Tuesday, July 12, 2011

Bab 28


KEESOKAN HARINYA, aku menyuarakan hasrat hati Shark untuk memperisterikan aku itu kepada mama dan juga Angah serta keluarga yang lain, ketika kami bersarapan bersama-sama. Tiada riak kaget yang terpapar dari wajah mereka semua. Bahkan mama tidak henti-henti melafazkan kata syukur dengan berita yang baru sahaja aku sampaikan.
Gayanya seperti mereka sedang lama menunggu berita ini terungkap dari bibirku. Aku ketandusan kata setelah memberitahu akan hal sebenar itu. Sudahnya, sepanjang aku menikmati sarapan pagi, aku hanya berdiam diri ibarat pohon kaktus yang berdiri tegak di padang pasir!
Aku mencapai sosej yang sudah siap digoreng itu dan memasukkannya ke dalam mulutku menggunakan garfu yang dibeli oleh mama sewaktu bercuti dengan Along di Paris dahulu. Mama sudah menjelajah banyak tempat, cuma aku sahaja tidak berpeluang melancong ke banyak tempat seperti mama. Aku merungut sendirian di dalam hati.
Kentang goreng yang masih panas di atas meja itu aku capai dan masukkan ke dalam pingganku. Sarapan pagi untuk keluarga aku hari ini bertemakan dari negara barat. Tiada nasi untuk sarapan pagi ini.
Aku tidak begitu cerewet dalam memilih makanan, cuma kadang kala perutku ini tidak mampu menerima makanan yang terlalu ‘canggih’ dan ‘pelik’. Itulah dia kelemahan perut ‘secondhand’ macam aku ini.
“So, bila budak nama Shark tu nak datang sini?” Soal Angah, hanya Angah seorang sahaja yang belum melihat dan bertemu secara empat mata dengan Shark. Ahli keluarga aku yang lain, semuanya sudah berkenalan rapat dengan Shark.
Begitu juga sebaliknya, aku juga kini semakin rapat dengan mamanya yang aku panggil Umi itu. Semalam saja, sempat Shark membawaku singgah ke rumah Umi sebentar kerana menurutnya, Umi terlalu rindu padaku.
Kalau Umi sudah berasa begitu, apatah lagi aku yang setiap hari memikirkan tentang mereka sekeluarga. Kalau sudah jatuh hati pada anaknya, pasti juga jatuh hati pada keluarga dan juga orang tuanya. Bukan begitu?
“Dia kata, lepas dia dah settle semua kerja dekat training centre tu, dia terus datang.” Maksud ‘datang’ dalam butir kata Angah ialah meminang. Memang itu yang diberitahu oleh Shark beberapa hari ini.
Dia ditugaskan untuk melatih juruterbang baru untuk tempoh tiga bulan. Tempat latihan itu berada berdekatan dengan rumahnya, jadi tidaklah menbebankan dirinya kerana tempat latihan itu berada berdekatan dengan rumahnya sahaja. Dia boleh balik hari.
Senang juga hatiku tatkala mendengar yang dia akan bercuti dan berada di  atas‘tanah’ selama tiga bulan. Jika tidak, setiap sebulan atau dua minggu, atau mungkin tiga hari, pasti dia sudah bekerja semula dan mengembara di atas awan.
Manalah cukup buatku untuk melontarkan aksara rindu yang kian sarat bertakung di lubuk jiwa dan perigi hati ini padanya. Sekejap sahaja dia sudah bekerja semula, dan jika dia mengambil cuti yang lama sebegini, dapat juga aku bermesra dengannya. Riang hatiku.
Training?” Uda mengerutkan dahinya. Masakan Uda tidak mengetahui Shark perlu menjadi pelatih sementara selama dua bulan?
Ha’ah. Takkan Uda tak tahu?” Kataku, sambil menyuap sosej yang terakhir ke dalam mulutku. Along seperti tidak berminat mendengar topik yang sedang aku bincangkan di meja makan ini.
