Sunday, April 17, 2011

Bab 2

KERETA milik Shark tepat-tepat parking di hadapan rumah aku. Agak menghairankan sebab tanpa aku tunjuk alamat aku, dia dah boleh tahu kat mana rumah aku.. Shark ni ada kaitan dengan mama ke? Atau Shark ni memang dah komplot dengan mama untuk kenakan aku?
Daripada tadi aku dah rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Mungkin jugak Shark dengan mama ada rancangan nak kenakan aku! Manalah tahu mama nak jodohkan aku dengan Shark?
Eh.. pandai-pandai je aku buat kesimpulan aku sendiri. Tersedak mama yang tengah sibuk dengan kerja persatuan dia tu. Sungguh kadang-kadang aku rasa jemu jugak duduk dekat rumah.
Mama sentiasa sibuk dengan persatuan yang dia sertai. Along pulak dah kahwin.. Nak berborak dengan Angah? Angah study kat overseas.. Uda? Lagilah.. Uda sentiasa sibuk. Sekejap ada, sekejap tak ada. Maklum je la.. kerja pramugara mana la boleh duduk kat tanah lama-lama. Merantau je kerjanya..
“Awak.. Terima kasih ya sebab hantar balik.” Ucap aku, sekadar berbahasa. Dia mengangguk dan tersenyum. Aku cepat-cepat buka pintu kereta dia sebelum jiran aku nampak yang aku keluar dengan lelaki.
Jiran-jiran aku ni memang kepochi sikit. Ada saja cerita yang nak dijajanya, kalau sehari dia tak bercerita tentang orang lain, memang tak sah.
Dalam sehari mesti dia nak hebohkan cerita sensasi. Kata Melodi, ‘tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.’ Lain pulak kesnya dengan jiran aku ni.. ‘Tingkatkan kontroversi, kurangkan prestasi.’ Tu la dia punya kata-kata semangat. Sabor je la..
“Misha..” Dia panggil aku. Aku pusing. Baru je aku nak masuk rumah.
“Kenapa?”
Thanks..” Aku kerut dahi lagi. Sungguh, aku jadi makin pelik dengan perangai si Shark ni. Dia suka buatkan neuron dalam badan aku ni berserabut. Bercelaru kadang-kadang fikiran aku ni.
“Kenapa pulak?” aku soal dia.
Sepatutnya aku yang kena ucapkan terima kasih kat dia sebab dah tolong aku waktu beg aku kena sambar dengan mamat rambut panjang kat shopping complex tu, belanja aku makan dan hantar aku balik ke rumah dengan selamat.
“Sebab sudi keluar dengan orang walaupun terpaksa.” Aku termangu. Sudahnya aku diam saja. Tadi pun dianggap keluar ke? Aku angguk walaupun aku tak tahu kenapa aku mengangguk. Layankan saja tingkah Shark ni.
Shark tersenyum. “Next time keluar lagi okay? I hope this is not the first and last time we meet.”
“InsyaAllah..” Shark angguk.
“Lagi satu!” aku mula rasa bosan. Banyak betul nak cakap si Shark ni. Tak cukup-cukup dari kedai makan tadi, masuk dalam kereta, sampai sekarang? Asyik bercakap je.. semua benda dia cerita. Even cerita yang aku tak nak tahu pun dia beritahu. Mesra alam betul!
“Kalau ada apa-apa.. Orang telefon mama awak. Okay?” Aku membesarkan mataku. Dia tergelak lantas memecut kereta Myvi miliknya laju.
****
“EH MAMA!” Aku hairan. Bukan ke tadi mama cakap yang dia sibuk dengan kerja persatuan dia? Kenapa sekarang mama boleh berada di rumah pula? Aku semakin hairan. Mama tersenyum memandang aku. Aku angkat kening.
“Mama tak jadik pergi..” Aku mendengus sejurus saja mendengar kata-kata mama itu. Tak jadi pergi pula? Tadi bukan beria lagi kata sibuk? Sampai tak boleh nak ambil aku? Sekarang duduk dekat rumah pulak? Aku membebel dalam hati.
