Saturday, April 16, 2011

Bab 1

AKU tak habis lagi fikir macam mana dia boleh berdiri depan mata aku sekarang ni. Kalau tak silap aku baru sekejap tadi dia ada kat tepi tandas awam tu, tup tup sekarang dia dah diri depan aku dengan senyuman dia yang ala-ala nak cairkan hati aku ni.
Memang dia ni belajar silap mata ke apa? Sekejap kat sini, sekejap kat sana. Sampai aku pulak yang jadi tak keruan sekarang ni. Aku memang dah perasan kelibat dia sejak aku masuk Secret Recipe lagi.
Masa mula-mula aku nampak dia pun jantung aku dah berdebar, apatah lagi bila dia berada betul-betul depan aku sekarang! Panahan mata dia tepat-tepat mengenai mata aku!
“Awak mengendap saya ke apa?” sergahku, tiba-tiba. Entah di mana datangnya keberanian aku menegurnya. Tapi memang aku berani pun.
Dia tersengih. Eh.. Boleh pulak dia sengih-sengih tunjuk gigi. Tahulah gigi tu rata, tak payah la nak tayang dengan aku! Aku jadi makin geram!
“Perasannya dia.” Sinis bicaranya. Aku mengetap bibir. Memang sengaja nak sindir atau tu satu alasan yang rasional dari dia?
Excuse me.” Aku menolak tubuhnya yang sedang menghalang laluanku. Dia berlagak selamba, langsung tak ada riak cuak kat muka dia. Memang berani tahap dewa ini mamat!
“Awak..” lembut nada suaranya. Aku pusing belakang. Apa lagi la mamat ni nak. Dari tadi aku tengok dia ikut aku. Risau betul!
“Nak apa?” sengaja aku mendengus. Biar dia tahu yang aku tengah tak tenang sekarang ni!
“Ada nombor telefon?” berani dia meminta. Aku angkat kening tinggi-tinggi. Amboi! Berani betul nak mintak-mintak? Dia ingat aku ni apa?
“Tak ada nombor telefon. Saya tak pakai telefon.” Aku sengaja bagi alasan.
“Tipu..” Pandangan mataku mencerun. Gaya aku pandang dia dah macam nak telan je. Mana taknya, aku memang pantang bila bercakap dengan orang yang tak reti bahasa! Aku cakap sekali, bukan nak faham!
“Tak percaya sudah.” Aku berjalan cepat-cepat. Pelik la lelaki ni. Tak boleh layan, kalau layan makin banyak benda yang dia tanya, lebih baik aku angkat kaki daripada terus mengadap muka dia. Banyak lagi kawasan yang aku nak pusing.
Masa aku nak jalan je aku rasa beg tangan aku kena rentap dengan kuat, aku panik! Seorang lelaki yang berambut panjang dengan tiba-tiba bawak lari beg tangan aku yang ada duit, kad pengenalan aku dan semua dokumen penting!
Bibir aku rasa berat, nak mintak tolong macam dah tak mampu lagi. Pandangan mata aku menjadi kabur, memang sekarang ni keadaan pusat beli belah tu kecoh sebab beg aku kena bawak lari!
Ada beberapa orang yang perasan lelaki tadi ‘copet’ beg aku, aku cuma nampak ada dua tiga orang lelaki yang kejar mamat berambut panjang yang bawak lari beg aku tu. Aku tak mampu kawal diri aku lagi sekarang. Entah macam mana, aku pengsan!
****
“CIK?” terasa muka aku basah disimbah-simbah dengan air. Aku membuka mata, kat mana aku sekarang? Perlahan-lahan aku duduk. Aku lihat lelaki yang mintak nombor telefon aku tadi tengah berbincang dengan seorang perempuan, lima puluh meter dari katil yang aku baring.
“Dah sedar?” lelaki tadi bingkas bangun. Aku angguk. Yalah! Takkan tak nampak aku dah bangun ni? Takkan aku tengah tidur lagi sekarang? Soalan tahap zoo la dia tanya aku ni. Aku mendengus lagi.
Dia menghulurkan beg tangan aku. “Nah.. Beg awak. Nasib baik orang sempat kejar.”
Aku ambil beg tangan aku. Tak ada langsung effort nak ucap terima kasih. Dia pun macam tak mengharapkan sangat je aku ucap terima kasih. Perempuan yang berbual sama-sama dengan dia turut sama bangun.
Aku agak perempuan ni teman wanita dia. Mungkin? Entah... kalau teman wanita dia pun apa aku peduli? Ada aku kisah? Erm? Seulas senyuman dihadiahkan kepadaku oleh perempuan yang berambut panjang ini. Matanya bundar mempesona.