“Eh.. Mimi..” Aida memegang tangan aku yang baru saja hendak mencapai teko kecil yang berisi air Nescafe kegemaran aku itu. Aku fikirkan Aida hendak berbuat apa, rupanya dia melihat pada jari manisku yang sudah mempunyai penemannya.
“Siapa beri cincin ni?” Aida bertanya. Semua yang ada di meja makan tidak lepas mencuri pandang pada cincin yang tersarung kemas di jariku. Wajahku membahang secara tiba-tiba.
Bibirku terasa kelu untuk berbicara. Apatah lagi kepala ini yang tiba-tiba sahaja memberat ibarat ada pemberat dihempap di atas kepalaku ini.
“Shark?” Tebak Uda. Aku mengangguk, lambat-lambat. Aku cuba mengawal perasaan gugupku ini di hadapan Along, Angah, Uda dan juga Aida serta mama.
“Bagus la kalau macam tu. Maknanya Shark tu  memang serius sukakan Mimi.” Tokok mama.  Aku diam saja. Along berdehem.
“Suruh dia datang meminang cepat-cepat Misha.” Kata Along setelah menutup akhbar di tangannya. Aku hanya mengangguk. Semua yang ada di meja makan tersenyum-senyum memandang aku.
“Tak lama lagi.. Dapat la kita rasa makan nasi minyak.” Usik Uda pula. Aku hanya menarik muncung sedepa setelah mendengar selorohan Uda itu. Spontan, mereka semua tertawa melihat wajahku yang terkulat-kulat diasak dengan pelbagai soalan.
****
AKU menutup pintu keretaku dengan perlahan. Jariku segera menekan punat yang tersedia pada kunci kereta, lantas dalam tempoh beberapa minit sahaja keretaku itu berbunyi, menandakan ianya sudah selamat berkunci.
Baru sekarang sahaja aku merasa selamat untuk meninggalkan kereta aku disitu. Aku sangat menyayangi kereta ini, walaupun kereta aku ini tidaklah semahal kereta Shark. Hal ini kerana kereta ini aku beli dengan menggunakan gaji pertamaku sendiri. Tapi tidaklah aku membelinya secara tunai, hanya wang pendahuluan aku laburkan untuk membeli kereta ini. Memadai jugalah bukan?
Aku mengatur langkah dengan berhati-hati, kawasan yang berdekatan dengan klinik aku ini berdekatan dengan kawasan yang sering menjadi isu ragut. Jadi, aku harus berwaspada sentiasa. Malang tidak berbau bukan? Apa salahnya kalau kita berjaga-jaga.
Sampai sahaja di hadapan klinikku, aku melihat Ima sedang sibuk membersihkan halaman luar klinik. Manakala Tyra pula sedang mengelap cermin, aku tersenyum sendiri. Gigih sungguh pekerja-pekerjaku menjalankan tugas mereka walaupun aku belum tiba lagi.
“Selamat pagi Ima..” Sapaku, Ima mengangkat muka sembari tersenyum.
“Selamat pagi doktor..” Katanya pula. Aku hanya mengangguk dan meminta diri untuk masuk ke dalam. Kelibat Ana masih tidak aku lihat lagi. Dia belum tiba lagikah? Selalunya dialah orang yang paling awal tiba di klinik ini.
Aku terus masuk ke dalam bilik urusanku yang berada bersebelahan dengan bilik rawatan. Manakala di sebelah rawatan pula terdapat bilik surgeri dan sebagainya. Dan di situ jugalah bilik urusan Hadif. Aku terjenguk-jenguk memandang ke luar, melihat sama ada Hadif sudah sampai atau belum.
Nampaknya Hadif masih belum tiba lagi. Mungkin juga dia datang lambat hari ini. apa-apa sahajalah, yang penting sekarang  ini, aku harus menyiapkan kertas kerja untuk diusulkan kepada sebuah hospital swasta.
