Aku geleng kepala. Sempat lagi aku jadi Karam Singh Walia waktu tengah stress tahap gaban ni!
“Tadi saya call awak okey je.” Am bersuara lagi. Aku menarik nafas, dan menghembuskannya kuat-kuat.
“Itu tadi.. Sekarang lain!” bidas aku. Am ketawa.
“Awak dah lukakan hati saya.” Perlahan dia berkata. Aku tak membalas. Malas la aku nak layan lelaki buaya macam si Am ni! Dari petang tadi sampai ke malam! Asyik ganggu je! Tak tenteram betul la hidup aku macam ni!
“Hati saya yang terluka ni umpama besi bengkok tau! Walau diketuk susah nak balik semula pada bentuk asal.” Tutur Am, romantis kedengaran di telingaku.
Tapi apa yang dia ucapkan tu macam tak boleh nak terus masuk dalam kepala aku la.. Beza sikit dengan Shark. Kalau Shark dia cakap lain sikit, sampai kadang-kadang bergetar jantung aku ni!
“Kalau susah nak balikkan ke bentuk asal, buang je la hati tu.” Aku bagi cadangan. Sengaja aku loyar buruk, kalau rasa nak lawan siapa lagi kuat loyar buruk, jom la! Misha Zafrina tak takut la!
“Tak boleh buang sebab hati saya dah terpaut pada seorang makhluk Tuhan yang sempurna sifatnya.” Ujar Am lagi. Aku terkedu. Kali ni aku dapat rasa yang dia bercakap terus dari hati.
“Ada saya peduli?” kata aku. Am tergelak.
“Tak peduli tak apa.. Tapi saya akan pastikan yang awak akan peduli dengan saya nanti.. Ni janji saya..” Seram sejuk aku dengar ayat tu. Dialog filem seram ke dia cedok ni? Gila punya ayat la..
“Sakit ke?” Aku terus bertanya.
“Sakit gigi..” Aku ketawa. Tu tak lain nak sindir aku la tu!
“Jangan nak menipu la Encik Amirul Hazim..” Aku sebut nama penuhnya. Am diam. Suasana jadi sepi seketika. Bunyi alat penghawa dingin je yang kedengaran.
“Sungguh! Tak tipu.. Sakit gkasigi dan sakit hati.”
“Cabut je semua gigi tu.” Aku mencadangkan. Kalau dia nak cabut, aku boleh je cabut, walaupun gigi dia lawa semua. Senang sikit dia dah tak kacau aku bila dia dah tak ada gigi nanti! Aku ketawa.
“Nanti senjata utama saya habis la..” Keluh Am. Aku kerut dahi.
“Senjata pebenda?”
“Senyuman dan gigi. Kan tadi awak cakap yang gigi saya ni cantik, siap puji saya lagi.. Suka saya! So.. Saya tak nak la cabut senjata saya ni.. Ni je senjata yang saya ada untuk pastikan awak cair dengan saya!” Sungguh-sungguh Am berkata.
Aku geleng kepala. Kalau Am ada depan mata aku sekarang ni, aku rasa dah lama aku baling lampu tidur aku kat muka dia. Biar pecah lampu tidur ni dekat muka dia. Cakap guna lutut la si Am ni. Isy! Aku mendengus.
“Tak ada maknanya.. Syukur la sebab Allah dah kasi anugerah tu kat awak.” Aku bagi nasihat.
Am diam. Sentap ke dengan nasihat aku? Seronok jugak ek bagi nasihat kat orang! Patut la masa tu Shark asyik senyum je masa i aku nasihat.. Mesti dalam hati dia bantai gelakkan aku!