“Awak.. Ni la dia yang tolong awak masa awak pengsan tadi.” Lelaki tadi beritahu. Aku angguk je. Sekali lagi bibir aku macam berat nak ucap terima kasih. Entah kenapa, aku sendiri tak tahu. Tapi memang bibir dah berat, nak buat macam mana lagikan?
“Saya minta diri dulu ya cik? Tak boleh lama ni.” Wanita tadi senyum lagi. Senyumannya memang manis. Kalau nak suruh aku senyum macam tu, memang dalam mimpi pun tak boleh nak senyum macam tu. Tu namanya senyum natural, senyum yang datang dari hati, terbit kat bibir.
Aku? Tak pandai la aku nak senyum menyum ni. Cukup je la senyum biasa. Kalau orang nak kata tak ikhlas pun, aku tak kisah. Yang penting aku senyum. Benda kecil tak payah nak jadi isu!
“Awak..” lelaki tadi panggil aku. Aku pandang dia. Apa namanya erk?
“Bagi nombor telefon keluarga awak.” Pintanya. Dahi aku berkerut. Tadi mintak nombor aku? Sekarang keluarga aku pulak? Dah kenapa mamat ni? Tulang kepala retak ke apa?
“Buat apa?”
“Hantar rombongan meminang.” Mata aku membulat. Terlalu selamba sampai benda-benda macam ni pun dia nak bawak bergurau? Dia tersengih pandang aku.
“Tak la. Nak call suruh ambik awak dekat sini. Ke awak nak suruh orang hantar?” tanya dia. Sekali lagi dahi aku berkerut.
“Orang mana?” Naif aku bertanya. Langsung tak faham.
“Orang la.” Dia tuding jari pada dirinya sendiri. Oh! Baru aku faham. Dia bahasakan dirinya ‘orang’. Aku ingat apa la dia nak cakap tadi. Haish..
“Saya boleh balik sendiri. Tak payah nak baik sangat.” Marah aku.
Dalam hati, aku sendiri tak faham kenapa aku perlu marah sekarang ni. Niat dia baik, dia nak tolong aku. Tapi sekarang ni kena banyak berhati-hati. Lelaki mana boleh percaya sangat, memang la dia baik-baik dulu, nanti lama-lama lain jadinya.
“Awak.. Orang tak kenal awak sepenuhnya, tapi bagi orang peluang nak kenal awak. Boleh?” lembut suaranya memujuk. Aku jadi terbuai seketika. Lelaki ini mempunyai paras yang menawan. Dengan mata yang redup, hidung yang mancung serta kulit yang putih. Aku agak dia ni kacukan mat salleh! Ya la kut..
Aku geleng kepala. Dia mengeluh.
Please awak.. Orang memang tak ambik kesempatan. Awak jangan risau.” Macam tahu apa yang bermain kat kepala otak sekarang ni, dia bagi penjelasan. Aku tersenyum. Nak bagi ke peluang kat dia ni kenal dengan aku?
Apa faedahnya? Lelaki macam dia ni mesti ramai awek, keliling pinggang je, takkan boleh nak kenal dengan orang macam aku? Aku perempuan biasa je, muka pun tak ada la market sangat. Setakat biasa-biasa je.
“Bagi saya fikir.” Dia diam.
“Nama orang Shark.” Dia bagitahu aku, bersungguh-sungguh. Aku terlopong sekejap, nama punya la brutal... Tengok perangai romantika de amour! Apa ni? Aku geleng kepala.
“Apa ke nama ikan?” Aku ketawa. Dia sengih sambil garu kepala.
“Nama penuh orang Shakir.” Shark beritahu lagi. Aku macam dah tak minat nak dengar cerita selanjutnya. Biar la.. Shark ke, Jaws ke, Tuna ke. Peduli apa aku? Huh!
‘Misha! Jangan sombong..’ macam ada orang bisik je kat telinga aku sekarang ni. Tiba-tiba aku rasa seram sejuk. Perasaan je kut. Tapi memang la, hari ni aku jadi berlagak sikit. Jual mahal kut?
“Bagi cepat nombor awak.” Dia paksa lagi. Aku akur akhirnya. Lebih baik la kan dari aku suruh dia hantar aku balik rumah? Tak ke naya je aku nanti!
0123456789.” Cepat-cepat aku cakap, kalau dia tak dengar, tu dia punya fasal la!
“Erm. Okay.. Nama?” Aku angkat kening lagi. Ni sebenarnya strategi dia ke ni?
“Misha.” Dia angguk dan sengih nakal.