Kalau ada rezeki buatku, dapatlah aku mengembangkan cawangan klinik ini ke tempat lain pula. Dalam beberapa tahun ini, kejayaan banyak memihak kepada aku. Syukur kepada Allah S.W.T atas limpah dan kurnia-Nya.
Baru sahaja aku hendak membuka komputer ribaku yang memang sudah aku sediakan di dalam bilik ini, telefon bimbitku berdering. Aku diserang perasaan sakit hati, siapa pula yang telefon pagi-pagi macam ini? Huh!
“Assalamualaikum..” Sapa suara itu di corong telefon. Sebelah tanganku masih lagi memegang telefon, manakala sebelah lagi aku gunakan untuk menaip kata laluan komputer ribaku.
“Waalaikumussalam.. Siapa ni?” Soalku, aku menyoalnya sebegitu kerana aku tidak pernah menerima panggilan dari nombor ini. jika tidak masakan aku tidak menyimpan nombor ini sebagai kenalan aku? Aku diterpa perasaan hairan.
“Tak sampai beberapa bulan, takkan dah lupa?” Suara itu memecah gegendang telinga aku. Siapa pulak ni?
“Am ke?” Aku terus serkap jarang walaupun aku tak tahu dengan siapa aku tengah bercakap sekarang. Tak ada pulak nombor telefonnya tertera kat depan ni. ke dia yang salah nombor? Bukan tak pernah berlaku kes orang salah nombor.
“Ya.. Am la ni. Eh! In fact, you should call me, abang!” Dia ketawa. Aku tersenyum. Benar telahanku, memang Am. Suaranya kedengaran semakin ceria. Mungkin jugak dia sudah boleh menerima kenyataan yang berat itu.
Why should I? How old are you?” Aku tanya dia. Seulas senyuman terbit di bibirku. Aku sangat merindui saat keluar bersamanya. Bukanlah bermaksud aku cintakan dia ataupun yang sewaktu dengannya. Aku rindukan dia sebagai seorang abang.
“Sama macam Along.” Hampir terkeluar biji mataku ketika dia memberitahu perkara yang sebenarnya. Jadi dia dan Along sebayalah ya? Tidak pernah pula aku tahu sebelum ini. mungkin silap aku juga kerana tidak banyak bertanya. Aku mengulum bibir.
“Yalah Along dua.” Spontan aku berkata. Aku tidak tahu hendak memanggilnya apa. Aku dapat merasakan keadaan Am sudah kembali seperti biasa. Syukurlah jika dia sudah boleh menerima hakikat yang sebenarnya. Aku tersenyum sendiri.
“Along dua? Apa pelik sangat panggilan tu?” Am ketawa lepas.
Aku turut ketawa. Sebenarnya konsentrasi aku masih lagi pada Microsoft Word yang sudah terpasang kini. Jari jemariku seakan laju sahaja hendak menyambung kertas kerja yang wajib aku siapkan dalam tempoh sehari dua ini.
“Entahlah. Eh, Mimi ada kerja ni abang Am. Nanti Mimi call abang Am ya? Masih pakai nombor lama ke? Or memang dah tukar nombor baru?” Soalku lantas menukar panggilan Am kepada abang Am. Aku rasa panggilan begini lebih baik dan sopan untuk aku memanggilnya. Dia menegah aku dari menelefonnya. Aku jadi hairan. Sekarang dia menghalang pula? Kenapa ya?
“Kenapa?” Aku soalnya dengan pantas. Dia hanya menghembus nafas dengan perlahan.
“Abang Am sibuk dengan kerja ni. Ni curi masa sikit aje telefon Mimi. Rindu sangat dengan adik abang seorang ni. Apa cerita sekarang?” Ceria sahaja nada yang dilepaskan oleh Am. Aku tidak tahu pula bagaimana perasaanya sekarang ini. Adakah sama seperti nada yang dia tuturkan atau mungkin sedang bergelora?
Kerana menurut novel Kau Untukku yang ditulis oleh novelis kegemaranku, Aisya Sofea, ‘rahsia di hati tak siapa yang tahu.’ Benar juga kata-kata itu, aku sangat bersetuju. Rahsia yang tersirat di hati memang tiada siapa dapat mengetahuinya. Mungkin ada yang mengetahuinya.. Siapa lagi kalau bukan Tuhan Pencipta Alam?