“Mimi tak ingat Am ke?” Dia menukar panggilan. Aku garu kepala.
“Mimi? Misha.. Mimi tu keluarga je boleh panggil okey!” Aku bagi penerangan cukup-cukup kat Am. Am mendengus.
You really have forgotten me..” Kedengaran kecewa saja nadanya. Aku pening sekejap.. Rasa macam nak pengsan. Aku lupa dia? Memori aku banyak lagi ni.. Macam mana aku boleh lupa? Kalau aku pernah jumpa dia, aku akan ingat!
Masalahnya sekarang, aku tak pernah jumpa dia pun! Jadi macam mana timbulnya isu yang aku lupakan dia? Nak cakap aku ni berlagak ke? Cakap la! Aku tak kisah, sebab aku tak kenal pun Am ni siapa!
“Hermm. Dah malam.. Esok Am call Mimi lagi.. Mimi tidur elok-elok ya.. kalau ada masa tu berdoa la supaya ingatan Mimi tu pulih dan dapat ingat Am semula.” Ujar Am. Kata-kata Am tu umpama panahan petir pada aku. Kenapa Am cakap macam tu?
“Assalamualaikum Mimi.. Am sayang Mimi.” Sejurus itu talian terus dimatikan.
Aku termangu. Betul! Sungguh! Kelu! Aku terjeda! Nak cakap apa lagi? Aku rasa sekarang ni aku dah jadi macam manusia yang kena sumpah dengan Medusa yang rambutnya banyak ular tu! Boleh percaya ke kata-kata Am tu? Aku lupakan dia?
Dan rangkap akhir ayat dia tu yang buatkan aku tak keruan. Am sayang Mimi.. Aku makin kusut memikirkan! Apa yang sedang melanda aku sekarang ni? Aku betul-betul tak faham!
Aku terjaga dari lamunan bila telefon aku berbunyi lagi. Dengan perlahan-lahan aku mengangkat.
“Hmm?”
“Siapa?” Soal aku, dingin.
“Sedihnya tak simpan nombor orang!” Serta merta aku bangun dari katil.
Shark!! Akhirnya! Setelah seminggu dia menyepi, baru sekarang aku dapat dengar suara dia semula! Rindunya!! Eh.. Rindu Shark ke Misha? Suara hati aku bertanya. Aku tersengih.
Sorry! Saya simpan. Cuma tadi tak tengok nama.” Aku bagi alasan yang agak relevan la..
“Ya la tu.. Orang tahu la orang tak hensem macam abang Fiq awak tu.. Sebab tu tak nak simpan nomborkan?” Aku tergelak. Shark ni suka betul kaitkan aku dengan Fiqroul, cemburu ke?
Hensem.. Siapa kata awak tak hensem?” Aku memuji dia. Shark ketawa.
“Orang rindu gila dekat awak!” Ucapnya. Aku macam nak balas kata-kata dia..’Saya pun..’ Tapi aku tak berani nak cakap. Biar la.
“Senyap je? Tak rindu orang ke?” dia soal aku. Aku tetap diam.
“Orang nak jumpa awak esok.. Pukul sepuluh tunggu depan rumah.” Aku fikir dua kali. Esok aku kena pergi klinik aku! Macam mana pulak nak jumpa dia?
“Saya kerja la esok awak..”
“Kata kerja tanam anggur?” soalnya. Aku ketawa. Dia percaya rupanya dengan kata-kata aku tempoh hari.
“Tak la.. Saya tipu je.”
“Dah agak.. Sekejap je.. Orang nak jumpa sekejap je. Boleh?” pintanya. Aku tak tahu nak jawab apa. Setuju je la! Pandai-pandai la aku susun jadual patient aku esok! Tak apa! Esok pembantu aku dah habis cuti!