“Misha.. Sedap nama tu.” Ayat klise yang dah biasa aku dengar dan keluar dari bibir lelaki.
“Sedap. Tak boleh makan.” Aku menyampuk. Dia tersenyum-senyum.
“Boleh je. Erm kejap.” Dia keluar dari bilik rawatan tu. Aku tengok je.
Beberapa minit kemudian, dia masuk balik dengan senyuman lebar di bibir. Aku dah makin hairan. Kenapa la mamat ni? Makin pelik perangai dia ni. Dari mula-mula aku nampak dia dekat Secret Recipe, sampai la sekarang. Aku pulak naik takut.
“Mama awak suruh orang hantar awak balik.” Dia sengih. Aku terkejut! Biar betul? Mama ni kadang-kadang suka buat lawak cicak. Aku keluarkan telefon bimbit aku pulak, Shark pandang aku, terasa malu pulak aku sekarang ni!
Aku cari nombor mama dekat dalam panggilan yang baru aku dail. Tadi sempat aku call mama masa nak beli beg baru untuk mama. 
“Mama!” itu yang aku kata selepas mama angkat panggilan aku.
“Ya?”
“Mama tak ambik Mimi ke?” soal aku. Diam sebentar.
“Mama tak dapat ambik. Mama busy sekarang ni. Ada kerja persatuan.” Tu je yang mampu aku dengar, lepas tu terus aku tutup talian.
“Dah?” Shark pandang aku.
Aku angguk. Hai nasib.. Peluang kau la Shark nak hantar aku.
“Gerak sekarang ke? Atau nak makan dulu?” Shark soal aku. Aku fikir. Sebenarnya tadi aku belum sempat makan lagi. Memang sekarang perut rasa lapar gila dah!
“Makan dulu la.” Shark angguk.
Beg aku terus aku capai, kemudian baru aku teringat sesuatu. “Ha’ah la! Saya bawak kereta sendiri. Boleh lupa pulak.” Aku tersenyum. Maksudnya ada la modal aku nak larikan diri dari Shark. Wajah Shark tampak serius.
“Orang tau tu. Tapi tadi orang dah suruh kawan orang hantar kereta awak kat rumah.” Ujar Shark. Aku makin pelik!
Bilanya Shark tahu aku pakai kereta? Macam mana Shark boleh tahu alamat rumah aku? Siapa mamat ni sebenarnya? Makin peningkan kepala aku la! Haish!
“Jangan tanya orang, macam mana orang tahu rumah awak.” Sekali lagi aku terjeda. Dah macam cakap dengan alien dah aku sekarang ni. Tak boleh la aku nak mengumpat dia, apa yang ada dalam hati aku dia dapat baca. Bahaya betul.
“Jom. Makan..”
****
"SEDAPKAN makanan kat sini?" Shark bersuara setelah lama dia diam. Aku mengangguk malas. Boleh la.. Nak kata sedap gila, tak boleh lawan masakan mama jugak! Jadi, kesimpulannya.. Makanan kat restoran ni warm-warm nail je.
“Biasa je la.” Jawab aku. Kesian pulak aku tengok dia yang macam berbual sorang-sorang daripada tadi. Sebenarnya ni tanda protes aku pada mama. Senang-senang je dia bagi kepercayaan dekat mama ni nak hantar aku?
Sungguh.. Memang aku tak sangka betul. Apa yang aku tahu, selama ni mama memang susah nak suruh aku rapat dengan mana-mana lelaki. Elok je si Shark telefon mama aku, siap mama aku bagi greenlight lagi. Cane?
Taste awak tinggi sangat. Ni mesti rajin makan kat hotel ni..” Shark berlawak. Aku ketawa tiga saat. Kononnya apa yang dia katakan lucu pada telinga aku, aku gelak sarkastik yang sebenarnya.
“Nonsense.” Aku kembali membuat wajah serius. Makanan dalam pingannya dah licin, tinggal aku sorang je yang tak siap-siap daripada tadi. Aku pun pelik, rasanya aku dah makan banyak tadi. Tak sangka pulak belum habis lagi.
“Misha..” Aku tersedak. Alahai.. Suaranya perlahan betul. Gaya nak menggoda je memanggil nama aku tu. Mananya aku tak tersedak, rasanya kalau aku tengah makan ketam, maunya aku tercekik ketam. Naya je..
Dia hulurkan air pada aku. “Makan perlahan-lahan la.. Jangan gelojoh.” Shark bagi nasihat. Terasa tenang je telinga waktu dia bagi nasihat kat aku tu, walaupun sebenarnya aku ni bukan la jenis orang yang ‘makan nasihat’.
Thanks..” Kali ni baru aku ucap terima kasih.