Aku malas mahu bertikam lidah dengan mama, terus saja aku mengatur langkah menaiki anak tangga. Lebih baik aku berdiam diri saja lepas ni, daripada terus tambah dosa asyik bertengkar je dengan mama. Bukan begitu lebih baik?
“Mimi!” panggil mama. Aku memusingkan badanku.
“Mama minta maaf sebab tak dapat ambil tadi. Lagipun tadi lelaki tu beria nak hantar Mimi balik..” Sekali lagi aku terjeda.
Kenapa mudahnya alasan mama? Bukan ke selama ni mama kata dia dah tak percaya pada lelaki? Mama pernah cakap yang lelaki tu semuanya sama saja. Semuanya nak mempermainkan kaum Hawa.
Kalau macam tu, senang je la kalau Shark nak mintak apa-apa? Macam mana kalau tiba-tiba Shark kata nak meminang aku? Adakah mama akan setuju? Sungguh aku tidak berpuas hati dengan sikap mama sekarang ini!
“Dah la mama.. Mimi nak naik atas dulu.” Mama mengangguk saja. Sebalnya hati aku sekarang ni! Hanya TUHAN saja yang tahu. Memang la Shark tak ambil kesempatan kat aku tadi, tapi sikap mama yang sekarang ni yang macam sambalewa..
Dulu mama tak macam ni, cuma sejak akhir-akhir ni je. Sejak mama sertai persatuan dengan beberapa orang wanita yang berpangkat Datin, mama dah macam tak hiraukan lagi tentang aku. Sedangkan aku anak bongsu dia!
Nak harapkan kasih sayang seorang bapak? Memang aku takkan dapat! Aku tak habis fikir, macam mana papa boleh tinggalkan mama semata-mata nak bersama dengan sepupu mama! Sampai sekarang aku tak boleh terima kenyataan tu!
Biarlah orang nak kata aku anak derhaka atau apa.. Tapi memang aku tak boleh terima kenyataan. Semuanya berpunca dari papa sendiri, kalau ada masalah pun.. Selesailah baik-baik.. Ni sampai menjejaskan rumahtangga. Sudahnya, keluarga kami berpecah belah!
Aku menghempas tubuh badanku pada katil. Tanganku terasa lenguh, mungkin juga bahana direntap kuat oleh lelaki yang berambut panjang di pusat beli belah tadi. Hati terasa sakit, tangan pun rasa sakit.
Mujurlah semua barang berharga aku ada.. Aku ukir senyuman. Teringat pula senyuman manis Shark. Belum pernah aku lihat senyuman manis seperti itu sepanjang aku kenal seorang insan yang bernama lelaki!
Gayanya yang mencuit hati benar-benar membuatkan aku terhibur. Shark mempunyai personaliti yang menarik. Renungan matanya saja sudah mengoncangkan dadaku, apatah lagi haruman yang dipakainya.
Sehingga aku yang berada beberapa meter darinya pun rasa tak keruan. Macam apa yang aku katakan tadi, Shark ada aura lelaki buaya.. Sepatutnya dia komersialkan nama panggilannya kepada Croc je. Sama jugak pada jenama selipar yang sedang menjadi trend masa kini.
****
Hey baby.. I think I wanna marry you..
TELEFON PINTAR iPhoneku mendendangkan lagu nyanyian Bruno Mars. Dengan segera aku menjawab panggilan. Sebaik saja aku melihat nama pemanggil yang memanggil aku, aku mengeluh.
‘Nak apa lagi la dia ni?Tak faham bahasa ke?’ Rungutku!
“Hello?” Aku menjawab dengan suara yang dingin. Kedengaran gelak tawa di hujung talian. Adakah lima aksara yang aku sebut ini mencuit hatinya sehingga tercetus tawa?
“Tadi Mimi keluar dengan siapa?” suara itu bertanya lagi. Aku melemparkan pandangan aku ke luar tingkap. Sungguh aku rasa tak tenang sekarang ni, kenapa la mesti ada orang nak pasang mata dengan segala benda yang aku buat?