BERSAMBUNG

58 comments:

  1. Yay! Suka nama Misha! *tetiba!
    Hahaha...Am dgn Shark! Berebutlah anda!

    ReplyDelete
  2. seriuss,,ske glerr kat am!!!
    i likee!!!!
    bestt,,bestttt
    sharkkk pun ok gakk,,
    adehh susah plk nk wat plihan,,huhu

    ReplyDelete
  3. hwaaaa,,
    asl owng scond lg komn??
    uhuk88,,asyik lmbat 3minit jek dri kak moon,,
    smlm pun lmbat 3mnit gakk,,uhuhu
    vrus slow 3minit laa era nii,,hehe

    ReplyDelete
  4. misha pun dah ske kat shark ea .??

    ReplyDelete
  5. @syera, misha cuma suka gitu2 je.. maklum la.. baru kenal kan.. Kita tunggu je nanti apa jadi!

    ReplyDelete
  6. horeyy.. ade jugak shark bab nii.. suke3, terubat rindu dgn shark.. tp, si Am tu apsl gatal semacam jekk.. aishh! thinks postive.. mybe kawan misha..

    shah, next!!! ^__^

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. sye mau shark ngan misha...huhuh...spe am???tnda tnyer tol...cpt2..next bab...:p

    ReplyDelete
  9. yeahhh,,shark dah mai balek...

    ReplyDelete
  10. bagusnya misha suka dekat shark! suke2... aha, am anda tak akan menang(gelak jahat). akak nak tengok betapa tegasnya shark dalam memastikan misha jadi milik dia :D

    wah! terima kasih promote novel akak.

    ReplyDelete
  11. am dan shark..huhu
    mcm cinta 3 segi pula..
    misya..tetplah suka shark tu..^-^

    ReplyDelete
  12. pergh asl le ngn si am ni?? spe sbnrnye dia??? haish... nsb bek shark dh de blk... ;)

    ReplyDelete
  13. misha da mula merindui shark...hee suke2....mane shark pegi nie?? cepat2 munculkan diri...cian misha tggu....

    ReplyDelete
  14. grr suke part saling merindu tuh ^^
    sgt la gula (:

    ReplyDelete
  15. orang x suke am...gggrrrrhh..hohoho..

    ReplyDelete
  16. am dgn misha ney mcm ad sjrh silam je...
    plik gk...
    pape pn...
    misha & shark mmg bez..

    ReplyDelete
  17. walawei...asal bab 6 abes smpai kt situ...
    x sbr nk jmpe shark esk..hihii....
    aishh..am nie makin pelik..
    pkwe lame ke ape?

    ReplyDelete
  18. Am menyibuk je la. Ishhh~ Kasi Shark lebih sikit xD

    ReplyDelete
  19. no 1:citer ni makin best
    no 2:x sbr nk taw spe sbnrnye am pda mimi
    no 3:cepatla n3 baru!!!nk shark n mimi plak!!!
    hehehe....

    ReplyDelete
  20. smbg cpt. . . :P
    lub ur novel. . .

    ReplyDelete
  21. okeh, misha,,dah lepas rindu kt jerung,,eh eh shark~huhu

    ReplyDelete
  22. tlgla jgn wat ending misha ngn am ek. :)

    ReplyDelete
  23. emm..dh settle dr bab 1...
    meh sini dgr hakak nk berkata..
    keseluruhan ok...nice story..
    tp Am tu muncul tetibe jer.dua2 pn tetibe je nk suka.mcm laju sgt la sukanye tu..tp jgn risau..kurang sket je.ok laaa... :)

    ReplyDelete
  24. am ni sape?? muncul tetibe.. pening pale pikir... anyway truskan ..

    ReplyDelete
  25. yeay!! shark dh kembali !! huhuhu

    ReplyDelete
  26. akhirnya muncul jugak Shark...
    hehehe..

    ReplyDelete
  27. memang patut pon misha laan am cam 2
    but,who am?????

    ReplyDelete
  28. auww . xley jd niee . sume org da glekn shark ! wuah ! tpkn .. sy prsan la..lau ad prktaan"org" je..da ley cam spe dy ..kt dnia realiti pn..da ley agk .. sang truna yg slalu gnekn prktaan "org" . ehem2

    ReplyDelete
  29. sapa ek Am tu? kalau betul Mimi dan Am pernah berkawan, nape Mimi tak ingat sapa dia? I wonder...