“Ni kira ucapan terima kasih merangkumi semua atau sebab orang bagi air ni?” soal Shark. Aku jungkit bahu. Entah..
“Semua je..” Acuh tak acuh aku menjawab. Dia tersenyum manis.
“Ingat awak tak reti ucap terima kasih. Kesian kat orang tau.. Dari tadi orang tunggu perempuan cantik macam awak ucap terima kasih kat orang..” kata Shark lagi. Dahi aku berkerut. Kenapa pulak?
“Tengok tu.. Dahi dah berkerut-kerut.” Usik Shark lagi. Aku mendengus. Ada je cara dia nak usik aku daripada tadi.
“Shark. Saya nak tanya awak sikit ni.” Aku bersuara. Dia pandang aku, memberi sepenuh perhatian. Aku pulak yang jadi bengang sekarang ni.. Sungguh memang aku tak boleh pandang direct terus ke mata dia.. Cair.. Cair..
Lelaki ni ada aura buaya. Buaya darat. Sah dia ni banyak perempuan keliling pinggang. Kerat jari kalau tak ada!
“Tanya banyak pun tak apa awak.. Orang tak kisah..” Lembut dia berkata. Aku diam sebentar. Menyusun kata yang ingin dituturkan.
“Mana awak tahu yang saya pakai kereta?” Shark ketawa. Eh.. Aku ada salah cakap ke?
“Tak payah la awak tahu macam mana orang tahu awak ada kereta. Nanti je orang beritahu kalau kita jumpa sekali lagi.” Dada aku berdebar saat Shark berkata sebegitu. Nak jumpa sekali lagi ke? Maksudnya ni bukan kali terakhir aku berjumpa dengan dia?
Akan ada lagi pertemuan aku dengan dia selepas ni? Tolong la.. Aku tak nak! Suara hatiku menjerit. Tapi dalam masa yang sama aku terasa senang mendengar kata-katanya itu. ‘...kalau kita jumpa sekali lagi..’
Aku tersenyum sendirian sampai tak perasan yang dia perhatikan aku yang tengah senyum-senyum.
“Comel bila awak senyum..” tegurnya. Serta-merta aku tarik wajah masam. Bertukar ke wajah serius. Dia gelak lagi.
“Buat muka serius pun awak comel.” Aku diam. Memang sengaja je lelaki ni nak usik aku. Senyum comel, serius comel. Psycho!
Aku mengambil tisu yang berada di atas meja. Pantas aku mengelap bibirku. Memang aku sudah tak boleh makan lagi sekarang ni. Sangat kenyang! Kalau aku sumbat lagi, mesti aku dah tak boleh nak jalan selepas ni.
I’m full.” Kata aku. Dia pandang aku dengan wajah serius.
“Kesian nasi tu. Menangis dia.. Awak tak habiskan.”
“Dah kenyang. Tak boleh masuk..” aku mempertahankan diri aku.
Mana boleh dipaksa lagi. Kalau aku sudah kata kenyang, maknanya memang kenyang la! Takkan nak paksa sampai aku termuntah kat sini?
“Bungkus je makanan ni. Balik karang kalau awak lapar, boleh makan.. Sayang ni. Berapa ramai rakyat kat luar negara sana yang tak cukup makan.. At least awak kena bersyukur dengan rezeki yang Allah dah bagi.” Aku terjeda. Sia-sia aku kena ceramah lagi.
Lelaki ni bukan sembarangan orang. Setiap butir bicaranya berbaur nasihat. Tapi siapa dia? Aku pun tak tahu.. Dalam masa yang sama, dia seorang yang romantik juga. Lihat saja dari cara percakapannya. Semuanya dah terang lagi disuluh dengan lampu torchlight!
Aku gigit bibir. Memang kata-katanya tadi pedas, tapi aku tahu Shark ikhlas nak sedarkan aku. Memang selama ni aku banyak membazir pun. Dah biasa dari kecik? Mungkin juga..
“Suka hati awak la.” Hanya itu yang mampu aku kata. Wajah aku dah terasa membahang. Hari ini saja aku dah kena ceramah dengan dia sebanyak dua kali. Tak nak la sekali lagi aku kena ceramah. Tolong la..
Shark senyum. “Good girl..” Dia bangun dari kerusi dan menuju ke kaunter pembayaran. Saat itu juga aku terpandang seseorang yang amat aku kenali.
Cepat-cepat aku memandang arah lain, buku menu yang ada segera aku capai. Buku menu itu digunakan untuk menutup wajahku. Dalam kepala aku, memang aku sudah tak boleh nak fikir benda lain. Aku berdoa saja sedari tadi. Berdoa supaya dia cepat beredar...