Tak boleh ke diorang semua jaga hal masing-masing? Kenapa masyarakat Melayu suka ambil tahu hal orang? Itu satu perkara, selepas dah tahu tentang rahsia seseorang tu, terus saja dijaja.
Bukankah sikap mereka itu akan menjatuhkan kredibiliti dan maruah seseorang? Aku lihat ikan yang berenang di dalam kolam kecil dari tingkap bilikku dengan kepala yang kusut. Memang semua axon dalam kepala otak aku dah berbelit-belit ni.
“Abang Fiqroul.. Tolong jangan ganggu saya.. Boleh?” pintaku dengan lembut. Fiqroul tertawa lagi. Setiap kali aku dengar dia ketawa, pasti aku rasa sakit hati. Seolah-olah jantung aku bagai disiat-siat dengan belati. Ketawa sinis.
“Abang tak ganggu pun Misha. Abang cuma tanya khabar je. Takkan tu pun salah?” Fiqroul cuba mempertahankan dirinya. Cuba meyakinkan yang dirinya tidak bersalah.
“Salah!” tempelakku. Dia diam.
“Kenapa salah?” Perlahan saja suaranya. Seakan berkecil hati.
“Abang dah kahwin.. Tolong jangan ganggu Mimi. Tolong la..” pintaku, separuh merayu. Abang saudaraku yang seorang ini memang susah nak dengar kata, semua benda perlu ikut katanya saja.
“Abang sayang Mimi..” Aku tersentak. Tengok saja contoh sekarang.. Sudah terang lagi bersuluhkan? Mungkin Tuhan nak tunjuk dengan aku yang lelaki memang tak baik kecuali para nabi dan Rasulullah S.A.W
“Jangan cabar Mimi bang..” Aku mengugutnya. Fiqroul mengeluh. Barangkali tidak senang dengan ugutan aku. Tapi semua tu aku tak peduli. Ada aku kisah? Sungguh.. Aku rimas kalau hari-hari kena ganggu macam ni.
Fiqroul diam sebentar. Memang sejak dari dulu lagi Fiqroul dah simpan perasaan pada aku. Tapi aku tak pernah balas cinta dia sebab aku tak boleh nak anggap dia lebih dari seorang kekasih. Aku anggap dia macam abang aku..
Kemudian dia bercinta dengan Neyda, kawan baik aku. Itu pun tak lama jugak.. Hanya bertahan dua tahun je.. Lepas tu semuanya berakhir. Sekarang Fiqroul dah kahwin pun.. Tinggal tunggu anak ketiga je lahir.
Dah besar pun anak-anak dia. Itu yang aku tak faham lagi. Kenapa dia dah anak, dia nak kacau aku lagi? Apa istimewanya aku? Macam la aku sorang je perempuan dalam dunia ni! Sampai dia tak boleh nak lupakan aku!
“Abang sayang Mimi. Sumpah.. Abang tak boleh lupakan Mimi.” Setiap patah bicaranya ditutur lembut. Suasananya pun sunyi saja.
“Geramnya la Mimi dengan abang.. Kalau abang ada depan mata ni.. Dah lama depan rumah abang meletup kena bom.” Sinis aku berkata. Fiqroul ketawa. Selagi lagi telingaku terasa berdarah!
Aku tak suka mendengar dia ketawa. Sangat tak suka! Fiqroul kalau dilayan makin menjadi. Aku tiada pilihan lain selain mengadu hal ini kepada isterinya! Siap la kau abang Fiq!
Tanpa mengucapkan apa-apa lagi, aku terus menutup talian. Puas hati aku! Lain kali ganggu lagi hidup aku! Ingat aku rasa senang ke setiap kali dia kacau aku dengan ayat piawai Romeo yang dah basi.. Memang tak boleh nak masuk telinga pelajar zaman sekarang.
Sekali lagi telefonku berdering. Tanpa melihat nama pemanggil aku mengangkat. “Tak faham bahasa ke?” tengkingku. Aku sudah tidak peduli lagi dengan keadaan sekeliling aku sekarang ni!
Err... Misha?” berderau darahku mendengar suara itu.
Jantungku tiba-tiba saja bagai mahu meletup. Aku cepat-cepat meneguk sedikit minuman, menghilangkan resah jiwa yang semakin sarat bertakung.