“Mimi okey aje. Mimi pun rindu dengan abang Am. Nanti kita jumpa okey? Right now I’m too preoccupied with a lot of work. Wish me luck bro.. I’m going to handle one big project.” Beritahuku padanya. Kedengaran suara Am bersorak girang di hujung talian. Mungkin dia gembira dengan berita yang aku sampaikan.
Well said sis.. I know, you’re good.” Pujinya dengan suara yang perlahan. Aku tersenyum sahaja. Pujiannya itu membuatkan aku tambah bersemangat. Tiba-tiba sahaja Am memanggil nama aku.
“Mimi, mama macam mana? Dia ada cakap apa-apa?” Soal Am pada aku.
Aku bungkam. Apa yang harus aku katakan pada Am? Adakah perlu aku katakan perkara yang sebenar sahaja? Tidak sanggup pula rasanya hendak memberitahu. Aku berfikir-fikir. Cuba mencari ayat yang sesuai.
“Abang Am, right now.. Hmm.. Mungkin mama tak boleh terima kenyataan lagi. She still can’t forget it.” Keluhku.
Setiap hari aku berdoa supaya mama membuka hatinya untuk memaafkan papa dan juga Datin Sania. Memanglah mereka pernah melakukan kesalahan, tetapi mereka berdua sudah memohon maaf. Aku rasa tidak masalah buat mama untuk memaafkan papa dan Datin Sania.
Ego mama terlalu tinggi. Sama sahaja seperti kau Misha! Suara hatiku bertempik. Aku tersentak. Aku ego? Kenapa pula aku terbabit sama? Sedangkan aku tidak pernah bersikap ego sebelum ini. oh ya.. Mungkin pernah, tapi hanya pada sesetengah orang sahaja. Tidak semua.
Am mengeluh perlahan, talian telefon seperti tersekat-sekat. Mungkin juga tiada talian di tempat Am. Atau mungkin sahaja ada gangguan pada rangkaian telefon. Aku memanggil-manggil nama Am berulang kali. Tapi tiada jawapan. Terus sahaja dia menyepi.
Aku meletakkan telefon bimbitku di tepi komputer ribaku. Aku kembali fokus pada kerjaku kini. Mungkin juga Am sengaja memberi peluang pada aku untuk menyiapkan kerjaku yang tertangguh. Syukurlah. Aku tahu Am seorang yang sangat memahami.
Jari jemariku laju sahaja berlari di atas papan kekunci dengan ritma yang sekata dan perlahan. Lagu dendangan Ziana Zain aku buka dengan kawalan suara yang perlahan. Santai juga bila bekerja begini. Tidaklah sunyi sahaja situasinya seperti berada di bilik mayat!
****
AKU memicit-micit kepalaku yang kian terasa sakit. Sudah tiga jam aku menghadap komputer riba aku ini. Sakit juga mataku ini memandang skrin ini lama-lama. Aku bangun dari kerusi dan memulas tombol pintu dengan langkah perlahan.
Di luar pula, Ima sedang berborak kosong bersama dengan Tyra. Aku masih tidak nampak kelibat Ana. Ke mana pula pembantu serba boleh aku ini, hatiku mengumam sendiri. Aku segera mendekati Ima. Riak paras mereka berubah sebaik sahaja aku menyertai mereka.
Mungkin juga mereka bimbang aku memarahi mereka. Suara Ima dan Tyra seakan-akan tersangkut seperti suara Am di talian telefon tadi. Bezanya, Am tiada di hadapan mataku manakala Ima dan Tyra berada secara langsung di hadapanku kini.
“Ima, nampak Ana tak?” Aku segera menyoal Ima. Ima memandang Tyra, manakala Tyra memandang Ima. Serentak dengan itu, mereka mengangkat bahu. Seperti sedang merancang sesuatu pula mereka berdua ini. Aku mula rasa curiga.