    ReplyDelete
  30. nak Misha date ngn Shark lagi. Hehe ;D
    so sweet~

    ReplyDelete
  31. hhmmmm .. pelik jap .. !! hhmm .. but .. i like UDA !! .. pramugara ?? napa xpilot ? aq suka sgt pilot !!! suka gilak2 ... hope nnt dpt knl ngn pilot .. hehehe .. jdi abg angkt puwn oke .. hehe..
    am .. sorg yg .. pelik + rahsia + mysteri ..
    shark .. funny + mysteri + rahsia + pelik gak .. bnyk persamaan .. but .. satu je yg bezakan dorg .. renung2kan laa .. hahaha

    hope misha xpenink !! hahaha.. so .. chaiy0k !! aja aja fighting !!

    ReplyDelete
  32. yeahhhh!!! shark daa muncul.....suka2...

    ReplyDelete
  33. good2,misha dh mla skakan shark...cute..

    ReplyDelete
  34. hua3..shark de best!!!
    nape la am nyibuk eh...
    but i'm curios..sape am eh??korang yg taw..jwb jgn x jwb..hu3

    ReplyDelete
  35. wahh !! suka sgt part yg ngam2 jerr shark dtg !! mey penah ase saat cmtuhh .. ase epy gilerr !! tapi am ,, mm .. sian kt shark ,, dew psaing .. uhue :( chaiyok sharkk.. u can do it babyy !! miahahaha :P <3

    ReplyDelete
  36. 0pss .. lupa .. suka part UDA jugakkss !! bajet kowt ... PRAMUGARA GITUUU ~~ suka sgt2 .. then uda open minded ,, love..love..love .. nk minx jd abg gakk lh ! hahahha :P

    ReplyDelete
  37. knape ttba mimi jdik femes ek...cam der smthing jer...

    ReplyDelete
  38. rsenyer kn am msty de kaitan ngn misha 2,,, n msty ade bnde yg brlaku dulu,,, n mybe am 2 da brubh personaliti smpi misha dah x cam dye lg,,, ye ye,,, shark da kmbli,,,:)

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. each chap make me feel impatient 2 read more...huhu....

    ReplyDelete
  41. why so many mysterious characters...cnnt expect what happen next..like puzzle..hahahaha..bt keep it up..like the story..

    ReplyDelete
  42. why so many mysterious characters...cnnt expect what happen next..like puzzle..hahahaha..bt keep it up..like the story..

    ReplyDelete
  43. misha kena amnesia yg teruk ke sampai am kata cam tu??

    ReplyDelete
  44. am penyibuk...
    xsuke die..
    mcm fiqroul da perangai..
    better shark..
    author plizz pstikn misha dgn shark ye.. hoho..

    ReplyDelete
  45. wahhh siapakah am yg dilupaka mimi tu...
    xpe pergi next chap plak...
    huhu

    ReplyDelete
  46. misha gan am pnh knl ka??
    misteri btul la.,mcm da sjrh ja..
    pa2 un suka shark dh kmbli..hehehe
    nice story.,thumbs up to the writer..:D

    ReplyDelete
  47. shark.. shark... <3<3

    ReplyDelete
  48. so sweet...ske sgt kat shark...
    hahaha misha 2 klu dh ske ckp lh ske...

    ReplyDelete
  49. bosan sikit.

    xtau pe yg shah nk smpaikn kat cni..
    sakit gkasigi, mgkn typing error
    pttla mse 2 shark asyik senyum je masa i aku nsht, mgkn slh gune ayt

    ReplyDelete
  50. shark cool...tp..
    kuat cmburu..
    AM2...

    ReplyDelete
  51. suke shark !!! ta suke am .. ta suke ble am tpom misha .. nk shark ngn misha jgax .. hehe !

    ReplyDelete
  52. sape am sbnr nye??? x sbar nk tau....

    ReplyDelete
  53. Eh, ke Am tu ex Masha waktu zaman sekolah dulu ke?

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.