“Marah orang ke?” Shark bertanya. Aku senyum ala kadar. Kenapa aku nak marah dia? Dia tak ada buat salah apa pun dekat aku. Tahap amarah aku naik membuak-buak sekarang ni disebabkan oleh Fiqroul, bukan Shark!
“Tak cakap pun.” Jawab aku.
“Esok keluar jom?” ajak dia dengan tiba-tiba.
“Sibuk.. Eh! Tunggu sekejap! Mana awak dapat nombor saya ni?” suaraku meninggi. Sudah la aku tengah bengang sekarang ni, sekarang makin bertambah bengang bila Shark tanpa rasa takutnya terus telefon aku!
Kedengaran Shark ketawa. Ini yang aku makin panas.. Setiap kali aku cakap, mesti ada yang ketawa. Apa aku ada buat lawak ke?
“Jangan la naik suara macam tu.. Takut orang dengar.. Tadi orang call mama awak.. Lepas tu orang cakap la nak berbual dengan awak sekejap...” Belum sempat Shark habis cakap, aku memintas.
What?!!!” Kali kedua suara aku meninggi lagi, dah boleh kalahkan Charice saja gayanya.
“Aduh.. Berdesing telinga orang ni awak.. Jangan la jerit-jerit macam tu.. Cakap la perlahan-lahan. Baru romantik..” Usiknya. Aku mengigit bibir. Kenapa lelaki ni suka mengusik perasaanku?
Perasaanku terbuai seketika. Shark memang bijak bermain kata, tetapi adakah dia sama saja seperti lelaki lain? Dalam kamus hidupku sudah tertera signboard yang besar.
LELAKI SEMUA PENIPU!
“Misha..” Suaranya kembali menyapa gegendang telingaku. Aku tersentak.
“Esok eh?” Dia merayu. Aku mendengus kasar. Aku belum tentu ada mood nak keluar esok, sejak dua tiga hari ni aku asyik keluar rumah saja. Duit pun sudah keluar macam air. Kalau berterusan macam ni, mahunya duit aku habis begitu saja.
“Awak ni tak kerja ke? Ajak-ajak saya keluar..” soal aku padanya. Hairan juga, bukankah selalunya orang lelaki tidak ada masa untuk bersuka ria? Sentiasa sibuk pada pekerjaan mereka, sehingga orang yang disayangi pun terabai.
Shark ketawa. “Sebab orang tak kerja la orang ajak awak keluar. Dua hari ni orang off.. Jom la awak.” Rayunya dengan manja. Aku memandang siling, nak pergi keluar dengan Shark atau tak?
Girlfriend awak tak marah ke?” Soalan itu tiba-tiba terbit dari bibirku. Aku hampir meletakkan telefon bila sekali lagi aku mendengar dia ketawa. Sinis saja tawanya itu. Seolah-olah menyindirku.
“Ini awak nak tahu status orang dah berpunya ke ni?” Shark ketawa geli hati. Aku mengepal penumbuk. Nasib baik la Shark tak ada depan mata aku sekarang ni, kalau tak.. Memang la dah lama aku bagi sebijik dekat muka dia.
Apa Shark ingat aku ni terhegeh-hegeh sangat ke nak kat dia? Aku cuma tanya je. Tak nak la nanti tak pasal-pasal aku kena serang dengan entah mana-mana perempuan yang mengaku Shark tu teman lelaki dia.
“Jangan perasan la..”
“Orang cakap je..” Dia menjawab.
Suasana sepi tiba-tiba.
Aku bersuara kembali. “Kalau nak keluar, nak pergi mana?” Aku tahu sekarang ni pasti Shark dah tersenyum lebar mendengar kata-kataku ini.
“Kita tengok wayang?” ajaknya.
“Cerita apa? Saya tak biasa la tengok wayang..” Aku beri alasan. Memang.. Aku sesak bila berada di dalam panggung wayang, suasana yang gelap. Di situ juga aku rasa sakit mata melihat muda mudi yang tanpa segan silu berpegangan tangan, bermesra di sana sini, mereka buat panggung wayang tu macam mereka yang punya!
“Kita tengok cerita hantu.. Nak?” Cadangnya.
“Tak nak la..”
“Awak takut ke? Ala.. Nak takut apa.. Kalau ada scene seram, awak peluk je orang. Orang tak kisah..” Sejurus itu dia ketawa lagi.