bersambung~

82 comments:

  1. Garangnya Misha.Haha..tp dalam hati ada taman :D Suka watak Shark.Misteri gitu :D Hehe..

    ReplyDelete
  2. hehhehe...suker2..misha yg garang..shark yg sempoi :P

    ReplyDelete
  3. hehe.....
    intresting story...
    like byk2..
    ngee=)

    ReplyDelete
  4. Shark sgt sweet tp misteri. takpe2, lps ni nk pergi cari ikan Shark. pastu nak bela dalam akuarium xDDD

    ReplyDelete
  5. pergh ske gler ngn wtk shark... sempoi + misteri... ni yg wt makin x sbo nk taw next cite... ;)

    ReplyDelete
  6. sambung cepat2 yer,,suker shark,,sgt cool..huhu

    ReplyDelete
  7. best la wazrul...
    terbaik..
    cepat sambung ye..:)

    ReplyDelete
  8. menarik!
    perkataan pertama timbul lpas abis bace
    truskan usaha
    tulis byk2!!

    ReplyDelete
  9. herm...ade jugak erk org mcm shark a.k.a shakir 2...hehe..

    ReplyDelete
  10. permulaan yg baek....cedap name girl tu....misha....

    ReplyDelete
  11. baiknya si shark ni..suka laaa~
    so sweet.. :)

    ReplyDelete
  12. shark?? hee suke3.. haha ni yg semangta nak bce nie.ekeke

    ReplyDelete
  13. shah,, TERBAEKKKK.... wahh, buat aku senyum sorang2.. shark~ baek nyerrr.. kan best jumpe guy macam ni.. boleh buat calon suami.. hu3

    ReplyDelete
  14. satu hasil yang baik .. but .. ada ayat2 yg xbape sedap sikit .. harap k0 impr0ve g 0ke ?? g0 br0 !! .. chaiy0k2 !!! k0 b0le buad yg terbaek g !! .. try tg0k balek ... !! aja aja fighting ! ;)

    ReplyDelete
  15. dapat pun akak mencelah sini. ghopenya teman punye akaun masih wujud ahahaha. seronok baca cerita ni, akak tersenyum sorang-sorang. shark tu ahahaha. gila cool dan baik.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum. Aku bru nk wat citer pasal ragut, ko lagi pantas. Haha. Shark. Aku suka nama shark. Keh keh keh. Misha tu mmg kena belajar subject cinta. Okey, next plezz >_<

    ReplyDelete
  17. sunuk membaca. . .
    boley da neh nk publish. . :)
    gud luck ya. . .