“Ana kata dia tak dapat datang hari ini doktor.” Lurah kerutan terbentuk dengan jelas pada dahiku. Setahuku, Ana seorang yang susah untuk ponteng kerja. Kenapa hari ini dia tidak datang?
Jika sudah terdesak sangat sekalipun, Ana pasti menelefonku dan memaklumkan tentang dirinya yang tidak dapat hadir bekerja. Tapi sekarang ini? Mesej darinya juga aku tidak dapat. Apatah lagi panggilan darinya. Ana dalam keadaan baik atau tidak? Tiba-tiba aku merasa cemas.
“Sebab apa?” Laju sahaja bibirku bertanya.
“Mungkin beli barang persiapan perkahwinan.” Tyra sekadar serkap jarang.
Hakikatnya dia sendiri tidak tahu mengapa Ana tidak datang kerja hari ini. mungkin juga Ana terlewat bangun. Aku membuat kesimpulan sendiri. Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua dan segera masuk ke dalam bilikku semula.
Sebaik sahaja aku berada di dalam bilik urusanku semula, aku melihat pada telefon bimbitku. SubhanaAllah! Ada dua belas mesej yang belum dibaca dan empat puluh panggilan tidak dijawab oleh Ana!
Aku membuka mesej pertama yang dihantar oleh Ana kepadaku. Serentak dengan itu, aku duduk di atas kerusi sambil bersandar. Terasa dingin dan tenang seketika. Senang hatiku.
~Doktor, saya tak nak bersama dengan dia. Dia gangster doktor. Dia teruk.
Itu mesej yang pertama dihantar oleh Ana. Tersentak aku dengan mesej yang dihantar oleh Ana itu. Apa sebenarnya yang Ana maksudkan? Aku membaca semula mesej pertama yang dihantar oleh Ana itu. Aku terus membuka mesej yang kedua pula.
~Doktor, dia ugut saya supaya kahwin dengan dia. Kalau tak dia nak ancam keselamatan keluarga saya.
Itu pula mesej kedua yang diterima olehku. Aku tiba-tiba merasa gementar. Ana pernah katakan yang calon suaminya itu merupakan pilihan keluarganya. Apa sudah jadi kini? Adakah lelaki itu bukan orang yang baik-baik?
Tanpa membuang masa lagi, aku terus menekan nombor telefon Ana dan mendailnya dengan pantas. Lama panggilanku tidak berjawab. Aku mula rasa resah. Apa sudah berlaku pada Ana kini?
Aku bergegas ke bilik Hadif. Mujur sahaja sekarang ini tiada pesakit yang sedang dirawat olehnya. Hadif sedang melelapkan matanya sambil membuka lagu dendangan Maher Zain. Dia kelihatan begitu khusyuk mendengar alunan nyanyian penyanyi yang berasal dari Ireland itu.
Aku mengetuk meja Hadif. Segera dia tersentak. Tampak lucu pula wajahnya apabila dia berbuat begitu. Dia memandang aku dengan pandangan yang begitu memukau. Aku segera memandang ke arah lain. Renungan matanya itu semacam sahaja.
“Ada apa ni Misha?” Soalnya dengan suara serak-serak basah. Mungkin juga dia tidak berapa sihat hari ini. jika tidak, suaranya akan seperti biasa sahaja. Ini sudah bertukar jadi Ella versi lelaki pula. Aku menahan gelak dari meletus.
“Nothing Hadif. I just worried about Ana.” Dahi Hadif berkerut. Segera dia bangun dari kerusi dan memandangku serius. Segak pula dia hari ini dengan kemeja biru yang berjenama Polo itu.
Haruman yang dipakainya itu bersemerbak di dalam biliknya ini. Dia memandang aku, lantas mengangkat kening. Dia meminta penjelasan yang sebenar dari aku. Aku cuma mampu mengeluh hampa.
I just received a weird message from Ana. Dia cakap bakal suami dia ugut dia macam-macam. He’s a gangster.” Beritahuku, tanpa berselindung lagi. Kasihan aku dengan nasib yang melanda Ana.