“Shark.. Jangan sampai saya ubah fikiran saya.” Nadaku berbaur amaran.
“Orang gurau pun nak marah.. Habis tu awak nak tengok cerita apa?” Dia kembali bertanya.
Aku berfikir sejenak. Sekarang ni dekat wayang ada cerita apa je yang best? Kalau tengok dekat suratkhabar semuanya cerita biasa-biasa je.. Tak ada langsung yang menarik perhatian aku..
“Entah.” Jawabku. Dia mengeluh.
“Kalau entah.. Kita buat cerita kita sendiri la.. Nak?” Aku ketawa.
“Pandai ke awak berlakon?”
“Tengok kaki la.. Orang ni darah seni tau!” Ujar Shark dengan bangganya.
“Eleh.. Darah seni konon..” Aku memperlekehkannya.
‘Darah buaya ada la.’ Aku berkata dengan perlahan. Namun malang bagiku kerana dia mendengar apa yang aku katakan sebentar tadi.
“Apa awak kata?”
“Tak ada apa-apa!” Aku cuba coverina!
Sekali lagi suasana sepi. Sah la sekarang ni dah tak ada modal nak bercakap. Dah tak tahu benda apa nak dibualkan.
“Orang jemput awak besok.. Okey? Pukul sepuluh?” Aku hampir sekali lagi melontarkan vokalku. Kali ini lebih kuat dari sebelumnya, ala-ala nak lawan Ziana Zain dah!
“Gila ke? Kedai mana yang bukak pukul sepuluh pagi..” Aku memprotes. Nasib la aku termakan budi dengan si Shark ni. Kalau tak, malas la aku nak keluar dengan dia.
“Banyak kedai dah bukak. Tak payah nak kasi alasan ya Cik Misha yang comel..” Jantungku berdegup saat dia memujiku. Bukan la aku ‘kembang’ atau apa, tapi pada cuping telingaku, aku dapat rasakan yang dia memujiku dengan ikhlas.
“Lantak awak la.. Saya tak sure saya dah bangun time tu.”
“Orang perempuan tak elok bangun lambat, lepas Subuh tak digalakkan tidur semula. Takut nanti rezeki tak masuk..” Lagi sekali aku dapat nasihat percuma.
“Baik la Ustaz Shark!” Aku malas mahu membidas kata-katanya lagi. Sekarang ini apa yang aku rasa, setiap butir bicara Shark tu berbaur nasihat.
“Dah malam ni.. Awak pergi la tidur. Nanti mengantuk..”
“Tahu pun..” Aku menjawab. Dia tergelak.
“Orang memang macam ni. Teruja sebab dapat berbual dengan perempuan cantik.. Eh.. Dah solat Isyak belum?” Tanyanya, prihatin.
“Cuti..” Sekali lagi Shark ketawa. Telinga aku dah jadi lali dengar dia ketawa.. Tapi tawanya itu yang buatkan hati aku rasa senang, seakan terpujuk rasa amarahku pada Fiqroul.
“Nanti ganti bila dah habis ‘cuti’ tu.” Dia mengingatkan aku.
Aku sekadar mengiakan. Shark ni dah macam gaya papa aku je.. Mengingatkan aku semua benda. Tapi papa aku pun aku tak tahu macam mana dia layan aku. Aku masih kecil waktu dia tinggalkan mama dan pergi dengan perempuan lain. Huh!
“Selamat malam awak.. Kalau tiba-tiba tak boleh tidur and teringatkan orang.. Awak dengar lagu Selamat Malam ya?” Sempat lagi dia mengusik aku. Aku tersenyum.
“Jangan nak perasan boleh tak? Nak ingat awak buat apa?” bantahku.
“Mana la tahu..”
“Selamat malam!” Setelah memberikan salam, Shark segera menutup talian. Aku memandang siling sekali lagi. Aku bangun dari katil dan keluar ke beranda. Bintang-bintang banyak yang bertaburan hari ni..
Setiap bintang ada cahayanya yang tersendiri, dan aku pasti dalam berjuta bintang yang bersinar, pasti ada bintang yang malap. Bintang yang sedang gusar, dilanda kesedihan. Aku tersenyum sendiri. Apa la kau mengarut malam-malam macam ni Misha.. Aku tersenyum sendiri.