    ReplyDelete
  18. amboi misha macam mak singa garangnya..

    ReplyDelete
  19. best best best !!
    misha jual mahal tahu ..

    ReplyDelete
  20. best laa,,
    suke karakter shark ni!!
    romantik n baik n sgt concern ngan owng lain!!
    beriman pun yerr jgk,,
    cukupp package utk jd calon suami ni,,
    ahhahaha=p

    ReplyDelete
  21. sgt2 suka...nak shark...klu dia dtg mminang i'allah sy terima....

    ReplyDelete
  22. agak pelik je lelaki bahasakn diri orang..tapi mmg gentlemen la shark ni..

    ReplyDelete
  23. mnarik...suka character shark...:)smbg n3 bru cpt2...

    ReplyDelete
  24. best2...suke watak shark n mimi...hehe

    ReplyDelete
  25. permulaan ygagak kaku bg akk shah.. btw, nice try..

    ReplyDelete
  26. Sape shark tu sbnarnye ek? Sume pasal misha dia tahu... Org yg misha nmpk tu msti boyfriend dia kn... Best cite ni

    ReplyDelete
  27. jln citer agak bestt..tp dr gaya bahasa..kureng sket,agak bosan..kna improve lgi ni..

    awan rasa monolog dalaman xperlu diikuti ng perbualan..buat slh satu je..bila baca..xredundant sgt..thats only my opinion la..btw nice story :)

    ReplyDelete
  28. suke sgt2 wtk shark . mtg . n cerdik . kn best lau btol2 ad wtk dy dlm khdpn sndri .

    ReplyDelete
  29. perhh watak shark sgt gamble tp sweet .. giler ta cair si misha tuh :P

    ReplyDelete
  30. hahahaha...sempoi je si shark tuu ushar misha....
    mesti ad smtime ngn si shark tuu smpai mama si misha pom bg green light....kaloo mak ak mmg x laaa nk bg cmtuu...

    besh2.. :D

    ReplyDelete
  31. best2...baru skrg smpt nk bce...bz ckit nk exam...ape2 pn citer nie memg best...nk bce smbgn plak...

    ReplyDelete
  32. bestlaa!
    shark romantik gler.. suke nyer.. xD

    ReplyDelete
  33. best2...nk gerak ke bab len neh

    ReplyDelete
  34. best...
    misha n shark...
    sweet la...

    ReplyDelete
  35. shark????huuhh!!!spesis ikan lg..!!!
    xnk komen lebih2..!! tggu akhir nnti bru komen cm karangan..!! bru 1bab abeh..!! adesss..!!

    ReplyDelete
  36. suka ngan Shark~ cakap 'orang-awak'~
    cam gula2 je~
    ^^

    ReplyDelete
  37. cam sengal jerr minsha tuhh .. dpt lesen p ke ap ? mrh2 .. haha .. tp "orang" jugakk lh yg trebaikk .. dr ladang tuhh ~~ hahah :P :P

    ReplyDelete
  38. Shah, akak baca bab 1 ni best sangat citernya. CUma satu yang kurang bagi akak. Sebab kalau akak baca citer tu kena bayangkan wataknya. Perwatakan Shark & Misha tak diperincikan. Misalnya orangnya itu secara fizikal macam mana. Dalam bab 1 selalunya kena perincikan watak penting. Akak hanya baca tanpa dapat membayangkan orangnya macam mana. Misalnya Shark ni orgnya besar tinggi ke. Mata dia macam mana. Atau sesuatu hal lain yang boleh dibayangkan. Tapi jalan citer BEST!

    ReplyDelete
  39. sweet r,,, bley thn cter nyer,,,skong ngn akak fadzillah,,, hmpir sume novel yg anis bce,,, msty der critekn tntg perwatakan or ciri2 watak lam novel 2,,, btw,,, menarik,,,

    ReplyDelete
  40. sy nak pakwe mcm shark 2 bleh..hehehe...