Ana seorang yang sangat baik dan gemar memberi nasihat kepadaku. Sekarang dia pula dilanda masalah yang berbalam-balam. Aku rasa sangat bersalah ketika ini. Aku tidak tahu mengapa. Perasaan itu hadir tiba-tiba.
“Dia cakap apa?” Hadif bertanya lagi. Wajahnya tampak tenang. Tidak berselirat dengan seribu keresahan. Aku tahu dia sedang letih. Kalau tidak, masakan dia boleh tertidur tadi? Jarang benar aku melihat dia tertidur.
“Dia cakap hendak berbuat sesuatu yang buruk pada Ana. Ana tak datang kerja hari ni. She call me banyak kali. Bila saya call dia balik, panggilan tak berjawab.” Aduku.  Hadif menarik nafas sedalam-dalamnya lantas dihembus dengan perlahan. Dia pantas menarik tanganku keluar dari bilik.
Aku terpempan dengan tindakan spontannya itu, dengan tiba-tiba sahaja dia menarik tanganku. Aku segera menepis. Hadif hanya tersenyum.
Dia meminta aku mengekorinya keluar dari klinik dan meminta Ima menangguhkan sebarang temujanji kepada hari yang lain. Ima akur pada arahan Hadif itu. Aku pula berdiri tegak bagai tiang mendengar arahan yang dikemukakan oleh Hadif.
****
WHY YOU CANCELLED IT?” Aku seperti tidak berpuas hati dengan tindakannya itu. Dia tidak menjawab. Dia memaksa aku masuk ke dalam keretanya. Aku semakin geram dengan dirinya. Sudahlah aku sedang cemas dengan keadaan Ana sekarang ini. boleh pula dia memapar riak selamba sahaja. Aku mengancing gigi. Sebal hatiku!
Sebaik sahaja dia berjaya mengundurkan keretanya, dia memecut keretanya dengan kelajuan yang sederhana. Aku masih bengang dengan dirinya. Sudahlah dia dengan mudah sahaja membatalkan semua janji temu pada hari ini. semua itu peluang rezeki!
Hadif tidak terfikirkah akan perkara itu? Semakin bercelaru mindaku kini. Masalah baru datang lagi. Aku beristighfar berulang kali.
Kata orang, kalau  sedang kusut memikirkan sesuatu, ingatlah TUHAN. Kerana dia jugalah yang memberikan ujian kepada kita. Sejauh mana kita mampu mengatasi ujian yang diberikan, sejauh itulah kecintaan kita pada Tuhan Yang Maha Esa.
“Saya bukan sengaja nak batalkan. Antara duit dan sahabat, mana awak nak pilih?” Aku terpukul dengan sindirannya itu. Aku terdiam. Tiada yang mampu aku jawab lagi. Benar juga kata-katanya itu. Duit boleh dicari, tapi sahabat sejati memang sukar dicari dan dicari ganti.
“Smile Misha. Jangan monyok muka tu. Lepas ni saya nak tuntut duit lebih.” Hadif melepas tawanya yang ditahan sebaik melihat wajah aku yang mencuka. Aku memalingkan badanku dan membuka tingkap keretanya. Malas mahu melayannya.
Spontan dia menyentuh daguku. “You looks awesome when you smile. So, smile dear. God gave you a beautiful lips to smile. Don’t keep it for yourself. At least share with me..” Dia tersenyum penuh makna. Membahang wajahku. Tersindir juga dengan patah bicaranya yang kedengaran biasa tetapi sinis itu.
“Rumah Ana awak tahu dekat mana bukan?”
Hadif menukar topik perbualan sebaik sahaja dia menyedari riak wajahku. Aku cuma mengangguk tanpa mengeluarkan suara. Sempat aku mengerling sekilas padanya yang sedang menahan senyum, sembari menggeleng kecil.  Aku pasti, dalam hatinya itu, pasti dia mengutukku sehabisnya! Laju sahaja aku membuat kesimpulan sendiri. 
  