~bersambung~

61 comments:

  1. huhu...still tertanye-tanye spe le sebnrnye shark ni... haish misteri but cute... ;P

    ReplyDelete
  2. sape shark sbnrnye ea.....? misteri sgt lak sal dye....

    ReplyDelete
  3. Shark keje ada off-off.Pilot ke? Haha..tetiba ckp pilot! :D hehe..sgt misteri lah dia!

    ReplyDelete
  4. org suker la shark tuh..ngeh3

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.. sweet nyer shark nihhh... ades, apasal la Misha jual mahal? bukan senang dapat org laki2 camtu.. knferm x leh tido mlm nih terbuai2 dgn watak shark.. kih3

    ReplyDelete
  6. so swetttt,,,
    spe shark ni?? misteri btol..
    ape2 pun i likeee!! ehehehe

    ReplyDelete
  7. ni komen ulangan. haish, lempang laju2 gak internet ni kang. akak makin tertarik dengan watak Shark tp seriua dengan si Fiqroul yang gatal tu. errrrr.....

    oh ya, ada salah eja sikit. tengok semula ya. dan apa lagi, silalah sambung :D

    ReplyDelete
  8. wow..package cmmnt tok bab 1 skali ea....hihi...best tol shark nie..sbr + sporting..huuhh...next epsd..:p

    ReplyDelete
  9. shark ni misteri but still sweet ;)
    tiba-tiba rasa nak dengar lagu Selamat Malam juga. ;p

    ReplyDelete
  10. gud2. . .
    wondering ape y dak farouq 2 nk bt kat misha ag. .

    ReplyDelete
  11. Misha - ego xD
    Shark - sweet >.<
    Fiqroul - gatai miang mengada-ngada gedik menyampah =="

    Best! Sambung cpt!

    ReplyDelete
  12. eiiii..miang ye fiqroul 2

    da ade isteri pon miang
    bkn cth abg yg soleh

    ReplyDelete
  13. ish3 fiqroul ney.....
    gtlnye...
    shark ney mysterious btol lha...
    pape pn...
    cntinue stry ney ASAP!!
    hee=)

    ReplyDelete
  14. mak misha 2 mcm dh knl jewp kat shark..
    siap bg no hp misha..hurm...
    ny yg x sabar nk tau selanjut nyer..

    ReplyDelete
  15. ok gak dis prt. ade slh eja kat lst2 tu.. yg ni..

    Awak dengan lagu Selamat Malam ya?”

    >>nk tulis awk dgr kn?

    ReplyDelete
  16. huhu..sweet lar shark....suker orang mcm tu >.<

    ReplyDelete
  17. Owh igtkn org yg Misha nmpk tu boyfriend dia, rpe2nye abg sdare dia... Abg sdare dia tu da ade 3 org anak pon nk kaco misha lagi.. ish ish ish

    ReplyDelete
  18. ini boleh mendatangkan marah !!! apa niee .. fiqroul curang !! .. xpe2 . tunggu r dy nnt .. aq pulas2 telinga dy .. hahaha ..

    p/s: best2 .. jln cite makin menarik , chaiy0k2 !! aq sentiasa sokong ko .. :)

    ReplyDelete
  19. apsal br baca bab 2 ni..
    ishh xleh jd..ketinggalan plak..
    tp best..nk bc bab 3 lak..hehe

    ReplyDelete
  20. mantop mantop .. otw to bab 3 ~ (:

    ReplyDelete
  21. ishhhh..xsuka laa ngn si fiqroul tuu...dah kawen daa laa kacau misha....kalo ak jadi misha pom ak xnak....kesian kat bini dia..dah laa nak masuk anak no 3 daaa....adoiii....

    okey!!!..smbung ag ye cite nihh`~~ :D

    ReplyDelete
  22. misha 2 suke menjerit...nk ltih vokal ke?
    hehehhehehe

    ReplyDelete
  23. suke sngt2 wtk ne..n jln ctnyee . tp . err . bnyk mslh ejaan la . wt sy hmpir x fhm . ehe ! bnyk di perenggan terakhr

    ReplyDelete
  24. bila nk tahu sape shark nie...x sabar nak tahu

    ReplyDelete
  25. watak shark tu misteri...
    jalan citer best
    plot juga dah diolah matang

    good job

    ReplyDelete
  26. fiqroul tu gatal..
    eeiiii...
    ank nk msk tiga dh....

    ReplyDelete
  27. hahaha...shark ngn misha ni cm buku ngn ruas la plak...suke suke~

    ReplyDelete
  28. hehe...sweetlah...akhirnya ade jugak kesempatan nak bce...

    ReplyDelete
  29. saat indah bg shark n misha..!!!hehehehehhe...

    ReplyDelete
  30. Shark ni kerja pe? Ada on off lak.. misteri2..
    suka3^^

    ReplyDelete
  31. comel laa shark nie .. orang .. orang .. cute gyla !! grr .. hahaha :D

    ReplyDelete
  32. shark 2 sape...so romantik..hehehehehe

    ReplyDelete
  33. mmg misteri sunggoh...bace ni jadi tertanye2

    ReplyDelete
  34. huhu,,, len dri yg len,,, shark ny misteri btol,,,

    ReplyDelete
  35. xska ngan fiqroul..dh kwin nk gtal2 ag..xsuka xsuka..>.<

    ReplyDelete
  36. nak shark tu bley x....ahahha...

    ReplyDelete
  37. aigoo... siapa la shark yg comel + sweet + caring tu ye?
    nak tau sangat siapa...
    orang nk cari lelaki mcm die la... hihi...

    ReplyDelete
  38. so sweet la shark 2..
    kyaaaaa~~~suke3..
    tp shark 2 still misteri..sapa sebenarnya shark??

    ReplyDelete
  39. ha3...mcm kelakar plak lelaki biasakan diri die,ORANG..by the way..mmg kelakar la, Mr.DIKTATOR@DIK..=P

    ReplyDelete
  40. dah jatuh hati dengan shark nih..sweet, pandai bg nasihat,,,watak fiqroul bt citer ni btambah menarik,walaupun xske n watak dia

    ReplyDelete
  41. ego btui misha..
    xpe..lama2 nnt ska..tawla..haha.

    ReplyDelete
  42. personality Shark, menarik !
    syabas, Wazrul Shah.
    awk buat sye lgi nk bce la :DD

    ReplyDelete
  43. name shark tp org nye mcm alim.....

    ReplyDelete
  44. jalan cerita yang menarik..Bab 3 !

    ReplyDelete
  45. okay saye suka jalan cerita ini (!)

    ReplyDelete
  46. shark ni mmg komplot ng mama misha la..iskk mcm ni yg xsuka nih..suspen2..huhuhu

    ReplyDelete
  47. salam..ye ke org pompuan yg ABC kena ganti balik sembahyangnya. akak rasa cam tak betul je.. yg akak tahu sembahyang tak perlu kecuali puasa di bulan Ramadan. cuba Wazrul check balik.

    Kak Rose

    ReplyDelete
  48. wah...best la cter ni...sweet jek bila bhasakn diri sndri 'orang' mcm udak baik..hehehe

    ReplyDelete
  49. siapa shark?
    hehehehhee okay baca bab 3!best!

    ReplyDelete
  50. haha..
    >>mr mysterious.. good idea la shahir...
    >>mama yg spoting..
    huahuahua

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.