    ReplyDelete
  41. baru da masa nak jenguk ke blog ni,huhuhu...i like shark yg penuh misteri but mcm stalker pon de gak,huhuhu..gaya pon sempoi je..

    ReplyDelete
  42. suke sgt..1st time bcer da suke.hee

    ReplyDelete
  43. baca lg tuk ntah kali ke bp..
    huhu

    ReplyDelete
  44. suke r shark tu gune ganti diri 'orang'
    sebab sy pon gune ganti diri tu.. hihi...
    btw, orang suke shark sbb die gentleman.. haha..
    tp siapa die ye? musykil ni...

    ReplyDelete
  45. waaazrul shaaaah ! nak shark ! nak shark ! nak shark ! i'm fallen in love with him . kalau saya tak dapat shark tu , takpe . janji misha dapat ! Misha 'kakak ' baru saya !

    ~ new reader ! ~

    ReplyDelete
  46. sempoi la shark....
    misha tu jual mahal lak....
    but best la...
    msuk nie dah 2 kali bace...


    - popcorn_qzx@yahoo.com-

    ReplyDelete
  47. sempoi la shark....
    misha tu jual mahal lak....
    but best la...
    msuk nie dah 2 kali bace...


    - popcorn_qzx@yahoo.com-

    ReplyDelete
  48. ha3..gaya si shark tu ckp mmg mcm buaya..bukan buaya darat tp, tembaga punye..ha3..=D
    (episod lain, sy bace lepas habis exam, khamis ni..=))

    ReplyDelete
  49. wah2, besh2...
    xsabo nk bace lg..
    hehehe...

    ReplyDelete
  50. permulaan yg baik,,,suka watak shark,,cool je n xcepat melatah..

    ReplyDelete
  51. sempoi la shark..waa romantik..

    ReplyDelete
  52. besh...romantik kowt shark ni...

    ReplyDelete
  53. best2...suka la shark guna kata ganti diri dye orang...

    ReplyDelete
  54. wah.1!!!!!..baru nak start baca part satu,jauh lg nampaknya perjalanan..kikiki

    lia aka milo

    ReplyDelete
  55. wahh....cweet larh...shark n misha..huhu

    ReplyDelete
  56. shark sgt mistery guy~
    x sbr nk smbung bce novel nih....

    ReplyDelete
  57. citer ok..shah xperincikan watak sbb da ada gambar watak kan..sooo mcm tu la org nyer..tp btol jgk tu..kna jgk citer sket2..huhu..jln citer ok, tp i dont like shark..hohoho..nama boye darat..playboy gitu..hahahha..

    -AWAN BIRU-

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum..
    baru nak mula lyn dlm blog ni.
    nmpk cam best je citer ni..
    mcm mana ye karektor watak2 ni..
    nak gak tau Misha tu camne orgnyer..
    Shark cam ne orgnyer..
    mungkin akak dah terlepas pandang, tp akak
    msh tak dpt bygkan camne karektor diorg.
    klu akak terlps pandang minta maaf ye..

    ReplyDelete
  59. misha ni susah nk ckp terima kasih..heheh..suke wtak shark, tegur misha dgn cara baik psl mkn x abis..

    ReplyDelete
  60. best!!!!baru start membaca..keep it up!

    ReplyDelete
  61. haha lucu pulak si Shakir tu kan??? tapi carrying

    ReplyDelete
  62. best3... act, bru jep jumpe blog nieh!! aiyakk~ ktinggalan btol...

    ReplyDelete
  63. awesome lahh ! serious best =)

    ReplyDelete
  64. best walaupun baca part 1...jalan cerita yang menarik....

    ReplyDelete
  65. Menarik jugak :)

    -alia

    ReplyDelete
  66. aku bukan jenis yg suka baca novel tp ni memandangkan aku kenal si penulis aku baca :)
    bab satu best.laki dia romantik beb..perempuan tu garang sgt..i mean misha..and aku nak baca next chapter pulak.

    ReplyDelete

Appreciate my time, leave a comment. :) At least kalau malas pun, 1 untuk best, 2 untuk tak best. TQ again.