dengan adanya jumlah komen yang banyak, sy tak teragak2 untuk post bab yang seterusnya. ;D tinggalkan komen anda! ;)

32 comments:

  1. lama gila nak tunggu the new entry....but it worth :)

    ReplyDelete
  2. wahhhh..thanks for the entry:)

    ReplyDelete
  3. wah x sabau nak tahu hadif wat pe lak lps ni...

    ReplyDelete
  4. Yeay! Lama gilaaa tunggu. Anyway, tak sabr for the next chap :)

    ReplyDelete
  5. BEST BEST CEPAT CEPAT SAMBUNG TP MANA SHARK
    NAK SHARK NAK SHARK NAK SHARK

    ReplyDelete
  6. hish...makin bestlah crite ni...
    x sabar nak tau ape jadi lepas ni..

    ReplyDelete
  7. jgn kata hadif tu pun suka misha sudah.huuu.

    ReplyDelete
  8. cerita da mula berkonflik.
    nak lagi!! ;)

    ReplyDelete
  9. hadif tu nk goda misha ke ek?
    nape ngn ana? cian ana...
    shark, cpt2 masuk meminang misha.. xsabar nk tggu diorg kawen...

    ReplyDelete
  10. hadif gatal men pegang2 lak.HAHA

    ReplyDelete
  11. boleh lah~ *asal bayang am jadi hadif nie?*

    ReplyDelete
  12. hadif pun mcm okey jgk...=)

    ReplyDelete
  13. oh,i really appreciate it if there's a next entry!~ :)

    ReplyDelete
  14. cpt2 sambung la....tp nk Shark!!!

    ReplyDelete
  15. ske sangattt.. na lg kalo boleyh..
    hurmm, intersting plot,
    hope i can read 4 the next :)

    ReplyDelete
  16. best gler citer ni... nti lh la wy novel... cpt2 snbg entry t'bru

    ReplyDelete
  17. knape dgn ana....n knape jhak hadif mcm 2....die mmg syok ngan misya eh....

    ReplyDelete
  18. baca dari belakang dulu..hehe
    coz kejar masa.. best bangat! tapi mana shark?
    tolongla sambung lagi..tak pueh membaconya..

    ReplyDelete
  19. mane shark ni....

    ReplyDelete
  20. kesiannye ana..ade k nk kawin ngn gangster..kesian btul die..

    ReplyDelete
  21. shark cpt kwen ngn mishaa,,,......
    best citer nie....xsabar nk tunggu new n3.....:)

    ReplyDelete
  22. tumpg tnyer....bab 23 & 26 xde ke??

    ReplyDelete
  23. hadif mcm ambil kesempatan plak...
    hurmmmmm

    ReplyDelete
  24. cpat2 post entry baru, yupp!

    ReplyDelete
  25. bila lagi entry baruu???best best nak lagi rindu shark!

    ReplyDelete
  26. suka sgt dgn shark, hehe <3
    nak tahu gak sape sebenaya yg angah suka, hope bkn shark :)

    ReplyDelete
  27. hadif suka kt ana ke???
    shark ni wat orng tunggu die plk..
    bile nk entry baru,masih bnyk tanda tanya ..

    ReplyDelete
  28. alamak, dah habis ka? bila nak sambung ni? cant wait!!! :D

    -alia

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.